Ahad, 2009 Jun 28

Senarai kod bar negara negara seluruh dunia.

Senarai kod bar negara negara seluruh dunia.







Barcode Country Barcode Country
000 - 019 USA & Canada
627 Kuwait
020 - 029 reserved for local use (store/warehouse)
628 Saudi Arabia
030 - 039 USA & Canada
629 Emirates
040 - 049 reserved for local use (store/warehouse)
640 - 649 Finland
050 - 059 Coupons
690 - 695 China
060 - 139 USA & Canada
700 - 709 Norway
200 - 299 reserved for local use (store/warehouse)
729 Israel
300 - 379 France
730 - 739 Sweden
380 Bulgaria
740 Guatemala
383 Slovenija
741 El Salvador
385 Croatia
742 Honduras
387 BIH (Bosnia-Herzegovina)
743 Nicaragua
400 - 440 Germany
744 Costa Rica
450 - 459 Japan
745 Panama
460 - 469 Russian Federation
746 Republica Dominicana
470 Kyrgyzstan
750 Mexico
471 Taiwan
754 - 755 Canada
474 Estonia
759 Venezuela
475 Latvia
760 - 769 Schweiz, Suisse, Svizzera
476 Azerbaijan
770 Colombia
477 Lithuania
773 Uruguay
478 Uzbekistan
775 Peru
479 Sri Lanka
777 Bolivia
480 Philippines
779 Argentina
481 Belarus
780 Chile
482 Ukraine
784 Paraguay
484 Moldova
786 Ecuador
485 Armenia
789 - 790 Brasil
486 Georgia
800 - 839 Italy
487 Kazakhstan
840 - 849 Spain
489 Hong Kong
850 Cuba
490 - 499 Japan
858 Slovakia
500 - 509 UK
859 Czech
520 Greece
860 YU (Serbia & Montenegro)
528 Lebanon
865 Mongolia
529 Cyprus
867 North Korea
531 Macedonia
869 Turkey
535 Malta
870 - 879 Netherlands
539 Ireland
880 South Korea
540 - 549 Belgium & Luxembourg
884 Cambodia
560 Portugal
885 Thailand
569 Iceland
888 Singapore
570 - 579 Denmark
890 India
590 Poland
893 Vietnam
594 Romania
899 Indonesia
599 Hungary
900 - 919 Austria
600-601 South Africa
930 - 939 Australia
608 Bahrain
940 - 949 New Zealand
609 Mauritius
950 Head Office
611 Morocco
955 Malaysia
613 Algeria
958 Macau
619 Tunisia
977 Serial publications (ISSN)
621 Syria
978 - 979 Bookland (ISBN)
622 Egypt
980 Refund receipts
624 Libya
981 - 982 Common Currency Coupons
625 Jordan
990 - 999 Coupons
626 Iran


Sumber : http://www.sabasun.com/halal/barkod.htm

Anak Perak : Pringles yang kita selalu beli dan makan tu kod barnya bermula dari nombor 490, agak-agaknya dari negara mana? agak-agak halal tak? takde logo halal kan? Jadi belilah barangan buatan Malaysia (ingat tengok nombor ni 955)

Rabu, 2009 Mei 27

Internet dalam bas

saja try guna internet dalam bas menuju Ipoh dari KLIA. Naik Aerobus, tambang RM42.00. Tak la ramai orang, tak sampai sepuluh orang pun. Jadi, aku pun cuba la melayari internet kejap, guna Celcom Broadband 3G guna Sony Ericsson K850i sebagai modem. Handphone ni ok, tak ada masalah. Boleh guna dalam jangka masa panjang tanpa ade connectivity problem. Laju? boleh lah. Lagipun aku bukan high end downloader user. Biasa-biasa saja, boleh surfing, internet banking, email dan download yang ringan-ringan saja.

Boleh tahan surfing dalam bas ni, walaupun berombak-ombak, connectivity boleh tahan. Kalau tak, takkan aku boleh berblog pulak?

Selasa, 2009 Mei 26

68,000 pemohon berebut 1,984 tempat KPLI


LANGKAWI - Kementerian Pelajaran telah menerima sebanyak 68,000 permohonan daripada siswazah untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bagi sesi Jun ini.

Bagaimanapun, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Datuk Misrah Ibrahim berkata, hanya 1,984 tempat disediakan untuk kursus KPLI di 27 institut pendidikan guru bagi sesi pengajian bermula akhir Jun ini.

"Sebanyak 40,000 pemohon yang gagal juga telah mengemukakan rayuan agar dipilih,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Guru Daerah Langkawi di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang di sini semalam.

Katanya, bahagian itu turut menerima 97,000 permohonan daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti kursus diploma pendidikan dan hanya 6,200 pemohon diterima.

Katanya, Kementerian Pelajaran mungkin menetapkan syarat kelayakan yang lebih tinggi pada masa depan berikutan bilangan pemohon yang begitu ramai. - Bernama


Anak Perak : Ramainyaa.... best ke jadi cikgu? atau sebab tak ada kerja lain? Apapun tahniah pada yang berjaya, yang tak berjaya cuba lagi tahun depan, tak pun jadilah usahawan ke... apalah sangat makan gaji kan?

Selasa, 2009 Mei 19

Jangan hidupkan pendingin hawa kereta dengan cepat setelah memasuki kereta

Sila sebarkan

Jangan hidupkan pendingin hawa kereta dengan cepat setelah memasuki kereta

Setelah masuk ke dalam kereta, anda perlu terlebih dahulu membuka tingkap tanpa menghidupkan aircond anda terlebih dahulu (terutama ketika hari panas atau kereta diletakkan dibawah cahaya matahari yang terik) Menurut kajian, kebanyakan papan muka (dashboard) kereta, sofa, pewangi kereta dan sebagainya merembeskan benzene, iaitu sejenis bahan kimia karsinogen yang didapati mampu menyebabkan kanser (bau seolah-olah plastik terbakar)

Selain itu, ia juga boleh menjejaskan tulang, menyebabkan penyakit anemia yang mengurangkan pengeluaran sel darah putih. Pendedahan yang berpanjangan mungkin akan menyebabkan leukimia dan keguguran.

paras benzene yang boleh diterima manusia dalam ialah 50mg kaki persegi. Kereta yang diletakkan di kawasan redup atau dalam bangunan dengan tingkap tertutup mengandungi sekitar 400 - 800mg benseze. Jika diletakkan di luar atau di bawah pancaran cahaya matahari, pasar benzene ini mencecah sekitar 2000 - 4000mg, 40 kali dari paras yang dibenarkan dan penumpang dan pemandu kereta tidak dapat mengelak dari menyedut toksin ini.

Adalah disyorkan supaya anda membuka tingkap untuk membenarkan udara luar memasuki ke dalam kereta anda. Benzene ialah toksik yang menjejaskan buah pinggang dan hati dan untuk mengeluarkan dari badan amatlah sukar.

Ahad, 2009 Mei 17

TV Plasma terbesar di Malaysia

Memang besar, 103", ia antara TV Plasma terbesar di dunia. Kejelasan yang tinggi, memaparkan grafik dan video HD (High definition) yang menarik. Harga? lihat lah di bawah..

Terpegun akak tu..


Gambar gelap sebab pakai camera handphone.

Binatang apa tu?


Ni lah harga sebenarnya... senang cerita RM300 000 la.
Boleh beli sebuah rumah banglo..huhuhuhu nangis!

Viera TH-103PF10WK Spesification


video

Selasa, 2009 Mei 12

Bubar je lah...jangan ganggu kami..

BUBAR AJE LAH...

SUSAH SANGAT KER?

JANGAN BUANG MASA DAN DUIT.

AKU(KAMI) DAH BOSAN...

MENYAMPAH..

SAKIT HATI...

SUDAH SUDAH LAH...

NIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRY
NIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRY...

BULLSHIT!!!!!!

* OKLAH... SUSAH NAK BUBAR KAN SEBAB BANYAK PAKAI DUIT....

APA KATA BUAT AJE LAH PILIHANRAYA KECIL DI 3 KAWASAN BEBAS TU... AMACAM??

SEMAKIN HARI SEMAKIN MENYAMPAHH!!!!

Isnin, 2009 Mei 11

Sandokan - The Tiger of Malaysia



Tak tahu pula ada siri fiksyen berlatarbelakangkan Malaysia pada tahun 1976, siri Sandokan ini agak popular di Eropah terutama di Itali.

Nak tau lebih? Wikipedia aje kat sini.... ;)

Macam ada muka pelakon terkenal yang dikenali je kat video ni.... Siapa??? Lihat la sendiri.

Ahad, 2009 Mei 10

HONDA CUB TERHEBAT!

DISCOVERY CHANNEL
GREATEST MOTORCYCLE
EVER


Sabtu, 2009 Mei 09

Kene kompaun kereta tidak ada hon

Ceritanya, pada hari ini, 9 Mei 2009 bersamaan hari Sabtu, lebih kurang jam 6.00 petang, aku masa itu nak keluar ke bandar kejap sebab nak membeli tapis, berus ngan benda-benda rumah. Keluar dari jalan besar tak sampai 1 minit di depan tu ada sekatan polis pulak. Sebuah kereta peronda dengan 3 anggota trafik dan kon polis di tengah jalan.

Biasanya aku tak kisah dengan sekatan-sekatan polis ni. Buat apa nak larikan diri, takut atau apa-apa, selagi kita yakin kita tak buat salah, dan kereta kita pun rasa ok. Memang selama ini ada sekatan jalanraya, selalunya dibuat di depan perpustakaan awam. Memang aku biasa lalu siap angkat-angkat tangan lagi pada polis yang buat bodo je orang angkat tangan ke tak. Takpe lah..bukan nak harap balas, cuma nak 'mesra polis' sedikit, maklumlah, masing-masing penjawat awam, lebih-lebih lagi dengan reputasi polis di mata masyarakat sekarang yang pada pendapat aku, 'tah ape-ape'.

Sambung balik, tiba masa aku lalu anggota polis tadi, dia pun tahan lah aku. Selalunya aku tak kena tahan, tapi kali ini kena pulak. Nampaknya kebarangkalian aku kene tahan untuk pemeriksaan mengena kali ini. Nampak muda polisnya, mungkin muda dari aku. Mula-mula periksa lesen, periksa cukai jalan, periksa lampu brek belakang, semua ok aku pun konfiden la. Tiba-tiba dia tekan hon kereta, memang tak ada bunyi lah. Memang dah lama kereta tak ada hon sebab rosak. Tak terpikir langsung nak perbaiki, lupa saja. Lagipun aku bukan jenis suka hon-hon ni. Dia pun mula la ceramah.. hon ni blah blah blah..aku pun ya ya ya. Tapi sebenarnya aku pun tak tau HON TAK ADA ni satu KESALAHAN. Ye la, asyik-asyik pasal tali pinggang keledar, lampu brek, signal, dan lain-lain, kali ini terkena pulak hon.

Sehari sebelum kena kompaun ni, aku ada tanya cikgu sekolah aku pasal hon rosak ni. Macamana nak buat, kena periksa bahagian mana dan lain-lain. Cikgu sekolah aku ni pun tak pun beritahu yang kena buat hon cepat2 sebab ianya kesalahan.

Seumur hidup aku sejak berlesen kenderaan motor ni, baru kali kedua aku kene kompaun dengan polis. Pertama kali, lama dah. Masa tu naik moto, parking sekejap di tepi Maybank dekat Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh sebab ada hal sedikit. Bukanlah menghalang lalulintas pun. Tiba-tiba nak balik, nampaklah surat kompaun dalam raga motor. Dan yang ini kedua sejak 11 tahun aku berlesen ni.

pada polis yang mengkompaun aku tu, sekurang-kurangnya beri la peluang, terangkan kesalahan, lepaskanlah, pasti aku terus pergi baik hon aku, silap-silap haribulan aku letak air hon, atau hon kepala bapak lori balak baru kau tau. Nanti kalau ada sekatan jalanraya lagi, aku akan hon puas-puas pada polis tu, tanda yang aku dah ada hon! hehehe. Jangan lepas tu aku kena saman lagi pasal kesalahan 'hon pada polis' pulak sudahlah.




Jalan raya depan rumah aku, Jalan Meranti, memang selalu kereta-kereta yang dah diubahsuai test power. Bingit telinga gak. Kejarlah kereta-kereta macam tu, yang memang terbukti diubahsuai. Samanlah.. buat lah kerja sedikit. Mulut je manis.... chit..

MAKLUMAT TERRBARUU..Update 11/5/09
(Dari sumber dalaman..)

Polis cari makan. Sasaran? kenderaan yang menghala dari atau ke Bintangor dan Sibu melalui jambatan Sg. Nyelong yang baru disiapkan. Oleh kerana aku jenis tak banyak cakap, lagipun status seorang pejawat awam, anggota itu pun berlagak sebagai seorang 'profesional' dalam menjalankan tugas (faham-faham lah, atau memang profesional? tak taulah apa tindakan dia dalam situasi yang sama pada pemandu lain?)

Rabu, 2009 Mei 06

7 MEI

7 MEI 2009

jeng... jeng... jeng...