This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Recent Posts

Memaparkan catatan dengan label Pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendidikan. Papar semua catatan

Rabu, 29 Julai 2009

Kertas Ujian / Peperiksaan

Kemahiran Hidup Bersepadu : Perniagaan dan Keusahawanan 2009
  • Peperiksaan Pertengahan Penggal 1
  • Peperiksaan Akhir Penggal 1
  • Peperiksaan Pertengahan Penggal 2
  • Peperiksaan Akhir Tahun

Ahad, 8 Mac 2009

Guru adalah pendidik, bukannya polis


Isu membuli di sekolah kembali mendapat tempat dalam media massa selepas video membuli pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Oya, Sarawak disiarkan dalam Youtube.

Rentetan dari peristiwa itu, timbul pelbagai cadangan sama ada dari jabatan kerajaan, individu atau pertubuhan bukan kerajaan mengenai langkah-langkah yang pelu diambil bagi mengatasi masalah ini.

Sementara keprihatinan masyarakat dalam isu ini adalah baik, namun sikap segelintir anggota masyarakat yang tidak memahami gejala buli dan menyamakannya dengan gangsterisme adalah tidak wajar.

Gangster merujuk kepada penjenayah yang menjadi ahli sesuatu kumpulan jenayah. Tentulah tidak wajar untuk melabelkan pelajar yang melakukan salah laku disiplin di sekolah sebagai penjenayah.

Kita harus memahami bahawa buli ialah satu fenomena global. Buli bukan sahaja berlaku di negara ini tetapi juga di sekolah-sekolah di luar negara. Dianggarkan seramai 30 peratus pelajar sekolah di Amerika Syarikat pernah membuli atau menjadi mangsa buli. Sementara, seramai 20% pelajar di Australia dilaporkan terlibat dalam gejala ini.

Isu ini menarik minat pelbagai pihak untuk mengkaji. Penyelidik-penyelidik di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), umpamanya, telah membangunkan indeks bagi mengukur perlakuan buli di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di negara ini.

Usaha ini adalah baik kerana ia membolehkan masyarakat melihat isu membuli ini secara rasional dan sistematik. Kementerian Pelajaran sewajarnya memanfaatkan kepakaran ini untuk membantu menangani kes-kes buli; sama ada yang dilaporkan dalam media massa atau sebaliknya.

Secara ringkasnya, buli ialah merupakan satu bentuk penyalahgunaan (abuse). Buli boleh berlaku dalam bentuk langsung (direct) seperti ejekan, ugutan, tekanan atau tindakan fizikal. Selain itu, buli juga boleh berlaku dalam bentuk yang tidak langsung (indirect) yang menyebabkan seseorang pelajar terpinggir dari kawan-kawannya.

Pelajar lelaki secara tipikal terlibat dalam buli berbentuk langsung, manakala pelajar perempuan membuli dengan cara tidak langsung seperti menyebarkan gosip atau melakukan pemisahan sosial (social isolation).

Seseorang menjadi pembuli kerana marahkan sesuatu, pernah dibuli, mempunyai keyakinan diri yang rendah, ingin berasa hebat dengan mengawal orang lain dan pelbagai faktor lagi.

Mangsa buli pula mempunyai ciri-ciri seperti malu, sensitif atau tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam kes-kes tertentu, mereka menjadi mangsa disebabkan fizikal seperti gemuk, berbadan kecil atau kecacatan fizikal.

Walau apa pun kaedah membuli dan siapa yang menjadi mangsa buli, ia memberikan kesan psikologi yang mendalam kepada pelajar. Atas sebab itulah maka gejala membuli ini harus ditangani dengan bijak oleh ibu bapa dan pendidik.

Sementara hukuman keras boleh dipertimbangkan sebagai kaedah menangani buli, ia tidak semestinya merupakan satu pendekatan yang efektif. Dalam keadaan di mana hukuman tidak dilaksanakan secara yang adil dan dilihat adil, ia boleh meninggalkan kesan yang negatif kepada pelajar.

Lantaran itulah, maka ibu bapa dan pendidik disarankan untuk menerokai lain-lain pendekatan termasuklah kaedah pendidikan bagi menangani masalah buli ini.

Antara pendekatan yang boleh diambil ialah melengkapkan pelajar dengan skil komunikasi sosial yang baik. Salah satu kritikan yang diberikan terhadap Generasi Y dan Generasi Z (rata-rata mereka merupakan pelajar sekolah menengah dan rendah sekarang) ialah mereka kegersangan skil komunikasi sosial yang efektif.

Beberapa skil komunikasi sosial yang diperlukan ialah pengurusan konflik (conflict resolution), pengurusan kemarahan (anger resolution), skil asertif (assertive skills) dan skil perundingan (negotiation skills).

Skil yang disebutkan di atas boleh menyediakan pelajar yang berpotensi membuli atau bakal menjadi mangsa buli untuk menangani masalah tersebut.

Selain itu, pelajar juga harus dilibatkan dengan gaya hidup positif di dalam dan di luar persekitaran sekolah. Dengan cara ini, mereka akan terdedah kepada kehidupan yang lebih luas dan ini dapat membantu mematangkan pelajar.

Walaupun pelajar didedahkan kepada gaya hidup positif melalui aktiviti berstruktur sama ada kelab atau persatuan beruniform di sekolah, namun kelemahan yang ketara ialah aktiviti ini lebih berpusatkan kepada guru, bukannya pelajar. Dalam keadaan ini, aktiviti tersebut tidak banyak membantu pelajar menguasai skil-skil komunikasi sosial yang diperlukan.

Akhir sekali, pengurusan isu membuli ini haruslah dilihat dari perspektif yang betul. Ia bukanlah sesuatu yang berlaku secara bermusim, dan pelajar yang terlibat tidak wajar dilihat sebagai gangster yang harus dijatuhkan hukuman bunuh.

Seperti juga lain-lain salah laku pelajar, sebarang hukuman yang hendak dilaksanakan kepada pembuli hendaklah dengan penuh kasih-sayang dan bertujuan mendidik.

Guru bukanlah polis, pendakwa dan hakim. Mereka ialah pendidik!

Mingguan Malaysia Online, 8 Mac 2009

Sabtu, 7 Mac 2009

Kembalikan rotan kepada guru


MASALAH buli, pukul dan gangsterisme semakin parah. Keadaan ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena kepada sistem pelajaran di sekolah. Ada beberapa perkara yang menyebabkan perkara ini semakin kronik kebelakangan ini. Adakah sekolah hanya tempat pembelajaran tanpa pendidikan?

Kuat saya ingin nyatakan di sini bahawa sekolah sudah kurang semangat pendidikan. Beban masalah disiplin ini tidak wajar diletakkan kepada guru disiplin atau guru sekolah sahaja.


Guru di sekolah kini tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Sejak hukuman rotan tidak lagi dibenarkan. Anak murid zaman ini semakin naik kepala. Mereka tidak lagi dapat dididik jika hanya dengan suara sahaja.


Akhirnya anak remaja ini menjadi ego. Apa yang guru boleh buat? Kita sejak zaman berzaman dahulu telah dididik dengan rotan sebagai 'alat bantuan mengajar' di rumah. Anak remaja kini begitu kurang ajar menghina gurunya sendiri. Memperlekehkan gurunya sendiri.

Umur sekitar 13-17 tahun adalah saat remaja sedang mencari identitinya. Di saat ini remaja sedang berusaha untuk menonjolkkan dirinya di kalangan rakan-rakan. Itu adalah fitrah biasa. Malangnya ramai anak remaja gagal untuk menonjolkan dirinya secara positif. Akhirnya anak remaja ini berusaha bersungguh-sungguh menonjolkan diri mereka sebagai juara dalam melanggar undang-undang sekolah.

Anak remaja ini berasa bangga apabila berani mencuba menghisap rokok, berani mencuri, berani mempunyai teman wanita, berani mencuba ektasi, berani mencuba dadah, gam, syabu dan yang paling parah ada di kalangan mereka berani meninggalkan solat. Paling menyedihkan apabila al-Quran tidak dijadikan panduan utama dalam mencari penyelesaian masalah ini.

Guru-guru perlu diangkat maruah mereka. Kedudukan guru yang mulia wajar diangkat kembali.

Kembalikan kuasa merotan kepada guru. Remaja kini semakin berani kerana guru sudah hilang 'alat bantuan' mengajar itu.

FIRDAUS KHAIRI

Putrajaya

Forum @ Utusan Malaysia Online. 7 Mac 09

Anak Perak : Kadang-kadang saya ada bertanya pada pelajar, boleh tak saya merotan kalau mereka melakukan kesalahan? Ramai yang diam... tapi saya kata diam tanda setuju, maka agaknya mereka setujulah begitu? Mereka hanya ketawa... Saya nyatakan lagi, hukuman, denda, rotan dan sebagainya hanya dilaksanakan jika mereka bersalah, bukan suka-suka. Itu tandanya guru sayang pada mereka. Kalau tidak, sudah tentu guru diam saja, ha, buatlah apa kau orang nak buat, janji kerja aku siap. Takkan sampai macam itu baru mereka rasa bebas? Tak dinafikan walaupun ada arahan guru tidak boleh menghukum pelajar, tetapi kadang-kadang saya 'terlepas' juga hayunan tangan, buku atau apa-apa yang boleh dicapai dek tangan ini ;). Tapi akhirnya, saya nyatakan dengan baik pada mereka, kenapa, mengapa, apa, kerana setiap tindakan berasaskan setiap sebab. Pada yang lain-lain, jadikan pengajaran. Kalau dah dua tiga kes tu terpaksalah dirujuk pada pengetua atau PK.

Kalaulah kesalahan pelajar diberikan hukuman dan demerit. Kalau kebaikan pelajar pula hendak diberi apa? Cikgu kena bijaklah... tak adillah kan, kesalahan diberi hukuman, kebaikan tidak dibalas. Cukupkah dengan kata-kata pujian dan merit? Ini yang saya rasa tidak adil. Guru juga kena rajin-rajin beri merit daripada demerit, barulah pelajar rasa dihargai. Sekolah saya sekarang, alhamdulillah, tidaklah ada masalah besar dalam disiplin, comforming school, (senang cerita sekolah cina). Sekolah kerajaan? Melayu? Islam...dengar berita-berita ini membuatkan hati bertanya, apa yang jadi bila aku dah pulang ke semenanjung nanti, macam mana agaknya keadaan sekolah nanti...Allahualam..

Isu Disiplin Pelajar Sekolah

Sepintas di akhbar utama hari ini...

______________________________________________________


" Ibu bapa mungkin boleh diminta hadir ke sekolah untuk menyelesaikan
kes disiplin anak-anak mereka dan hukuman dilakukan pihak ibu bapa sendiri.
ika guru yang melaksanakannya, ia mungkin akan meninggalkan kesan emosi
lebih buruk terhadap pelajar
."
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa
dan Guru Nasional (PIBGN),

Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan

______________________________________________________


"Unit polis bantuan disaran diwujudkan di sekolah-sekolah bagi menangani
masalah disiplin pelajar terutama kes buli yang semakin menjadi-jadi. Unit itu
tidak menggantikan perkhidmatan keselamatan sedia ada tetapi sebagai tambahan
kerana skop tugasnya yang lebih luas termasuk di kawasan luar sekolah"
Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin


______________________________________________________

"Pihak sekolah dan warden asrama perlu mendedahkan rekod tingkah
laku setiap pelajar kepada ibu bapa dari semasa ke semasa. Budaya prihatin oleh
ibu bapa terhadap anak-anak kini semakin kurang. Mereka seperti menyerahkan
100 peratus jagaan anak kepada pihak sekolah. Tetapi ini tidak, jika anak-anak
menghadapi masalah disiplin atau menjadi mangsa gangsterisme di sekolah,
barulah ibu bapa melatah dan terus menyalahkan pihak sekolah dan seterusnya
kementerian. aktiviti riadah seperti sukan ekstrem, tinju dan perkhemahan yang
lebih praktikal dalam menangani masalah 'ala gangster' di kalangan pelajar
perlu diperbanyakkan Pelajar tidak boleh disalahkan kerana mereka sedang
melalui zaman remaja yang melebihkan masa bersama rakan-rakan sebaya dan segala perbuatan mereka mempunyai pengaruh yang kuat "
Pensyarah Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia,
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),
Prof. Madya Datuk Dr. Abdul Rahman Daud

Cara mendisiplin pelajar sekarang tak sesuai - Alimuddin

KUALA LUMPUR 6 Mac - Kementerian Pelajaran akan mengubah suai beberapa perkara dalam peraturan sekolah untuk disesuaikan dengan keadaan semasa bagi meningkatkan disiplin pelajar.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, perubahan perlu dilakukan kerana cara yang diguna pakai sekarang untuk mendisiplin pelajar tidak lagi sesuai.

Sehubungan itu, jelas beliau, pertemuan dan perbincangan akan diadakan dengan beberapa pihak yang berkaitan bagi mencari kaedah terbaik menangani kes buli di sekolah.

Katanya, beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin serta Ketua-Ketua Polis Negeri minggu depan bagi membincangkan isu tersebut.

"Beberapa pendekatan baru harus diambil supaya kita lebih dekat dengan pelajar serta tindakan yang lebih keras dan setimpal dengan kesalahan pelajar dapat dikenakan.

"Saya dapati peraturan ada, tetapi pelajar semakin bertindak ganas seperti pergaduhan yang berlaku di sekolah di Pasir Puteh, Kelantan semalam, sebab itu kita perlu cari pendekatan baru," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, antara agenda yang akan dibincangkan dalam pertemuan dengan pihak polis ialah langkah drastik yang perlu diambil untuk menangani isu pelajar samseng dan meminta polis bekerjasama secara langsung dalam menangani gejala tersebut.

Sementara itu, menurut Alimuddin, beliau akan melawat sekolah di Pasir Puteh, Kelantan Ahad ini bagi melihat keadaan pelajar yang dilibas dengan senjata kecil dikenali 'lawi ayam' itu selain mengetahui punca kejadian.

Semalam, akibat menjeling, seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di Pasir Puteh, Mohd. Hamirul Mohd. Affandi, 14, dilibas dengan lawi ayam oleh dua pelajar senior.

Dalam pada itu, Alimuddin turut meminta Pegawai Pelajaran Daerah supaya turun padang membantu pihak sekolah dalam menangani masalah atau isu yang timbul di sekolah-sekolah di kawasan masing-masing.

Ditanya mengenai cadangan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah supaya diwujudkan program khas untuk tangani gejala buli, beliau berkata, kementerian menyokong cadangan itu dan akan melihat semula program pelajar sedia ada.

Beliau turut menyarankan pihak sekolah supaya memperbanyakkan aktiviti seni seperti, muzik, lakonan dan tarian bagi menarik minat pelajar untuk terlibat dengan aktiviti yang lebih berfaedah.

Utusan Malaysia Online 7 Mac 09

Khamis, 5 Mac 2009

Nasib Cikgu

KUALA LUMPUR: Seorang guru wanita mengalami detik mengerikan apabila mukanya disimbah cecair kimia oleh seorang lelaki tidak dikenali di depan sebuah sekolah menengah di Bangsar di sini, petang kelmarin.

Selain trauma, perbuatan gila lelaki bermotosikal itu mengakibatkan mata kanan mangsa nyaris buta apabila rosak teruk pada kornea dan kesan lecur di anggota badan.

Dalam kejadian jam 4 petang, guru berkenaan yang mahu dikenali sebagai Ju sedang menunggu suaminya di depan pagar sekolah berkenaan selepas sesi persekolahan.

Mangsa ternampak seorang lelaki bermotosikal berusia 30-an dan memakai topi keledar penuh memasuki sekolah dalam keadaan mencurigakan.


“Saya tidak mengesyaki apa-apa, tetapi melihat lelaki terbabit melakukan satu pusingan di kawasan berkenaan sebelum memberhentikan motosikal di depan pagar.

“Selepas beberapa minit, dia mengeluarkan sesuatu seperti botol cecair sebelum mengisinya ke dalam satu cawan plastik,” katanya.

Ju berkata, tanggapan lelaki itu sedang menunggu anak ternyata meleset apabila dia menghidupkan enjin motosikal sebelum menghampiri dan menyimbah mukanya dengan cecair terbabit.

Dia menjerit sekuat hati meminta pertolongan dan sempat ternampak beberapa pelajar turut terkena simbahan.

Apabila Ju merasai muka serta badan amat panas, dia segera ke tandas sekolah untuk membasuhnya. Dakwa guru mata pelajaran Bahasa Inggeris itu, awalnya dia menyangka cecair cili, bagaimanapun terkejut apabila mata kanannya tidak dapat dibuka selain lecur di tubuh dan kesan terbakar pada colinya.

“Suami saya yang juga anggota polis tiba setengah jam kemudian membawa saya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan lanjut.

“Doktor yang merawat saya memaklumkan 70 peratus kornea mata saya rosak dan tidak pasti jenis cecair itu. Doktor juga meminta saya datang semula untuk rawatan susulan,” katanya yang membuat laporan di balai polis berhampiran.

Menurutnya, dia yang lebih setahun mengajar di sekolah itu terkilan dengan kejadian berkenaan.

Ini kerana dia tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa, apatah lagi memarahi atau memukul pelajarnya.

“Apa yang saya tahu sebelum kejadian, sedikit perselisihan faham berlaku apabila seorang guru disiplin memarahi beberapa pelajar sekolah kerana dipercayai bergaduh dengan orang luar.

“Lelaki misteri yang menyimbah cecair ke arah saya itu berkemungkinan tersilap sasaran berikutan wajah guru terbabit agak mirip dengan saya,” katanya yang enggan membuat sebarang spekulasi dan meminta polis menyiasat kes itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, polis sedang menyiasat motif sebenar kes terbabit.

Oleh Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my
Harian Metro Online 5 Mac 2009

Anak Perak : Berhati-hatilah cikgu-cikgu semua. Kita yang ditugaskan untuk mengajar, kita pula yang dipersalahkan dan dihukum jika menegur kesalahan mereka. Lambat laun, guru akan ' buat-buat tak nampak' sajalah pada pelajar yang begitu bila dalam kelas.

Selasa, 24 Februari 2009

Sabarlah Cikgu..


Bahan Rencah Oleh : Anak_Pejuang

Di Waktu Pagi

Pergi ke sekolah setiap pagi, menaiki bas 2 kali sebelum sampai ke sekolah. Hendak masuk menuju ke sekolah perlu berjalan kaki lagi 1 kilometer. Kadang-kadang kerjanya adalah membuka pagar sekolah (kerana ada tugasan yang diberi sebegitu - maklumlah sekolah pun di kawasan pedalaman). Sabarlah cikgu..

Semasa Sesi Pengajaran

Sebelum memulakan pengajaran, cikgu membaca doa bersama anak murid. Diminta agar diterangkan hati, dimudahkan faham apa yang diajar dan dipelajari. Cikgu meminta anak murid agar mengutip sampah, mengemaskan kerusi dan meja agar dapat belajar dengan selesa. Begitulah setiap hari mulutnya tidak pernah diam menasihati agar sampah yang dijumpai bersepah di luar bilik darjah dan sekolah agar dibuang di dalam tong sampah. Sabarlah cikgu...

Cikgu menanda kedatangan pelajar di Buku Daftar Kehadiran Murid, ada beberapa nama yang sudah acapkali tidak hadir. Cikgu bukan tidak peduli tentang itu semua, lalu ditanya rakannya sekelas. Dijawab mereka "si polan tu pergi CC (Cyber Cafe), swimming pool, kadang-kadang tak naik kelas dia duduk kat pondok perhentian bas". Cikgu pun menyusul ke perhentian bas sambil memujuk anak murid agar naik ke kelas. Sabarlah cikgu...

Cikgu mengajar di hadapan, anak murid bermain-main di belakang. Ada yang tidur, ada yang berbual-bual. Bila ditanya "mana kerja rumah". Dijawab pula "Lupa cikgu" (padahal di rumah begnya tidak pernah diperiksa dijadikan pekasam sahaja) Ibu dan ayah pula terlalu sibuk bekerja. Samada anak ke sekolah atau tidak, itu belakang kira. Yang penting sudah nampak pergi ke sekolah. Cikgu pun meneruskan pengajarannya, diberikan penjelasan dan diulang-ulang lagi apa yang telah diajar agar dapat melekat terus di hati anak muridnya. Cikgu pun bertanya, "faham tak ? Kalau tak faham silalah bertanya, nanti cikgu ulang lagi". Anak murid pun menjawab "faham cikgu". Tidak lama kemudian cikgu pun menyoal dari apa yang telah dipelajari, kerana beranggapan anak muridnya sudah faham apa yang diajar. Kemudian ramailah anak murid yang berdiri dan menjadi 'patung' kerana tidak dapat menjawab soalan cikgu. Hanya beberapa kerat yang membuka mulut untuk menjawab soalan. Sabarlah cikgu...

Lalu cikgu pun ingin membuat ulangkaji dengan anak muridnya lagi. Semalam cikgu dah beritahu supaya menelaah apa yang telah diajar. Hari ini cikgu ingin menyoal pula. Tetapi tidak ramai yang ingin menjawab. Bila ditanya mengapa tidak dapat menjawab soalan. Mereka menjawab "tak tahu, lupa, jaga adik". Sabarlah cikgu..

Bukan cikgu tidak tahu, ada anak murid nakal dan pernah didenda kerana kenakalannya yang diulang berkali-kali. Cikgu bukan denda kerana suka mendenda. Tetapi kerana kasih dan sayangnya kepada anak murid. Itupun dimulakan dengan nasihat untuk dia memikirkan kembali baik dan buruknya perbuatan yang telah dilakukan dan masa hadapannya. Diberikan teguran agar membekas dalam hati. Dan dihukum sesuai dengan kesalahannya. Dan ada juga cikgu menegur kesalahan anak murid agar tidak membuat bising di dalam kelas. Semasa hendak membuka pintu kereta, kereta cikgu telah dicalar balarkan, tayar dipancitkan. Kengkadang cikgu pun ditunggu diluar untuk dipukul. Sabarlah cikgu...

Sesudah Habis Mengajar

Sebelah petangnya, apabila anak murid sudah pulang ke rumah. Cikgu masih lagi di sekolah, terkadang ada kelas tambahan untuk anak muridnya. Terkadang ada kerja untuk menyiapkan alat bantu mengajar supaya anak murid mudah faham. Terkadang tertidur sebentar kerana kelelahan.

Di rumah, kerja cikgu belum selesai lagi. Perlu menyiapkan buku persediaan mengajar, perlu memikirkan pula aktiviti tahunan yang telah diagihkan untuk disempurnakan. Kertas kerjanya, soalan bulanannya, persatuan yang dinaunginya. Cikgu pun ada suami, ada isteri, ada anak-anak untuk dibesarkan, dididik, diberi makan, dikenalkan dengan kehidupan. Setiap kali melihat buku anak murid, akan terbayang wajah mereka satu persatu. Ya, cikgu pun mendoakan juga agar anak muridnya berjaya dan menjadi orang yang berguna. Sabarlah cikgu...

Cikgu pun tidak kisah.. semasa di luar sekolah, ketika bersiar-siar. Bukan tidak pernah terserempak dengan anak muridnya. Ada yang menyapa memberi salam dan senyuman - AlhamduliLlah baguslah, ada juga yang sembunyi-sembunyi (mungkin segan kerana berpakaian menjolok mata atau telah melakukan sesuatu yang ia rasa tidak kena), ada juga yang berlalu seolah-olah cikgu tidak wujud di depan matanya (mungkin tidak nampak gamaknya). Cikgu pun tidaklah terasa sangat sebenarnya.. Sabarlah cikgu...

Cikgu pun pernah mengajar anak muridnya agar tahu mengucapkan terima kasih. Apabila cikgu hendak memberikan buku kepada anak murid, ia tidak melepaskan buku tersebut kecuali setelah anak murid mengucapkan 'terima kasih cikgu'..

Sekadar berkongsi antara kehidupan cikgu yang tidak didedahkan, cubalah berkongsi pengalaman dengan mereka. Agar tahu perasaan dan susah payahnya di dalam mendidik anak bangsa. Kepada ustaz, ustazah, cikgu, guru dan pensyarah yang pernah mendidik diri ini... Terima kasihku ucapkan...

Sumber : Jarum Emas

Suspek tidak puas hati kena tegur buat bising dalam kelas

KOTA BHARU: Seorang pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas dekat sini, cedera diserang 10 pelajar yang tidak berpuas hati terhadap tindakannya menegur seorang daripada mereka kerana bising dalam kelas selepas waktu persekolahan, petang kelmarin.

Serangan terhadap pelajar Tingkatan Empat, Ahmad Shafie Ihsanul Kamil, 16, berlaku kira-kira jam 3 petang, ketika dia bersama seorang rakannya berjalan pulang pada hari terakhirnya di SMK Tanjong Mas kerana diterima masuk ke Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas, mulai semalam.

“Ketika melalui belakang Masjid Taman Uda Murni, kami disekat 10 pelajar yang menaiki dua motosikal dan lima basikal.

“Seorang daripada mereka yang juga pelajar sekelas menendang belakang menyebabkan saya tersungkur.

“Rakan saya cuba menghalang serangan itu, tetapi dilarang kumpulan pelajar itu,” katanya di sini, semalam.

Ahmad Shafie berkata, ketika dia cuba bangun, pelajar sekelasnya menumbuk dan menendangnya sehingga terjatuh, diikuti pelajar lain menendang mukanya beberapa kali.

Katanya, kumpulan itu melarikan diri meninggalkannya cedera di tangan dan lutut apabila seorang wanita datang memarahi mereka.

Bapa mangsa, Ihsanul Kamil Che Haron, 56, berkata beliau menghantar anaknya mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) apabila mendapati anaknya cedera dengan seluarnya terkoyak.

“Saya terkejut melihat anak bongsu daripada lima beradik itu pulang dengan seluar koyak dan pipi lebam, manakala lututnya berdarah,” katanya yang membawa Ahmad Shafie membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

Ihsanul Kamil terkilan dengan kejadian yang menimpa anaknya dan meminta pengurusan sekolah menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pelajar terbabit.

“Awal Januari lalu, seorang pelajar di sekolah sama turut diserang sehingga cedera dan tidak hadir ke sekolah selama seminggu, namun kejadian itu tidak dilaporkan,” katanya.

Katanya, beliau dimaklumkan pengurusan SMK Tanjong Mas mengaturkan perjumpaan antara ibu bapa pelajar yang menyerang anaknya bersama Pejabat Pendidikan Daerah Bharu hari ini.

Sementara, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata walaupun 10 pelajar didakwa memukul mangsa dalam kejadian itu, siasatan polis mengenal pasti hanya empat pelajar terbabit dalam serangan itu.

Katanya, polis belum membuat sebarang tangkapan.

Berita Harian

Sabtu, 21 Februari 2009

Mengapa kaki ponteng bosan berada di sekolah?


Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

BERMULA dengan ponteng sekolah. Kemudian secara berkumpulan terlibat dengan gejala merokok. Tidak cukup dengan itu, pelajar yang ponteng ini juga terdorong untuk melakukan jenayah kecil seperti curi motosikal, penagihan dadah dan paling membimbangkan kes jenayah rogol dan sebagainya.

Walaupun gerakan 'memburu' kaki ponteng ini dilakukan secara rutin oleh pelbagai agensi penguatkuasaan termasuklah daripada Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS), kehadiran mereka kini mudah dihidu golongan kaki ponteng kerana keterampilan penguat kuasa itu yang senang dikenali.

Kebimbangan ibu bapa terhadap pelajar yang ponteng sekolah ini bertambah apabila kelmarin, 14 pelajar di Rembau, ditahan pihak polis kerana ponteng dan berpeleseran tanpa arah.

Jangan tidak percaya, suatu hari nanti kaki ponteng ini akan menubuhkan kumpulan samseng sendiri serta menjadi perancang dalam kes ugut, buli dan samun serta menjadikan pelajar sekolah yang tidak berdosa sebagai mangsa mereka.

Perkara ini tidak boleh dipandang ringan walaupun JPNS menyatakan ia sesuatu yang serius dan wajar diberi perhatian oleh semua pentadbir sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Soalnya, dasar yang dibuat oleh kerajaan melalui Kementerian Pelajaran terhadap keseriusan gejala ponteng ini hendaklah dilaksanakan dengan berkesan supaya permasalahan sosial yang lebih teruk seperti maksiat dan samseng remaja tidak berleluasa.

Dalam aspek ini juga, pihak kerajaan perlu melihat faktor modal insan yang lebih berkesan. Adakah nilai yang kita bawa itu mencukupi untuk pelajar ini merasa seronok di sekolah atau pun banyak sebab mengapa mereka bertindak untuk ponteng sekolah.

Skop ini harus dilihat secara positif kerana aspek pendidikan hari ini perlu membentuk satu perubahan yang boleh menarik minat pelajar untuk hadir ke sekolah dalam apa cara sekali pun.

