This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Recent Posts

Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan

Isnin, 2 Mac 2009

Perak oh Perak...

Perak ku oh.... Perak ku

Keadaan di Perak semakin hari semakin teruk dan kusut. Pelbagai berita disampaikan dari kiri dan kanan. Namun, terpulang pada kita semua untuk menilainya. Seharusnya kita tahu... Yang mana halal dan yang mana haram.

Kalaulah DUN bubar, adakan satu lagi pilihanraya yang adil dan telus untuk rakyat memilih pemimpin, semua ini tidak berlaku. Yang sudah terbelit lagi membelit, lama-lama sembelit.

Kuasa...Kuasa...Kuasa...

Boleh bawa ke kubur kah?

Harapnya segala kekusutan, terbelitan dan segala macam tipu daya, helah, muslihat, dan macam-macam lagi hal diselesaikan dengan cepat FOR THE SAKE OF RAKYAT!

KOME semua harus tahu, baik sebelah kiri ke atau sebelah kanan, yang RAKYAT semua sedang memerhatikan anda ( baru betul rakyat perhati, bukan parti). Dan pastinya rakyat semua dah loya, muak, menyampah, geli, dan macam-macam lagi dengan pelbagai kejadian yang berlaku dua tiga menjak ni sejak MB Perak 'bertukar'.

Ahhh... kotornya politik bagi mereka yang sengaja mengotorkannya...


Rabu, 23 Julai 2008

SERI PADUKA BAGINDA SULTAN PERAK



KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA SULTAN PERAK

SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH D.K. , D.K.M. , D.M.N. , D.K. (KELANTAN), D.K. (TERENGGANU), D.K. (PERLIS), D.K. (JOHOR), D.K. (SELANGOR), D.K. (KEDAH), D.K.M.B. (BRUNEI), D.K. (NEGERI SEMBILAN), D.K. (PAHANG) S.S.M. , P.M.N. , P.S.M., S.P.C.M. , S.P.T.S. , S.P.M.P. , S.I.M.P


D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Azlan Shah telah diputerakan pada 19hb April 1928 di Batu Gajah, Perak. Pada tahun 1955, D.Y.M.M. Tuanku telah mendirikan mahligai rumahtangga bersama D.Y.M.M. Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun dan kemudiannya telah dikurniakan lima orang cahayamata.

D.Y.M.M. Tuanku telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kerajaan (Inggeris), Batu Gajah yang kini dikenali sebagai Sekolah Sultan Yussuf Batu Gajah. Tuanku kemudiannya melanjutkan pelajaran menengahnya di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Setelah itu, Tuanku telah menyambung pendidikannya di dalam bidang Undang-Undang di University of Nottingham, United Kingdom di mana Tuanku telah dikurniakan dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada tahun 1953. Pada 23hb November, 1954 D.Y.M.M. Tuanku telah diterima sebagai ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln's Inn.

Sekembalinya dari United Kingdom, D.Y.M.M. Tuanku telah memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Kemudiannya, Tuanku telah memasuki Perkhidmatan Undang-Undang & Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen. D.Y.M.M. Tuanku kemudiannya telah dilantik ke dalam jawatan-jawatan berikut: sebagai Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwa, Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang dan Johor, Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

Pada tahun 1965, ketika hanya berusia tiga puluh tujuh tahun, D.Y.M.M. Tuanku telah dinaiktarafkan ke Kerusi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya sebagai hakim termuda yang pernah dilantik di dalam sejarah kehakiman Komanwel. Pada tahun 1973, Tuanku telah dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan dan enam tahun kemudian, iaitu pada tahun 1979, Tuanku telah dilantik untuk memegang jawatan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, jawatan yang dipegang sehingga perlantikan Tuanku sebagai Ketua Hakim (dulu dikenali sebagai Lord President) Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 12hb November, 1982.

Tanggal 1 Julai, 1983, D.Y.M.M. Tuanku telah dimahkotakan sebagai Raja Muda Perak dan kemudiannya mewarisi takhta negeri Perak pada 3hb Februari, 1984 sebagai Sultan Perak yang ke-34. D.Y.M.M. Tuanku telah ditabalkan secara rasmi pada 9hb Disember, 1985.

Sumbangan dan kerja-kerja amal D.Y.M.M. Tuanku telah banyak memberi faedah khususnya kepada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi. Di antara jawatan-jawatan yang pernah dijawat oleh Tuanku adalah sebagai Canselor Universiti Sains Malaysia (4hb Oktober, 1971 - Februari, 1984), Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1hb November, 1974 - 31hb Oktober, 1976) dan sebagai Canselor Universiti Malaya sejak 8hb Februari, 1986.

D.Y.M.M. Tuanku telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh Universiti Malaya pada 30hb Jun, 1979 dan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh Universiti Sains Malaysia pada 28hb Jun, 1980. Kecemerlangan dan pencapaian Tuanku juga telah diiktiraf oleh pelbagai universiti luar negara, seperti University of Nottingham yang telah menganugerahkan Tuanku dengan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang pada 11hb Julai, 1986 diikuti oleh Lincoln's Inn, London yang menganugerahkan Tuanku dengan "Kerusi Kehormat" pada tahun 1988. Di samping itu, D.Y.M.M. Tuanku juga telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh Universitas Gadja Mada, Jogjakarta, Indonesia pada 28hb September, 1990, oleh Universiti Brunei Darussalam pada 30hb Oktober, 1990 lantas diikuti oleh Universiti Chulalongkorn, Bangkok, Thailand pada 19hb Disember, 1990. Pada 2hb Oktober, 1991, D.Y.M.M. Tuanku telah dianugerahkan Keahlian Kehormat The Royal College of Physician of Ireland. Anugerah yang sama juga telah diberikan oleh Royal College of Surgeons of Ireland, The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada tahun 1999.

Berdasarkan pencapaian cemerlang di dalam perkhidmatannya, D.Y.M.M. Tuanku telah dianugerahkan pelbagai anugerah kehormat samada di peringkat Persekutuan mahupun dari luar negara. Di antaranya adalah D.K.;D.K.M.; D.M.N.; D.K.(Kelantan), D.K. (Terengganu);D.K. (Perlis); D.K. (Johor); D.K.(Selangor); D.K.(Kedah); D.K.M.B.(Brunei); D.K.(Negeri Sembilan); D.K.(Pahang); S.S.M.; P.M.N.; P.S.M.; S.P.C.M.; S.P.T.S.; S.P.M.P.; S.I.M.P.; The Most Auspicious of The Rajamitrabhorn (Thailand); Grand Order of Mugunghwa (Republik Korea); Collar of The Japanese Order of The Chrysanthemum dan Grand Cordon of The Supreme Order of the Chrysanthemum (Jepun); Civil Order; 1st Class (Oman) dan Orden Al-Merito De Chile (Republik Chile); Bintang ADI PURNA (Republik Indonesia); dan Hon. Knight Grand Cross (Civil Division) of The Order of The Bath (U.K.). D.Y.M.M. Tuanku juga telah dikurniakan The PAUL HARRIS FELLOWSHIP oleh Rotary International dan The Melvin Jones Fellow Award oleh Lions Clubs International.

Minat yang mendalam Tuanku di dalam bidang sukan khususnya bidang hoki telah bermula sejak zaman persekolahan lagi. D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah kini memegang jawatan sebagai Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (Malaysian Hockey Federation), Presiden Hoki Asia serta sebagai Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa (International Hockey Federation). Selain hoki, Tuanku juga amat berminat di dalam permainan golf, dan kini kini merupakan Penaung DiRaja bagi Persatuan Undang-Undang Malaysia di Great Britain dan Eire, The British Graduates Association of Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, The Rotary Clubs, The Lions Clubs, Kelab Ipoh DiRaja, Kelab Golf DiRaja Perak, Kelab Polo Iskandar, Kelab Golf Kuala Kangsar, Persatuan Alam Sekitar Malaysia serta Persatuan Hoki Veteran Perak.

Pada tahun 1992, di Ekspo Pelancongan Domestik Perak, satu jenis spesis bunga orkid telah dinamakan bersempena dengan nama Tuanku dengan rasminya - "Doritinopsis Sultan Azlan Shah" selepas menerima anugerah tanaman terbaik di dalam kategorinya.

Menghargai komitmen D.Y.M.M. Tuanku sebagai Penaung Persatuan Alam Sekitar Malaysia (The Malaysia Nature Society), satu jenis spesis baru serangga yang ditemui ketika Ekspedisi Saintifik Belum (1993-1994) telah juga dinamakan bersempena nama Tuanku - Azlania Costatipennis (Jacoby), Azlania apicalis Mohamedsaid dan Azlania borneensis Mohamedsaid.

Pada 25hb April, 1989, D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah diisytiharkan dengan rasminya sebagai Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong Malaysia yang ke-sembilan.

Sumber : Portal Kerajaan Perak.

Sabtu, 19 Julai 2008

Lif Dinaiki DSWA & Anak Meletup, Berasap & Hampir Terjatuh

Gambar dari akhbar berbahasa Cina menunjukkan Datuk Seri Wan Azizah sedang keluar dari celah lif yang rosak. Gambar kecil : Dua orang anaknya, Nurul Nuha dan Nurul Iman.

Pejabat Anwar Ibrahim mengarahkan keselamatan rapi 24 jam menjaga keselamatan Presiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail dan seisi keluarga selepas terjadinya insiden menakutkan sedang mereka melawat Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur.

Lif yang dinaiki Dr Wan Azizah berserta dua anaknya, Nurul Nuha dan Nurul Iman tiba-tiba meletup, menyebabkan salah satu dari tali kabelnya terputus. Lif itu kemudiannya menjadi senget sebelum ia ditenggelami asap.

Kejadian itu berlaku sekitar jam 11.30 malam ketika Dr Wan Azizah dan dua anaknya itu mahu menghantar persalinan dan kegunaan mandi kepada Anwar Ibrahim yang ditahan semalaman di IPK Kuala Lumpur.

Anwar Ibrahim ditahan sekembalinya beliau dari Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan kesihatan.

Bomba dipanggil ke tempat kejadian dan mengambil masa hampir satu jam untuk membuka dan menyelamatkan keluarga Anwar Ibrahim.

Peguam Sivarasa Rasiah dalam satu sidang media di luar IPK berkata kejadian itu “mungkin disebabkan penyelenggaraan lif yang tidak baik”.

Polis meminta maaf diatas kejadian tersebut, dan membenarkan Dr Wan Azizah membawa naik semua anaknya menemui Anwar Ibrahim. Sebelum itu, polis hanya membenarkan Dr Wan Azizah ditemani dua anaknya.

Oleh : suarakeadilan

Anak Perak : Mungkin itu semua kebetulan, masalah teknikal, kata orang malang tidak berbau, ia boleh terjadi pada sesiapa sahaja tanpa amaran. Dakwaan meletup, berasap, hampir terputus tu tak tau lah..tapi sure sistem lif ada emergency brake kan? Apa-apa pun harap semuanya selamat dan ok!

Jumaat, 11 Julai 2008

Sebenarnya UMNO dah kalah..

Permintaan Umno supaya "Yang di-Pertuan Agong campurtangan bagi menangani penghakisan hak-hak keistimewaan bumiputera" (Utusan Malaysia, 8 Julai 2008) ibarat mengesahkan satu perkara sahaja iaitu Umno yang telah mengangkat kedua-dua belah tangan.


Dia sendiri telah secara muktamad mengesahkan kegagalan parti itu sebagai pembela orang Melayu. Sudah selama 50 tahun dia membela(?). Nasib orang Melayu menjunam dalam hampir semua pentas; agama, bangsa, tanah dan air.

Bertolak dari kegagalan agama yang boleh disukat melalui pemisahan pemerintahan dengan Islam, menukar Islam sejati dengan Islam Hadhari, gejala ratusan ribu umat Islam yang murtad, sejuta penagih dadah, bangsa Melayu yang kekacauan identiti dan jati diri dari segi bahasa, adat, budaya dan budi; tanah rezab Melayu yang semakin susut serta terjual dan tergadainya tanah, air dan pasir dalam bentuk pukal akibat rundingan dan perjanjian yang tidak cermat dengan negara jiran.

Jika orang Umno asyik minta Yang Di-Pertuan Agong campur tangan untuk memperbetulkan setiap kali kesalahan yang dibuat mereka, sedarkah Umno bahawa Yang di-Pertuan Agong inipun adalah Raja bagi seluruh warganegara.

Apa kata jika mereka pun mengangkat memorandum balas membantah dasar-dasar diskriminasi Umno terhadap segala ketidakadilan Umno.

Ini semua bertolak dari perletakan paksi perjuangan yang salah. Jika Umno dari awal tidak meletakkan paksi bangsa dalam perjuangannya, bahkan meletakkan Islam sebagai asas, saya percaya keadaan tidak jadi setenat ini.

Apabila Umno membesar-besarkan bangsa, mengibar keris telanjang, mengacah dan mengucup keris berterusan, orang bukan Melayupun boleh gerun.

Apabila naluri manusia terasa terancam, mereka pada logiknya juga akan menggunakan sentimen bangsa sebagai perisai pertahanan yang sama. Mereka akan mengumpul dan menggunakan persamaan dan perkongsian sentimen sebagai benteng pertahanan.

Ini segala-galanya berpunca dari Umno. Sebab itu, polemik mengenai perpaduan nasional tidak pernah selesai.

Jika Islam yakin bahawa kaedah pengagungan bangsa adalah formula yang tepat, sudah lama Nabi SAW menggunakan keunggulan suku bangsa Quraisy sebagai tunjang perpaduan kaum. Semua orang diwajibkan menerima Quraisy segagai bangsa "superior".

Soalnya, kenapa Nabi Junjungan kita tidak memilih berbuat begitu?

Bahkan sebaliknya, Baginda menempelak asobiyah bangsa dengan sepotong sabda bermaksud, "tiada kelebihan bangsa Arab atas bangsa Ajam kecuali dengan taqwa."

Kini sesudah 50 tahun, tanpa diatur dan ditunjuk-tunjuk oleh pemimpin Umno sekalipun, orang Melayu sudah lama tahu punca silapnya orang Melayu. Mereka sangat tahu bahawa kegagalan ini disebabkan pengkhianatan pemimpin Umno dahulu dan sekarang yang tergamak memperkuda dan memperhambakan Melayu sesama Melayu.

Berselindung di sebalik istilah bumiputera, mereka (Umno) ratah daging dan darah sesama Melayu. Jika adapun usaha, mereka cuma berminat mengada-adakan projek yang boleh memperkayakan segelintir pemimpin Umno dan kroni.

Lihat sahaja isu di sekitar penjualan pasir satu waktu dulu, penguasaan saham di ECM Libra, Scomi, pembelian bas-bas RapidKL, isu kapal selam, siapa berada dibelakang Bernas dan terkini pula berbangkit soal tuduhan penglibatan pemimpin Umno dalam kontrak pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah di Sepang atau disebut LCCT.

Saya cuma sebut beberapa contoh untuk sekadar menggambarkan perihal curiganya rakyat terhadap kerja Umno yang kononnya membela orang Melayu.

Bila terdesak rapat ke dinding, mulalah panggil Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. Satu masa nanti, jangan terkejut jika Kebawah Duli Raja-Raja Melayu kitapun boleh tiba ke tahap meragui keupayaan Pemimpin Negara yang ada sekarang. Di peringkat itu, saya tidak tahulah apa yang akan terjadi.

Sekarang, benih yang salah, yang ditanam 50 tahun lalu sudah berbuah. Ia beracun dan cukup pahit bila dimakan.

Ia telah menimbulkan loya dan sedang menyebabkan muntah-muntah di kalangan Melayu dan bukan Melayu. Hakikat jatuhnya hampir separuh kerajaan-kerajaan negeri dari tangan Umno/BN dalam pilihan raya 8 Mac lalu adalah testimoni.

Ini berbeza dengan PAS. Kita tidak bermuka-muka. Kita mahukan Islam sejak dari tahun 1951 hingga kini dan Insya Allah, hingga sampai ke hari kiamat.

Jika Umno bermula dari Islam sejak awal penubuhannya, tentu keadaan tidak menjadi begini.

Dengan menolak Islam dan mengambil faham kebangsaan, Umno secara terbuka sanggup mendepani mana-mana gerakan siasah yang mahukan Islam.

Bermacam-macam tindakan zalim telah dibuat walaupun di luar lingkungan keizinan demokrasi.

Dalam banyak hal, dia (umno) memperalatkan kuasa majoriti yang diperuntukkan dalam amalan demokrasi untuk menyekat dan menyusahkan pergerakan dan kemajuan agamanya sendiri.

Saya masih ingat lagi bagaimana ramai ulama , ustaz dan aktivis Islam ditangkap dan disiksa.

Ada Adun PAS yang mati dikapak di tengah-tengah pekan Kota Bharu pada tahun 1960an.

Ada Adun dari Pasir Mas yang disumbat ke dalam penjara hingga menjadi hilang ingatan.

Ada jambatan dibakar di Rantau Panjang untuk menyekat pengundi-pengundi PAS dari keluar mengundi.

Ada penjawat awam yang menyokong gerakan Islam yang ditukar, ditahan kenaikan gaji dan disekat kenaikan pangkat.

Ada yang dicerai dan hidup menjanda kerana rumahtangga mereka porak peranda akibat suami yang disumbat ke penjara melalui ISA. Semuanya ini terlalu banyak berlaku di Kelantan.

Di Kedah pula, 14 orang ustaz dan orang awam dikepung dan ditembak hidup-hidup pada tahun 1986. Memali tiba-tiba menjadi kolam darah yang mengambus jasad syuhada, pejuang dan para wali.

Tanpa segan silu, Umno jugalah yang menafikan banyak peruntukan pusat dari mengalir ke Kelantan dan Terengganu. Siapa berani mengatakan bahawa sekatan penerimaan royalti minyak kepada Kerajaan Negeri Terengganu diantara tahun 1999 2004, misalnya, tidak berunsur politik?

Kini, Umno memutuskan Kerajaan Terengganu diberikan semula royalti kerana diperintah oleh Umno/BN.

Tidak zalimkah lagi? Lihatlah betapa siksanya pejuang-pejuang, penyokong-penyokong dan pencinta Islam untuk hidup di bawah dasar-dasar kemelayuan Umno yang melampau.

Pendek kata, terlalu panjang senarai kezaliman yang dilakukan oleh Umno kerana mengambil kebangsaan dan meninggalkan Islam.

Kini setelah 50 tahun, segala kudis, nanah, panau dan kurap penyakit asobiyah telah keluar ke permukaan.

Ada kes pembunuh Altantuya yang disebut-sebut melibatkan pemimpin tertinggi Umno. Setelah DSAI tidak terbukti melakukan liwat walaupun dituduh melakukan liwat 10 tahun yang lalu, kini dituduhnya beliau sekali lagi melakukan liwat. Lagi!

Belum reda dengan kemarahan rakyat mengenai kenaikan harga petrol, rakyat dihidangkan pula dengan berita terlepasnya Pulau Batu Putih daripada tangan Malaysia.

Entah. Saya tidak nampak cahaya lagi di hujung terowong masa depan untuk Malaysia baik dunia atau akhirat selagi berada di bawah Umno/BN. Majoriti rakyat pun saya kira sudah berkesimpulan begitu.

Ini boleh dikesan melalui pelbagai tulisan-tulisan kekecewaan baik di akhbar perdana, warta-warta mingguan, media-media nyamuk dan suara-suara berita dari akhbar-akhbar alternatif. Jika orang muda yang selalu buka laman web dan blog, fenomena ini semakin jelas.

Apa yang ada di hadapan rakyat sekarang cuma satu sahaja iaitu memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan alternatif.

TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan

Jumaat, 4 Julai 2008

Negara Di Dalam Krisis Yang Membimbangkan dan Tiada Siapa, Tiada Sesiapa Yang Tahu Bagaimana Untuk Mengatasinya!

Tiada Polisi Yang Koheren

Siapakah yang akan menyangka, dalam tempoh empat tahun, seorang yang dipercayai berdaya tahan, dinamik dan berdedikasi, sekarang ini berdepan dengan keadaan yang penuh kelam kabut, huru-hara, pada masa negara memerlukan seorang pemimpin yang baik dan mengamalkan pentadbiran yang cekap.

Tindakan yang mengejutkan oleh pentadbiran Abdullah Badawi bagi menghadapi kenaikan harga minyak dunia hanyalah satu daripada faktor kecil dan ianya menunjukkan kegagalan pihak kerajaan untuk memformulasikan satu polisi jangkamasa panjang sebagai satu cara menghadapi cabaran ini sejak beberapa tahun dahulu.

Mungkin sesetengah daripada pengkritik menuduh saya terlalu kasar pada Abdullah Badawi kerana adalah tidak mungkin beliau dapat meramalkan kenaikan mendadak harga minyak. Kini beliau sedang sedaya upaya berusaha untuk menanganinya.

Ini merupakan penipuan yang besar dan satu cubaan tidak bijak untuk menyembunyikan kegagalan dan ketidakcekapan pentadbiran Abdullah Badawi.

Sehingga ke hari ini, pentadbiran Abdullah Badawi masih belum lagi merumuskan Polisi Tenaga yang bersepadu dan koheren untuk berdepan dengan cabaran apabila satu hari nanti Malaysia menjadi pengimport minyak (net-importer). Tidak ada satu polisi dan strategi untuk menghadapi keadaan global dan krisis kewangan dunia dan kesannya kepada Malaysia.

Saya ingin pembaca menyingkap kembali artikel-artikel yang saya tulis di antara awal tahun 2003 dan akhir 2004

1) Peak Oil: The Impending Energy Disaster (June 2003)
2) The Strategic Implications of the 1999 Washington Agreement (March 2004)
3) Horrendous Facts Leaders Need To Know About the US Economy (Nov. 2004)

Artikel ini boleh dilihat pada bahagian “Malaysia Updates” pada laman web ini.

Artikel pertama ialah satu Ringkasan Strategik yang saya sediakan untuk Perdana Menteri terdahulu, semasa saya menjadi Setiausaha Politiknya. Dua artikel selepasnya disiapkan selepas persaraan saya, dan diserahkan kepada Tun Dr. Mahathir dan disebarkan kepada rakan-rakan yang menjadi strategi ahli politik mereka.

Adalah jelas dalam tempoh empat hingga lima tahun ini, penurunan sumber tenaga dan matawang dollar merupakan faktor kritikal yang memerlukan perhatian utama dan salah satu keperluan negara untuk menghadapi kesan-kesan yang tidak dapat dielakkan akibat dari pasca-perang teluk kedua.

Saya kenalpasti lapan isu-isu kritikal dan merumuskannya seperti berikut:

  • Isu yang paling utama yang mengkehendaki jawapan dari soalan yang kritikal perlu dijawab ialah bilakah pengeluaran minyak sampai ke puncaknya? Persoalan yang biasa kita dengar ialah, bilakah kita akan kehabisan minyak? Ini dua isu berlainan.
  • Selepas pengeluaran puncak merosot. Kemajuan dan kesejahteraan dunia pada masa sekarang ialah hasil daripada apa yang kita nampak sebagai sumber tenaga petroleum yang begitu banyak dan murah. Sumber tenaga ini masih lagi menjadi penjana utama kepada industri, pertanian moden, pengangkutan dan boleh menjadi kesan walaupun pada negara-negara miskin.
  • Selepas mencapai pengeluaran puncak, dunia perlu mengurangkan pergantungan kepada tenaga ini atau cuba mencari sumber gantian lain yang effisien dan ekonomik. Bagaimanapun, sumber minyak bukan-konvensional tidak boleh menggantikan minyak konvensional ketika ekonomi dunia dan infrastrukturnya menyediakan bekalan mintak konvensional yang murah.
  • Setiap negara perlu membuat perubahan/pelarasan struktural yang besar.
  • Akan ada satu peningkatan dalam ketegangan antarabangsa dan krisis, di mana negara-negara akan bersaing untuk mendapatkan minyak, yang lama kelamaan menjadi lebih mahal untuk diekstrak.
  • Matawang dollar Amerika akan mengalami tekanan yang hebat dan keagungan matawang ini sebagai matawang simpanan dunia akan terjejas, dan mungkin akan runtuh.
  • Sistem kewangan dunia akan hancur kerana kenaikan harga minyak yang tidak dapat dinafikan.
  • Malaysia harus menubuhkan Pasukan Bertindak Khas dengan segera menangani masalah yang besar ini dan merumuskan polisi tenaga yang baru.

Akan tetapi, amaran dan desakan saya tentang masalah ini tidak dipedulikan oleh pentadbiran Abdullah Badawi yang mempunyai strategis-strategis polisinya sendiri iaitu “budak tingkat empat”, satu pasukan yang tidak berpengalaman, tidak matang dan hanya bersandarkan kelayakan semata-mata dari universiti tersohor, rakan-rakan kepada Khairy Jamaluddin, menantu Perdana Menteri. Bermotivasikan sikap gila kuasa dan peluang untuk meratah khazanah negara, semua jentera kerajaan telah diperkudakan hanya semata-mata memenuhi cita-cita mereka yang tamak.

Satu peluang untuk mengelakkan krisis telah disia-siakan dan kitalah yang akan menerima padah daripada sikap tamak mereka itu tadi!

Tiada Pasukan Bertindak Khas ditubuhkan untuk merumuskan polisi tenaga yang baru
Adalah menyedihkan apabila saya membaca akhbar New Straits Times pada 6 Jun 2008 yang mana presiden dan ketua pegawai eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican memberitahu:

“ Kita sedang mengurangkan pengeluaran minyak. Kita telah mengeluarkan 5 atau 10 juta tong… Hari-hari dimana kita boleh mengeluarkan sehingga 100 juta tong telah berlalu. Apabila kita teruskan mengali minyak dari telaga simpanan minyak yang kecil, ianya amat mahal. Tambahan pula, syarikat minyak negara kini sedang mengali dengan lebih dalam dan dalam dan kosnya amat besar”

Tan Sri Hassan Merican dalam kata-katanya di atas, menggambarkan krisis puncak pengeluaran minyak.

Dalam artikel ketiga pada akhir 2004, saya telah memberi amaran pada pentadbiran Abdullah Badawi :

Jumlah wang yang disalurkan kepada ekonomi Amerika adalah sangat tinggi dan sangat cepat. Ini menunjukkan bahawasanya terdapat sesuatu perubahan drastik yang sedang atau akan berlaku. Pengalaman yang lepas menunjukkan suntikan kecairan matawang ialah untuk menangguhkan krisis kejatuhan matawang dan untuk menjana semula pemulihan kejatuhan itu tadi "

Pada pilihanraya pasca November lalu, pertimbangan dari hal itu tadi telah menyedarkan negara-negara di dunia untuk menilai kembali realiti keadaan sekarang yang mana keadaannya adalah sangat membimbangkan.

Matawang euro telah meningkat berbanding dolar Amerika. Negara-negara pengeluar minyak utama telah mula mempelbagaikan pegangan dollar mereka. Peningkatan harga minyak, antara lain juga untuk mengimbangi kejatuhan nilai dollar. Oleh sebab itu, penggabungan faktor-faktor penting yang menunjukkan ada sesuatu perkara yang besar dan tidak baik akan berlaku.

Semua ini adalah jelas pada tahun 2003 dan 2004 tetapi kerajaan Malaysia tidak berbuat apa-apa untuk menyelamatkan rakyatnya. Nakhodanya telah tidur di dalam jaga. Menantunya yang diheboh-heboh mempunyai ijazah pertama dari universiti British tidak berguna sesen pun apabila dia dan rakan-rakannya yang tamak dan gila kuasa tidak dapat melihat apa yang berada di depan mata!

Gabenor Bank Negara pun dengan berani menyatakan pada Mac lalu dan dipetik dari New Straits Times iaitu:

Kita telah menjalankan beberapa simulasi yang mengandungi pelbagai pakej yang mana boleh diimplimentasikan pada masa jika ada kelembapan ekonomi yang mana kita tidak nampak lagi akan berlaku pada masa terdekat ini.

Pasti dia berada di dunia lain!

Adakah kita sedar kita dalam satu situasi yang rapuh?

Saya tidak nampak orang lain yang berkemampuan, mahir, berpengalaman dan yang paling penting, mempunyai keyakinan untuk menghadapi seterusnya menyelesaikan isu ini kalau bukan mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini bukanlah seruan saya untuk mengembalikan Tun sebagai PM. Ini hanyalah satu pemerhatian saya iaitu kita sekarang berada di laluan yang penuh berliku. Kepada penyokong-penyokong setia Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, biarlah saya berterus terang.

Mereka tidak mempunyai kemahiran, pengalaman dan pengetahuan dalam mengurus ekonomi negara. Mereka tidak pun mempunyai sumber tenaga profesional yang mencukupi untuk mengisi jawatan di dalam kabinet jika mereka gagal memujuk pemimpin-pemimpin Barisan Nasional untuk melompat parti. Kepada mereka yang mengharapkan kerajaan Pakatan Rakyat dapat menyelesaikan isu-isu yang kompleks ini pasti akan kecewa.

Keadaan pakatan, sehingga Jun 2008 adalah dalam keadaan huru-hara. Dalam pandangan saya, tidaklah menjadi hal sama ada Anwar Ibrahim berjaya dalam mengambil alih pentadbiran Abdullah Badawi atau Abdullah dalam satu cara yang lain terselamat dalam krisis dalaman UMNO. Tetapi yang penting di sini, Malaysia sedang menuju kejatuhan, kehancuran dan kegagalan yang amat teruk!

Mungkin masanya telah tiba untuk memilih pemimpin yang mampu membawa negara ke landasan yang betul – pemimpin yang dihormati lawan dan kawan, mampu menyatukan agama dan pelbagai bangsa, yang dipilih secara terus oleh rakyat dan yang mampu dan sanggup melakukan apa yang perlu dilakukan tanpa kepentingan peribadi dan perasaan takut.

Saya tidak berani untuk meramalkan kesan-kesannya jika kita gagal untuk memilih pemimpin seperti itu. Adalah pasti, ianya pasti lebih teruk dari perpecahan wilayah Yugoslavia!

Terjemahan : Anak Perak

Artikel Asal di The Country Is In Deep Trouble and No One, Absolutely No One, Knows How to Handle the Growing Crisis oleh Matthias Chang

Copyright ©2008 FutureFastForward.com – All Rights Reserved

Selasa, 22 April 2008

MENTERI BESAR PERAK

YAB Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin

Mengangkat Sumpah sebagai YAB Menteri Besar Perak 17 Mac 2008

Biodata:

Tarikh Lahir: 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak.

Pendidikan: Pendidikan Awal di Kampar

Sekolah Menengah:-

- Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar.

- Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh

Universiti:
- Advance A Level, di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norkfolk, England.
- University of Aston, Birmingham, England.

Kerjaya Politik:

- AJK PAS Kawasan Kampar ( 1991 - 2001)

- YDP PAS Kawasan Kampar ( 2001 hingga kini)

- Bendahari PAS Negeri ( 2001 - 2006)

- Setiausaha PAS Negeri ( 2006- 2008)

- Timbalan Pesuruhajaya PAS Negeri Perak (2008)

Wakil Rakyat:

- Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pasir Panjang 2008

Anugerah Kebesaran:

- Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP ) 2008

Keluarga:
Isteri: Datin Seri Hajjah Fatimah bt. Taat

Anak: 8 orang

Pautan : Senarai Exco Perak 2008


Ahad, 20 April 2008

Cerita menarik yang saya perolehi dari sahabat2 di Kedah dan Pulau Pinang...


Cerita menarik yang saya perolehi dari sahabat2 di Kedah dan Pulau Pinang...


Baru-baru ini Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) turun dan bertemu rakyat. Dalam ucapannya, dia kata dia nak jadi macam Khalifah Umar Abdul Aziz.

Seorang AJK Dewan Ulama' yang turut hadir berkata (dalam hati), "Paklong ni dia hanya pandai sebut Umar Abd Aziz. Dia bukan tau siapa dia Umar sebenarnya. Dia pakai sebut ja kot..."

Tak semena2, Guan Eng meneruskan ucapannya dan sepanjang ucapan itu dia hanya bercerita kisah kehebatan Umar Abd Aziz. Umar tak ambil duit rakyat. Umar pulang balik peruntukan kerajaan kepada dia. Umar padam lampu kerajaan kerana anak dia datang nak tanya urusan peribadi dan berbagai2 lagi.

Dan Guan Eng kata, sejak sekian lama, Umar Abd Aziz menjadi idolanya. Dan dia berazam nak jadi pemimpin macam Umar. "Kini saya sudah jadi Ketua Menteri dan saya berazam akan mengotakan janji saya untuk menjadi Umar Abd Aziz."

Untuk pengetahuan, Guan Eng tak duduk rumah rasmi Ketua Menteri dan dia tak ada rumah sendiri. Dia menumpang di rumah bapanya. Bila Mohd Sabu tanya kenapa tak duduk di rumah rasmi, dia kata, untuk masuk rumah tu, ia perlu di renovate. Kosnya sekitar RM 300,000.00. Saya tak rela duit rakyat dibazirkan untuk kediaman seorang ketua menteri....

Balik semula kpd kisah tadi... Dalam sesi soal jawab, ada seorang hadirin bertanya: Mana tuan tahu kisah Umar Abd Aziz ni. Orang Islampun ramai yang tak tahu.... Guan Eng jawab, dulu semasa saya di penjara, antara orang yang kerap mengunjungi saya ialah Dato' Fadhil Noor (Al Marhum Presiden PAS). Dan dialah yang membekalkan kepada saya buku2 berkaitan Islam, termasuk satu buku tentang Umar Abd Aziz. Bermula dari situ saya kenal tokoh yang hebat
ini.....

Bagaimana kita orang Islam?....

Dalam pertemuan yang lain, Mohd Sabu kata, "Awak boleh jadi macam Umar Abd Aziz, tapi awak ada satu kekurangan. Umar beragama Islam. awak masih belum Islam."

Guan Eng jawab, "Tunggu ayah saya meninggal dunia dulu...."

Kalau ikhlaslah niatnya, marilah kita ramai2 doakan supaya makbul niat & hajatnya. Ini akan memberi satu tamparan yg hebat pd Karpal Singh.