This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Recent Posts

Khamis, 31 Julai 2008

Pembunuhan JFK



Maklumat lanjut klik di sini

Rabu, 30 Julai 2008

Badan kebal dari peluru? ke peluru yg 'miss'



Anak Perak : Ye ke....

Isnin, 28 Julai 2008

sejarah Kedah dan Pulau Pinang yang cuba disembunyikan

1808
> alfonso de albuqurque meyampaikan hasratnya kepada raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke asia tenggara (melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat.

> raja portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera (158 biji kapal, 15300 (anggaran) bala tentera

1809> Portugis menghantar perisik ke melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana.

Oct 1810
> alfonso berjaya menawan melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal ( hang tuah, hang lekir, hang lekiu,hang jebat dan hang kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak alfonso, untuk menawan melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersaudara..akhirnya dapat juga menawan melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1812
> setahun 12 bulan kemudian alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke kedah dan p.pinang, yang kitika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini.

feb 1812
> alfonso menghantar perisik ke kedah dan pulau pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana (Kedah dan p.pinang) mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar kedah dan pulau pinang untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .

Semiggu selepas FEB 1812
> Perisik balik ke melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso

Dibawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan al fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah;

Perisik 1.2.3> selamat pagi tuan (sambil bertabik)

al fonso > selamat pagi

Perisik 1 > Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan kedah dan pulau pinang

al fonso > Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? (dengan nada marah dan bongkak)

Perisik 2 > Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal hang tuah, hang jebat, hang kasturi, hang likir dan hang lekiu pun kita kehilagan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan kedah dan perlis yang mempunyai beribu ribu hang..

Perisik 3 > Betoi tu tuan...antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang singgah dulu ,bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang macam macam lagi hang ada kat sana.....

Mendengar hasil risikan itu alfonso pun tak jadi nak pi serang kedah dan pulau pinang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu melaka amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan sekian dimaklumkan. ....beribu ribu hang kat kedah dan pulau pinang.


Hehehe...JANGAN MARAH AHHHH! AKU PUN TAK PUAS ATI DENGAN SI PENGHANTAR YANG HANTAR KAT AKU!!!!

Anak Perak : Hampeh hang...

Nyorok yerrr....


Abang polis buat speed-trap dalam gerai jual buah-buahan Sabak Bernam..

patut ler aku asyik carik tak jumpa2 kat mana diorang "tembak" kete aku, tak jumpa2 port kamera.. sedar2 je surat cinta sampai... oooo kat sini rupanya abang polis...

Anak Perak : hahahaha... ni kah polis malaysia? Siap nyuruk dalam gerai buah lagi..polis trafik di luar negara pula secara terang-terang beritahu para pemandu yang speedtrap beroperasi. Siap pakai belon yang boleh kelihatan dari jauh, yang menunjukkan ada operasi speedtrap. Kesan, pemamdu pun sure la akan memperlahankan kenderaan bila dapat tau. kalau dah perlahan, sure lah tak kene saman, lebih selamat lah perjalanan. Kat Malaysia ni lebih nak tambah pendapatan, bukan pendekatan keselamatan...

Jumaat, 25 Julai 2008

Gambar Di Dalam Kaabah




Anak Perak : Teringat cerita Wak (lupa dah namanya) yang menceritakan kisahnya yang mengigil ketakutan setelah nampak isi kandung Kaabah apabila pintunya dibuka yang diceritakan dalam sebuah rancangan di Astro Oasis.... Apakah agaknya yang wak tu lihat ya...

Imej Satelit Baitullah di Mekah Al-Mukarramah


Anak Perak : Bila agaknya dapat jejakkan kaki..

Khamis, 24 Julai 2008

Batu Tergantung Baitulmuqaddis?

Batu tempat duduk Nabi Muhammad SAW sewaktu Israk Mikraj sampai
kini masih tetap terapung di udara. Pada saat Nabi Muhammad hendak Mikraj
batu tersebut nak ikut bersama, tetapi Nabi SAW menghentakkan kakinya
pada batu tersebut, maksudnya agar batu tersebut tidak dibenarkan ikut.

Assalamualaikum wbt....

Izinkan aku coretkan sedikit kisah utk renungan bersama...

2 Bulan lepas aku ke Tanah Haram, menunaikan umrah.... Setelah selesai urusan umrah dan menukar pakaian, aku kembali ke Baitullah. Sementara menunggu solat maghrib, aku mula membaca al-Quran. Sedang asyik aku membaca aku didatangi seorang lelaki arab lalu dia terus memperkenalkan dirinya, seorang keturunan Palestin. Dia masih lagi memakai ihram.

Kedudukan Masjidil Aqsa dan Kubah Emas yang sebenarnya.
Ramai yang keliru dengan dua tempat ini.

Dia bertanyakan asal usul aku, aku mengatakan dari Malaysia. Dalam perbualan dier menceritakan agenda jahat Yahudi utk mengaburi kaum muslimin sedunia. Dia menunjukkan aku sekeping gambar dan bertanya kepada aku, mana satu Masjidil Aqsa. Aku menunjukkan kepadanya yg berkubah biru. Dia tanya kenapa bukan kubah emas yg aku tunjuk? aku jawab itu bukan Masjidil Aqsa tapi tempat tersimpan batu tergantung. Dia senyum puas sebab aku tahu mana satu Masjidil Aqsa. Dia kata ramai yg menunjukkan Kubah emas tu Masjidil Aqsa. Kemudian dia mula bercerita perihal kubah emas.

Masjid Al-Aqsa

Kubah Emas As-Sakhra (Dome of Rock) Kalau di buat carian imej atau web dengan
kata kunci Al-Aqsa, keputusan yang diterima banyak merujuk kepada bangunan di atas ini.


Dia kata tiada batu tergantung didalam kubah emas tu. Yahudi sengaja membuatkan kita percaya bahawa Kubah Emas tu adalah Masjidil Aqsa dan tempat batu tergantung. Sebab tu kalau kita lihat mana2 gambar atau poster, akan lebih fokus pada kubah emas, bukannya kubah biru. Even dalam filem seperti Kingdom of Heaven, lakonan Orlando Bloom, Kubah emas tu lah yg diberi tumpuan. Rasional nya, utk mengalihkan perhatian muslimin bahawa Kubah emas yg harus dipertahankan, bukannya kubah biru sebab kubah emas tu Masjidil Aqsa. Agenda jahat yahudi nampak membuahkan hasil sebab ramai yg kurang ambil peduli ttg usaha reclamation oleh yahudi ke atas Kubah biru sebab ramai yg menganggap itu hanyalah sebahagian dari Kompleks Masjid Aqsa, sedangkan itulah Masjidil Aqsa yg sebenar. Dibawah tanah Masjid Aqsa sudah terbina kuil yahudi.

Tentang perihal batu tergantung, katanya, batu tergantung itu bukan di dalam kubah emas. Batu tergantung berada di kawasan yg dikawal ketat oleh tentera yahudi. Tak lama selepas itu, sekembali dari umrah, aku menerima satu email dengan gambar yg sama seperti di dalam blog ambuyatel. Aku mula mencari sehingga kini fakta utk menyokong gambar tersebut, tapi hingga kini aku tidak jumpa. Puas aku bertanya pada teman2 dari Palestin, Jordan, Syria & Lebanon tapi hampa sebab ramai antara mereka yg ada di sini tidak tahu ttg perkara ini sebab mereka tinggalkan kampung halaman sejak kecil kerana lari dari perang di palestin.

memandangkan pertemuan aku dengan saudara dari palestin itu berlaku di dalam Masjidil Haram, aku yakin dia berkata benar sebab takkan dia nak berbohong di hadapan Baitullah. Lagipun dia antara penaung sebuah foundation utk memberi maklumat ttg Masjidil Aqsa. Hingga kini aku masih mencari sekelumit kisah ttg batu tergantung itu agar dapat dikongsi bersama tapi x semudah yg aku sangka sebab terer juga yahudi ni simpan rahsia.....

Sumber : Blog Keluarga Ambuyatel El-Binangkit

Anak Perak : Pertama kali tengok batu ni..tak mustahil..tapi dalam keadaan sekarang di mana kecanggihan teknologi pesat berkembang, mungkin ini adalah satu lagi hoax. Namun, terpulang pada penilaian saudara-saudara sekaliannya. Kejadian Allah memang wujud. Allahualam..

Rabu, 23 Julai 2008

Pautan ke laman-laman web Sultan-Sultan Malaysia

Pautan segera ke laman web profail Sultan-Sultan Malaysia.
Pautan Tambahan : Malaysian Monarchy Portal

Anak Perak : My beloved student...dont be lazy ok! Do what i told you to do!

SERI PADUKA BAGINDA SULTAN PERAK



KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA SULTAN PERAK

SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH D.K. , D.K.M. , D.M.N. , D.K. (KELANTAN), D.K. (TERENGGANU), D.K. (PERLIS), D.K. (JOHOR), D.K. (SELANGOR), D.K. (KEDAH), D.K.M.B. (BRUNEI), D.K. (NEGERI SEMBILAN), D.K. (PAHANG) S.S.M. , P.M.N. , P.S.M., S.P.C.M. , S.P.T.S. , S.P.M.P. , S.I.M.P


D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Azlan Shah telah diputerakan pada 19hb April 1928 di Batu Gajah, Perak. Pada tahun 1955, D.Y.M.M. Tuanku telah mendirikan mahligai rumahtangga bersama D.Y.M.M. Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun dan kemudiannya telah dikurniakan lima orang cahayamata.

D.Y.M.M. Tuanku telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kerajaan (Inggeris), Batu Gajah yang kini dikenali sebagai Sekolah Sultan Yussuf Batu Gajah. Tuanku kemudiannya melanjutkan pelajaran menengahnya di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Setelah itu, Tuanku telah menyambung pendidikannya di dalam bidang Undang-Undang di University of Nottingham, United Kingdom di mana Tuanku telah dikurniakan dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada tahun 1953. Pada 23hb November, 1954 D.Y.M.M. Tuanku telah diterima sebagai ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln's Inn.

Sekembalinya dari United Kingdom, D.Y.M.M. Tuanku telah memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Kemudiannya, Tuanku telah memasuki Perkhidmatan Undang-Undang & Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen. D.Y.M.M. Tuanku kemudiannya telah dilantik ke dalam jawatan-jawatan berikut: sebagai Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwa, Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang dan Johor, Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

Pada tahun 1965, ketika hanya berusia tiga puluh tujuh tahun, D.Y.M.M. Tuanku telah dinaiktarafkan ke Kerusi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya sebagai hakim termuda yang pernah dilantik di dalam sejarah kehakiman Komanwel. Pada tahun 1973, Tuanku telah dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan dan enam tahun kemudian, iaitu pada tahun 1979, Tuanku telah dilantik untuk memegang jawatan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, jawatan yang dipegang sehingga perlantikan Tuanku sebagai Ketua Hakim (dulu dikenali sebagai Lord President) Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 12hb November, 1982.

Tanggal 1 Julai, 1983, D.Y.M.M. Tuanku telah dimahkotakan sebagai Raja Muda Perak dan kemudiannya mewarisi takhta negeri Perak pada 3hb Februari, 1984 sebagai Sultan Perak yang ke-34. D.Y.M.M. Tuanku telah ditabalkan secara rasmi pada 9hb Disember, 1985.

Sumbangan dan kerja-kerja amal D.Y.M.M. Tuanku telah banyak memberi faedah khususnya kepada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi. Di antara jawatan-jawatan yang pernah dijawat oleh Tuanku adalah sebagai Canselor Universiti Sains Malaysia (4hb Oktober, 1971 - Februari, 1984), Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1hb November, 1974 - 31hb Oktober, 1976) dan sebagai Canselor Universiti Malaya sejak 8hb Februari, 1986.

D.Y.M.M. Tuanku telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh Universiti Malaya pada 30hb Jun, 1979 dan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh Universiti Sains Malaysia pada 28hb Jun, 1980. Kecemerlangan dan pencapaian Tuanku juga telah diiktiraf oleh pelbagai universiti luar negara, seperti University of Nottingham yang telah menganugerahkan Tuanku dengan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang pada 11hb Julai, 1986 diikuti oleh Lincoln's Inn, London yang menganugerahkan Tuanku dengan "Kerusi Kehormat" pada tahun 1988. Di samping itu, D.Y.M.M. Tuanku juga telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh Universitas Gadja Mada, Jogjakarta, Indonesia pada 28hb September, 1990, oleh Universiti Brunei Darussalam pada 30hb Oktober, 1990 lantas diikuti oleh Universiti Chulalongkorn, Bangkok, Thailand pada 19hb Disember, 1990. Pada 2hb Oktober, 1991, D.Y.M.M. Tuanku telah dianugerahkan Keahlian Kehormat The Royal College of Physician of Ireland. Anugerah yang sama juga telah diberikan oleh Royal College of Surgeons of Ireland, The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada tahun 1999.

Berdasarkan pencapaian cemerlang di dalam perkhidmatannya, D.Y.M.M. Tuanku telah dianugerahkan pelbagai anugerah kehormat samada di peringkat Persekutuan mahupun dari luar negara. Di antaranya adalah D.K.;D.K.M.; D.M.N.; D.K.(Kelantan), D.K. (Terengganu);D.K. (Perlis); D.K. (Johor); D.K.(Selangor); D.K.(Kedah); D.K.M.B.(Brunei); D.K.(Negeri Sembilan); D.K.(Pahang); S.S.M.; P.M.N.; P.S.M.; S.P.C.M.; S.P.T.S.; S.P.M.P.; S.I.M.P.; The Most Auspicious of The Rajamitrabhorn (Thailand); Grand Order of Mugunghwa (Republik Korea); Collar of The Japanese Order of The Chrysanthemum dan Grand Cordon of The Supreme Order of the Chrysanthemum (Jepun); Civil Order; 1st Class (Oman) dan Orden Al-Merito De Chile (Republik Chile); Bintang ADI PURNA (Republik Indonesia); dan Hon. Knight Grand Cross (Civil Division) of The Order of The Bath (U.K.). D.Y.M.M. Tuanku juga telah dikurniakan The PAUL HARRIS FELLOWSHIP oleh Rotary International dan The Melvin Jones Fellow Award oleh Lions Clubs International.

Minat yang mendalam Tuanku di dalam bidang sukan khususnya bidang hoki telah bermula sejak zaman persekolahan lagi. D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah kini memegang jawatan sebagai Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (Malaysian Hockey Federation), Presiden Hoki Asia serta sebagai Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa (International Hockey Federation). Selain hoki, Tuanku juga amat berminat di dalam permainan golf, dan kini kini merupakan Penaung DiRaja bagi Persatuan Undang-Undang Malaysia di Great Britain dan Eire, The British Graduates Association of Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, The Rotary Clubs, The Lions Clubs, Kelab Ipoh DiRaja, Kelab Golf DiRaja Perak, Kelab Polo Iskandar, Kelab Golf Kuala Kangsar, Persatuan Alam Sekitar Malaysia serta Persatuan Hoki Veteran Perak.

Pada tahun 1992, di Ekspo Pelancongan Domestik Perak, satu jenis spesis bunga orkid telah dinamakan bersempena dengan nama Tuanku dengan rasminya - "Doritinopsis Sultan Azlan Shah" selepas menerima anugerah tanaman terbaik di dalam kategorinya.

Menghargai komitmen D.Y.M.M. Tuanku sebagai Penaung Persatuan Alam Sekitar Malaysia (The Malaysia Nature Society), satu jenis spesis baru serangga yang ditemui ketika Ekspedisi Saintifik Belum (1993-1994) telah juga dinamakan bersempena nama Tuanku - Azlania Costatipennis (Jacoby), Azlania apicalis Mohamedsaid dan Azlania borneensis Mohamedsaid.

Pada 25hb April, 1989, D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah diisytiharkan dengan rasminya sebagai Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong Malaysia yang ke-sembilan.

Sumber : Portal Kerajaan Perak.

Sabtu, 19 Julai 2008

PETUA IMAM SYAFIE


4 PERKARA UNTUK SIHAT


Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Cara Bersalam Mengikut Hukum Islam Hadhari..

Jawatan Kuasa Kabinet mengenai Istiadat telah mengeluarkan Surat Pekeliling mengenai adab dan cara bersalam yang betul mengikut norma ke Malaysianan.

Sila fahami ......

Cara bersalam yang betul

1. Badan perlu dibengkokkan 90 darjah.
2. Yang menyalam perlu memegang kedua belah tangan orang yang disalam.
3. Sengetkan kepala ke kanan sedikit untuk mendapat feel yang lebih.
4. Mulut cium tangan perlu dimuncung lebih kurang 1 inci.

Contoh dibawah:

CARA INI DI NAMAKAN
' BONAMA' iaitu ..

BODEK NAK MAMPUS !!!

Anak Perak : Jangan marah aaa....

Tarikh lahir Islam & Perilaku berdasarkan tarikh kelahiran Islam

PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM...

HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan

MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.


SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.


RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.


RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.


JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.


JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.


REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.


SYA'ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.


RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.


SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.


ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.


ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan

http://www.islam. com/islamicdates .asp
klik kat link tu kalu korang nak tau korang lahir bulan aper dalam bulan islam....

Anak Perak : Tukang forward. Hanya untuk bacaan santai ringan. Janganlah hendak disamakan pula dengan horoskop, bintang, feng shui dan sebagainya pulak...hehehe...Kalau seakan-akan hendak kena tu, kebetulan le gamaknya tu yee.. Walauapapun, hanya Allah saja mengetahui.

Tentera Sedang Mengkaji Teknologi Halimunan

Tentera Sedang Mengkaji Teknologi Halimunan

video


Military Seeks Invisibility Cloak

Associated Press 05.25.06

WASHINGTON -- Imagine an invisibility cloak that works just like the one Harry Potter inherited from his father.

Researchers in England and the United States think they know how to do that. They are laying out the blueprint and calling for help in developing the exotic materials needed to build a cloak.

The keys are special manmade materials, unlike any in nature or the Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry. These materials are intended to steer light and other forms of electromagnetic radiation around an object, rendering it as invisible as something tucked into a hole in space.

"Is it science fiction? Well, it's theory and that already is not science fiction. It's theoretically possible to do all these Harry Potter things, but what's standing in the way is our engineering capabilities," said John Pendry, a physicist at the Imperial College London.

Details of the study, which Pendry co-wrote, appear in Thursday's online edition of the journal Science.

Scientists not involved in the work said it presents a solid case for making invisibility an attainable goal.

"This is very interesting science and a very interesting idea and it is supported on a great mathematical and physical basis," said Nader Engheta, a professor of electrical and systems engineering at the University of Pennsylvania. Engheta has done his own work on invisibility using novel materials called "metamaterials."

Pendry and his co-authors also propose using metamaterials because they can be tuned to bend electromagnetic radiation -- radio waves and visible light, for example -- in any direction.

A cloak made of those materials, with a structure designed down to the submicroscopic scale, would neither reflect light nor cast a shadow.

Instead, like a river streaming around a smooth boulder, light and all other forms of electromagnetic radiation would strike the cloak and simply flow around it, continuing on as if it never bumped up against an obstacle. That would give an onlooker the apparent ability to peer right through the cloak, with everything tucked inside concealed from view.

"Yes, you could actually make someone invisible as long as someone wears a cloak made of this material," said Patanjali Parimi, a Northeastern University physicist and design engineer at Chelton Microwave in Bolton, Massachusetts. Parimi was not involved in the research.

Such a cloak does not exist, but early versions that could mask microwaves and other forms of electromagnetic radiation could be as close as 18 months away, Pendry said. He said the study was "an invitation to come and play with these new ideas."

"We will have a cloak after not too long," he said.

The Pentagon's Defense Advanced Research Projects Agency supported the research, given the obvious military applications of such stealthy technology.

While Harry Potter could wear his cloak to skulk around Hogwarts, a real-world version probably would not be something just to be thrown on, Pendry said.

"To be realistic, it's going to be fairly thick. 'Cloak' is a misnomer. 'Shield' might be more appropriate," he said.

Sumber : Wired.com

Anak Perak : Video ni dah agak lama. Mungkin di Iraq. Sama ada video ini telah diedit untuk menampakkan kesan halimunan atau tidak, saya tidak pasti. Tetapi keratan akhbar elektronik pada tahun 2006 di atas ada menyatakan usaha-usaha pihak tentera bersekutu diketuai Amerika untuk membangunkan teknologi halimunan ini. Mungkinkah teknologi ini telah dapat dibangunkan oleh Amerika dan dijadikan bahan ujian di Iraq?


Telefon Bimbit Pelik


Kombinasi pelik antara telefon bimbit dan gagang telefon analog. Nampak tersangatlah pelik, apatah lagi bila kita gunakan di tempat awam. Mesti orang lain tengok pelik..gila ke ape cakap dengan gagang telefon tak ada wayar! Ada berani? ;-) Simple ja, cuma buat sedikit pengubahsuaian pada wayar handsfree tu.

Papan Pemotong dengan penimbang


Konsep yang bagus untuk alas pemotong sayur. Dilengkapi dengan alat penyukat berat bersepadu di mana kita boleh menyukat berapa berat bahan yang kita potong dengan tepat. Tak perlulah lagi kita sukat berat bahan-bahan ni pada alat penimbang sedia ada. kan?

Sayangilah ibu kandungmu sementara masih ada

Kata-kata dari seorang kawan dibawah boleh dijadikan cerminan buat kita semua. Manalah tahu mungkin madah ini boleh menjadi tazkirah buat kita semua.

ketika berusia setahun,ibu suapkan makanan dan mandikan kita.
cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain,
kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang, kita ucapkan terimakasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

ketika berusia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensel warna,
kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

Ketika berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru,
kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita kesekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit :"tak nak! tak nak!".

apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola,
cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecah kaca cermin tingkap jiran.

menjelang usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim,
kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah,
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.

berusia 10 tahun ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke mana saja,
kita ucapkan terimakasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah,
kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen & main games.

menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat,
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.

ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk surat atau pun pesanan sms pun.

ketika berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman, kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPT,
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.

ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah membayar yuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama, kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

ketika berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa,
kita kata, "itu bukan urusan ibu."

setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya,
kita kata, "saya tak mahu jadi seperti ibu."

apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita.
di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan? . "perabot pilihan ibu aku tak cantik, tak berkenan akuuu!"

ketika menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai rancangan masa depan,
kita menjeling dan merungut, "ibuuu, tooooolonglahhh..."

ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita,
tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.

pada usia kita 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita dengan megah berkata,"itu dulu, sekarang zaman moden..."

ketika kita berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kendara di kampung, kita berkata,"kami sibuk, tak ada masa nak datang."

apabila kita berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.

dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal! khabar itu bagaikan petir! dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.

jika ibu masih ada, sayangi dia.
jika telah kembali ke rahmatullah, ingatlah kasih dan sayangnya, doakan ibu

sayangilah ibu kita, kerana kita semua hanya ada seorang ibu kandung.

Lif Dinaiki DSWA & Anak Meletup, Berasap & Hampir Terjatuh

Gambar dari akhbar berbahasa Cina menunjukkan Datuk Seri Wan Azizah sedang keluar dari celah lif yang rosak. Gambar kecil : Dua orang anaknya, Nurul Nuha dan Nurul Iman.

Pejabat Anwar Ibrahim mengarahkan keselamatan rapi 24 jam menjaga keselamatan Presiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail dan seisi keluarga selepas terjadinya insiden menakutkan sedang mereka melawat Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur.

Lif yang dinaiki Dr Wan Azizah berserta dua anaknya, Nurul Nuha dan Nurul Iman tiba-tiba meletup, menyebabkan salah satu dari tali kabelnya terputus. Lif itu kemudiannya menjadi senget sebelum ia ditenggelami asap.

Kejadian itu berlaku sekitar jam 11.30 malam ketika Dr Wan Azizah dan dua anaknya itu mahu menghantar persalinan dan kegunaan mandi kepada Anwar Ibrahim yang ditahan semalaman di IPK Kuala Lumpur.

Anwar Ibrahim ditahan sekembalinya beliau dari Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan kesihatan.

Bomba dipanggil ke tempat kejadian dan mengambil masa hampir satu jam untuk membuka dan menyelamatkan keluarga Anwar Ibrahim.

Peguam Sivarasa Rasiah dalam satu sidang media di luar IPK berkata kejadian itu “mungkin disebabkan penyelenggaraan lif yang tidak baik”.

Polis meminta maaf diatas kejadian tersebut, dan membenarkan Dr Wan Azizah membawa naik semua anaknya menemui Anwar Ibrahim. Sebelum itu, polis hanya membenarkan Dr Wan Azizah ditemani dua anaknya.

Oleh : suarakeadilan

Anak Perak : Mungkin itu semua kebetulan, masalah teknikal, kata orang malang tidak berbau, ia boleh terjadi pada sesiapa sahaja tanpa amaran. Dakwaan meletup, berasap, hampir terputus tu tak tau lah..tapi sure sistem lif ada emergency brake kan? Apa-apa pun harap semuanya selamat dan ok!

Jumaat, 11 Julai 2008

Sebenarnya UMNO dah kalah..

Permintaan Umno supaya "Yang di-Pertuan Agong campurtangan bagi menangani penghakisan hak-hak keistimewaan bumiputera" (Utusan Malaysia, 8 Julai 2008) ibarat mengesahkan satu perkara sahaja iaitu Umno yang telah mengangkat kedua-dua belah tangan.


Dia sendiri telah secara muktamad mengesahkan kegagalan parti itu sebagai pembela orang Melayu. Sudah selama 50 tahun dia membela(?). Nasib orang Melayu menjunam dalam hampir semua pentas; agama, bangsa, tanah dan air.

Bertolak dari kegagalan agama yang boleh disukat melalui pemisahan pemerintahan dengan Islam, menukar Islam sejati dengan Islam Hadhari, gejala ratusan ribu umat Islam yang murtad, sejuta penagih dadah, bangsa Melayu yang kekacauan identiti dan jati diri dari segi bahasa, adat, budaya dan budi; tanah rezab Melayu yang semakin susut serta terjual dan tergadainya tanah, air dan pasir dalam bentuk pukal akibat rundingan dan perjanjian yang tidak cermat dengan negara jiran.

Jika orang Umno asyik minta Yang Di-Pertuan Agong campur tangan untuk memperbetulkan setiap kali kesalahan yang dibuat mereka, sedarkah Umno bahawa Yang di-Pertuan Agong inipun adalah Raja bagi seluruh warganegara.

Apa kata jika mereka pun mengangkat memorandum balas membantah dasar-dasar diskriminasi Umno terhadap segala ketidakadilan Umno.

Ini semua bertolak dari perletakan paksi perjuangan yang salah. Jika Umno dari awal tidak meletakkan paksi bangsa dalam perjuangannya, bahkan meletakkan Islam sebagai asas, saya percaya keadaan tidak jadi setenat ini.

Apabila Umno membesar-besarkan bangsa, mengibar keris telanjang, mengacah dan mengucup keris berterusan, orang bukan Melayupun boleh gerun.

Apabila naluri manusia terasa terancam, mereka pada logiknya juga akan menggunakan sentimen bangsa sebagai perisai pertahanan yang sama. Mereka akan mengumpul dan menggunakan persamaan dan perkongsian sentimen sebagai benteng pertahanan.

Ini segala-galanya berpunca dari Umno. Sebab itu, polemik mengenai perpaduan nasional tidak pernah selesai.

Jika Islam yakin bahawa kaedah pengagungan bangsa adalah formula yang tepat, sudah lama Nabi SAW menggunakan keunggulan suku bangsa Quraisy sebagai tunjang perpaduan kaum. Semua orang diwajibkan menerima Quraisy segagai bangsa "superior".

Soalnya, kenapa Nabi Junjungan kita tidak memilih berbuat begitu?

Bahkan sebaliknya, Baginda menempelak asobiyah bangsa dengan sepotong sabda bermaksud, "tiada kelebihan bangsa Arab atas bangsa Ajam kecuali dengan taqwa."

Kini sesudah 50 tahun, tanpa diatur dan ditunjuk-tunjuk oleh pemimpin Umno sekalipun, orang Melayu sudah lama tahu punca silapnya orang Melayu. Mereka sangat tahu bahawa kegagalan ini disebabkan pengkhianatan pemimpin Umno dahulu dan sekarang yang tergamak memperkuda dan memperhambakan Melayu sesama Melayu.

Berselindung di sebalik istilah bumiputera, mereka (Umno) ratah daging dan darah sesama Melayu. Jika adapun usaha, mereka cuma berminat mengada-adakan projek yang boleh memperkayakan segelintir pemimpin Umno dan kroni.

Lihat sahaja isu di sekitar penjualan pasir satu waktu dulu, penguasaan saham di ECM Libra, Scomi, pembelian bas-bas RapidKL, isu kapal selam, siapa berada dibelakang Bernas dan terkini pula berbangkit soal tuduhan penglibatan pemimpin Umno dalam kontrak pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah di Sepang atau disebut LCCT.

Saya cuma sebut beberapa contoh untuk sekadar menggambarkan perihal curiganya rakyat terhadap kerja Umno yang kononnya membela orang Melayu.

Bila terdesak rapat ke dinding, mulalah panggil Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. Satu masa nanti, jangan terkejut jika Kebawah Duli Raja-Raja Melayu kitapun boleh tiba ke tahap meragui keupayaan Pemimpin Negara yang ada sekarang. Di peringkat itu, saya tidak tahulah apa yang akan terjadi.

Sekarang, benih yang salah, yang ditanam 50 tahun lalu sudah berbuah. Ia beracun dan cukup pahit bila dimakan.

Ia telah menimbulkan loya dan sedang menyebabkan muntah-muntah di kalangan Melayu dan bukan Melayu. Hakikat jatuhnya hampir separuh kerajaan-kerajaan negeri dari tangan Umno/BN dalam pilihan raya 8 Mac lalu adalah testimoni.

Ini berbeza dengan PAS. Kita tidak bermuka-muka. Kita mahukan Islam sejak dari tahun 1951 hingga kini dan Insya Allah, hingga sampai ke hari kiamat.

Jika Umno bermula dari Islam sejak awal penubuhannya, tentu keadaan tidak menjadi begini.

Dengan menolak Islam dan mengambil faham kebangsaan, Umno secara terbuka sanggup mendepani mana-mana gerakan siasah yang mahukan Islam.

Bermacam-macam tindakan zalim telah dibuat walaupun di luar lingkungan keizinan demokrasi.

Dalam banyak hal, dia (umno) memperalatkan kuasa majoriti yang diperuntukkan dalam amalan demokrasi untuk menyekat dan menyusahkan pergerakan dan kemajuan agamanya sendiri.

Saya masih ingat lagi bagaimana ramai ulama , ustaz dan aktivis Islam ditangkap dan disiksa.

Ada Adun PAS yang mati dikapak di tengah-tengah pekan Kota Bharu pada tahun 1960an.

Ada Adun dari Pasir Mas yang disumbat ke dalam penjara hingga menjadi hilang ingatan.

Ada jambatan dibakar di Rantau Panjang untuk menyekat pengundi-pengundi PAS dari keluar mengundi.

Ada penjawat awam yang menyokong gerakan Islam yang ditukar, ditahan kenaikan gaji dan disekat kenaikan pangkat.

Ada yang dicerai dan hidup menjanda kerana rumahtangga mereka porak peranda akibat suami yang disumbat ke penjara melalui ISA. Semuanya ini terlalu banyak berlaku di Kelantan.

Di Kedah pula, 14 orang ustaz dan orang awam dikepung dan ditembak hidup-hidup pada tahun 1986. Memali tiba-tiba menjadi kolam darah yang mengambus jasad syuhada, pejuang dan para wali.

Tanpa segan silu, Umno jugalah yang menafikan banyak peruntukan pusat dari mengalir ke Kelantan dan Terengganu. Siapa berani mengatakan bahawa sekatan penerimaan royalti minyak kepada Kerajaan Negeri Terengganu diantara tahun 1999 2004, misalnya, tidak berunsur politik?

Kini, Umno memutuskan Kerajaan Terengganu diberikan semula royalti kerana diperintah oleh Umno/BN.

Tidak zalimkah lagi? Lihatlah betapa siksanya pejuang-pejuang, penyokong-penyokong dan pencinta Islam untuk hidup di bawah dasar-dasar kemelayuan Umno yang melampau.

Pendek kata, terlalu panjang senarai kezaliman yang dilakukan oleh Umno kerana mengambil kebangsaan dan meninggalkan Islam.

Kini setelah 50 tahun, segala kudis, nanah, panau dan kurap penyakit asobiyah telah keluar ke permukaan.

Ada kes pembunuh Altantuya yang disebut-sebut melibatkan pemimpin tertinggi Umno. Setelah DSAI tidak terbukti melakukan liwat walaupun dituduh melakukan liwat 10 tahun yang lalu, kini dituduhnya beliau sekali lagi melakukan liwat. Lagi!

Belum reda dengan kemarahan rakyat mengenai kenaikan harga petrol, rakyat dihidangkan pula dengan berita terlepasnya Pulau Batu Putih daripada tangan Malaysia.

Entah. Saya tidak nampak cahaya lagi di hujung terowong masa depan untuk Malaysia baik dunia atau akhirat selagi berada di bawah Umno/BN. Majoriti rakyat pun saya kira sudah berkesimpulan begitu.

Ini boleh dikesan melalui pelbagai tulisan-tulisan kekecewaan baik di akhbar perdana, warta-warta mingguan, media-media nyamuk dan suara-suara berita dari akhbar-akhbar alternatif. Jika orang muda yang selalu buka laman web dan blog, fenomena ini semakin jelas.

Apa yang ada di hadapan rakyat sekarang cuma satu sahaja iaitu memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan alternatif.

TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan

Selasa, 8 Julai 2008

Iklan lampu lawak



Di bawah cahaya lampu, segalanya nampak tidak menakutkan.... ;) hahaha

Starbuck Coffe Masuk IPTA


Startbuck Coffe nak masuk ipta? baik mintak tuan punya kedai kopi di atas ni bukak...haha..stakat wifi saye pun bleh sediakan.

Pengendali blog turut sebar fitnah - Abdullah

KUALA LUMPUR 7 Julai - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pengendali blog turut bertanggungjawab menyebarkan cerita-cerita pembohongan sehingga menyebabkan suasana politik negara diselubungi fitnah.

Sehubungan itu, Abdullah mengingatkan mereka agar berhenti berbuat demikian.

''Mereka (pengendali blog) juga bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Tindakan terbaik mereka adalah berhenti (daripada menyebarkan fitnah)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan ahli-ahli politik yang saling menuduh sekarang ekoran penyebaran fitnah yang berleluasa di negara ini.

Terdahulu, beliau bersama Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono merasmikan pelancaran Kumpulan Tokoh- Tokoh Terkemuka (EPG) Malaysia dan Indonesia di sini hari ini.

Bagaimanapun, Abdullah tidak menjelaskan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap pengendali blog yang menyebarkan fitnah.

''Kebenaran akan terserlah. Apabila kebenaran muncul, semua fitnah tersebut akan berhenti,'' kata Perdana Menteri.

Anak Perak : Ye ke...termasuk blog saye ke? ngn blog menteri2..blog wakil2 rakyat...blog BN pun kot..hehe

Jumaat, 4 Julai 2008

Negara Di Dalam Krisis Yang Membimbangkan dan Tiada Siapa, Tiada Sesiapa Yang Tahu Bagaimana Untuk Mengatasinya!

Tiada Polisi Yang Koheren

Siapakah yang akan menyangka, dalam tempoh empat tahun, seorang yang dipercayai berdaya tahan, dinamik dan berdedikasi, sekarang ini berdepan dengan keadaan yang penuh kelam kabut, huru-hara, pada masa negara memerlukan seorang pemimpin yang baik dan mengamalkan pentadbiran yang cekap.

Tindakan yang mengejutkan oleh pentadbiran Abdullah Badawi bagi menghadapi kenaikan harga minyak dunia hanyalah satu daripada faktor kecil dan ianya menunjukkan kegagalan pihak kerajaan untuk memformulasikan satu polisi jangkamasa panjang sebagai satu cara menghadapi cabaran ini sejak beberapa tahun dahulu.

Mungkin sesetengah daripada pengkritik menuduh saya terlalu kasar pada Abdullah Badawi kerana adalah tidak mungkin beliau dapat meramalkan kenaikan mendadak harga minyak. Kini beliau sedang sedaya upaya berusaha untuk menanganinya.

Ini merupakan penipuan yang besar dan satu cubaan tidak bijak untuk menyembunyikan kegagalan dan ketidakcekapan pentadbiran Abdullah Badawi.

Sehingga ke hari ini, pentadbiran Abdullah Badawi masih belum lagi merumuskan Polisi Tenaga yang bersepadu dan koheren untuk berdepan dengan cabaran apabila satu hari nanti Malaysia menjadi pengimport minyak (net-importer). Tidak ada satu polisi dan strategi untuk menghadapi keadaan global dan krisis kewangan dunia dan kesannya kepada Malaysia.

Saya ingin pembaca menyingkap kembali artikel-artikel yang saya tulis di antara awal tahun 2003 dan akhir 2004

1) Peak Oil: The Impending Energy Disaster (June 2003)
2) The Strategic Implications of the 1999 Washington Agreement (March 2004)
3) Horrendous Facts Leaders Need To Know About the US Economy (Nov. 2004)

Artikel ini boleh dilihat pada bahagian “Malaysia Updates” pada laman web ini.

Artikel pertama ialah satu Ringkasan Strategik yang saya sediakan untuk Perdana Menteri terdahulu, semasa saya menjadi Setiausaha Politiknya. Dua artikel selepasnya disiapkan selepas persaraan saya, dan diserahkan kepada Tun Dr. Mahathir dan disebarkan kepada rakan-rakan yang menjadi strategi ahli politik mereka.

Adalah jelas dalam tempoh empat hingga lima tahun ini, penurunan sumber tenaga dan matawang dollar merupakan faktor kritikal yang memerlukan perhatian utama dan salah satu keperluan negara untuk menghadapi kesan-kesan yang tidak dapat dielakkan akibat dari pasca-perang teluk kedua.

Saya kenalpasti lapan isu-isu kritikal dan merumuskannya seperti berikut:

  • Isu yang paling utama yang mengkehendaki jawapan dari soalan yang kritikal perlu dijawab ialah bilakah pengeluaran minyak sampai ke puncaknya? Persoalan yang biasa kita dengar ialah, bilakah kita akan kehabisan minyak? Ini dua isu berlainan.
  • Selepas pengeluaran puncak merosot. Kemajuan dan kesejahteraan dunia pada masa sekarang ialah hasil daripada apa yang kita nampak sebagai sumber tenaga petroleum yang begitu banyak dan murah. Sumber tenaga ini masih lagi menjadi penjana utama kepada industri, pertanian moden, pengangkutan dan boleh menjadi kesan walaupun pada negara-negara miskin.
  • Selepas mencapai pengeluaran puncak, dunia perlu mengurangkan pergantungan kepada tenaga ini atau cuba mencari sumber gantian lain yang effisien dan ekonomik. Bagaimanapun, sumber minyak bukan-konvensional tidak boleh menggantikan minyak konvensional ketika ekonomi dunia dan infrastrukturnya menyediakan bekalan mintak konvensional yang murah.
  • Setiap negara perlu membuat perubahan/pelarasan struktural yang besar.
  • Akan ada satu peningkatan dalam ketegangan antarabangsa dan krisis, di mana negara-negara akan bersaing untuk mendapatkan minyak, yang lama kelamaan menjadi lebih mahal untuk diekstrak.
  • Matawang dollar Amerika akan mengalami tekanan yang hebat dan keagungan matawang ini sebagai matawang simpanan dunia akan terjejas, dan mungkin akan runtuh.
  • Sistem kewangan dunia akan hancur kerana kenaikan harga minyak yang tidak dapat dinafikan.
  • Malaysia harus menubuhkan Pasukan Bertindak Khas dengan segera menangani masalah yang besar ini dan merumuskan polisi tenaga yang baru.

Akan tetapi, amaran dan desakan saya tentang masalah ini tidak dipedulikan oleh pentadbiran Abdullah Badawi yang mempunyai strategis-strategis polisinya sendiri iaitu “budak tingkat empat”, satu pasukan yang tidak berpengalaman, tidak matang dan hanya bersandarkan kelayakan semata-mata dari universiti tersohor, rakan-rakan kepada Khairy Jamaluddin, menantu Perdana Menteri. Bermotivasikan sikap gila kuasa dan peluang untuk meratah khazanah negara, semua jentera kerajaan telah diperkudakan hanya semata-mata memenuhi cita-cita mereka yang tamak.

Satu peluang untuk mengelakkan krisis telah disia-siakan dan kitalah yang akan menerima padah daripada sikap tamak mereka itu tadi!

Tiada Pasukan Bertindak Khas ditubuhkan untuk merumuskan polisi tenaga yang baru
Adalah menyedihkan apabila saya membaca akhbar New Straits Times pada 6 Jun 2008 yang mana presiden dan ketua pegawai eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican memberitahu:

“ Kita sedang mengurangkan pengeluaran minyak. Kita telah mengeluarkan 5 atau 10 juta tong… Hari-hari dimana kita boleh mengeluarkan sehingga 100 juta tong telah berlalu. Apabila kita teruskan mengali minyak dari telaga simpanan minyak yang kecil, ianya amat mahal. Tambahan pula, syarikat minyak negara kini sedang mengali dengan lebih dalam dan dalam dan kosnya amat besar”

Tan Sri Hassan Merican dalam kata-katanya di atas, menggambarkan krisis puncak pengeluaran minyak.

Dalam artikel ketiga pada akhir 2004, saya telah memberi amaran pada pentadbiran Abdullah Badawi :

Jumlah wang yang disalurkan kepada ekonomi Amerika adalah sangat tinggi dan sangat cepat. Ini menunjukkan bahawasanya terdapat sesuatu perubahan drastik yang sedang atau akan berlaku. Pengalaman yang lepas menunjukkan suntikan kecairan matawang ialah untuk menangguhkan krisis kejatuhan matawang dan untuk menjana semula pemulihan kejatuhan itu tadi "

Pada pilihanraya pasca November lalu, pertimbangan dari hal itu tadi telah menyedarkan negara-negara di dunia untuk menilai kembali realiti keadaan sekarang yang mana keadaannya adalah sangat membimbangkan.

Matawang euro telah meningkat berbanding dolar Amerika. Negara-negara pengeluar minyak utama telah mula mempelbagaikan pegangan dollar mereka. Peningkatan harga minyak, antara lain juga untuk mengimbangi kejatuhan nilai dollar. Oleh sebab itu, penggabungan faktor-faktor penting yang menunjukkan ada sesuatu perkara yang besar dan tidak baik akan berlaku.

Semua ini adalah jelas pada tahun 2003 dan 2004 tetapi kerajaan Malaysia tidak berbuat apa-apa untuk menyelamatkan rakyatnya. Nakhodanya telah tidur di dalam jaga. Menantunya yang diheboh-heboh mempunyai ijazah pertama dari universiti British tidak berguna sesen pun apabila dia dan rakan-rakannya yang tamak dan gila kuasa tidak dapat melihat apa yang berada di depan mata!

Gabenor Bank Negara pun dengan berani menyatakan pada Mac lalu dan dipetik dari New Straits Times iaitu:

Kita telah menjalankan beberapa simulasi yang mengandungi pelbagai pakej yang mana boleh diimplimentasikan pada masa jika ada kelembapan ekonomi yang mana kita tidak nampak lagi akan berlaku pada masa terdekat ini.

Pasti dia berada di dunia lain!

Adakah kita sedar kita dalam satu situasi yang rapuh?

Saya tidak nampak orang lain yang berkemampuan, mahir, berpengalaman dan yang paling penting, mempunyai keyakinan untuk menghadapi seterusnya menyelesaikan isu ini kalau bukan mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini bukanlah seruan saya untuk mengembalikan Tun sebagai PM. Ini hanyalah satu pemerhatian saya iaitu kita sekarang berada di laluan yang penuh berliku. Kepada penyokong-penyokong setia Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, biarlah saya berterus terang.

Mereka tidak mempunyai kemahiran, pengalaman dan pengetahuan dalam mengurus ekonomi negara. Mereka tidak pun mempunyai sumber tenaga profesional yang mencukupi untuk mengisi jawatan di dalam kabinet jika mereka gagal memujuk pemimpin-pemimpin Barisan Nasional untuk melompat parti. Kepada mereka yang mengharapkan kerajaan Pakatan Rakyat dapat menyelesaikan isu-isu yang kompleks ini pasti akan kecewa.

Keadaan pakatan, sehingga Jun 2008 adalah dalam keadaan huru-hara. Dalam pandangan saya, tidaklah menjadi hal sama ada Anwar Ibrahim berjaya dalam mengambil alih pentadbiran Abdullah Badawi atau Abdullah dalam satu cara yang lain terselamat dalam krisis dalaman UMNO. Tetapi yang penting di sini, Malaysia sedang menuju kejatuhan, kehancuran dan kegagalan yang amat teruk!

Mungkin masanya telah tiba untuk memilih pemimpin yang mampu membawa negara ke landasan yang betul – pemimpin yang dihormati lawan dan kawan, mampu menyatukan agama dan pelbagai bangsa, yang dipilih secara terus oleh rakyat dan yang mampu dan sanggup melakukan apa yang perlu dilakukan tanpa kepentingan peribadi dan perasaan takut.

Saya tidak berani untuk meramalkan kesan-kesannya jika kita gagal untuk memilih pemimpin seperti itu. Adalah pasti, ianya pasti lebih teruk dari perpecahan wilayah Yugoslavia!

Terjemahan : Anak Perak

Artikel Asal di The Country Is In Deep Trouble and No One, Absolutely No One, Knows How to Handle the Growing Crisis oleh Matthias Chang

Copyright ©2008 FutureFastForward.com – All Rights Reserved