SAYA merujuk kepada tulisan Lukman Moidin yang disiarkan dalam ruangan ini pada 21 Ogos 2009. Ia antara lain menyentuh mengenai sistem pendidikan sekarang yang memberikan kenaikan pelajar ke tingkatan empat sekali pun gagal dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Saya bukanlah seorang guru tetapi bapa kepada lima orang anak. Saya menghormati dasar pendidikan yang meletakkan syarat semua pelajar sekolah mendapat pendidikan secara formal sehingga ke tingkatan lima. Setelah dasar berjalan sekian lama, saya melihat ia mempunyai banyak kekurangan berbanding kelebihan dalam jangka panjang.
Saya telah membuat kajian mengenai pencapaian keputusan peperiksaan PMR di sebuah sekolah. Apa yang mendukacitakan, pelajar-pelajar yang hanya lulus satu daripada tujuh atau lapan mata pelajaran turut layak naik ke tingkatan empat.
Sedar atau tidak, pendidikan kini sedang berhadapan dengan lambakan kuantiti pelajar di sekolah-sekolah tetapi kurang daripada segi kualiti. Pelajar-pelajar yang tidak berminat untuk bersekolah seolah-olah terpaksa pergi ke sekolah.
Sekiranya pelajar-pelajar ini tidak lagi berminat untuk ke sekolah, persoalan yang timbul ialah bagaimana untuk mereka menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru?
Pelbagai kaedah pengajaran telah dilakukan untuk menarik minat mereka untuk belajar, tetapi semuanya tidak berkesan. Mengikut pepatah, seseorang boleh membawa kuda ke sungai, tetapi tidak boleh memaksa kuda itu minum air.
Tidak dinafikan terdapat pelajar yang menunjukkan perubahan yang positif apabila berada di tingkatan empat disebabkan tahap kematangan yang semakin meningkat.
Bagaimanapun, bilangan ini adalah kecil berbanding mereka yang bermasalah kerana tiada matlamat yang jelas untuk masa depan mereka.
Bagi guru-guru pula, mereka terpaksa berhadapan dengan kekangan masa untuk mengajar. Ini disebabkan sebahagian besar masa terpaksa diperuntukkan untuk mendisiplinkan pelajar-pelajar yang bermasalah.
Sekolah seolah-olah telah menjadi tempat sebagai nursery kepada pelajar-pelajar ini. Seterusnya pelajar yang bermasalah ini akan menjadi seperti ‘barah’ yang boleh menjangkiti pelajar-pelajar yang ‘sihat’ pada asalnya.
Kebiasaannya mereka hanya akan sedar untuk belajar menjelang saat-saat akhir peperiksaan SPM, sayangnya ia sudah terlewat.
Apabila pelajar-pelajar ini kecundang dalam peperiksaan SPM, mereka akan berhadapan dengan masalah untuk melanjutkan pengajian, mahu pun untuk mendapatkan pekerjaan.
Lebih malang lagi, terdapat golongan ini yang terlalu memilih pekerjaan dan menggelarkan diri mereka sebagai penganggur terhormat. Keadaan ini boleh mendedahkan diri mereka kepada gejala sosial seperti lepak, merempit dan juga jenayah.
Pada pandangan saya, tidak ada ruginya kita menoleh ke belakang. Saya masih ingat pada tahun 1979, ketika saya masuk ke tingkatan tiga. Syarat lulus peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) adalah ketat untuk naik ke tingkatan empat.
Walaupun saya bukannya dari sekolah yang ternama, saya melihat rakan-rakan saya termasuk yang kelas ‘hujung’, sejak dari awal tingkatan tiga lagi telah merasakan tekanan dan melihat kepentingan untuk lulus peperiksaan SRP.
Ini disebabkan kita tidak mahu mengulangi tingkatan tiga sekiranya gagal SRP. Seharusnya kualiti pendidikan seperti ini sekurang-kurangnya dikekalkan pada masa kini.
SRP merupakan tapisan penting untuk memisahkan mereka yang benar-benar mahu belajar.
Mereka yang lulus SRP dapat belajar dengan selesa di tingkatan empat dan seterusnya dapat membuat persediaan lebih awal untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pengalaman terhadap tekanan untuk menghadapi SRP adalah amat penting bagi persediaan mental dan menyediakan strategi awal pembelajaran untuk menghadapi SPM.
Saya berpendapat, sistem SRP merupakan satu kaedah ‘kawalan kualiti’. Sistem seperti ini perlu diwujudkan kembali bukan sahaja untuk menyediakan pelajar-pelajar kepada persekitaran pembelajaran yang lebih mencabar di masa hadapan, malah mendorong para pelajar ini agar lebih memahami nilai kepentingan pendidikan untuk masa depan.
Kita membelanjakan jutaan Ringgit untuk menampung kos pelajar-pelajar yang tidak minat belajar supaya terus berada di sekolah untuk tingkatan empat dan lima.
Mengapa tidak diadakan satu sistem di mana pelajar-pelajar ini diberi pilihan sama ada untuk mengulangi tingkatan tiga atau mengambil bidang vokasional atau diberi latihan bagi persiapan di sektor pekerjaan yang bersesuaian dengan kemahiran mereka.
Negara kita kehilangan aliran keluar berbilion Ringgit tukaran wang asing berikutan kita mempunyai hampir tiga juta pekerja asing. Kita berkemampuan menyediakan pekerja mahir daripada kalangan rakyat tempatan.
Oleh yang demikian, saya merayu kepada pembuat dasar, agar dasar pendidikan yang sedia ada perlu dikaji semula demi untuk masa depan negara bagi mencapai matlamat 1Malaysia di mana rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.
MOHD. SHARUJI
Kuala Lumpur
Sumber : Ruang Forum Utusan Malaysia Online
Anak Perak : Ada benarnya, tetapi dasar kerajaan sekarang mewajibkan pendidikan dari tahun 1 hingga tingkatan 5. Tapi, ini lah jadinya.

1 pendapat:
ada benarnya juga...lihat sahaja kaum cina(yang dikatakan lebih maju diikutka dengan purata pendapatan).
kemana pergi anak2 mereka yang gagal dalam pelajaran? adakah disogok lagi dengan pembelajaran seperti kolej komunini dan institusi pengajian swasta? dimana anak2 mereka yang dilihat "tidak boleh pergi jauh" ini diajarkan ilmu perniagaan dan sebagai nya mengikut minat mereka. kerajaan seharusnya membuat kajian dengan lebih mendalam supaya bidang yang diceburi oleh generasi yang akan datang lebih berkualiti dan bukan nya dalam bentuk kuantiti.banyak masalah yang timbul sekiranya masalah ini tidak diatasi.
Catat Ulasan