Recent Posts

Ahad, 27 April 2008

Lesen "P"


Ini kisah yang diceritakan oleh kawan aku daripada Kedah, namanya Naspie (BNS).
Dia kata cerita ini benar-benar berlaku. Kisahnya begini ...

Seorang pakcik tua yang baru saja lulus lesen menunggang motosikal. Jadi, mengikut undang-undang, stiker berhuruf "P" hendaklah digantung pada motosikal sekiranya seseorang baru dapat lesen motor. Pak cik tu tunggang motosikal.

Adala police road block ...

Polis : "P" mana pakcik?

Pak Cik : P Aloq Staq (loghat Kedah).

Polis : Pak cik nak bergurau pulak. "P" mana pak cik?

Pak Cik : Aku nak p Aloq Staq. (Dah mula naik anging).

Polis : Amboi, main-main pulak pakcik (tersengih). Pak Cik, "P" mana?

Pak Cik : Aku habaq Aloq Staq hangpa tak percaya. Apa hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi aloq staq. Hangpa jadi polis pun hangpa jangan nak perleceh aku tau (marah).

Polis : Pi pi pi pi lah .... nyusah aje

Pak Cik : kan mudah camtu ....

Anak Perak : Pakcik dalam gambaq ni hanyalah cadangan untuk hiasan sahaja...takde kaitan dengan cerita ini..kecuali bab P tu nooo...hehehehehe

Reactions:

0 pendapat: