Recent Posts

Rabu, 28 Oktober 2009

Fasal ular

Petang tadi, masa baru balik dari tempat kerja macam biasa la terus ke bilik air bawah, belakang rumah nak buang hajat kecil. Selalu terus je masuk dan membuat pancutan sebab tak tahan dah. Tiba-tiba ternampak satu benda panjang warna hitam belang-belang merah kuning, hijau yang pelik, lebih kurang 50cm atas paip ke tangki simbahan tu. Ya Allah...anak ular rerupanya. Relek relek juga tapi hati dah berdebar. Ular tu diam saja tak bergerak-gerak. Masa flush pun masih diam je. Tak boleh jadi ni. Masuk dalam ambil parang dan penyembur nyamuk, sembur dekat ular tu bagi dia pening-pening lalat sikit, dan potong kepala.

Hmmm... risau pulak. Kalau ada anak ular, mesti ade bapak atau maminya. Isk, takleh bayang la pulak. Ni semua pasal hutan belantara (semak samun) belakang rumah aku ni la. (Salah sapa? sendiri malas menebas). Hari tu dah tebas clear dah, tapi balik je dari bercuti, terus subur melata. Malas pulak nak tebas. Alatan pun tak cukup. Tapi bila dah terserempak ngan ular tu, seriau pun ada satu badan.

Nak suruh la sapa-sapa tebas belakang semak samun di belakang rumah ini. Nanti datang pula bapak dia cari anak...huhuhuhuhu...

Tak teringat lak nak ambil gambaq ulaq melingkaq ateh paip tadi. Rugi-rugi. Kalau snap tadi boleh kenalpasti ular spesis ape kan? yang pasti bukan ular sawa sebab corak badan lain. Maybe ular kapak kot. Spesis ni paling bisa walaupun masih kecil.


lebih kurang camni patternya. Memang berbisa.

Reactions:

0 pendapat: