Baru balik dari kampung minggu lepas. Petangnya pergilah ronda-ronda sekitar pekan Sarikei hendak membeli juadah berbuka. Terkejut pula lihat jalan biasa bazar ramadhan pekan Sarikei belakang pasaraya Everise lengang! Agaknya dah berpindah. Apalagi, aku berbuka puasa pada hari pertama di Sarikei di KFC. Sahurnya, masak sendiri. Tak sedap pun belasah aja lah....
Esoknya aku pun tanya kawan seperguruan di sekolah, di mana menghilangnya bazar ramadhan di Sarikei? Rupa-rupanya memang betul lah dah dipindahkan. Kawasan baru di sebelah medan selera Kg Seberang. Tapi tempat tu memang luas, baru diturap dengan tar. Jadi tak timbul soal kesesakkan dan nak letak kereta pun mudah. Tapi, dengar kkhabarnya ramai yang tidak setuju dengan kawasan baru. Mereka lebih suka di kawasan lama, lebih ramai orang dan strategik kerana terletak di tengah-tengah bandar Sarikei. Tapi aku rasa dari segi keselesaan pengunjung, lebih baik lagi di kawasan baru.
Jadi petang tu aku pun turun padang dalam pukul 4.30 petang. Memang tak berapa nak ramai orangnya. Masih awal agaknya. Entahlah. Tapi nak parking senang, tak ada kesesakkan. Aku pun turun la mencari-cari juadah berbuka dengan memakai penutup mulut dan hidung. Di tengah-tengah kekecohan pandemik H1N1 ni, sebagai langkah berjaga-jaga. tapi yang menghairankan, sambil tengok makanan-makanan yang sodap-sodap, mata melilau juga kalau-kalau ada juga orang lain yang pakai penutup macam aku. Tak ada langsung! Aku rasa aku sorang je yang pakai penutup mulut di Sarikei ni...LOL. Tapi aku tak segan atau malu-malu. Buat apa nak malu kan. Terus saja lah pusing-pusing. Tak ada reaksi orang ramai dan penjual-penjual makanan di bazar apabila tengok aku pakai penutup mulut macam doktor nak bedah pesakit. Biasa aja. Tak lah dilayan macam makhluk asing atau cuba-cuba nak larikan diri.
Hari ini dah masuk hari ke-3 aku ke bazar ramadhan. macam biasa, pakai penutup mulut. Tapi lah, aku rasa, pakai penutup mulut ni bukan sahaja nak hindarkan dari terkena selsema tu, tapi dapat juga ia menapis udara yang tercemar dengan partikel -partikel asap dan bendasing lain dari masuk ke saluran pernafasan kita. Terus terang katakan, lebih selesa bernafas guna topeng mulut dalam keadaan bersesak-sesak dengan orang ramai, ditambah pula dengan asap dari ikan bakar dan ayam golek yang berkepul-kepul tu. hehehe...
Sampai artikel ni ditulis, jumlah kematian akibat penangan H1N1 ialah 73 orang. Mangsa terakhir, seorang wanita berusia 25 tahun yang sudah demam, sesak nafas selama 5 hari dari Betong, Sarawak. Dimasukkan ke Hospital Sibu dan meninggal dunia. Tak jauh ehh Betong, Sarikei dan Sibu?
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
Setahun yang lalu
0 pendapat:
Catat Ulasan