Ia sama ada kaedah pembelajaran yang lebih menyeronokkan mahupun penyampaian yang tidak terlalu tertekan.

Hari ini, pelajar datang ke sekolah - guru bertugas akan memberi ucapan penuh ketegasan, tetapi kadang kala disertai dengan tengkingan, nasihat dengan sinis dan celoteh yang terlalu lama - membosankan, tidak ceria dan pelajar akhirnya tertekan.

Dalam bilik darjah - suasana panas, tegang, pembelajaran yang membosankan - terlalu ikut 'kata buku', guru yang terlalu garang, kurang latihan praktikal dan ini juga melemahkan semangat pelajar untuk terus kekal dalam bilik darjah.

Selepas sekolah - pelajar pula menerima pengaruh akibat persekitaran sekolah yang begitu hampir dengan proses urbanisasi dan terpikat dengan video, kafe siber dan pusat membeli belah.

Di rumah - ada pelajar tidak diberikan kasih sayang, pembelajaran terabai, ibu bapa sibuk dengan aktiviti atau bekerja, tidak ambil peduli, cepat marah, pendedahan gajet elektronik, kurang pendidikan agama dan paling malang pengaruh video lucah.

Hakikatnya, sindrom ponteng sekolah ini sudah kembali mencabar undang-undang, kecuali mereka benar-benar tidak hadir ke sekolah disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan seperti sakit.

Untuk itu, kita harus 'menjinakkan' kembali pelajar ini supaya mereka kembali menjadikan pembelajaran ini sebagai satu tanggungjawab bukan kerana terpaksa sehingga mengakibatkan mereka memilih jalan untuk ponteng seolah.

Jadi langkah berikut amat perlu diberi perhatian:

  • Menjalinkan perasaan sayang antara pelajar - konsep sayang bermakna mengambil berat, ambil tahu dan mendengar masalah, idea, pandangan mereka secara positif bukan secara sinis.
  • Menimbulkan kesedaran terhadap keberuntungan diri sendiri - sihat, lengkap anggota badan berbanding mereka yang berhadapan kecacatan (golongan yang sentiasa insaf dan mahu mencorak kehidupan secara positif)
  • Menghayati kurniaan Tuhan pada bakat yang ada dalam diri pelajar - contohnya mereka boleh berdebat, berpidato, menyanyi, mengarang, bersukan, berekreasi, keagamaan, berpersatuan - galakkan dan jangan disekat.
  • Sentiasa meminta mereka merenung kelemahan dan menyesali perbuatan. Ini perlu dibangkitkan dengan motivasi dan perubahan sikap selain mengimbangi kaedah pembentukan modal insan yang berjaya.
  • Hendaklah membawa pelajar ini melihat wawasan masa hadapan untuk memajukan diri, keluarga serta orang yang disayangi - caranya dengan membawa mereka melihat dunia luar seperti rumah anak yatim, warga emas, hospital, gotong-royong di rumah keluarga miskin dan sebagainya.
  • Melahirkan insan peka dalam setiap kehidupan.
Jika semua aspek ini dapat diaplikasikan di sekolah dengan mengetepikan sikap kerenggangan antara guru dan pelajar, kita optimis minat pelajar untuk terus berada di sekolah dan menjadikan sekolah sebagai 'rumah kedua' akan berjaya.

Maka, pemantapan disiplin pelajar tidak boleh dibuat dengan kegarangan, tetapi perlu digerakkan dengan kelembutan kerana tidak mungkin 'api disimbah dengan minyak' dan biarlah 'api itu disimbah dengan air yang jernih'.

Gerakan memburu kaki ponteng perlu dibuat dengan pendekatan yang lebih harmoni, penuh kesedaran dan keinsafan supaya pelajar yang terbabit menjadi lebih yakin bahawa di sekolah mereka tetap diperlukan, di rumah pula mereka tetap disayangi keluarga.

Utusan Malaysia 21 Februari 2009

Jumaat, 20 Februari 2009

Pelajar ‘bom’ kereta guru

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
am@hmetro.com.my

ALOR STAR: Ketegasan seorang guru disiplin di sebuah sekolah di Ayer Hitam, dekat sini, mendisiplinkan pelajar bermasalah dibalas dengan kenderaan miliknya dilontarkan bom petrol, malam kelmarin.

Bom petrol itu dilontarkan pada kereta guru berkenaan sebagai amaran berikutan tindakannya merotan pelajar yang melanggar peraturan ketika sesi persekolahan.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, guru terbabit sedang menonton televisyen bersama keluarga di rumahnya di Kampung Teluk Tui, Jerlun, dekat sini, sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan di hadapan rumah.

Menurut sumber, guru berusia 40-an itu meluru keluar dari rumahnya sebelum melihat Proton Wiranya disambar api pada tayar belakang di bahagian kiri.



“Mangsa terkejut dengan kejadian itu dan tergamam seketika sebaik melihat api menyambar kenderaannya.

“Bagaimanapun, jeritan isterinya yang menyusul di belakangnya beberapa minit kemudian kembali menyedarkannya.

“Dia segera mengambil sebaldi air dan memadamkan kebakaran itu,” katanya di sini, semalam.

Sumber itu berkata, guru terbabit sempat mendengar bunyi motosikal memecut meninggalkan rumahnya sejurus mendengar letupan itu, namun tidak dapat mengecam sesiapa atau nombor platnya kerana keadaan terlalu gelap.

“Mungkin perbuatan itu dilakukan pelajar yang tidak berpuas hati dengan tindakannya merotan mereka yang bermasalah.

“Malah, ketegasannya dalam mendisiplinkan pelajar juga disalahertikan pelajar yang berfikiran negatif,” katanya.

Guru terbabit membuat laporan di Balai Polis Ayer Hitam, dekat sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu.

“Siasatan sudah dimulakan sebaik kita menerima laporan dan kes ini kini disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Anak Perak : jangan pula salahkan guru jika sesuatu berlaku pada anak anda.

Ahad, 8 Februari 2009

Trend enggan bawa buku teks jadi budaya

Kebanyakan pelajar kelas corot sandang beg kosong

KUALA LUMPUR: Pelajar sekolah menengah kini berdepan trend membimbangkan, keengganan mereka membawa buku teks ke sekolah yang boleh mengundang permasalahan jangka panjang terutama dalam melahirkan masyarakat berilmu.

Trend yang membimbangkan itu diakui guru, ibu bapa serta di pihak Kementerian Pelajaran iaitu Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran.

Keengganan membawa buku bukan saja menyukarkan pembelajaran di sekolah malah buku itu juga tidak digunakan untuk rujukan di rumah.

Bagaimanapun, majoriti pelajar tidak menganggap perbuatan mereka itu satu kesalahan dan memberi pelbagai alasan termasuk malas, beg berat serta tidak sukakan guru yang mengajar subjek tertentu.

Kalangan guru dan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) menganggapnya sudah menjadi satu budaya biasa di kebanyakan sekolah. Guru pula takut mendenda murid kerana bimbang ia boleh menyemai rasa benci kepada pembelajaran, selain takut dicederakan.

"Tidak membawa buku teks menjadi budaya biasa di kalangan pelajar. Malah lebih mengejutkan apabila ditanya mengapa tidak membawa buku, tanpa rasa bersalah mereka dengan selambanya menjawab, malas," kata seorang guru, Lieza Umar (bukan nama sebenar) yang mengajar di sebuah sekolah menengah di Selangor.

Malah, kata Lieza, kebanyakan pelajar, khususnya pelajar lelaki kelas corot bukan saja tidak membawa buku teks tapi datang ke sekolah dengan beg kosong tanpa buku tulis dan buku latihan.

"Ketika mula-mula mengajar dulu, saya terkejut apabila mendapati ramai pelajar memikul beg kosong sehinggakan saya terpaksa menyediakan kertas untuk mereka catat apa yang diajar.

"Tapi biasanya kertas itu akan bertukar menjadi sampah apabila saya melangkah keluar dari kelas," katanya kesal.

Lieza turut mendakwa ada segelintir pelajar yang hanya membawa buku teks subjek tertentu disebabkan takut dengan guru yang mengajar tapi ada juga yang memberi alasan tidak membawa buku sebab tidak suka guru berkenaan.

"Atas alasan tidak sukakan guru tertentu, mereka tidak bawa buku dan ada juga yang ponteng kelas hanya kerana alasan itu. Lebih mengecewakan, kami sebaliknya dipersalahkan ibu bapa jika memarahi anak mereka kerana tidak membawa buku teks. Saya juga sudah tidak berani memarahi pelajar kerana takut dicederakan.

"Pernah saya memarahi seorang pelajar lelaki dan minta dia keluarkan buku modul, tapi dia hanya memandang tajam ke arah saya membuatkan saya berasa gerun," katanya.

Seorang lagi guru, Tina Musa (bukan nama sebenar), yang berpengalaman mengajar di dua sekolah menengah di bandar Melaka, pula mendakwa perbuatan tidak membawa buku teks berlaku di sekolah bandar atau desa.

"Perkara ini bukan kes terpencil. Saya akui ia memang berlaku dan kebanyakan yang terbabit adalah pelajar lelaki menengah atas yang belajar di kelas tercorot," katanya.

Tina berkata, kesalahan itu dikategorikan sebagai masalah disiplin tapi disebabkan terikat dengan peraturan yang tidak membenarkan pelajar didenda, gejala itu sukar dibendung.

Sementara itu, beberapa pelajar yang ditemui berkata: Malaslah nak bawa buku teks. Beg berat sangat dan bahu pun sakit. Kalau bawa pun, bukannya digunakan sebab cikgu selalunya mengajar tanpa merujuk buku teks."

Mereka juga dikatakan mengikut jejak ramai rakan lain serta pelajar lebih 'senior,' yang lebih suka meninggalkan buku teks di rumah manakala kelompok lain, khususnya di sekolah satu sesi, lebih suka meletakkan buku teks di bawah meja masing-masing.

Bagi mereka, perbuatan membawa buku teks itu cuma satu bebanan, bukan kemestian biarpun menyedari ia satu kesalahan. Tidak hairanlah, biarpun dimarahi, diberi amaran serta didenda guru supaya membayar 20 hingga 30 sen bagi setiap kesalahan, ia terbukti tidak menghalang mereka mengulangi perbuatan itu.

Seorang pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah di ibu negara yang identitinya tidak boleh didedahkan, mendakwa perbuatannya tidak membawa buku teks bukannya sesuatu yang asing.

Biarpun menyedari perbuatan itu salah, beliau mendakwa tindakannya itu turut dilakukan ramai pelajar yang lain.

"Bukan saya seorang, tetapi ramai rakan lain berbuat demikian. Buat apa nak bawa buku kalau guru pun jarang menggunakannya kerana lebih banyak mengajar menggunakan buku rujukan dan menulis di papan hitam," katanya yang mengakui tidak membawa buku teks sejak bermulanya sesi persekolahan, awal tahun ini.

Ditanya sama ada beliau menyedari perbuatannya itu satu kesalahan, pelajar itu mengakui pernah dimarahi guru beberapa kali. Namun amaran tinggal amaran.

"Cikgu memang marah. Tapi bukan selalu cikgu periksa kami bawa atau tidak buku teks."

Beliau yang belajar di kelas tercorot mendakwa tindakannya dan rakan-rakan itu bukan satu masalah besar kerana mereka masih boleh berkongsi buku teks di sekolah.

Seorang lagi pelajar yang mengakui lebih selesa meninggalkan buku teks di bawah meja, berkata beliau memilih tidak membawa pulang buku teks selepas sering sakit bahu dan terpengaruh dengan pelajar 'senior' di tingkatan empat dan lima yang turut melakukan perbuatan itu.

"Setiap subjek mempunyai lebih daripada satu buku teks. Ini tidak termasuk buku nota, tulis dan buku kerja. Bagi subjek Bahasa Melayu misalnya, kami perlu membawa dua buku teks iaitu Pemahaman Umum, Tatabahasa, buku Komsas serta dua buku lain.

"Bagi subjek Sains pula, perlu bawa tiga buku teks, buku latihan, buku nota, buku rampaian praktikal atau makmal. Bayangkanlah itu baru dua subjek, kalau dicampur dengan buku Matematik dan subjek lain, ia memang menjadikan beg berat," katanya.


Oleh Nurul Adlina Kamaludin, Rohaniza Idris dan Siti Nur Almizan Aripin
bminggu@bharian.com.my


Anak Perak : Inilah yang dikatakan sudah besar kepala. Seingat saya semasa di bangku persekolahan dahulu, niat untuk tidak membawa buku teks dengan sengaja itu langsung tidak terlintas di fikiran memikirkan denda dan hukuman yang bakal diterima. Dahulu guru-guru memang tegas sepanjang masa, membuatkan saya gerun untuk melakukan kesalahan. Disebabkan guru-guru yang tegas itulah kami tiada masalah tidak membawa buku teks, dan lain-lain.Kadang-kadang bila mengajar saya ceritakan pengalaman saya kepada pelajar-pelajar, supaya mereka ingat yang saya marah jika tidak membawa buku bukan saja suka-suka, tetapi sebagai pengajaran.

Bagi yang tidak membawa buku teks pula, apabila tiba waktu kelas yang seterusnya, maka berselerakanlah mereka mencari buku teks dari kelas-kelas menyebelah. Budaya pinjam-meminjam ini juga telah lama berlaku. Walau sudah diingatkan, masih ada segelintir pelajar melakukannya.

Amat sedih melihat guru yang gagal mengambil tindakan kepada pelajar-pelajar ini dengan alasan takut dibenci pelajar dan takut dicederakan. Saya selalu bertanya kepada pelajar saya, jika saya memarahi dan menghukum anda atas satu kesalahan yang anda mengaku lakukan, adakah anda suka saya memarahi anda atau mendiamkan sahaja? Kalau guru marahkan anda maknanya dia prihatin kepada anda, dan jika tidak maknanya sebaliknya.

Apabila guru tidak mempunyai autoriti yang sepatutnya di dalam kelas, maka sudah semestinya proses PnP akan terganggu. Tetapi kadang-kadang guru-guru merasa bosan dan lama-kelamaan tidak mengambil tahu langsung, atau buat seperti pelajar tersebut tidak wujud di dalam kelas.

Peranan ibu-bapa amatlah penting. Tetapi ada sesetengah ibu-bapa pada zaman sekarang tidak langsung mengambil tahu hal pelajaran anak-anak di sekolah, tentang latihannya, buku teksnya kerja amalinya, jadual waktunya dan sebagainya. Yang tahu hanya hantar ke sekolah, ambil, dan beri duit jika diminta anaknya. Apatah lagi mahu menyemak buku teks Dan lebih TERUK lagi ada ibu-bapa yang menyerang sekolah jika anak-anak mereka telah didenda dan dihukum atas kesalahan yang dilakukan.

Alasan pelajar dalam artikel di atas iaitu guru tidak menggunakan buku teks ketika mengajar. Di sini peranan guru amat penting, pada setiap masa memberitahu pelajar buku yang perlu dan tidak perlu dibawa supaya tidak timbul masalah pelajar tidak membawa buku dengan alasan tidak diberitahu.

Tidak pernah lagi seingat saya apabila bertanya kenapa pelajar saya tidak membawa buku teks, jawapannya malas, kerana sudah tentu jawapan itu akan mengakibatkan apa yang berlaku selepas itu sudah tentunya bukanlah sesuatu yang elok. Ingat, para guru perlu tahu 'Siapakah bos'.

Khamis, 23 Oktober 2008

Kronologi sistem demokrasi berparlimen, Raja berpelembagaan

Oleh : Mior Isfandy Mior Azizan
Harakahdaily.net

Penjajahan dan perluasan kuasa British di Tanah Melayu bermula secara serius pada abad ke-18.

Ini terjadi apabila strategi memanipulasi perjanjian yang dibuat oleh Francis Light dengan Sultan Abdullah pada tahun 1786 yang berakhir dengan penaklukan Pulau Pinang atau dijenamakan sebagai Prince of Wales Island.

Inisiatif awal penjajahan ini akhirnya berjaya membentuk Negeri-Negeri Selat yang terdiri daripada Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Pembentukan tersebut adalah bertujuan untuk menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan perbelanjaan pengurusan British di Tanah Melayu.

Maka, ia telah sedikit sebanyak menukar corak pentadbiran awal di Tanah Melayu kepada corak pentadbiran yang bersumberkan kepada autoriti di London.

Berikut adalah struktur pentadbiran Negeri-Negeri Selat;

Selepas tahun 1874, British telah bertindak secara agresif untuk campur tangan dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu.

Revolusi Perindustrian yang berlaku di British telah menguatkan lagi hasratnya untuk menguasai negeri-negeri Tanah Melayu yang sarat dengan hasil mahsul sumber alam.

Tambahan pula, ketidakstabilan politik di negeri-negeri Melayu turut mengundang dan mengizinkan agenda British di Tanah Melayu.

British telah mula memperkenalkan konsep Residen dan Persekutuan disetiap negeri jajahannya iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Walaupun begitu, sistem ini mempunyai kelemahan yang disebabkan oleh kawalan pentadbiran Gabenor yang lemah, krisis kewangan yang melanda, masalah perhubungan dan krisis keselamatan.

Maka, bagi mengatasi masalah ini, British telah menyatukan negeri-negeri tersebut dan disebut sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu atau Persekutuan 1896.

Berikut adalah struktur pentadbiran Persekutuan 1896;

Justeru, pengenalan sistem pentadbiran ini telah menyebabkan kuasa pemerintahan sultan terhakis dan penglibatan orang-orang Melayu dalam pengukuhan pentadbiran negeri dihadkan.

Pembentukan Persekutuan ini menunjukkan bahawa kuasa utama pentadbiran dan pemerintahan di Tanah Melayu tidak lagi berada dibawah bidang kuasa sultan dan residen secara langsung, sebaliknya adalah Residen Jeneral yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Negeri-negeri lain yang tidak termasuk di dalam Negeri-Negeri Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat ini diklasifikasikan sebagai Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor.

Ia terdiri daripada Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor. Perjanjian demi perjanjian dimeterai diantara British dan Sultan diatas beberapa faktor yang meruncing, maka impaknya kesemua Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor ini telah terpaksa menerima Penasihat British di negeri masing-masing pada tahun 1914.

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942 telah melumpuhkan kekuasaan dan kekuatan pemerintah.

Jepun telah mengamalkan satu dasar pemerintahan yang zalim dan kejam sehingga wujudnya penentangan yang jelas terutamanya daripada kumpulan Tentera Rakyat Tanah Melayu Anti Jepun (MPAJA) atau dikenali juga sebagai Bintang Tiga.

Setelah Jepun ditewaskan pada tahun 1945, kumpulan Bintang Tiga telah berusaha menyebarkan fahaman komunis dan membentuk Parti Komunis Malaya (PKM).

PKM telah melancarkan satu pemberontakan bersenjata untuk menentang Persekutuan Tanah Melayu kerana mereka ingin menubuhkan Republik Komunis Malaya. Pemberontakan ini meninggalkan kesan yang dahsyat sehingga Tanah Melayu mengalami kelumpuhan ekonomi disamping ketidakstabilan politik yang tergugat.

Maka, pada 23hb Jun 1948, Kerajaan British telah mengisytiharkan darurat ke atas seluruh Persekutuan Tanah Melayu.

Akhirnya, PKM juga telah ditumpaskan oleh British Military Administration (BMA). Kemudian, pihak British memperkenalkan Malayan Union pada 1hb April 1946 di Kuala Lumpur.

Gagasan ini menunjukkan dengan jelas penjajahan mutlak oleh pihak British ke atas Tanah Melayu terutamanya dari aspek pemerintahan negara yang telah mengabaikan peranan sultan sebagai ketua negara.

Oleh sebab itu, penentangan berterusan terhadap gagasan ini akhirnya membuahkan hasil melalui konfrontasi dan meja rundingan. Kemudian, British bersetuju untuk menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1hb Februari 1948 untuk menggantikan Malayan Union.

Sebelum menuju ke arah usaha-usaha membentuk kerajaan sendiri dan mengembalikan status quo serta merintis kemerdekaan, beberapa pilihanraya telah diperkenalkan dan diadakan bersama seluruh rakyat.

Di antara pilihan raya yang pernah dijalankan adalah Pilihan raya Majlis Bandaran pertama yang diadakan pada Disember 1951, Pilihan raya Negeri pada 1954 dan Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan pada 27 Julai 1955.

Seterusnya, satu suruhanjaya telah dibentuk pada tahun 1956 yang dikenali sebagai Suruhanjaya Reid. Suruhanjaya ini telah diberikan mandat untuk menggubal perlembagaan sepertimana yang termaktub dalam Perjanjian London 1956.

Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini mengambil kira beberapa aspek iaitu mewujudkan sebuah kerajaan pusat, negara yang berlandaskan prinsip demokrasi, kedudukan raja-raja Melayu dan perhubungan diantara kaum.

Di antara perkara-perkara penting dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 setelah dipinda adalah merangkumi Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara, pembentukan Parlimen yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta menyatakan dengan jelas Ketua Kerajaan adalah Perdana Menteri dan beliau dibantu oleh jemaah kabinet.

Maka, dengan terbentuknya perlembagaan ini, Tanah Melayu secara rasminya mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan meletakkan Raja sebagai Ketua Negara.

Tiga badan utama yang membentuk sistem pemerintahan Kerajaan Malaysia ialah Badan Legislatif, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman.

Sistem politik di negara ini dibentuk secara bergandingan (inter-dependence) diantara kuasa legislatif dan kuasa eksekutif.

Ahli-ahli eksekutif juga terdiri daripada ahli-ahli Parlimen. Oleh sebab itu, setiap keputusan atau polisi yang dibuat oleh Badan Eksekutif atau Kabinet Malaysia akan diterangkan dan dipertahankan dengan nada yang sama di dalam Parlimen mengikut disiplin collective responsibility.

Sabtu, 11 Oktober 2008

Guru tidak berhenti merungut

KERAP KALI saya membaca ruangan Surat Pembaca di akhbar ini, pasti ada isu berkaitan dengan guru. Isu seperti perbezaan gaji di antara guru berijazah atau tidak, elaun yang perlu ditambah kepada guru luar bandar, guru warden, guru kanan, isu cuti sekolah, bebanan tugas berat, penempatan guru, kuarters dan sebagainya.


Untuk makluman, saya pernah bertugas menjadi guru sementara selama enam bulan sebelum memasuki sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam pengajian ijazah sarjana muda bidang kejuruteraan. Pengalaman singkat itu memperlihatkan tugas guru tidaklah seberat digembar-gemburkan.

Pemerhatian saya terhadap tugas guru adalah seperti berikut. Pertama, jumlah jam bekerja terlalu singkat. Seseorang guru hanya bertugas mengikut sesi pagi atau petang. Bagi sekolah yang mempunyai satu sesi, bermakna seorang guru hanya bekerja enam jam setengah setiap hari.

Bagaimanapun, guru hanya mengajar selama dua hingga tiga jangka waktu (satu jangka waktu bersamaan 40 minit) dan selebihnya adalah waktu untuk menyediakan laporan, rehat, makan di kantin dan berbual-bual.

Kedua, jumlah hari bekerja sedikit. Secara umumnya, hari bekerja guru adalah mengikut hari persekolahan murid. Oleh itu, guru tidak bekerja pada cuti hujung minggu, cuti umum, pertengahan semester, pertengahan tahun atau akhir tahun. Sekiranya ditolak daripada 365 hari setahun, maka amatlah sedikit jumlah hari bekerja guru.

Walaupun dengan bebanan tugas yang ringan ini, guru membuat banyak permintaan serta rungutan banyak perkara. Tolong jangan katakan bahawa mengadakan mesyuarat mingguan, profil pelajar, soalan peperiksaan, berkursus, kokurikulum adalah tugas sangat berat di samping waktu lapang yang ada di luar waktu mengajar.

Permintaan guru seperti pertambahan gaji atau elaun dan kenaikan pangkat lebih cepat daripada gred 29 ke gred 41 dan ke gred 44, contohnya membuatkan saya tertanya-tanya sama ada wajar ia ditunaikan oleh Kementerian Pelajaran semata-mata menangani isu itu.

Kekerapan isu guru dihantar ke ruangan Surat Pembaca juga menyebabkan saya tertanya-tanya adakah profesion guru saja yang wujud dan penting dalam kerajaan. Ataupun sebenarnya guru adalah kakitangan kerajaan yang paling pandai merungut dalam isu gaji yang sebenarnya tidak setimpal dengan input kerja mereka.

Adakah guru akan berhenti merungut apabila gaji mereka setaraf dengan gaji bagi profesion peguam, doktor, jurutera dan sebagainya yang memerlukan pencapaian akademik lebih tinggi?

Saya ingin meminta golongan pendidik ini supaya memberhentikan penghantaran isu, rungutan peribadi dan luahan rasa kepada media massa secara terbuka dan cukuplah sekiranya Persatuan Guru Kebangsaan (NUTP) menyelesaikannya dengan pihak atasan secara tertutup.

Saya juga mencadangkan supaya NUTP menubuhkan Biro Aduan Khas bagi profesion guru sebagai tempat untuk guru yang menghadapi masalah khusus untuk menyuarakan pendapat secara peribadi.

KAKITANGAN BUKAN GURU,
Kuala Lumpur.

Anak Perak : Kepada KAKITANGAN BUKAN GURU, Baru 6 bulan dah cakap banyak? Adakah tempoh 6 bulan sebagai guru sementara tu dah cukup untuk membuat kesimpulan di atas? Kalau tidak tahu sesuatu perkara lebih baik diam sahaja.

Rabu, 24 September 2008

Kalendar Persekolahan 2009 (Kemaskini)

24/09/2008 4:04pm

KUALA LUMPUR 24 Sept. — Sesi persekolahan untuk tahun depan bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu akan bermula pada 4 Jan manakala bagi negeri-negeri lain adalah pada hari berikutnya. (5 Januari 2009)

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran mengenai kalendar persekolahan tahun depan, penggal pertama bagi sekolah-sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu ialah dari 13 Mac hingga 21 Mac, cuti pertengahan tahun dari 29 Mei hingga 13 Jun, cuti penggal kedua 21 Ogos hingga 29 Ogos, dan cuti akhir tahun dari 20 Nov hingga 2 Jan 2010.

Bagi negeri-negeri lain, (Termasuk Sarawak)

  • Cuti Penggal Pertama bermula 14 Mac hingga 22 Mac
  • Cuti Pertengahan Tahun 30 Mei hingga 14 Jun
  • Cuti Penggal Kedua 22 Ogos hingga 30 Ogos
  • Cuti Akhir Tahun dari 21 Nov hingga 3 Jan 2010.

Menurut kementerian itu, jumlah hari persekolahan termasuk cuti am tahun depan ialah sebanyak 208 hari.

— BERNAMA

Kalendar Sekolah 2009 Kementerian Pelajaran Malaysia

Kumpulan B
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 05.01.2009 31.01.2009 20
Hari Persekolahan 01.02.2009 28.02.2009 20
Hari Persekolahan 01.03.2009 13.03.2009 10
Cuti Pertengahan Penggal 14.03.2009 22.03.2009 9
Hari Persekolahan 23.03.2009 31.03.2009 7
Hari Persekolahan 01.04.2009 30.04.2009 22
Hari Persekolahan 01.05.2009 29.05.2009 20
Cuti Pertengahan Tahun 30.05.2009 14.06.2009 16
II Hari Persekolahan 15.06.2009 30.06.2009 12
Hari Persekolahan 01.07.2009 31.07.2009 22
Hari Persekolahan 01.08.2009 21.08.2009 15
Cuti Pertengahan Penggal 22.08.2009 30.08.2009 9
Hari Persekolahan 31.08.2009 1
Hari Persekolahan 01.09.2009 30.09.2009 22
Hari Persekolahan 01.10.2009 31.10.2009 22
Hari Persekolahan 01.11.2009 20.11.2009 15
Cuti Akhir Tahun 21.11.2009 03.01.2010 43
Jumlah 285
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 208
Jumlah Hari Cuti Penggal 77

Kumpulan A Kumpulan B
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Pahang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya

Ahad, 21 September 2008

Guru dinasihat tumpu tugas hakiki


JOHOR BAHRU 20 Sept. - Golongan pendidik dinasihatkan tidak terganggu dan terpesong dengan iklim politik semasa, sebaliknya terus komited memberikan sepenuh perhatian terhadap tugas hakiki iaitu mengajar dan mendidik anak bangsa.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, kerajaan mengharapkan semua guru terus profesional melaksanakan tugas mereka.

Beliau berkata, guru-guru usah 'sibuk' menjadi penganalisis politik semasa di sekolah, sebaliknya hendaklah menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugas hakiki mereka.

''Saya tahu sejak enam bulan kebelakangan ini keadaan politik tidak menentu tetapi tidak usahlah kita sibuk menjadi penganalisis politik.

''Terus tumpukan perhatian kepada akademik dan usaha membentuk sikap, sahsiah dan pembentukan diri anak-anak kita," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat permuafakatan dengan 25 pemimpin kesatuan guru di seluruh negara dan pengurusan tertinggi Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Razali yakin kira-kira 360,000 pendidik di seluruh negara tetap profesional dalam melaksanakan tugas mereka dan tidak mudah terganggu dengan keadaan politik semasa.

Rabu, 23 Julai 2008

Pautan ke laman-laman web Sultan-Sultan Malaysia

Pautan segera ke laman web profail Sultan-Sultan Malaysia.
Pautan Tambahan : Malaysian Monarchy Portal

Anak Perak : My beloved student...dont be lazy ok! Do what i told you to do!

Isnin, 9 Jun 2008

Guru pelatih tak patut harap gaji lumayan

SEBAGAI orang lama dalam profesion perguruan, saya melihat 'kebanjiran' permohonan untuk memasuki institut pendidikan guru (IPG) pada masa ini mengundang kebimbangan mengenai kualiti guru yang bakal dilahirkan nanti hasil lambakan itu.

Ia kerana kekangan pengangguran masa kini adalah menjadi salah satu puncanya sehinggakan pelajar mendapat 10A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) turut bersaing memasuki IPG.

Kerjaya guru terlalu berbeza dengan segala kerjaya lain dan ia membabitkan kombinasi emosi, tenaga, suara, kreativiti, keberanian, keyakinan, sikap dan pengorbanan yang maksimum agar lahir murid cemerlang, berketerampilan dan berakhlak mulia.

Jadi, semua ciri untuk menjadi guru ini perlu diteliti ketika calon ditemuduga tanpa pilih kasih kepada pencapaian akademik semata-mata.

Apabila saya membaca keluhan seorang guru pelatih IPG yang mempersoalkan pengiktirafan ijazah keluaran IPG dan dia bimbang menjadi guru bergaji bertaraf SPM, terus terpacul pada benak fikiran saya apakah sikap sedemikian patut ada pada seorang guru pelatih?

Belum apa-apa lagi sudah 'mendendangkan lagu' gaji yang tinggi. Tidak terfikirkah calon guru ini betapa bertuahnya dia berbanding ratusan ribu lepasan SPM yang gagal memasuki IPG? Sepatutnya sebagai guru pelatih, tanamkan fikiran positif dan bertekad untuk menjadi guru cemerlang tanpa memikirkan lagi persoalan mengenai ganjaran bakal diperoleh.

Lupakan sementara soal gaji. Tumpukan kepada pengajian anda di IPG serta sediakan bekalan perlu untuk latihan mengajar di sekolah nanti.

Saya kadang-kadang terkilan melihat kerenah guru pelatih ketika ke sekolah untuk latihan mengajar. Sebahagian mereka tidak menunjukkan kecemerlangan diri sebagai guru pelatih. Ia kerana ketika era saya sebagai guru pelatih, ketika latihan mengajar di sekolah kami menjadi amat popular kepada pelajar dan berkotak hadiah saya bawa balik pada hari terakhir saya di sekolah tempat saya berpraktikum.

Hari ini, sebilangan guru pelatih yang mengikuti latihan mengajar di sekolah seperti tidak disedari akan kehadiran mereka. Persediaan mereka untuk mengajar adalah sambil lewa dan tidak kreatif tanpa bahan bantuan mengajar (BBM) kecuali 'cakap' serta 'kapur' dan hanya apabila ada pensyarah membuat pemantauan, barulah kelam-kabut menyediakan bahan berkenaan.

Ini semua menyebabkan 'era emas' guru pelatih semakin hilang lantaran mereka tidak lagi diminati murid. Malah, yang lebih tidak elok dipandang mata, ada guru pelatih berani tidur di perpustakaan pada waktu persekolahan, datang lewat, tidak menulis ringkasan mengajar, tidak mahu membabitkan diri dalam aktiviti bukan akademik sekolah dan ada yang berani ponteng mengajar dengan pelbagai alasan.

Ini semua adalah cabaran perlu dihadapi penemuduga dalam memilih calon guru sesuai dan layak untuk bergelar sebagai seorang guru. Walaupun semua ini nampak sukar, banyak kaedah boleh digunakan untuk memilih calon guru terbaik.

Saya sendiri pernah menghantar cadangan melalui e-mel kaedah pemilihan guru pelatih kepada Bahagian Pendidikan Guru dan berharap ia dapat dilaksanakan.

Harapan saya pada sesi pengambilan calon guru yang bakal diadakan tidak lama lagi, elemen berkesan digunakan agar IPG tidak tersalah pilih calon guru yang tidak berminat untuk menjadi pendidik.

IRMAZ DINI,
Pendang, Kedah

Dipetik dari Berita Harian Online. Ruangan Surat.

Anak Perak : Ajenyer benor....

Isnin, 19 Mei 2008

Sempena Hari Guru - Penghormatan kepada guru - Antara kebenaran dan kepalsuan



Guru merupakan insan mulia kerana menurunkan ilmu kepada anak-anak muridnya dengan sepenuh hati, walau bagaimanapun keberkesanan penyampaian ilmu bergantung kepada sejauh mana kesungguhan dan niatnya yang baik.

Islam sentiasa memberi panduan kepada para guru agar memperkasa dan memperbaiki diri agar menjadi golongan pendidik yang betul-betul memenuhi tuntutan seperti yang difirmankan oleh Allah SWT menerusi ayat 122 surah at-Taubah yang bermaksud : Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan (di kalangan umat Islam) di antara mereka beberapa orang untuk memperdalami pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya (masyarakat) apabila mereka telah kembali kempangkuan mereka, supaya mereka (masyarakat) itu lebih berwaspada.

Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT menekankan dua perkara utama kepada golongan guru (yang menunutut ilmu) bagi mencapai keberkesanan penggarapan ilmu yang dipelajari:

  1. Arahan Allah untuk memperdalami dan bukannya kekadar belajar.
  2. Arahan Allah selepas proses penggarapan ilmu, menyedarkan masyarakatnya dengan memberi peringatan dan bukannya mengajar.

Kedua-dua konsep itulah yang meletakkan seseorang yang menuntut ilmu itu mencapai status pendidik iaitu satu kedudukan yang lebih tinggi daripada seorang guru.

Ini kerana, pendidik bukan sekadar mengajar atau mencurahan ilmu kepada pelajarnya, malah memastikan para pelajarnya benar-benar mempraktikkan segala ilmu yang digarap, di tambah pula peranan pendidik mampu menjiwai permasalahan yang dihadapi oleh pelajarnya serta mengadakan program susulan jangka panjang (long term follow up planning).

Berbeza dengan tugas seorang guru, kerana ada di antara mereka hanya sekadar mengajar dan mungkin juga tidak mempedulikan aspek program susulan, baginya yang penting mereka telah menyampaikan ilmu, tetapi sebenarnya keberkesanan sesuatu ilmu itu bergantung kepada lima perkara untuk mencapai status pendidik yang berdedikasi dan komited terhadap kerjayanya seperti yang pernah dilontarkan persoalan ini oleh Syeikh Prof dr Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya yang bertajuk "Rasul dan ilmu pengetahuan".

Di mana beliau ada menegaskan, bahawa apabila seorang pendidik itu mampu merealisasikan lima perkara berikut, nescaya dia melonjakkan kedudukan sebagai pendidik atau pewaris nabi-nabi, lima perkara itu adalah seperti berikut :

  1. Perasaan tanggungjawab terhadap agama, pelajar, masyarakat dan negara.
  2. Amanah keilmuan yang digarap, dalam erti kata, dia akan mengharamkan apa yang diharamkan Allah dan menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah, bukan sebaliknya, kerana ia adalah satu amanah yang besar yang akan disoal di akhirat nanti.
  3. Mengembalikan 'Izzah (kemuliaan) Islam yang dicerobohi oleh tangan-tangan pengkhianat dan perosak Islam dengan meletakkannya di tempat yang paling tinggi dalam kehidupan masyarakat.
  4. Ada perasaan tawadu' (rendah diri) terhadap orang lain.
  5. Beramal dengan kesesuaian ilmu yang digarap, dalam erti kata tidak menyanggah tindakan dengan penghayatan ilmu.

Sehubungan itu baginda Rasulullah s.a.w ada bertanya kepada Malaikat Jibril, berhubung siapakah golongan pendidik (ahli ilmu sebenar)?, Jibril menjawab : Sesungguhnya mereka ibarat pelana umatmu di dunia dan akhirat, beruntunglah mereka yang mengenali dan menghormati mereka dan nerakalah bagi mereka yang membenci serta menyanggah mereka (ahli ilmu/pendidik).

Konsep penghormatan kepada golongan pendidik

Jelas daripada hadis di atas, baginda telah menggariskan satu tindakan yang berkesan bagi meletakkan penghormatan sewajarnya kepada mereka.

Pengamalan dalam masyarakat umat Islam dalam negara kita yang berpaksikan nilai-nilai penghormatan terhadap golongan pendidik/guru adalah dijelmakan oleh fahaman barat, iaitu mereka diberikan hadiah tertentu walaupun pada masa yang sama para pelajar sebenarnya tidak bersetuju atau mengkritik guru-guru mereka atau mungkin juga berlaku biadap terhadap mereka, tindakan ini disifatkan menyalahi tuntutan ayat di atas yang sepatutnya mereka (pelajar) mendapat peringatan agar tidak meniru-niri gaya hidup masyarakat barat dan sebagainya.

