Recent Posts

Selasa, 29 April 2008

Harga beras naik

Hari ni, saja-sajalah telefon mak di kampung, bertanyakan khabar. Alhamdulillah, dia sihat walafiat. Tapi hari ini, suaranya ada sedikit berbeza. Demam ke? Tanpa perlu ditanya, seperti tau-tau aje, mak pun ceritalah perihal barang-barang keperluan yang naik mendadak.

Terkejutlah dengar bunyinya. Dia kata lagi, dahulu harga beras yang beratnya 15KG tu, paling murah la adelah dalam RM27 ringgit. Tadi katanya, masa dia beli beras, harga dah sampai RM37 ringgit! kenaikan RM10 ringgit! masyaAllah...

Ini belum lagi dengan kenaikan harga barang-barang keperluan yang lain-lain lagi. Semakin lama semakin meningkat. Bagi mak yang setiap bulan hanya dapat pencen bulanan balu pesara kerajaan pangkat rendah, apalah sangat RM200 yang diterima setiap bulan. Beli barang-barang keperluan, bayar bil air, elektrik, telefon rumah (tu pun pakai prepaid), cukai pintu dan tanah, cukupkah?

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, sekarang sudah masanya saya menanggung mak saya pula. Walaupun bekerja jauh di perantauan, saya tidak lupa. Saya faham keadaannya, setiap bulan saya ada memberikan kepadanya elaun saraan. Hidup tidaklah sesenang mana, tapi tidaklah pula merana.

Itu kisah mak yang berada di kampung. Terfikir pulak saya, bagaimana keadaan keluarga kakak-kakak dan anak-anak mereka? Pekerjaan suami tidak sebaik mana, macamana pula mereka hendak menyara keluarga dengan kenaikan kos barang yang, tak keterlaluan katakan, semakin menggila?

Bagaimana pula dengan keluarga-keluarga miskin yang lain?

Reactions:

0 pendapat: