This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Recent Posts

Memaparkan catatan dengan label Pesanan dan Renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pesanan dan Renungan. Papar semua catatan

Ahad, 8 Mac 2009

Bahaya Ketuhar Gelombang Mikro


Ketuhar gelombang mikro atau lebih popular dengan nama inggerisnya microwave oven, ialah antara gajet moden yang popular dikalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan.

Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur. Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya...nyit...nyit...nyit dan tinggg.....! Makanan panas sudah pun terhidang. Justeru, hampir setiap rumah kini memiliki microwave oven.

Cara masak melawan fitrah

Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro. Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar.

Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama, katakan sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang!

Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan .

Ketuhar pengancam nyawa
Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro kepada kesihatan manusia. Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya.

Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang mengancam nyawa!

Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang diserang sakit jantung, dan orang muda seusia20-an dan 30-an mati menghidap kanser.

Makanan jadi toksik

Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan. Molekul-molekul ini 'dipaksa' berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi.

Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia.

Badan tak kenal makanan

Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro, bukan radiasi yang terhasil, tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan.

Kerana tidak mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap 'makanan mati'; atau badang mengumuhkannya dengan pantas.

Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar gelombang mikro, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana keuntungan yang diperoleh daripada penjualan ketuhar ini berlipat ganda.

Penemuan mengejutkan

Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan secara luar tabi'i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry.

Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin individu-individu ini telah menurun. Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah).

Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan.

Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun?
Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang
Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:

  • Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia 'memendekkan' utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).
  • Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.
  • Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro .
  • Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.
  • Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah.. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.
  • Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.
  • Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.
  • Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.
  • Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.
  • Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan..

Fikirkan...

Pernahkah kita terfikir mengapa anak-anak kita hari ini degil, keras dan gelap hati? Atau kerap berlaku 'haruan makan anak' serta amalan seks luar tabi'i? Atau pernahkah terlintas di benak fikiran kita, mengapa makin ramai yang cenderung menukar jantina -perempuan mahu jadi lelaki dan yang lelaki mahu jadi perempuan? Fenomenanya krisis identiti dan gender kini menular dan semakin menjadi kelaziman. Antara sebabnya ialah kecelaruan hormon di dalam badan yang selain disebabkan makan makanan yang berstatus syubhah, juga berkemungkinan besar berpunca daripada makanan yang ditelan melalui proses gelombang mikro.

Selain pengusaha restoran, siapa lagi yang menghidangkan makanan yang mengancam kesihatan ini kalau bukan kita sendiri? Kitalah isteri, kitalah ibu yang kononnya sentiasa siuk. Maka ketuhar gelombang mikrolah yang kita sandarkan untuk pantas menyediakan makanan keluarga tersayang.

Jika di rumah kita ada ketuhar ini dan telah tahu akan bahayanya, hentikanlah penggunaannya. Hanya mereka yang zalim sahaja sanggup menggadai nyawa sendiri dan ahli keluarganya.

Jika anda sedang berkira-kira mahu membeli ketuhar gelombang mikro, lupakan niat itu. Laburkan duit anda itu untuk sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kesihatan keluarga. Jangan kita menjadi pembunuh kepada keluarga melalui penggunaan ketuhar gelombang mikro dengan memberi mereka makan makanan yang mengancam nyawa!

Terdapat banyak jurnal dan rencana kesihatan dan perubatan yang menjelaskan bahayanya ketuhar gelombang mikro kepada nyawa manusia. Antaranya:

http://www.mercola.com/article/microwave/hazards2.htm
http://www.cancersalves.com/article/microwave.html
http://www.indigosun.com/august99/microwave.htm

http://www.health-science.com/microwave_hazards.html

Kata Kunci Google : microwave oven hazards.

Selasa, 24 Februari 2009

Sabarlah Cikgu..


Bahan Rencah Oleh : Anak_Pejuang

Di Waktu Pagi

Pergi ke sekolah setiap pagi, menaiki bas 2 kali sebelum sampai ke sekolah. Hendak masuk menuju ke sekolah perlu berjalan kaki lagi 1 kilometer. Kadang-kadang kerjanya adalah membuka pagar sekolah (kerana ada tugasan yang diberi sebegitu - maklumlah sekolah pun di kawasan pedalaman). Sabarlah cikgu..

Semasa Sesi Pengajaran

Sebelum memulakan pengajaran, cikgu membaca doa bersama anak murid. Diminta agar diterangkan hati, dimudahkan faham apa yang diajar dan dipelajari. Cikgu meminta anak murid agar mengutip sampah, mengemaskan kerusi dan meja agar dapat belajar dengan selesa. Begitulah setiap hari mulutnya tidak pernah diam menasihati agar sampah yang dijumpai bersepah di luar bilik darjah dan sekolah agar dibuang di dalam tong sampah. Sabarlah cikgu...

Cikgu menanda kedatangan pelajar di Buku Daftar Kehadiran Murid, ada beberapa nama yang sudah acapkali tidak hadir. Cikgu bukan tidak peduli tentang itu semua, lalu ditanya rakannya sekelas. Dijawab mereka "si polan tu pergi CC (Cyber Cafe), swimming pool, kadang-kadang tak naik kelas dia duduk kat pondok perhentian bas". Cikgu pun menyusul ke perhentian bas sambil memujuk anak murid agar naik ke kelas. Sabarlah cikgu...

Cikgu mengajar di hadapan, anak murid bermain-main di belakang. Ada yang tidur, ada yang berbual-bual. Bila ditanya "mana kerja rumah". Dijawab pula "Lupa cikgu" (padahal di rumah begnya tidak pernah diperiksa dijadikan pekasam sahaja) Ibu dan ayah pula terlalu sibuk bekerja. Samada anak ke sekolah atau tidak, itu belakang kira. Yang penting sudah nampak pergi ke sekolah. Cikgu pun meneruskan pengajarannya, diberikan penjelasan dan diulang-ulang lagi apa yang telah diajar agar dapat melekat terus di hati anak muridnya. Cikgu pun bertanya, "faham tak ? Kalau tak faham silalah bertanya, nanti cikgu ulang lagi". Anak murid pun menjawab "faham cikgu". Tidak lama kemudian cikgu pun menyoal dari apa yang telah dipelajari, kerana beranggapan anak muridnya sudah faham apa yang diajar. Kemudian ramailah anak murid yang berdiri dan menjadi 'patung' kerana tidak dapat menjawab soalan cikgu. Hanya beberapa kerat yang membuka mulut untuk menjawab soalan. Sabarlah cikgu...

Lalu cikgu pun ingin membuat ulangkaji dengan anak muridnya lagi. Semalam cikgu dah beritahu supaya menelaah apa yang telah diajar. Hari ini cikgu ingin menyoal pula. Tetapi tidak ramai yang ingin menjawab. Bila ditanya mengapa tidak dapat menjawab soalan. Mereka menjawab "tak tahu, lupa, jaga adik". Sabarlah cikgu..

Bukan cikgu tidak tahu, ada anak murid nakal dan pernah didenda kerana kenakalannya yang diulang berkali-kali. Cikgu bukan denda kerana suka mendenda. Tetapi kerana kasih dan sayangnya kepada anak murid. Itupun dimulakan dengan nasihat untuk dia memikirkan kembali baik dan buruknya perbuatan yang telah dilakukan dan masa hadapannya. Diberikan teguran agar membekas dalam hati. Dan dihukum sesuai dengan kesalahannya. Dan ada juga cikgu menegur kesalahan anak murid agar tidak membuat bising di dalam kelas. Semasa hendak membuka pintu kereta, kereta cikgu telah dicalar balarkan, tayar dipancitkan. Kengkadang cikgu pun ditunggu diluar untuk dipukul. Sabarlah cikgu...

Sesudah Habis Mengajar

Sebelah petangnya, apabila anak murid sudah pulang ke rumah. Cikgu masih lagi di sekolah, terkadang ada kelas tambahan untuk anak muridnya. Terkadang ada kerja untuk menyiapkan alat bantu mengajar supaya anak murid mudah faham. Terkadang tertidur sebentar kerana kelelahan.

Di rumah, kerja cikgu belum selesai lagi. Perlu menyiapkan buku persediaan mengajar, perlu memikirkan pula aktiviti tahunan yang telah diagihkan untuk disempurnakan. Kertas kerjanya, soalan bulanannya, persatuan yang dinaunginya. Cikgu pun ada suami, ada isteri, ada anak-anak untuk dibesarkan, dididik, diberi makan, dikenalkan dengan kehidupan. Setiap kali melihat buku anak murid, akan terbayang wajah mereka satu persatu. Ya, cikgu pun mendoakan juga agar anak muridnya berjaya dan menjadi orang yang berguna. Sabarlah cikgu...

Cikgu pun tidak kisah.. semasa di luar sekolah, ketika bersiar-siar. Bukan tidak pernah terserempak dengan anak muridnya. Ada yang menyapa memberi salam dan senyuman - AlhamduliLlah baguslah, ada juga yang sembunyi-sembunyi (mungkin segan kerana berpakaian menjolok mata atau telah melakukan sesuatu yang ia rasa tidak kena), ada juga yang berlalu seolah-olah cikgu tidak wujud di depan matanya (mungkin tidak nampak gamaknya). Cikgu pun tidaklah terasa sangat sebenarnya.. Sabarlah cikgu...

Cikgu pun pernah mengajar anak muridnya agar tahu mengucapkan terima kasih. Apabila cikgu hendak memberikan buku kepada anak murid, ia tidak melepaskan buku tersebut kecuali setelah anak murid mengucapkan 'terima kasih cikgu'..

Sekadar berkongsi antara kehidupan cikgu yang tidak didedahkan, cubalah berkongsi pengalaman dengan mereka. Agar tahu perasaan dan susah payahnya di dalam mendidik anak bangsa. Kepada ustaz, ustazah, cikgu, guru dan pensyarah yang pernah mendidik diri ini... Terima kasihku ucapkan...

Sumber : Jarum Emas

Sabtu, 21 Februari 2009

Mengapa kaki ponteng bosan berada di sekolah?


Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

BERMULA dengan ponteng sekolah. Kemudian secara berkumpulan terlibat dengan gejala merokok. Tidak cukup dengan itu, pelajar yang ponteng ini juga terdorong untuk melakukan jenayah kecil seperti curi motosikal, penagihan dadah dan paling membimbangkan kes jenayah rogol dan sebagainya.

Walaupun gerakan 'memburu' kaki ponteng ini dilakukan secara rutin oleh pelbagai agensi penguatkuasaan termasuklah daripada Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS), kehadiran mereka kini mudah dihidu golongan kaki ponteng kerana keterampilan penguat kuasa itu yang senang dikenali.

Kebimbangan ibu bapa terhadap pelajar yang ponteng sekolah ini bertambah apabila kelmarin, 14 pelajar di Rembau, ditahan pihak polis kerana ponteng dan berpeleseran tanpa arah.

Jangan tidak percaya, suatu hari nanti kaki ponteng ini akan menubuhkan kumpulan samseng sendiri serta menjadi perancang dalam kes ugut, buli dan samun serta menjadikan pelajar sekolah yang tidak berdosa sebagai mangsa mereka.

Perkara ini tidak boleh dipandang ringan walaupun JPNS menyatakan ia sesuatu yang serius dan wajar diberi perhatian oleh semua pentadbir sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Soalnya, dasar yang dibuat oleh kerajaan melalui Kementerian Pelajaran terhadap keseriusan gejala ponteng ini hendaklah dilaksanakan dengan berkesan supaya permasalahan sosial yang lebih teruk seperti maksiat dan samseng remaja tidak berleluasa.

Dalam aspek ini juga, pihak kerajaan perlu melihat faktor modal insan yang lebih berkesan. Adakah nilai yang kita bawa itu mencukupi untuk pelajar ini merasa seronok di sekolah atau pun banyak sebab mengapa mereka bertindak untuk ponteng sekolah.

Skop ini harus dilihat secara positif kerana aspek pendidikan hari ini perlu membentuk satu perubahan yang boleh menarik minat pelajar untuk hadir ke sekolah dalam apa cara sekali pun.

Ia sama ada kaedah pembelajaran yang lebih menyeronokkan mahupun penyampaian yang tidak terlalu tertekan.

Hari ini, pelajar datang ke sekolah - guru bertugas akan memberi ucapan penuh ketegasan, tetapi kadang kala disertai dengan tengkingan, nasihat dengan sinis dan celoteh yang terlalu lama - membosankan, tidak ceria dan pelajar akhirnya tertekan.

Dalam bilik darjah - suasana panas, tegang, pembelajaran yang membosankan - terlalu ikut 'kata buku', guru yang terlalu garang, kurang latihan praktikal dan ini juga melemahkan semangat pelajar untuk terus kekal dalam bilik darjah.

Selepas sekolah - pelajar pula menerima pengaruh akibat persekitaran sekolah yang begitu hampir dengan proses urbanisasi dan terpikat dengan video, kafe siber dan pusat membeli belah.

Di rumah - ada pelajar tidak diberikan kasih sayang, pembelajaran terabai, ibu bapa sibuk dengan aktiviti atau bekerja, tidak ambil peduli, cepat marah, pendedahan gajet elektronik, kurang pendidikan agama dan paling malang pengaruh video lucah.

Hakikatnya, sindrom ponteng sekolah ini sudah kembali mencabar undang-undang, kecuali mereka benar-benar tidak hadir ke sekolah disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan seperti sakit.

Untuk itu, kita harus 'menjinakkan' kembali pelajar ini supaya mereka kembali menjadikan pembelajaran ini sebagai satu tanggungjawab bukan kerana terpaksa sehingga mengakibatkan mereka memilih jalan untuk ponteng seolah.

Jadi langkah berikut amat perlu diberi perhatian:

  • Menjalinkan perasaan sayang antara pelajar - konsep sayang bermakna mengambil berat, ambil tahu dan mendengar masalah, idea, pandangan mereka secara positif bukan secara sinis.
  • Menimbulkan kesedaran terhadap keberuntungan diri sendiri - sihat, lengkap anggota badan berbanding mereka yang berhadapan kecacatan (golongan yang sentiasa insaf dan mahu mencorak kehidupan secara positif)
  • Menghayati kurniaan Tuhan pada bakat yang ada dalam diri pelajar - contohnya mereka boleh berdebat, berpidato, menyanyi, mengarang, bersukan, berekreasi, keagamaan, berpersatuan - galakkan dan jangan disekat.
  • Sentiasa meminta mereka merenung kelemahan dan menyesali perbuatan. Ini perlu dibangkitkan dengan motivasi dan perubahan sikap selain mengimbangi kaedah pembentukan modal insan yang berjaya.
  • Hendaklah membawa pelajar ini melihat wawasan masa hadapan untuk memajukan diri, keluarga serta orang yang disayangi - caranya dengan membawa mereka melihat dunia luar seperti rumah anak yatim, warga emas, hospital, gotong-royong di rumah keluarga miskin dan sebagainya.
  • Melahirkan insan peka dalam setiap kehidupan.
Jika semua aspek ini dapat diaplikasikan di sekolah dengan mengetepikan sikap kerenggangan antara guru dan pelajar, kita optimis minat pelajar untuk terus berada di sekolah dan menjadikan sekolah sebagai 'rumah kedua' akan berjaya.

Maka, pemantapan disiplin pelajar tidak boleh dibuat dengan kegarangan, tetapi perlu digerakkan dengan kelembutan kerana tidak mungkin 'api disimbah dengan minyak' dan biarlah 'api itu disimbah dengan air yang jernih'.

Gerakan memburu kaki ponteng perlu dibuat dengan pendekatan yang lebih harmoni, penuh kesedaran dan keinsafan supaya pelajar yang terbabit menjadi lebih yakin bahawa di sekolah mereka tetap diperlukan, di rumah pula mereka tetap disayangi keluarga.

Utusan Malaysia 21 Februari 2009

Jumaat, 20 Februari 2009

Minda: Penuhi hak ibu bapa

Susunan Hashim Ahmad

INGATLAH betapa besarnya kasih sayang ibu bapa kepada kita. Mereka memberi perhatian amat serius mengenai tempat tinggal, makan minum, pendidikan serta penjagaan kita pada setiap masa.

Mereka sering bimbang ketika kita sakit hingga pekerjaan lain ditinggalkan demi merawat kita.

Wang yang mereka cari dengan susah payah rela dikeluarkan tanpa berfikir panjang. Mereka bekerja keras siang malam demi memberi nafkah kepada kita.

Dengan beringat jasa mereka, kita akan mengetahui kadar penderitaan pada waktu mereka membimbing diri kita hingga beranjak dewasa.


Allah s.w.t memerintahkan agar manusia berbakti kepada ibu bapa.

Firman Allah bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil.” ” (Surah Al Israa’: Ayat 23 dan 24)

Allah juga berfirman bermaksud: “Dan sembahlah Allah dan janganlah menyekutukan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, tetangga dekat, tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang sombong dan membanggakan dirinya.”

(Surah An Nisaa’: Ayat 36)

Ayat di atas menunjukkan bahawa berbakti kepada ibu bapa menduduki peringkat kedua selepas mentauhidkan (mengesakan) Allah dalam beribadah.

Sebab itu tidak mungkin terjadi bagi seorang yang mengaku bertauhid kepada Allah, tetapi ia derhaka kepada kedua-dua orang tuanya.

Allah yang Mencipta dan Memberikan rezeki. Maka Allah sajalah berhak diibadahi.

Ibu bapa adalah sebab adanya anak. Maka kedua-duanya berhak diperlakukan dengan baik.

Oleh itu menjadi kewajipan bagi seorang anak untuk beribadah kepada Allah kemudian diiringi dengan berbakti kepada kedua-dua orang tuanya.

Andai kelak kita menjadi ibu bapa, tidakkah kita akan kecewa dan bersedih hati apabila anak kita berkata kasar kepada kita - ibu bapa yang membesarkannya.

Lalu, apakah kita sampai hati melakukannya terhadap ibu bapa kita saat ini? Merekalah yang selalu berusaha meredakan tangis kita ketika kecil.

Ingatlah bahawa doa orang tua terutama ibu adalah doa mustajab. Maka janganlah sekali-kali kita menyakiti hati mereka meskipun kita dalam pihak yang benar.

Sesungguhnya hak ibu bapa kita atas diri kita lebih besar dan berlipat ganda banyaknya sehingga apapun kita lakukan dan sebesar manapun penderitaan kita rasakan ketika kita membantu mereka, hal itu tidak akan dapat membalas jasanya.

Ketika Abdullah bin Umar melihat seseorang menggendong ibunya untuk tawaf di Kaabah dan ke mana saja si ibu inginkan, orang itu bertanya: “Wahai Abdullah bin Umar, dengan perbuatanku ini apakah aku sudah membalas jasa ibuku?”

Jawab Abdullah bin Umar: “Belum, setitis pun engkau belum dapat membalas kebaikan kedua-dua orang tuamu.”

Tidakkah kita ingin diluaskan rezeki dan dipanjangkan umur oleh Allah? Sabda Rasulullah s.a.w: “Barang siapa yang suka diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menyambung tali silaturahim.” (Hadis Riwayat: Bukhari, Muslim, Abu Dawud)

Sesungguhnya ibu bapa keluarga terdekat kita. Mereka mempunyai hak yang lebih untuk kita dahulukan dalam masalah silaturahim.

Merekalah selalu berada di sisi kita baik ketika bahagia mahupun duka, berkorban dan selalu menolong kita lebih daripada teman kita.

Lalu masih enggankah kita membalas segala pengorbanan mereka?

Berbuat baik kepada ibu bapa adalah sebuah keharusan, bahkan harus didahulukan daripada fardu kifayah serta amalan sunnah lainnya - didahulukan daripada jihad dan hijrah di jalan Allah.

Pun harus didahulukan daripada berbuat baik kepada isteri dan anak. Taatilah mereka dan janganlah kita menentang kedua-duanya sedikit pun kecuali apabila mereka memerintah kita supaya berbuat maksiat.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Tidak ada ketaatan bagi makhluk apabila pada saat yang sama bermaksiat kepada Sang Pencipta.” (Hadis Riwayat: Ahmad)

Firman Allah bermaksud: “Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua orang tuanya; ibunya mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusunya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada-Ku tempat kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuannya mengenai itu, maka janganlah kamu mentaati keduanya dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku beritahukan kepadamu apa yang kamu kerjakan.” (Surah Luqman: 14-15)

Ingatlah bahawa seburuk manapun ibu bapa kita, kita tetap tidak akan dapat membalas semua jasa mereka.

Yang perlu kita lakukan hanyalah tidak mentaati ibu bapa ketika mereka menyuruh kita untuk bermaksiat.

Tidakkah kita ingin menikmati kebenaran dan keindahan Islam bersama mereka? Tidakkah kita inginkan kebaikan dan keselamatan bagi mereka sebagaimana mereka selalu ingin kebaikan dan keselamatan bagi kita?

Tidakkah kita ingin agar Allah mempertemukan kita di jannah-Nya?

Justeru, bersabarlah dalam membimbing dan berdakwah pada mereka sebagaimana mereka selalu sabar dalam membimbing dan mengajar kita dahulu.

Ingatlah bahawa satu doa mustajab adalah doa daripada seorang anak yang soleh untuk orang tuanya.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila manusia mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan orang tuanya.” (Hadis Riwayat: Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah pasti mengangkat darjat bagi hamba-Nya yang soleh ke syurga.” Maka ia bertanya: “Ya Allah, bagaimana itu boleh terjadi?’ Allah menjawab: “Berkat istigfar anakmu untukmu.” (Hadis Riwayat: Ahmad)

Diriwayatkan daripada Umar bin Khattab berkata: “Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Kelak akan datang kepada kamu sekalian seseorang bernama Uwais bin Amir, anak muda yang belum tumbuh janggutnya, keturunan Yaman dari kabilah Qarn. Pada tubuhnya terkena penyakit kusta, namun penyakit itu sembuh daripadanya kecuali tersisa seukuran wang dirham. Dia mempunyai ibu yang dia sangat berbakti kepadanya. Apabila dia berdoa kepada Allah nescaya dikabulkan, maka jika engkau bertemu dengannya dan memungkinkan minta padanya memohonkan ampun untukmu maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat: Muslim dan Ahmad)

Menyedari hakikat ini, janganlah kita enggan untuk berdoa demi kebaikan orang tua kita. Sekeras apapun usaha kita lakukan, apabila Allah tidak berkehendak, nescaya tidak akan terjadi.

Hanya Allahlah yang mampu memberi petunjuk dan membukakan pintu hati kedua orang tua kita.

Mintalah pada-Nya kerana tidak ada yang tidak mungkin bagi-Nya. Bermohonlah terus pada-Nya dan janganlah bosan meskipun kita tidak tahu bila doa kita akan dikabulkan.

Seandainya Allah tidak berkehendak untuk memberi mereka petunjuk hingga ajal menjemput mereka, ingatlah bahawa Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya.

Janganlah berhenti berdoa kerana sesungguhnya doa anak soleh untuk ibu bapanya tidaklah terputus amalannya meskipun mereka sudah meninggal.

Semoga Allah menyelamatkan kita dan keluarga kita daripada api neraka serta mengumpulkan kita dalam jannah-Nya.

Sabtu, 19 Julai 2008

Sayangilah ibu kandungmu sementara masih ada

Kata-kata dari seorang kawan dibawah boleh dijadikan cerminan buat kita semua. Manalah tahu mungkin madah ini boleh menjadi tazkirah buat kita semua.

ketika berusia setahun,ibu suapkan makanan dan mandikan kita.
cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain,
kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang, kita ucapkan terimakasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

ketika berusia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensel warna,
kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

Ketika berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru,
kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita kesekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit :"tak nak! tak nak!".

apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola,
cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecah kaca cermin tingkap jiran.

menjelang usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim,
kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah,
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.

berusia 10 tahun ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke mana saja,
kita ucapkan terimakasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah,
kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen & main games.

menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat,
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.

ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk surat atau pun pesanan sms pun.

ketika berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman, kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPT,
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.

ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah membayar yuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama, kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

ketika berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa,
kita kata, "itu bukan urusan ibu."

setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya,
kita kata, "saya tak mahu jadi seperti ibu."

apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita.
di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan? . "perabot pilihan ibu aku tak cantik, tak berkenan akuuu!"

ketika menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai rancangan masa depan,
kita menjeling dan merungut, "ibuuu, tooooolonglahhh..."

ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita,
tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.

pada usia kita 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita dengan megah berkata,"itu dulu, sekarang zaman moden..."

ketika kita berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kendara di kampung, kita berkata,"kami sibuk, tak ada masa nak datang."

apabila kita berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.

dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal! khabar itu bagaikan petir! dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.

jika ibu masih ada, sayangi dia.
jika telah kembali ke rahmatullah, ingatlah kasih dan sayangnya, doakan ibu

sayangilah ibu kita, kerana kita semua hanya ada seorang ibu kandung.

Rabu, 11 Jun 2008

Jangan simpan duit !!

"Aku tak baca detail sangat... tapi sejak jadi unit trust consultant ni... aku tahu satu teori yg disebut RULE 72. Org ekonomi tahu benda ni.

Kalau nak tahu half value the money... guna rule ni bahagikan dengan inflasi rate. Skrg ni inflasi 4% >, 72/4 = 18. Meaning to say... dlm masa 18 tahun lagi value duit RM100 skrg akan jadi RM 50 18 tahun akan dtg.

Oleh itu, saving kita hendaklah cari yg dapat bagi return per year lebih besar drpd interest rate. Kalau saving dlm tbg haji 4.75% dgn interest rate 4%, dalam masa 18 tahun akan dtg, secara teori kita akan hanya ada keuntungan 0.75% shj.

OLEH itu juga simpan didalam instrumen yg bolh bagi return yg besar dan selamat."

"pasal financial planning tu, kau kata duit boleh simpan sampai 2nd & 3rd generation. Aku ragu2 sikit sbb apa yg aku tahu, pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi)

Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor di Havard dan Oxford, org2 kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930's. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk "FUTURE FASTFOWARD".

Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribupejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan. Dia kata kat aku, org Malaysia yang paling byk simpan duit emas dalam akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr M dan Pak Lah memang well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis.

Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank. Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal "money creation" oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters yang sebenarnya tak betul tu). Sekarang, ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis spt Herald, Weekly Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di access via internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis. Aku kemudian buat research sikit2 pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-

1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir berdekatannya)

2. emas dan perak

Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencana internet mengenai sejarah dan asal usul bank)

Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC "THE DEATH OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di masa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era "haus kerana tidak ada air" dan "bergelap kerana tiada minyak" menurut kata penganalisis dunia).

Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, "Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear?" Dia jawab, "no comment. You kena tanya menteri." Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US. Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak.

Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. 'I don't keep money," macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti. Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al- Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa untuk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar Amerika).

Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-

MD IMF, Rodrigo de Rato, "We believe such a large imbalance of growing indebtedness by the US is a risk not only for the US economy, but for the world economy.

Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas "over time there is only one direction for the dollar to go - lower".

Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : "we view them as TIME BOMBS both for the parties that deal in them and the economic system."

Paul Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, "we have a 75% chance of a crisis within 5 years".

Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskan pemikiran sahaja. Apa pun kau fikir pasal maklumat aku ni, terpulang lah. Wallahualam

Regards,
Saiful Ngatmi

Anak Perak via email.

Isnin, 9 Jun 2008

Guru pelatih tak patut harap gaji lumayan

SEBAGAI orang lama dalam profesion perguruan, saya melihat 'kebanjiran' permohonan untuk memasuki institut pendidikan guru (IPG) pada masa ini mengundang kebimbangan mengenai kualiti guru yang bakal dilahirkan nanti hasil lambakan itu.

Ia kerana kekangan pengangguran masa kini adalah menjadi salah satu puncanya sehinggakan pelajar mendapat 10A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) turut bersaing memasuki IPG.

Kerjaya guru terlalu berbeza dengan segala kerjaya lain dan ia membabitkan kombinasi emosi, tenaga, suara, kreativiti, keberanian, keyakinan, sikap dan pengorbanan yang maksimum agar lahir murid cemerlang, berketerampilan dan berakhlak mulia.

Jadi, semua ciri untuk menjadi guru ini perlu diteliti ketika calon ditemuduga tanpa pilih kasih kepada pencapaian akademik semata-mata.

Apabila saya membaca keluhan seorang guru pelatih IPG yang mempersoalkan pengiktirafan ijazah keluaran IPG dan dia bimbang menjadi guru bergaji bertaraf SPM, terus terpacul pada benak fikiran saya apakah sikap sedemikian patut ada pada seorang guru pelatih?

Belum apa-apa lagi sudah 'mendendangkan lagu' gaji yang tinggi. Tidak terfikirkah calon guru ini betapa bertuahnya dia berbanding ratusan ribu lepasan SPM yang gagal memasuki IPG? Sepatutnya sebagai guru pelatih, tanamkan fikiran positif dan bertekad untuk menjadi guru cemerlang tanpa memikirkan lagi persoalan mengenai ganjaran bakal diperoleh.

Lupakan sementara soal gaji. Tumpukan kepada pengajian anda di IPG serta sediakan bekalan perlu untuk latihan mengajar di sekolah nanti.

Saya kadang-kadang terkilan melihat kerenah guru pelatih ketika ke sekolah untuk latihan mengajar. Sebahagian mereka tidak menunjukkan kecemerlangan diri sebagai guru pelatih. Ia kerana ketika era saya sebagai guru pelatih, ketika latihan mengajar di sekolah kami menjadi amat popular kepada pelajar dan berkotak hadiah saya bawa balik pada hari terakhir saya di sekolah tempat saya berpraktikum.

Hari ini, sebilangan guru pelatih yang mengikuti latihan mengajar di sekolah seperti tidak disedari akan kehadiran mereka. Persediaan mereka untuk mengajar adalah sambil lewa dan tidak kreatif tanpa bahan bantuan mengajar (BBM) kecuali 'cakap' serta 'kapur' dan hanya apabila ada pensyarah membuat pemantauan, barulah kelam-kabut menyediakan bahan berkenaan.

Ini semua menyebabkan 'era emas' guru pelatih semakin hilang lantaran mereka tidak lagi diminati murid. Malah, yang lebih tidak elok dipandang mata, ada guru pelatih berani tidur di perpustakaan pada waktu persekolahan, datang lewat, tidak menulis ringkasan mengajar, tidak mahu membabitkan diri dalam aktiviti bukan akademik sekolah dan ada yang berani ponteng mengajar dengan pelbagai alasan.

Ini semua adalah cabaran perlu dihadapi penemuduga dalam memilih calon guru sesuai dan layak untuk bergelar sebagai seorang guru. Walaupun semua ini nampak sukar, banyak kaedah boleh digunakan untuk memilih calon guru terbaik.

Saya sendiri pernah menghantar cadangan melalui e-mel kaedah pemilihan guru pelatih kepada Bahagian Pendidikan Guru dan berharap ia dapat dilaksanakan.

Harapan saya pada sesi pengambilan calon guru yang bakal diadakan tidak lama lagi, elemen berkesan digunakan agar IPG tidak tersalah pilih calon guru yang tidak berminat untuk menjadi pendidik.

IRMAZ DINI,
Pendang, Kedah

Dipetik dari Berita Harian Online. Ruangan Surat.

Anak Perak : Ajenyer benor....

Sabtu, 7 Jun 2008

Kenaikan harga minyak-Respon Menteri KDNHEP

Oleh mdlutfi

Salam,


Ada beberapa perkara yang saya nak komen terhadap ulasan yang diberikan oleh Shahrir Samad Menteri KDNHEP yang mempertahankan tindakan kabinet yang menaikkan harga petrol dan diesel dalam Buletin Utama TV3 malam tadi:

Antara hujah beliau yang menyatakan bahawa 'RAKYAT TAK AKAN TERBEBAN DENGAN KENAIKKAN HARGA MINYAK INI' adalah:

1) Rakyat tak terbeban kerana subsidi telah dipulangkan dalam bentuk wang pos RM 150 setahun bg motor di bawah 250 cc dan RM 625 setahun bagi kereta bawah 2.0 cc. (Ingat yg boleh dapat hanya semasa renew roadtax kalo dah renew tahun ni kena la tunggu sampai tahun depan)

Komen:

Ok mari kita buat kiraan skit berapa sebenarnya subsidi yang dipulangkan.

i) Motor bawah 250cc:

Subsidi setahun : RM 150
Subsidi sebulan : RM 150/12= RM 12.5 sebulan
Harga petrol skrg: RM 2.70 per liter

1 tank penuh petrol (EX5 class) lebih kurang bersamaan 4 liter, dan
boleh digunakan untuk pergi kerja lebih kurang untuk 3 hari (jarak
rumah ke tempat kerja lebih kurang 20 km-saya).