Tetapi bagi menutup kesalahan dan kelemahan mereka, para pendidik/guru diraikan pada satu hari yang dikenali dengan 'hari guru', pelajar yang tidak menerima nasihat pun menghulurkan hadiah kerana inilah peluang bagi menyekat kemarahan atau kebencian guru terhadap mereka, pelajar yang datang dari keluarga berada walaupun tidak memiliki akhlak yang baik, mampu mengadiahkan gurunya pelbagai bentuk hadiah yang menarik, ini menyebabkan gurunya bias terhadapnya, rasa nak marah pun hilang dari mindanya.

Sedangkan pelajar yang benar-benar menepati ayat di atas tetapi kerana kemiskinan serta tidak mampu untuk menghadiahkan gurunya sebarang bentuk hadiah, dipinggirkan daripada minda dan sanubari guru, persoalannya di sini hadiah yang diterima oleh guru boleh disifatkan satu bentuk rasuah cara moden.

Inilah kejayaan musuh Islam bagi merenggangkan golongan pendidik/guru dengan para pelajarnya yang dihormati hanya pada satu hari iaitu "hari guru", sedangkan pada hari-hari yang lain mereka sudah tidak dihormati apatah lagi untuk melaksanakan arahan mereka untuk menjadi individu cemerlang, akibatnya mereka tidak sanggup untuk menegur atau memberi nasihat kepada para pelajar kerana disebaban hadiah yang diterima.

Akhirnya institusi pendidikan di kalangan umat Islam tidak mampu melahirkan individu-individu seperti Imam hanafi, Maliki, Syafie, Hanbali, al-Ghazali, Ibnu Sina dan ramai lagi.

Marilah kita sama-sama kembalikan maruah golongan pendidik/guru/ahli ilmu dengan menghormati mereka dengan bentuk yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w, iaitu mendengar nasihat mereka, mengenali serta melaksanakan segala ajaran mereka dan bukannya membenci mereka apatah lagi menyanggah mereka dengan tindakan yang tidak sepatutnya.

Zainudin Hashim @ Harakah Daily Online
Fri | May 16, 08 | 11:06:38 am MYT

Jumaat, 16 Mei 2008

Tugas guru martabatkan profesion keguruan


MASIH kental lagi tersemat di dalam kotak pemikiran penulis akan pengalaman menjadi guru sandaran di sebuah sekolah menengah beberapa tahun yang lalu terutamanya ketika menyambut sambutan Hari Guru pada tahun tersebut.

Pada ketika itu, apabila penulis bersama-sama dengan guru-guru lain membacakan ikrar sebagai pendidik dan menyanyikan lagu Guru Malaysia dalam majlis perhimpunan, terdetik di hati penulis bahawa karier perguruan ini mempunyai nilai yang unik dan tersendiri.

Teringat juga kenangan manis apabila air mata ini begitu mudah mengalir apabila ada anak murid miskin yang bersusah payah mencarikan 'hadiah' sebagai ucapan terima kasih sempena sambutan Hari Guru ini.

Hakikatnya, seorang guru tidak memerlukan anak-anak muridnya membalas jasa-jasanya. Cukuplah hanya dengan membuktikan bahawa mereka boleh menjadi insan yang cemerlang dan mampu menyumbangkan sesuatu yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Menjadi guru bukanlah tugas yang mudah, apatah lagi guru merupakan orang yang paling bertanggungjawab selepas ibu bapa dalam memberi didikan, pedoman dan bimbingan terhadap anak-anak bangsa.

Begitu jua dalam usaha membentuk modal insan yang cemerlang, kadangkala nasihat dan pujuk rayu guru tidak memadai untuk mendisiplinkan sesetengah anak murid. Lantaran itu, denda dan hukuman lebih tegas yang difikirkan wajar diaplikasikan semata-mata untuk mendisiplinkan anak-anak murid.

Namun, tidak semua pihak terutamanya ibu bapa dan anak-anak murid itu sendiri yang faham akan niat murni para guru, lantas mengambil pelbagai tindakan yang 'terburu-buru' dengan menghukum dan mengheret guru ke muka pengadilan.

Itu adalah antara cabaran yang perlu ditempuh oleh guru zaman sekarang dan guru perlu terus menguatkan azam, menunjukkan wibawa diri dalam usaha memartabatkan profesion keguruan mereka.

Sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd. Dom terdapat lima fokus yang diharapkan mampu mengekalkan kejayaan dan kegemilangan dalam karier seseorang guru.

Pertamanya, kekuatan intelek memungkinkan seseorang guru terus menjadi 'ensiklopedia bergerak' yang dijadikan sumber rujukan dalam bidang masing-masing. Bukan sahaja anak murid, bahkan masyarakat sekeliling turut mendapat kebaikannya apabila guru yang mantap nilai inteleknya ini berkongsi kepakarannya dengan pihak awam.

Kedua, nilai kepimpinan berwibawa pula perlulah diadun dengan baik berasaskan ajaran agama Islam yang syumul dan apa yang digariskan dalam konteks moral. Seorang guru sememangnya akan menjadi role-model kepada anak-anak muridnya. Jika betul dan sempurna kaedah kepimpinannya, maka betul jualah sifat dan sikap anak-anak murid. Jika salah memimpin, pastilah anak-anak murid yang menerima implikasi negatif dan mewarisi kesilapan gurunya.

Ketiga, kemurnian akhlak seseorang guru itu turut menjadi ikutan dan panduan buat anak-anak murid. Sopan santun, lembut tutur kata, berdisiplin, bermentaliti kelas pertama dan memiliki towering personality ibarat pakaian yang perlu dipakai 24 jam seminggu oleh guru-guru kerana banyak mata yang melihat keperibadian mereka.

Keempat, dalam era modenisasi dan dihambat arus globalisasi ini, sememangnya guru perlu mempunyai kesediaan untuk berubah. Penggunaan teknologi pengajaran terkini di sekolah dan pengenalan dasar dan polisi pendidikan yang baru adalah contoh perubahan yang tidak dapat tidak, perlu dihadapi dan ditangani oleh guru.

Kelima, minat dan cinta terhadap profesion keguruan akan mendorong ke arah kesempurnaan kerjaya seseorang guru. Bapa penulis yang juga seorang guru pernah menyebut "sebenar-benar guru adalah guru yang menanam niat menjadi guru, dan bukan kerja sebagai guru."

Ujarnya lagi, "Menjadi cikgu pula ibarat meletakkan 'roh' guru dalam diri yang berperanan mendidik, membimbing dan meneladani sesiapa sahaja, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja."

Nyatanya, selagi hayat dikandung badan, kita semua pasti tidak dapat melupakan akan budi dan jasa guru-guru kita.

Selasa, 6 Mei 2008

Guru bersila, murid meniarap

KOTA KINABALU 5 Mei - Kementerian Pelajaran diminta segera bertindak mengatasi kedaifan kemudahan di beberapa sekolah di Kalabakan, berikutan ada murid yang terpaksa meniarap semasa belajar kerana ketiadaan kerusi dan meja.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat berkata, suasana pembelajaran murid tahun satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kalabakan itu amat menyedihkan dalam arus kemajuan pendidikan negara hari ini.

Menurut beliau, selain murid yang terpaksa meniarap, guru-guru yang mengajar di sekolah tersebut juga terpaksa bersila kerana ketiadaan kemudahan asas itu.

"Sekolah ini tidaklah terlalu jauh di pedalaman, hanya kira-kira 60 kilometer dari bandar Tawau, tetapi tidak tahu di mana silapnya apabila kebajikan mereka diabaikan.

"Keadaan ini amat merunsingkan saya sebagai wakil rakyat. Apakah ini generasi yang mahu kita lahirkan sebagai pemimpin akan datang," katanya kepada pemberita di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Hamisa yang juga Ketua UMNO Wanita Bahagian Kalabakan berkata, selain murid tahun satu itu, beliau juga melihat sendiri bagaimana pelajar tahun empat sekolah yang sama menulis beralaskan paha kerana hanya mempunyai kemudahan kerusi.

Katanya, hasil lawatan ke sekolah tersebut pada Mac lalu itu juga, beliau difahamkan pihak sekolah telah mengemukakan masalah tersebut kepada Jabatan Pelajaran Negeri tetapi tidak ada tindakan yang diambil.

Beliau memberitahu, dalam lawatan ke SK Tanjung Batu Darat pula yang hanya terletak kira-kira 20 minit dari bandar Tawau, didapati air hujan bertakung menenggelamkan kawasan sekolah menyebabkan murid dan guru berhadapan dengan suasana pembelajaran yang cukup tidak selesa.

"Suasana pembelajaran, kemudahan awam dan bangunan sekolah masih ada lagi yang sangat uzur dan tidak layak dipanggil sekolah dalam keadaan negara sudah 51 tahun merdeka.

"Kerajaan kita membelanjakan berpuluh juta ringgit setahun di bawah Kementerian Pelajaran untuk menaik taraf kemudahan pembelajaran, tetapi persoalannya mengapa masih ada sekolah yang tertinggal dengan masalah kecil seperti ini," katanya.

Tambah beliau, apa yang dikesalkan ialah sekolah-sekolah terbabit merupakan sekolah bantuan penuh kerajaan yang sepatutnya mendapat perhatian dan tindakan segera pihak berkaitan.

Terdahulu semasa membahas usul terima kasih di atas ucapan dasar Yang Dipertua Negeri, Hamisa berkata, banyak isu mengenai prasarana pendidikan di luar bandar perlu segera ditangani oleh Kementerian Pelajaran.

Katanya, antara isu tersebut termasuk ketiadaan padang untuk aktiviti kokurikulum, kawasan berdekatan bukit-bukau menyebabkan pelajar dalam keadaan tidak selamat, pelan pembinaan sekolah tidak teratur serta kawasan tidak berpagar.

Anak Perak : Dah 50 tahun merdeka masih ada lagi? apa yang tak kena???