This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Recent Posts

Memaparkan catatan dengan label Pendapat Dan Catatan Blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendapat Dan Catatan Blogger. Papar semua catatan

Ahad, 8 Mei 2011

Lama betul tak berblog

Dah berhabuk nampaknya blog aku ni. Kiriman yang terakhir 21 Februari tahun lepas. Tapi rasa nak aktifkan balik, selaras dengan perkembangan terkini hobi dan kerjaya. Tak ada perubahan drastik, aku masih di sini. Sampai bila, cuma Allah sahaja yang lebih mengetahui. :)

Jumaat, 8 Januari 2010

Keganasan bukan penyelesaian


" Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang
selalu menegakkan (kebenaran) Karena Allah, menjadi saksi dengan adil.
dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu
untuk berlaku tidak adil. berlaku adillah, Karena adil itu lebih dekat kepada takwa.
dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan
" Al-Maidah;Ayat 8.

Ahad, 6 Disember 2009

Lama tak kemaskini

Dah lama saya tak post apa-apa di sini sejak balik bercuti di kampung. Maklumlah, di kampung tidak ada perkhidmatan 3G broadband. Nak kata kampung, tak lah berapa kampung, di pekan lah juga. Pekan Sungai Siput (U), terkenal juga kawasan ini, lebih-lebih lagi terkenang zaman darurat, pengganas komunis dahulu.

Bukan tak boleh nak online pakai celcom, boleh, tetapi kena tahan lah menunggu. Kalau tidak ada 3G, ia akan automatik bertukar kepada perkhidmatan yang sedia ada, Edge, nasib baik la juga ada Edge, kalau pakai GPRS lagi la perlahan.

Kenapa celcom tak luaskan lagi liputan untuk 3G di seluruh semenanjung Malaysia? Sedangkan Maxis pun ada 3G di sini, apatah lagi kalau Celcom.

Masa saya post ni pun dekat kafe siber, tapi bosanlah, bising dengan budak-budak main game.. grrr.....

Rabu, 18 November 2009

Komen seorang guru tentang isu hina agama di Sarawak.

Salam sejahtera Cikgu Anuar, apa khabar anda. Belum terlambat lagi saya mengucapkan selamat bercuti rasanya. Tujuan saya menghantar PM kepada anda untuk memberikan pandangan peribadi saya terhadap komen anda terhadap engkabang.net. dalam blog anda. Kali pertama saya melawati blog anda, yang ada di muka depannya adalah gambar konvo anda. Dan sekarang, nampaknya blog anda telah berkembang dengan pelbagai isu dan ulasan anda sendiri. Tahniah.

Mohon membaca sehingga nota terakhir komen saya, dan saya minta maaf jika anda tersinggung, tetapi sebagai kawan yang telah mengenali di antara satu sama lain selama 4 tahun di Universiti, anda pasti tahu dan kenal saya secara peribadi. Ini adalah maklumbalas saya terhadap komen anda terhadap Isu Kontroversi ...

[ quote author = http://bloganakperak.blogspot.com/ ]
* Saya ada tempel berita ini ke ruangan forum di engkabang.net (Forum berkongsi pendapat guru-guru seluruh Sarawak)
[ / quote ]

Terima kasih kerana memperkenalkan engkabang.net dalam blog Cikgu Anuar... Memang benar ianya menjadi tempat di mana guru-guru di Sarawak yang terpisah dengan bentuk geografinya dapat berhubung dan bertukar-tukar maklumat.

[ quote author = http://bloganakperak.blogspot.com/ ]
Selepas beberapa jam disiarkan, topik berkenaan nampaknya telah dipadamkan oleh admin forum tersebut. Atas alasan apa saya tidak tahu. Salahkah berkongsi pendapat secara terbuka? Mengapa perlu dipadamkan? Tidak mahu orang mengetahui hal itu?
[ / quote ]

Cikgu Anuar, tidak salah kita berkongsi pendapat, tetapi kena juga fikirkan kesannya, memang mudah untuk membuka sesuatu post dan meletakkan isu yang sensetif, tetapi dapat tak kita kawal jika terjadi apa-apa masalah berpunca daripada isu itu? Pembaca post anda terdiri daripada guru pelbagai agama dan latarbelakang, malah ibubapa pun boleh membaca post tersebut. Sanggup tak Cikgu Anuar bertanggungjawab jika timbul sesuatu kesan negatif daripada post yang anda hantar itu? Para admin terdiri daripada guru-guru yang lebih berpengalaman, faham situasi yang bakal timbul, dan tindakan mereka memadamkan post tersebut, pada pandangan saya, memang satu tindakan yang bijak, cuma saya tidak faham kenapa Cikgu Anuar tidak puas hati sampai bawa isu itu ke blog anda. Semua orang telah mengetahui isu tersebut, jadi kenapa pula kata tidak mahu orang mengetahui hal tersebut, bukankah ianya tersiar dalam suratkhabar dan berita. Mungkin anda yang ketinggalan. Dan masa mendaftar dulu jadi member di engkabang.net ada tak baca Rules-nya tak?


[ quote author = Forum Rules and Guidelines > Rules (Don't) ]

Rules No.9.. No posts of an overtly political or religious nature OR posts promoting advocacy of particular personal, medical, egal, religious, political, or non-profit causes.
- The forums are intended for offering mutual personal support. Debating controversial subjects should be taken elsewhere.


Rules No.12.. If it shouldn't be viewed by minors, then it shouldn't be posted to the forums or chat rooms.
- This is a public, family-friendly, school forum. In addition, if something would not be considered "safe" (to a teacher or student), then it shouldn't be posted.
[ / quote ]

Dua peraturan dalam Engkabang.net telah menjelaskan post yang bagaimana boleh di post dalam engkabang.net.. Tidak ke masa ambil kursus Pentadbiran Sistem Komputer dan Rangkaian Komputer,dengan En.Zahar dulu,perkara berkaitan etika dalam rangkaian perlu diajar agar menjaga sensitivity semua pengguna. Itulah yang diaplikasi di sini.

[ quote author = http://bloganakperak.blogspot.com/ ]
Rasional lah sedikit. Ini bukan fitnah, ini kesalahan yang kita sebagai guru-guru, tak kisah lah agama apa sekalipun, perlu perbetulkan.
[ / quote ]

Cikgu Anuar, berfikirlah secara rasional komen saya diatas, dan untuk makluman, isu tersebut dalam perhatian pihak wajib. Malah telah dilaporkan dalam suratkhabar, jadi kenapa perlu dibincangkan perkara yang masih dalam siasatan? Semua pihak sedia maklum isu tersebut dan menunggu tindakan pihak yang berkenaan. Kenapa anda seorang saja yang terlampau berminat dengan isu tersebut. Banyak lagi perkara yang berkenaan pendidikan kita boleh kongsikan bersama...


[ quote author = http://bloganakperak.blogspot.com/ ]
Nampak sangatlah admin berpihak kepada golongan mana. Pembela atau penghina?
[ / quote ]

Satu tuduhan yang pasti melukakan hati setiap mereka yang membaca komen di blog anda. Apa yang anda dapat dengan mengeluarkan kenyataan begini? Bagi saya tindakan dan tuduhan kamu itu menampakkan ketidak-matangan sebagai seorang guru. Sebagai guru kita patut berfikir sebelum membuat sebarang kenyataan.. Fikirlah sendiri. Maaflah kalau anda tersinggung, tetapi setiap kata-kata saya ini lahir dari hati saya sebagai seorang kawan, apatah lagi kita berada di tempat orang, dan tidak mahu apa-apa yang tidak elok timpa ke atas seorang kawan yang saya kenali... Mohon edit semula post tersebut di blog anda, jika anda masih anggap saya sebagai kawan.

Jawapan Anak Perak

1. Terjadi di negara 1Malaysia

2. Melibatkan pelajar-pelajar sekolah di Malaysia, khususnya di Sarawak. Saya tidak menengahkan isu di luar persekitaran.

3. Ada kaitan dengan kita semua sebagai pendidik.

4. Saya dah beritahu, bukan untuk mencetuskan kontroversi murahan atau polemik, tetapi apa pandangan dan tindakan kita sebagai pendidik supaya isu sebegini tidak terjadi lagi.

5. Jangan salah faham. Tiada sesiapa pun yang suka apabila soal agama dan keturunan mereka dihina melainkan dia atheis.

6. Mengapa kita yang sudah lama hidup berbilang bangsa dan agama, perkara sedemikian masih terjadi? Terutamanya di Sarawak, yang dianggap model sebuah masyarakat berbilang bangsa dan agama yang hidup aman damai?

7. "agar menjaga sensitivity semua pengguna" mengapa tidak difikirkan sensitiviti sebelum ini? Sudah jelak menjaga sensitiviti semua sedangkan sensitiviti orang lain pada kami tidak dipedulikan.

8. "This is a public, family-friendly, school forum. In addition, if something would not be considered "safe" (to a teacher or student), then it shouldn't be posted." Apa-apa perkara yang melibatkan secara langsung dengan profesion perguruan, sekolah, jabatan pelajaran dan guru-guru saya rasa perlu diketengahkan.

9. " Malah telah dilaporkan dalam suratkhabar, jadi kenapa perlu dibincangkan perkara yang masih dalam siasatan? " Banyak posting lain oleh guru-guru yang ditempel dalam ruangan forum masih lagi berada di dalam siasatan. Tidak ada masalah pun? Boleh dibincang dan diberi pendapat oleh guru-guru kita yang berfikiran terbuka? Tidak perlu ada double standard.

10. Penghina agama tetap penghina agama. Anda tidak perlu mempertahankan golongan ini. Janganlah nanti persepsi saya terhadap anda berubah. Agama kami telah diserang di setiap sisi serata dunia, janganlah terbawa-bawa pula masuk ke dalam negara. Perbuatan yang tidak baik, hasilnya tidak baik juga. Toleransi ada hadnya.

11. "Satu tuduhan yang pasti melukakan hati setiap mereka yang membaca komen di blog anda" Hati kami sudah berdarah sejak sekian lama. Tidak siapa tahu. Melalui blog saya berhak meluahkan perasaan dan pendapat saya tentang sesuatu isu. Siapa makan cili dia terasa pedasnya. Lagipun pendapat dan komen saya tidak menghina mana-mana agama. Siapa mulakan dahulu?

12. Memang sudah menjadi kebiasaan saya menempel berita-berita di akhbar-akhbar ke dalam blog saya dan memberi pendapat. Saya bukan hanya menempel isu tersebut sahaja. Apa masalahnya?

13. "menampakkan ketidak-matangan sebagai seorang guru" Cuba baca surat khabar yang lepas-lepas ulasan beberapa orang profesional tentang hal ini. Adakah mereka tidak matang?

14. 'Kenapa anda seorang saja yang terlampau berminat dengan isu tersebut" Mana anda tahu saya seorang sahaja yang TERLAMPAU berminat? Anda dah periksa inbox saya kah? Dan saya ingin bertanya kepada anda. Mengapa anda terlampau berminat untuk menghantar mesej ini kepada saya? Andalah orang yang pertama hantar mesej sebegini kepada saya.

15. Berani kerana benar, walaupun yang benar itu sangat pahit. Saya tidak sanggup dipijak kepala oleh golongan-golongan ini. Negara ada undang-undang. Biarlah undang-undang yang menentukan. Sehingga kini tidak ada apa-apa yang berlaku. Penolong kanan 1 saya, yang beragama kristian, selalu melawat blog saya, selalu melawat engkabang.net dan selalu juga kami berinteraksi dalam FB, kami tidak ada apa-apa masalah. Yang penting, dia hormati dan faham pendapat saya, dan saya harap anda juga begitu. Perhubungan saya dengan guru-guru yang lain pun tidak ada masalah. Kenapa saya perlu risau?

16. Jikalau ada beberapa orang pelajar di Malaysia menghantar video yang menunjukkan perbuatan menghina-hina ajaran agama anda, apa perasaan anda? Tindakan saya memberi pendapat dan komen di dalam blog peribadi saya pun telah dikondem oleh anda. Itu baru pendapat peribadi..

17. Percayalah. Komen anda akan membuat saya lebih yakin lagi dengan apa yang saya telah lakukan.

18. Terima kasih memberi pendapat. Saya hargainya.


Sabtu, 7 November 2009

Kelajuan Celcom 3G Broadband terkini..zzzzzzzz


Pelik betul dengan Celcom 3G ni.

Laju la pula.. Subsribe package 384kbps, tiba-tiba dapat speed sampai 1.38Mbps (DL) (Server Malaysialah)

Tapi kalau laju pagi-pagi dinihari tak guna juga. Tapi tak hairanlah laju pada waktu ini sebab orang semua tengah tidur.

Server Washington DC 650kbps (DL).
Server Los Angeles 680Kbps (DL)
Server UK (London) 220Kbps (DL)
Server Jepun (Tokyo) 770Kbps (DL)
Server Hong Kong 1.03Mbps (DL) Aik...lajunya Hong kong?
Server Sydney Australia 550Kbps (DL)

Kalau online siang-siang remang, speed nak sampai 10kbps pun susah, local server lak tu. Pelik-pelik.


Alahai la Celcom. Uprade la sikit supaya boleh tampung pengguna yang semakin bertambah ni. Mereka ni bayar, bukan langgan free saja. Selesaikanlah masalah tengkuk botol (bottleneck..hehehe) ni. Broadkanlah lagi bandwith tu. Sedangkan Penang Bridge lagi dibroadkan, apatah lagi Celcom Broadband.

Ingat!!!

Internet surfer didahulukan, kelajuan diutamakan

Itu KPI anda ok? Nanti saya repot kat PM nanti.

Isnin, 2 November 2009

Siapa yang sesat?


Pelajar ajuk cara 'bersolat jemaah' dalam gereja

KUCHING: Sekumpulan pelajar sebuah sekolah menengah di Betong, Sarawak, merakamkan perbuatan mereka meniru cara umat Islam bersolat jemaah termasuk melaungkan azan di dalam sebuah gereja dan dipaparkan dalam laman web You Tube.

Dalam rakaman dua minit 13 saat itu, sekurang-kurangnya lapan remaja termasuk dua perempuan berusia 12 hingga 15 tahun dilihat ketawa dan menjerit ketika empat rakan mereka melakukan 'solat jemaah'.

Empat remaja lelaki kelihatan berdiri di ruang hadapan gereja atau altar sambil meniru cara solat jemaah dengan seorang daripada mereka melakonkan watak imam.

Ketika itu, laungan seperti azan jelas kedengaran dipercayai dilakukan rakan lain, manakala kumpulan remaja berkenaan 'bersolat' dengan mengangkat takbir beberapa kali, sujud, duduk antara dua sujud sebelum duduk tahyat akhir.

Kumpulan remaja yang melakonkan watak jemaah turut berbaring beberapa kali dan menggayakan tarian 'shufle' serta berguling. Seorang daripada remaja berkenaan turut dilihat mengajuk cara pondan bersolat sebelum remaja yang merakam berkata "ada pondan ke dalam masjid".

Mereka memakai pakaian baju T dan seluar jeans dengan seorang daripada mereka memakai baju sekolah yang tertera nama dan logo Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Augustine, Betong.
ANTARA aksi yang dilakukan sekumpulan pelajar yang menghina cara orang Islam menunaikan solat di dalam sebuah gereja di Betong.

Perbuatan dipercayai dilakukan di sebuah gereja sekitar Betong, kira-kira 350 kilometer dari sini dengan tiada individu dewasa kelihatan berada dalam rumah ibadat berkenaan.

Pada penghujung rakaman, seorang remaja lelaki turut berkata "no more muslim, muslim is ajaran sesat". Rakaman berkenaan dihantar ke sebuah laman web oleh seorang penghantar bernama 'Harisha2012' pada 20 Oktober lalu.

Sementara itu, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Daud Abdul Rahman, berkata perbuatan itu dilakukan sekumpulan pelajar nakal dan meminta umat Islam tidak cepat melatah.

Katanya, Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) sudah dimaklumkan mengenai perbuatan kumpulan remaja berkenaan dengan siasatan dilakukan beberapa pegawai Jais.

"Sebagai umat Islam, memang kita tidak gembira, namun saya harap ia tidak menjejaskan hubungan antara kaum di negara ini. Ia dilakukan sekumpulan kecil budak nakal dan ia tidak mencerminkan keadaan sebenar hubungan kaum dan agama yang sememangnya baik sejak dulu lagi," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas termasuk merujuknya kepada pemimpin di kawasan berkenaan bagi memastikan ia tidak berulang.

"Setakat ini tiada laporan rasmi dibuat mana-mana pihak, namun saya akan meminta pegawai Jais membuat laporan agar siasatan lebih terperinci dilakukan," katanya.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sarawak, Datuk Dr Julaihi Bujang, berkata pihaknya sudah memaklumkan kejadian kepada polis dengan tindakan tegas akan diambil terhadap kumpulan pelajar berkenaan.

Berita Harian Online @ 2 November 2009


ANTARA aksi yang dilakukan sekumpulan pelajar yang menghina cara orang Islam menunaikan solat di dalam sebuah gereja di Betong.

Anak Perak : Kadang-kadang aku rasa pelik dan hairan dengan sikap sesetengah orang bukan Islam ni. Dari dahulu lagi memang suka menghina, mencaci, mengajuk-ajuk dan buat perkara yang tidak baik tentang ritual, praktikal, lafazan agama Islam.

Sedangkan kami rasa kami tidaklah membuat perkara yang sama kepada agama lain. Kami telah diajar supaya menghormati agama lain. Aku rasa tidak kedapatan perkara-perkara yang dibuat oleh orang Islam hina agama lain.

Kami tidak bakar Bible? kami tidak hina Jesus, kami tidak menghina-hina ritual dan kepercayaan orang Kristian, kami tidak menghina simbol salib.

Apa masalah dengan kalian wahai orang bukan Islam??

Bagaimana pula agama anda? Tidakkah agama anda menyuruh hormati budaya dan agama orang lain juga?

Kalau anda sendiri boleh menari-nari, membuat bising, menjerit-jerit dan berkata lucah di dalam rumah suci anda, kami faham, apatah lagi hina agama lain? Sedangkan dalam rumah ibadah anda sekalipun boleh diperlakukan sedemikian. Bagaimana hendak hormat agama lain kalau agama sendiri pun tak dihormati?

Tak bodoh ke?


Kalau perkara sepertimana dalam artikel di atas berlaku di negara lain, ada kemungkinan saya memahaminya kerana mungkin orang bukan Islam kurang faham tentang apa itu ajaran Islam yang SEBENARNYA. Yang membuat saya rasa marah, meluat, benci, sakit hati (dan banyak lagi) perkara itu berlaku di negara sendiri, yang mana kita sudah berpuluh-puluh tahun hidup di dalam kepelbagaian masyarakat yang berbilang bangsa, etnik dan agama.

Walau apapun alasan diberikan, memang orang Islam harus 'melatah' dalam perkara melibatkan hal seperti ini. Hanya berdiam diri dan membiarkan saja agama dimain-mainkan oleh orang lain bukanlah satu pilihan.

Kami tidak akan sesekali membalas apa yang anda buat kepada kami. Bukan ajaran agama kami untuk menghina, memaki dan mempermain-mainkan agama lain.

Teruskanlah menghina dan mempermainkan agama suci kami.

Sudah sah sekarang, siapa yang benar, siapa yang sesat, siapa yang takut bayang-bayang sendiri, siapa mengikut ajaran syaitan, siapa mengikut ajaran tuhan yang satu.

Sengaja saya selitkan di sini. Saya ada tanya seorang pelajar kristian di sekolah, siapa tuhan mereka? Jesus? bukankah Jesus dipanggil anak tuhan? Tapi mereka anggap Jesus tuhan? Mana satu tuhan ni? Mereka pun ting tong juga. Malas saya nak teruskan sebab nak hormati agama mereka. Dalam ajaran kami mempercayai Nabi Isa A.S sebagai pesuruh Tuhan yang mesti kami percayai. Tidak lebih hanya sebagai seorang pesuruh Tuhan, menyebarkan perkara yang benar dari tuhan.

Mungkin mereka masih budak-budak sebaya dengan pelajar-pelajar saya di sekolah. Saya faham. Kefahaman mereka terhadap agama mereka sendiri pun masih kurang, apatah lagi tentang menghormati agama lain. Tetapi laksana api, kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan.

* Saya ada tempel berita ini ke ruangan forum di engkabang.net (Forum berkongsi pendapat guru-guru seluruh Sarawak) Selepas beberapa jam disiarkan, topik berkenaan nampaknya telah dipadamkan oleh admin forum tersebut. Atas alasan apa saya tidak tahu. Salahkah berkongsi pendapat secara terbuka? Mengapa perlu dipadamkan? Tidak mahu orang mengetahui hal itu? Rasional lah sedikit. Ini bukan fitnah, ini kesalahan yang kita sebagai guru-guru, tak kisah lah agama apa sekalipun, perlu perbetulkan.


Jumaat, 30 Oktober 2009

Fasal DUN Perak


Perak...Perak... Begitu hebat sekali kau dilacur.

Fasal 3G Sialcom Berukband, Liputan Terhangat (hangat taik ayam)

Tak tahu nak taip apa lagi fasal Berukband Sialcom ini. Dah macam-macam artikel dah keluar di Internet, tapi masih buat-buat tak tahu lagi. Kadang-kadang laju, kadang-kadang slow macam kura-kura umur 100 tahun. Nak kata dah di throttle down ( ya Sialkom, aku baca term and condition kau orang tu... ada capped 5GB) aku rasa penggunaan internet aku tak pun sampai 5GB lagi, aku ni bukanlah pendownload yang tegar, cuma kadang-kadang download freeware, mp3, youtube tu biasa la, tapi rasa-rasa tak sampai pun 5GB lagi? Itu yang engkorang kata Unlimited Berukband Konektion? Tukar le jadi Limited Broadband Connection, tulis besar-besar 5GB SAHAJA PAHAM!!!! kat iklan kau orang.

Liputan terhebat 3G Sialcom Berukband, anda dapat F ya... Anda gagal!

PM Najib kata tahun depan akses high speed broadband akan lebih baik. Kerajaan peruntukkan 11 Billion (fuyoo....) untuk MEMPERTINGKAT DAN MELAJUKAN LAGI CAPAIAN / kemudahan ini. Baiklah, mari kita tunggu dan lihat. (ye lah...kita ni rakyat marhaen je, apa boleh buat selain menaip hati dan perasaan kita ni kan).

Sumber : speedtest.net

Ya Allah..malunya aku... Dah berapa tahun Malaysia ni tubuhkan MSC (Multimedia Super Corridor) kununnya Silicon Valley of the East... (Cheh..tak yah berangan la kalo kelajuan internet ranking ke 89 dunia (Ya Allah...malu malu malu..MSC?) Erm... negara Andorra tu kat mana ye? :).

Celcom, Celcom.... Komuniti internet Malaysia ni dah sebati dah menukar namamu ke Sialkom. Jangan nanti betul-betul sial pula. Masin mulut diaorang ni.

Rabu, 28 Oktober 2009

Fasal ular

Petang tadi, masa baru balik dari tempat kerja macam biasa la terus ke bilik air bawah, belakang rumah nak buang hajat kecil. Selalu terus je masuk dan membuat pancutan sebab tak tahan dah. Tiba-tiba ternampak satu benda panjang warna hitam belang-belang merah kuning, hijau yang pelik, lebih kurang 50cm atas paip ke tangki simbahan tu. Ya Allah...anak ular rerupanya. Relek relek juga tapi hati dah berdebar. Ular tu diam saja tak bergerak-gerak. Masa flush pun masih diam je. Tak boleh jadi ni. Masuk dalam ambil parang dan penyembur nyamuk, sembur dekat ular tu bagi dia pening-pening lalat sikit, dan potong kepala.

Hmmm... risau pulak. Kalau ada anak ular, mesti ade bapak atau maminya. Isk, takleh bayang la pulak. Ni semua pasal hutan belantara (semak samun) belakang rumah aku ni la. (Salah sapa? sendiri malas menebas). Hari tu dah tebas clear dah, tapi balik je dari bercuti, terus subur melata. Malas pulak nak tebas. Alatan pun tak cukup. Tapi bila dah terserempak ngan ular tu, seriau pun ada satu badan.

Nak suruh la sapa-sapa tebas belakang semak samun di belakang rumah ini. Nanti datang pula bapak dia cari anak...huhuhuhuhu...

Tak teringat lak nak ambil gambaq ulaq melingkaq ateh paip tadi. Rugi-rugi. Kalau snap tadi boleh kenalpasti ular spesis ape kan? yang pasti bukan ular sawa sebab corak badan lain. Maybe ular kapak kot. Spesis ni paling bisa walaupun masih kecil.


lebih kurang camni patternya. Memang berbisa.

Selasa, 8 September 2009

IndoneSIAL?


Ada apa dengan Indonesia sekarang ni? Apa masalahnya? Alah, woi orang-orang IndoneSIAL yang berkenaan, tak payah lah nak provoke-provoke kami. Kami tak hingin pun dengan provokasi anda. Buang masa je layan perangai buruk + bodoh + ntah apa-apa lagi dengan anda-anda semua. Macam lahhh kami ni terjejas teruk dengan perangai mangkuk jebeng kau orang tu. Dah la datang merempat kat sini, banyak juga yang merompak, menyamun, pecah rumah. (tapi bagus gak PDRM kasi tembak kepala je para-para SIALAN ni.)

Tapi sabar tu sabar lah juga kan. Ada juga tahapnya.

Erm... Berita TV3 masih tayang iklan Visit IndoneSIAL lagi ke? Baik hentikanlah saja. Melampau sangat bangsa-bangsa sial yang tak sedar diri ni.

Ops..melalut lak aku....hahaha

Aku tak ada kawan orang Indon. So pada orang-orang Indon, janganlah marah. Siapa mulakan provokasi ni kan?

Tapi pada indonesian yang berkecuali, cintakan keamanan, tak mengikut perasaan, berpegang teguh ajaran agama, saya tidak sekali-kali mengutuk anda ok? kita kan serumpun. Cuma sakit hati jugalah baca dan tengok berita provokasi sesetengah bangsa 'kurang hajor' anda tu.

Sabar...sabar..puasa... PEACE!

Ahad, 6 September 2009

Topeng Mulut, H1N1 dan Bazar Ramadhan

Baru balik dari kampung minggu lepas. Petangnya pergilah ronda-ronda sekitar pekan Sarikei hendak membeli juadah berbuka. Terkejut pula lihat jalan biasa bazar ramadhan pekan Sarikei belakang pasaraya Everise lengang! Agaknya dah berpindah. Apalagi, aku berbuka puasa pada hari pertama di Sarikei di KFC. Sahurnya, masak sendiri. Tak sedap pun belasah aja lah....

Esoknya aku pun tanya kawan seperguruan di sekolah, di mana menghilangnya bazar ramadhan di Sarikei? Rupa-rupanya memang betul lah dah dipindahkan. Kawasan baru di sebelah medan selera Kg Seberang. Tapi tempat tu memang luas, baru diturap dengan tar. Jadi tak timbul soal kesesakkan dan nak letak kereta pun mudah. Tapi, dengar kkhabarnya ramai yang tidak setuju dengan kawasan baru. Mereka lebih suka di kawasan lama, lebih ramai orang dan strategik kerana terletak di tengah-tengah bandar Sarikei. Tapi aku rasa dari segi keselesaan pengunjung, lebih baik lagi di kawasan baru.

Jadi petang tu aku pun turun padang dalam pukul 4.30 petang. Memang tak berapa nak ramai orangnya. Masih awal agaknya. Entahlah. Tapi nak parking senang, tak ada kesesakkan. Aku pun turun la mencari-cari juadah berbuka dengan memakai penutup mulut dan hidung. Di tengah-tengah kekecohan pandemik H1N1 ni, sebagai langkah berjaga-jaga. tapi yang menghairankan, sambil tengok makanan-makanan yang sodap-sodap, mata melilau juga kalau-kalau ada juga orang lain yang pakai penutup macam aku. Tak ada langsung! Aku rasa aku sorang je yang pakai penutup mulut di Sarikei ni...LOL. Tapi aku tak segan atau malu-malu. Buat apa nak malu kan. Terus saja lah pusing-pusing. Tak ada reaksi orang ramai dan penjual-penjual makanan di bazar apabila tengok aku pakai penutup mulut macam doktor nak bedah pesakit. Biasa aja. Tak lah dilayan macam makhluk asing atau cuba-cuba nak larikan diri.

Hari ini dah masuk hari ke-3 aku ke bazar ramadhan. macam biasa, pakai penutup mulut. Tapi lah, aku rasa, pakai penutup mulut ni bukan sahaja nak hindarkan dari terkena selsema tu, tapi dapat juga ia menapis udara yang tercemar dengan partikel -partikel asap dan bendasing lain dari masuk ke saluran pernafasan kita. Terus terang katakan, lebih selesa bernafas guna topeng mulut dalam keadaan bersesak-sesak dengan orang ramai, ditambah pula dengan asap dari ikan bakar dan ayam golek yang berkepul-kepul tu. hehehe...

Sampai artikel ni ditulis, jumlah kematian akibat penangan H1N1 ialah 73 orang. Mangsa terakhir, seorang wanita berusia 25 tahun yang sudah demam, sesak nafas selama 5 hari dari Betong, Sarawak. Dimasukkan ke Hospital Sibu dan meninggal dunia. Tak jauh ehh Betong, Sarikei dan Sibu?

Selasa, 1 September 2009

Celcom Berukband


CELCOM SUCK!!!!!!!!!
BERUKBAND BODOH!!

MAKAN DUIT HARAM JE!!

Sabtu, 8 Ogos 2009

Tong air besar tiba di Sarikei

Agak-agaknya sebagai persediaan jangka panjang hadapi krisis bekalan air yang dah berlarutan hampir 2 minggu ini.

Tapi tengok balik, macam tangki septik untuk rumah je. hehhehehe...

Ahad, 2 Ogos 2009

Akses Broadband Malaysia Amat Memalukan!!!!

Top Countries by Download Speed

  • 1.20.21 Mb/s Korea, Republic of
  • 2.15.84 Mb/s Japan
  • 3.15.07 Mb/s Aland Islands
  • 4.12.87 Mb/s Lithuania
  • 5.12.75 Mb/s Sweden
  • 6.12.31 Mb/s Latvia
  • 7.12.12 Mb/s Romania
  • 8.11.41 Mb/s Bulgaria
  • 9.10.78 Mb/s Netherlands
  • 10.9.21 Mb/s Moldova, Republic of
  • 11.8.44 Mb/s Slovakia
  • 12.8.36 Mb/s Hong Kong
  • 13.8.22 Mb/s Germany
  • 14.8.10 Mb/s Russian Federation
  • 88.1.84 Mb/s Malaysia

Top Countries by Upload Speed

  • 1.8.77 Mb/s Lithuania
  • 2.7.14 Mb/s Japan
  • 3.5.46 Mb/s Aland Islands
  • 4.5.39 Mb/s Bulgaria
  • 5.4.94 Mb/s Latvia
  • 6.4.84 Mb/s Romania
  • 7.4.60 Mb/s Russian Federation
  • 8.4.56 Mb/s Hong Kong
  • 9.4.45 Mb/s Sweden
  • 10.4.28 Mb/s Slovenia
  • 11.3.64 Mb/s Andorra
  • 12.3.48 Mb/s Moldova, Republic of
  • 13.3.06 Mb/s Netherlands
  • 14.3.05 Mb/s Asia/Pacific Region
  • 74.0.55 Mb/s Malaysia
Source : Speedtest.net

Nasib Melayu di bumi Melayu

Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian (kalau dah kena bangsa sendiri, fahaman politik diketepikan) dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah (Kenyataan orang bodoh bermotif perkauman!). Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.( Sebab yang kena tu bangsa merekaa...peduli apa bangsa lain!)

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.

Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.

Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.( Lemahnya Melayu jika tidak bersatu)

Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah? ( kalau bangsa mereka? fikirla sendiri...)

Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.

Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut. ( Kes klasik yang menusuk perasaan dan jiwa saya sampai hari ini. Dah terbukti perempuan tu melayu, terus senyap.... bodoh!)

Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina (Kepala segala racist...KDN buat kerja?), serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.(Sekali lagi...sebab bukan bangsa mereka!)

Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi. (Sedarlah melayu..)

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi. (Sampai bila nak toleransi sampai memakan diri?)

Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam. (Sebab bangsa mereka..)

Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?

Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau. (Toleransi lah lagi...)

Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Logik

Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan. (Melayu yang tak sedar)

Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?(Sebab yang kena ialah orang Islam, kerajaan 'ISLAM' kita pun tidak bersuara takut menjejaskan hubungan 'baik' maklumlah baru balik dari membuat lawatan rasmi dari sana..)

Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat (Dan bersorak-sorak bertepuk tangan dalam hati).

Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.

Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.

Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.(Pertubuhan yang meletakkan nama Islam kononnya juga bermati-matian mempertahankan golongan ini.)

Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.

Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.(Mana Melayu Islam? sibuk bergaduh ke?)

Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.

Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.

Dr. Mohd Ridhuan Tee

Penulis ialah Pensyarah Kanan,

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.


Anak Perak : Saya bersetuju dengan pandangan Dr. Ridhuan di atas. Orang Melayu sekarang bercakaran sesama sendiri atas hal-hal yang tertentu, di mana orang dari bangsa lain, walaupun berlainan fahaman politik, masih dapat bersatu. Orang Melayu bergaduh, yang melompat, bersorak-sorak orang bangsa lain. Itu yang saya dapat lihat sekarang. Orang melayu sendiri tidak sedar. Kes-kes yang dinyatakan oleh Dr. Ridzuan di atas sudah cukup membuktikan betapa bersatunya bangsa lain itu jika ada sesuatu yang berlaku pada bangsa berkenaan. Orang Melayu? apa yang dapat? Siapa yang nak mempertahankan orang Melayu jika kes-kes melibatkan orang Melayu berlaku? bangsa asing kah? jauh sekali.... Baru-baru ini ada seorang ahli politik mempersoalkan pula fasal rampasan arak. Maka akan berkokok bersoraklah bangsa asing tersebut kononnya tidak berlaku adil pada non-muslim.

Saya bukan pro mana-mana parti, saya memerhati dan menilai kedua-dua pihak. Mana yang baik saya ikut, yang buruk saya kutuk. Sekarang ini saya lihat kesatuan Melayu semakin lama semakin hancur. Saya tidak peduli samada ini semua propaganda pihak tertentu, namun dari pemerhatian saya, perkara ini memang sudah lama lagi terjadi. Mentang-mentanglah Melayu masih majoriti, kita boleh bersenang lenang? Apakah nanti apabila kita sudah menjadi minoriti baru hendak bersatu dan mempertahankan hak?

Apabila bangsa lain mula mempersoalkan setiap apa yang berlaku jika terkena pada bangsa mereka sendiri, orang Melayu mengikut saja apa yang dikata. Ditekan dan dimainkan bukan sahaja oleh pihak seberang sana, namun dari pihak sendiri juga. Cukup-cukuplah bermurah hati dengan mereka ini. Janganlah dilayan semata-mata hendak menjaga hati mereka. Sedangkan mereka langsung tidak peduli tentang hati dan perasaan kita. Janganlah harapkan mereka. Teruskan hubungan baik dengan bangsa lain, pada masa yang sama, pertahankanlah bangsa sendiri.

Saya sendiri mengajar di sebuah sekolah Cina. Sedikitpun saya tidak membenci, mencemuh, mempunyai perasaan yang tidak selesa apabila mengajar mereka mahupun bersama dengan mereka. Perasaan sayang pada pelajar sendiri tidak ada bezanya walaupun berlainan bangsa. Tidak ada isu perkauman sempit yang saya mahu sampaikan pada mereka melalui ideologi dan kefahaman mana-mana pihak yang berkepentingan. Tetapi, apa yang benar saya akan sampaikan, nyatakan, walaupun yang benar itu pahit untuk diterima. Fakta tetap fakta, saya tidak mahu menjaga hati mana-mana pihak samada bangsa sendiri atau bangsa lain. Sudah 50 tahun merdeka, dan mereka sudah menjadi warganegara Malaysia, maka perpaduan dan kerjasama antara kaum perlu ditekankan. Perbezaan hanya pada nama, warna kulit, dan agama. Di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung. Belajarlah dari Sejarah untuk memahami keadaan yang terjadi sekarang.

Rabu, 27 Mei 2009

Internet dalam bas

saja try guna internet dalam bas menuju Ipoh dari KLIA. Naik Aerobus, tambang RM42.00. Tak la ramai orang, tak sampai sepuluh orang pun. Jadi, aku pun cuba la melayari internet kejap, guna Celcom Broadband 3G guna Sony Ericsson K850i sebagai modem. Handphone ni ok, tak ada masalah. Boleh guna dalam jangka masa panjang tanpa ade connectivity problem. Laju? boleh lah. Lagipun aku bukan high end downloader user. Biasa-biasa saja, boleh surfing, internet banking, email dan download yang ringan-ringan saja.

Boleh tahan surfing dalam bas ni, walaupun berombak-ombak, connectivity boleh tahan. Kalau tak, takkan aku boleh berblog pulak?

Selasa, 12 Mei 2009

Bubar je lah...jangan ganggu kami..

BUBAR AJE LAH...

SUSAH SANGAT KER?

JANGAN BUANG MASA DAN DUIT.

AKU(KAMI) DAH BOSAN...

MENYAMPAH..

SAKIT HATI...

SUDAH SUDAH LAH...

NIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRY
NIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRYNIZAR ZAMBRY NIZAR ZAMBRY...

BULLSHIT!!!!!!

* OKLAH... SUSAH NAK BUBAR KAN SEBAB BANYAK PAKAI DUIT....

APA KATA BUAT AJE LAH PILIHANRAYA KECIL DI 3 KAWASAN BEBAS TU... AMACAM??

SEMAKIN HARI SEMAKIN MENYAMPAHH!!!!

Sabtu, 9 Mei 2009

Kene kompaun kereta tidak ada hon

Ceritanya, pada hari ini, 9 Mei 2009 bersamaan hari Sabtu, lebih kurang jam 6.00 petang, aku masa itu nak keluar ke bandar kejap sebab nak membeli tapis, berus ngan benda-benda rumah. Keluar dari jalan besar tak sampai 1 minit di depan tu ada sekatan polis pulak. Sebuah kereta peronda dengan 3 anggota trafik dan kon polis di tengah jalan.

Biasanya aku tak kisah dengan sekatan-sekatan polis ni. Buat apa nak larikan diri, takut atau apa-apa, selagi kita yakin kita tak buat salah, dan kereta kita pun rasa ok. Memang selama ini ada sekatan jalanraya, selalunya dibuat di depan perpustakaan awam. Memang aku biasa lalu siap angkat-angkat tangan lagi pada polis yang buat bodo je orang angkat tangan ke tak. Takpe lah..bukan nak harap balas, cuma nak 'mesra polis' sedikit, maklumlah, masing-masing penjawat awam, lebih-lebih lagi dengan reputasi polis di mata masyarakat sekarang yang pada pendapat aku, 'tah ape-ape'.

Sambung balik, tiba masa aku lalu anggota polis tadi, dia pun tahan lah aku. Selalunya aku tak kena tahan, tapi kali ini kena pulak. Nampaknya kebarangkalian aku kene tahan untuk pemeriksaan mengena kali ini. Nampak muda polisnya, mungkin muda dari aku. Mula-mula periksa lesen, periksa cukai jalan, periksa lampu brek belakang, semua ok aku pun konfiden la. Tiba-tiba dia tekan hon kereta, memang tak ada bunyi lah. Memang dah lama kereta tak ada hon sebab rosak. Tak terpikir langsung nak perbaiki, lupa saja. Lagipun aku bukan jenis suka hon-hon ni. Dia pun mula la ceramah.. hon ni blah blah blah..aku pun ya ya ya. Tapi sebenarnya aku pun tak tau HON TAK ADA ni satu KESALAHAN. Ye la, asyik-asyik pasal tali pinggang keledar, lampu brek, signal, dan lain-lain, kali ini terkena pulak hon.

Sehari sebelum kena kompaun ni, aku ada tanya cikgu sekolah aku pasal hon rosak ni. Macamana nak buat, kena periksa bahagian mana dan lain-lain. Cikgu sekolah aku ni pun tak pun beritahu yang kena buat hon cepat2 sebab ianya kesalahan.

Seumur hidup aku sejak berlesen kenderaan motor ni, baru kali kedua aku kene kompaun dengan polis. Pertama kali, lama dah. Masa tu naik moto, parking sekejap di tepi Maybank dekat Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh sebab ada hal sedikit. Bukanlah menghalang lalulintas pun. Tiba-tiba nak balik, nampaklah surat kompaun dalam raga motor. Dan yang ini kedua sejak 11 tahun aku berlesen ni.

pada polis yang mengkompaun aku tu, sekurang-kurangnya beri la peluang, terangkan kesalahan, lepaskanlah, pasti aku terus pergi baik hon aku, silap-silap haribulan aku letak air hon, atau hon kepala bapak lori balak baru kau tau. Nanti kalau ada sekatan jalanraya lagi, aku akan hon puas-puas pada polis tu, tanda yang aku dah ada hon! hehehe. Jangan lepas tu aku kena saman lagi pasal kesalahan 'hon pada polis' pulak sudahlah.




Jalan raya depan rumah aku, Jalan Meranti, memang selalu kereta-kereta yang dah diubahsuai test power. Bingit telinga gak. Kejarlah kereta-kereta macam tu, yang memang terbukti diubahsuai. Samanlah.. buat lah kerja sedikit. Mulut je manis.... chit..

MAKLUMAT TERRBARUU..Update 11/5/09
(Dari sumber dalaman..)

Polis cari makan. Sasaran? kenderaan yang menghala dari atau ke Bintangor dan Sibu melalui jambatan Sg. Nyelong yang baru disiapkan. Oleh kerana aku jenis tak banyak cakap, lagipun status seorang pejawat awam, anggota itu pun berlagak sebagai seorang 'profesional' dalam menjalankan tugas (faham-faham lah, atau memang profesional? tak taulah apa tindakan dia dalam situasi yang sama pada pemandu lain?)

Rabu, 6 Mei 2009

7 MEI

7 MEI 2009

jeng... jeng... jeng...

Khamis, 30 April 2009

Expose Mistik di Astro Prima - Jin cakap orang putih..

Inilah pertama kali aku lihat pengubatan rasukan jin dalam manusia yang berbicara dalam bahasa Inggeris. Tak tahulah benar atau tidak, tapi sememangnya jin itu ada. Mangsa yang terkena rasukan itupun seorang makcik. Tetapi cara makcik tu bercakap dalam BI memang macam aunty sebelah rumah aku yang berbangsa India tu marah anak dia. Terkebil-kebil ustaz tu nak menjawab balik. hehehe....yes no allrite?