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja
selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 2.7*4 liter*20 hari / 3 hari
= RM 72 sebulan tolak RM 12.5 (subsidi)
= RM 59.50

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja
sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 1.92*4 liter*20 hari / 3 hari
= RM 51.20

Kenaikan yang ditanggung sebulan =RM 59.50 - RM 51.20= RM 8.30 sebulan
@ 16% sebulan.


ii) Kereta di bawah 2.0 cc

Subsidi setahun : RM 625
Subsidi sebulan : RM 625/12= RM 52.08 sebulan
Harga petrol skrg: RM 2.70 per liter

1 tank penuh petrol (Kancil 660c) lebih kurang bersamaan 30 liter, dan
boleh digunakan untuk pergi kerja lebih kurang untuk 5 hari. (jarak
rumah ke tempat kerja lebih kurang 15km-isteri)

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja
selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 2.7*30 liter*20 hari / 5 hari
= RM 324 sebulan tolak RM 52.08 (subsidi)
= RM 271.92

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja
sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 1.92*30 liter*20 hari / 5 hari
= RM 178.32

Kenaikan yang ditanggung sebulan =RM 271.92 - RM 230.4 =
RM 41.52 sebulan @ 18% sebulan.

Pengiraan di atas hanya mengandaikan penggunaan petrol bulanan untuk pergi dan balik kerja sahaja.

Tetapi harus diingat semakin banyak kita gunakan petrol maka makin banyak lagilah jumlah kenaikkan yang akan kita rasai. Ini kerana semakin banyak kita gunakan petrol semakin banyak perbezaan kerana jumlah subsidi bulanan adalah tetap. Maknanya makin jauh tempat kerja
seseorang, makin banyak liter petrol yang akan digunakan dan makin banyak lagilah peratus kanaikkan harga yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Contoh jika jarak rumah ke tempat kerja ialah 30km (ambil andaian menaiki Kancil 660 tadi) maka:

1 tank penuh petrol (Kancil 660c) lebih kurang bersamaan 30 liter.
Oleh kerana jarak sudah meningkat 1 kali ganda maka 30 liter minyak
tadi hanya boleh digunakan 2.5 hari sahaja

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja
selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 2.7*30 liter*20 hari / 2.5 hari
= RM 648 sebulan tolak RM 52.08 (subsidi)
= RM 595.92

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja
sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 1.92*30 liter*20 hari / 2.5 hari
= RM 460.80

Kenaikan yang ditanggung sebulan =RM 595.92 - RM 460.80 =
RM 135.12 sebulan @ 29% sebulan.


Sebenarnya yang untung atas penstrukturan semula subsidi ini adalah golongan penggunaan yang dekat jarak rumahnya dengan tempat kerja atau golongan yang membuat perjalanan bagi jarak yang dekat.

Masalahnya bukan semua golongan yang berpendapatan rendah membuat perjalanan dekat khususnya mereka yang tinggal di kawasan bandar. Sebagai contoh di Klang, kebanyakkan pekerja-pekerja berpendapatan rendah yang berkerja di Klang tidak tinggal di Klang kerana tidak mampu menyewa rumah di Klang. Kebanyakan mereka tinggal kawasan kampung seperti Banting, Kuala selangor, Ijok dll. Jadi penstrukturan semula subsidi ini akan membebankan golongan ini.

2) Teori domino ( kenaikan harga barang lain disebabkan kenaikan harga petrol) tidak akan berlaku kerana baranga lain khususnya barangan asasi seprti tepung, gula, beras dah mendapat subsidi khusus untuk barang tersebut.

Komen:

Skrip lama diulang balik, dari Shafie Afdal dan menteri sebelumnya sampailah Shahrir Samad semua kata harga barang lain tak akan naik, tapi realitinya lepas tu SEMUA BARANG NAIK ATAS ALASAN KOS PENGHANTARAN MENINGKAT. Menteri Berdegar-degar kat dalam media kata KITA AKAN PANTAU...tapi last-last pemantauan ntah ke mana, tindakan ntah ke mana...yang sengsara rakyat marhaen sebab SEMUA BARANG NAIK HARGA.

3) Rakyat perlu bersama-sama membantu kerajaan bagi menghadapi kenaikkan harga minyak dunia.

Komen:

Dari dulu kini dan selamanya... rakyat kena berkorban demi negara sedangkan menteri-menteri yang buata keputusan tidak pernah ambil langkah untuk berkorban demi rakyat. Apa salahnya dalam menghadapi kenaikkan harga minyak ni para menteri buat keputusan bahawa elaun
bagi wakil rakyat dipotong 20% ke, elaun wakil rakyat akan dikenakan cukai ke, tubuhkan satu tabung khas yang mana dananya diperolehi oleh potongan elaun wakil rakyat bagi menangani kenaikkan harga minyak ke dll lagi

Ini tidak hanya rakyat disusruh berkorban sedangkan menteri dan wakil rakyat khususnya BN dapat elaun itu, dapat elaun ini, kereta free, minyak free, makan free, minum free, claim san, claim sini, tak cukup dengan itu siap rembat lagi duit rakyat san dan sini. Macam mana diorang suruh kita berkorban sedangkan diorang selaku pemimpin tak menunjukkan yang diaorang nak berkorban sama.

4) Last sekali, ubah gaya hidup rakyat ( ni bukan Sharir Samad kata tapi orang FOMCA kata)

Nak ubah macam mana sebab semua barang naik, bukan barang kehendak je naik tapi barang asasi pun naik gak. Takkan la sampai nak makan ubi kayu balik je kot, pastu pakai baju dari kain guni??

Saya rasa la yang kena ubah gaya hidup ialah para menteri dan wakil rakyat khususnya BN, bukan rakyat marhaean biasa yang semakin lama semakin ditindas, semakin lama semakin lapar, semakin lama semakin merempat kat bumi sendiri ini.

Kesimpulan:

SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN KEPADA KITA RAKYAT MALAYSIA INI PARA
PEMIMPIN YANG BERTAQWA DAN SELAYAKNYA UNTUK MENTADBIR NEGARA INI, DAN SEMOGA PEMIMPIN YANG ZALIM DAN KHIANAT DIHAPUSKAN DARIPADA NEGARA KITA
INI.

Rabu, 7 Mei 2008

alkisaahhhhh.....taiibb..

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng!... bunyi....aauuummmmm!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam
mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya ..

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni, tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.

Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali tu. Madu..., madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...


Seminit untuk mengingati ALLAH

Khamis, 1 Mei 2008

Talkin

Assalamualaikum~

Maksud(dalam BM) talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia.

Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah..

WALLAHU A'LAAMM.

Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekara ng kamu telah menuju masuk ke negeri
Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila dating kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah
kamu berdukacita dan risau serta jan ganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula
untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima
segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"
Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati
dengan kesabaran." Surah Al-A'sr Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah
pesanku walaupunpun satu ayat..."

wallahualam

Gambaran manusia yg berdosa di Padang Masyar


SEKADAR UTK RENUNGAN BERSAMA . .
SBG MANUSIA KITE SERING LALAI DAN ALPA . .

DOSA YG KITE ANGGAP BIASA TP SEBENARNYA BEGITU BERAT . .

Gambaran manusia yg berdosa di Padang Masyar

BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia

BERWAJAH KHINZIR (babi)
Suka memberi & menerima rasuah

BUTA KEDUA BELAH MATA
Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman

PEKAK DAN BISU
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain .

TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI
Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya .

BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran

BERJALAN TERHOYONG-HAYANG SEPERTI CACAT
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan

BERJALAN SEPERTI MABUK
Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid

RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR
Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti

TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI
Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling

WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR
Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun

PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT
Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat

BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI
Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi

TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT
Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah

BERJALAN KAKI KEATAS & KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUAN
Suka melakukan zina

MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API
Suka makan harta anak yatim

KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS
Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya
GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS & AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN
Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan lln .

"Dunia ini adalah sebuah gambar cerita,
Manusia lah pelakon pelakonnya,
Al Quran dan As Sunnah adalah skrip-nya,
Islam adalah jalan ceritanya,
Para malaikat adalah juru gambarnya,
Rasulullah s . a . w adalah pelakon terbaiknya,
Kiamah adalah masa tamatnya,
Padang Masyar itulah tempat anugerahnya,
Allah s . w . t adalah jurinya,
dan syurga atau neraka lah hadiah untuk pelakon pelakonnya"

Anak Perak : Forwarded.

Cinta dan Kawan

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga.. Kenapa?? Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa?? Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !!

Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa?? Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu. Kenapa?? Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia... kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI...

Walau kita punya couple, teman still paling setia. Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.

Sabtu, 26 April 2008

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!

Assalam Mu'alaikum !

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

" Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan"


Ahad, 13 April 2008

Jika Kamu...

JIKA KAMU

Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu
mengambil terus ikan itu....
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam
air begitu sahaja....
kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin
ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya....
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu
mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
akhirnya ia dibuang....
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu
menganggapnya begitu istimewa....
anggaplah dia manusia biasa.

Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah
bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan
kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu
pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..

Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.

Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan
yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal.....

Anak Perak : Mencari dan mencari.....hmmm

Jodoh


"Melalui emel, seorang wanita bertanya apakah keturunan menyumbang perihal jodoh.

Kakaknya sudah berumur 35 tahun masih belum berkahwin. Usianya sendiri sudah 25 tahun dan masih belum punya teman."

Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drp menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain
membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tmp yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh
bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar mengerti tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan ima, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsianya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Anak Perak : Ye lahhh.....;)



Jumaat, 11 April 2008

Jangan takbur..kau hanyalah yg akhir zaman


Bagi yang bujang sesuatu i'tibar
Bagi yang belum / bakal berkeluarga suatu pelajaran
Bagi yang berkeluarga perlu mengajar

Wahai SUAMI renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah

Justeru,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya

Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana
Memiliki isteri yang tak sehebat mana

Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH.

Amin.

Wahai ISTERI pula renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.

Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidak setabah Ayyub
Tidak segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf

Justeru Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya

Sekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana
Memilik suami yang tak segagah mana..

Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH

Amin.

Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya SUAMI dan ISTERI
ingatlah: Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis Andai diri tidak sehebat Sulaiman

Mengapa mengharapkan suami setampan
Yusuf Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

Anak Perak : Nak kawin dah rasanya...

SATU PENERBANGAN...


Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu – Kubur dan Akhirat.Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.

-Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.

-Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita.

-Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain putih kotton.

-Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi air mawar dan cendana.

-Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam.

-Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah'.

-Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.

-Di mana layananya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.

-Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan.

-Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.

-Di mana pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland, Paris atau London tetapi samada Syurga atau

Neraka.

-Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan

-Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.

-Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.

-Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan

-Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan

-Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.

-Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria.

-Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.

Ya! Berita Baik!!

Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini Oleh itu bergembiralah selagi boleh! Dan sekiranya anda boleh!

Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran' Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???

Hinanya menjadi guru @ pendidik.

Oleh zentari_1


"Keperluan terhadap guru sangat penting dalam memastikan sistem pendidikan di negara kita berjalan degan lancar. Tetapi dalam pada masa yang sama waktu kini, pelbagai cerita , rencana dan tohmahan yang dilemparkan terhadap guru.

Adakah hina menjadi guru pada masa kini. Kebanyakan hinaan dan tohmahan berkisar pada cara guru menghukum pelajar. Ada yang dirotan,ditampar, ditendang dan sebagainya lagi. Namun begitu, kisah ini adalah kisah yang terpinggir tetapi telah dibesarkan oleh media, apa tujuannya, untuk menyedarkan masyarakat bahawa guru ini adalah satu kumpulan tenaga pengajar yang ganaskah? Kita imbau kembali zaman arwah ayahku dan zaman aku sendiri bersekolah dan kini aku menjadi seorang guru. Menurut cerita arwah ayahku, apabila guru menghukum contohnya memberi penampar, maka murid akan berterima kasih kepada guru tersebut kerana telah memberi pengajaran kepadanya. jika arwah ayahku mengadu kepada arwah datukku maka bonus tambahan akan diberi pula. jika guru lempang kiri, arwah datukku lempang kanan.hukuman berdiri sambil menjunjung kerusi atau buku ditengah panas telah menjadi kelaziman.

Di zamanaku pula, pernah gigi tercabut ditampar guru matematik, hanya kerana aku lupa membawa buku. walhal akulah pelajar terbaik disekolah tersebut. aku cuba mencari simpati dari ibuku, namun hampa. yang aku dapat juga bonus tambahan dari ibu. namun aku tak berkecil hati kerana aku tau itu salahku. mungkin sebagai pengajaran. ibu bapa dikala itu mempunyai rasa hormat yang amat sangat terhadap guru. pesannya yang masih ku ingat. "jangan menderhaka pada tiga perkara, Allah, Ibubapa dan guru". dan aku tak pernah tanya kenapa.

sekarang aku menjadi guru di sebuah sekolah rendah. apabila aku rotan anak murid kerana pelbagai kesalahan. (kat tapak tangan je pun).kes aku sampai ke pengetahuan pejabat pelajaran daerah dan telah diberi amaran. Ada wujud ibubapa yang bertindak sedemikian. walhal kalau berjumpa dengan guru besar atau aku sendiri lebih baik. senang la nak cerita perangai anak-anak mereka yang tersangat baik dan tersangat menghormati guru tu.

Secara kesimpulannya, guru sekarang tidak lagi dihormati seperti guru pada masa lalu, walaupun hukuman guru dahulu lebih ganas dari guru pada masa kini. Dan dapat kita perhatikan sekarang, masyarakat kita sangat lembik jati dirinya dan tidak begitu arif tentang berdikari. maka dari situlah terhasilnya penagih, rempit, rogol dan sebagainya. Perkara ini tidak akan selesai jika guru tidak dapat menghukum, malah tidak dapat menegur anak muridnya. jika dilakukan juga mungkin guru pula yang kena lempang, tumbuk atau diadukan kepada pihak atasan. ibubapa sekarang pula ramai yang kenal orang politik itu dan ini. kemungkinan ditukarkan adalah sangat cerah jika anak-anak mereka yang dihukum guru.

Jadi untuk saranan "JANGAN LA JADI GURU, CARI LA KEJE LAIN" kerana guru sekarang lebih banyak dihina dari dipuji. (bukan nak dipuji, cakap tima kasih cukup la). Ramai guru yang bersungut tetapi apa kan daya, guru ibarat mentimun. golek ke tak golek ke tetap punah. Menteri pelajaran sekarang pun macam hampas. bukan nak jaga kebajikan guru, malah kutuk guru lagi ada. bebankan guru dengan berbagai-bagai kerja baru dan susahkan guru untuk mengajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris.(aku bukan tak sokong, tapi, takkan tak leh cari ilmu dalam bahasa melayu. ke hina bahasa melayu sampai tak leh jadi bahasa dalam mencari ilmu)

aku juga nak minta maaf kat ibubapa yang masih lagi ada perasaan hormat kat guru. tetapi kisah ini dah jadi lumrah dalam hidup guru sekarang ni. anak gagal, guru salah.anak berjaya sebab dia pandai dan rajin belajar sendiri. pikir-pikirkan lah.

banyak lagi nak cerita. tengoklah kalau da kelapangan. wassalam

Anak Perak : Tukang publish jer...ada benarnya jugak. biasala, jadi cikgu ni terkena juga batang idung yg penyek ni. lu org pikir la sendiriiii...


Kisah Teladan 2 (baca jgn tak baca)

Oh, Tuhan, izinkan aku menceritakan hal ini..., sebelum ajal menjemput
ku...

20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya comel
tetapi nampak bodoh. Sam, suamiku memberinya nama Eric. Semakin lama
semakin nampak jelas bahawa anak ini memang agak terkebelakang. Saya
berniat mahu memberikannya kepada orang lain saja supaya dijadikan budak
atau pelayan bila besar nanti. Namun Sam mencegah niat buruk itu.

Akhirnya terpaksa saya membesarkannya juga.

Pada tahun kedua kelahiran Eric, saya pun melahirkan pula seorang anak
perempuan yang cantik. Saya menamakannya Angelica. Saya sangat menyayangi
Angelica, begitu juga Sam. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman
hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah...

Namun tidak demikian halnya dengan Eric. Ia hanya memiliki beberapa helai
pakaian lama. Sam berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan
alasan tiada wang. Sam terpaksa menuruti kata saya.

Saat usia Angelica 2 tahun, Sam meninggal dunia. Eric sudah berumur 4 tahun
ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin
bertambah. Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya
menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya
bersama Angelica. Saya tinggalkan Eric yang sedang tertidur lelap begitu
saja.

Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu.
Saya menikah kembali dengan Brad, seorang lelaki dewasa. Usia pernikahan
kami menginjak tahun kelima. Berkat Brad, sifat-sifat buruk saya seperti
pemarah, egois, dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih
sabar dan penyayang. Angelica sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan
dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Eric dan tiada
memori yang mengaitkan saya kepadanya

Hinggalah le satu malam... Malam di mana saya bermimpi mengenai seorang
anak...

Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali... Dia melihat ke arah saya.

Sambil tersenyum dia berkata, "Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu
sekali pada mama!"

Sesudah berkata demikian ia mulai pergi, namun saya menahannya, "Tunggu...,
saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?"

"Nama saya Eric, makcik."

"Eric...? Eric... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Eric???"

Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai
perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba
terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang
ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa
jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu.

Ya, saya patut mati..., mati..., mati...

Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan
tangan, tiba-tiba bayangan Eric melintas kembali di fikiran saya. Ya Eric,
mama akan menjemputmu Eric, tunggu ya sayang!...

Petang itu saya membawa dan memarkir kereta Civic biru saya di samping
sebuah pondok, dan ia membuatkan Brad berasa hairan. Beliau menatap wajah
saya dan bertanya,

"Mary, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?"

"Oh, Brad, kau pasti akan membenciku selepas saya menceritakan hal yang
saya lakukan dulu," Aku terus menceritakan segalanya dengan terisak-isak...

Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu
baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari
kereta dengan diikuti oleh Brad dari belakang. Mata saya menatap lekat pada
gubuk yang terbentang dua meter dari hadapan saya.

Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya
tinggalkannya, Eric.. Eric... Di manakah engkau?

Saya meninggalkan Eric di sana10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih
saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang diperbuat
daripada buluh itu... Gelap sekali... Tidak terlihat sesuatu apapun di
dalamnya!

Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan dalam ruangan
kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun di dalamnya. Hanya ada
sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya
mengamatinya dengan betul-betul... Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenali
potongan kain itu . Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Eric
setiap hari...

Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah,
sayapun keluar dari ruangan itu... Air mata saya mengalir dengan deras.
Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Brad mulai menaiki
kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang
berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap
sekali.

Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang
wanita tua. Saya terkejut lagi apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya.
Suaranya parau.

"Heii...! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!"

Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya, "Ibu, apakah ibu kenal dengan
seorang anak bernama Eric yang dulunya tinggal di sini?"

Ia menjawab, "Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!! Tahukah
kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Eric terus
menunggu ibunya dan memanggil, 'Mama..., mama!' Kerana tidak tahan melihat
keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal
bersama saya. Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut
sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu! Tiga
bulan yang lalu Eric meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis
setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu..."

Saya pun membaca tulisan di kertas itu...

"Mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi...? Mama marah pada Eric, ya?
Mama, biarlah Eric yang pergi saja, tapi mama harus berjanji mama tidak
akan marah lagi pada Eric. Bye, mama..."

Saya menjerit histeria membaca suratitu. "Tolong bagi tahu.. di mana dia
sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan
meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap...!!!"

Brad memeluk tubuh saya yang terketar-ketar dan lemah.

"Semua sudah terlambat (dengan nada lembut). Sehari sebelum kamu datang,
Eric sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini. Tubuhnya
sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di
belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila
mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam
sana... Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok
ini... Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras
menunggu kamu di sana. Dosa kamu tidak akan terampun!"

Saya kemudian pengsan dan tidak ingat apa-apa lagi.

Semoga menjadi pelajaran bagi kita sebagai orang tua ataupun bagi yang akan
berkahwin. Janganlah menyalahkan apa yang sudah diberikan oleh Allah.
Tetapi hargailah apa yang diberikan oleh Allah. Dan cubabersabar. Kerana
DIA tidak akan memberikan sesuatu apapun dengan sia-sia.


moral - sayangi orang di sekitar anda. kita tidak tahu siapa yang benar
benar menyayangi kita...

* forwarded