Recent Posts

Rabu, 21 Oktober 2009

Penyapu berdiri dengan sendirinya...

Sejak kebelakangan ini dah banyak laporan berkenaan dengan fenomena sejadah berdiri, dari Pulau Pinang sampai lah ke Kelantan. Yang terbaru, hampir berbelas-belas sejadah yang berdiri di surah sebuah sekolah. pada mula-mulanya memang rasa teruja dan terkesan dengan apa yang berlaku. Tetapi semakin hari semakin banyak pula fenomena sebegini yang muncul, dan sudah pasti dilaporkan media. Dengan orang ramai yang begitu ingin tahu berpusu-pusu ingin melihat dengan mata sendiri keanehan yang berlaku, keadaan semacam pesta pula. Dan kalau anda cari pada laman Google Images, taip sahaja sejadah berdiri sebagai kata kunci, betapa banyaknya kejadian sejadah berdiri yang dirakam oleh blogger-blogger di lensa kamera mereka. Anda lihat dan anda nilai. ;)

Lain pula yang berlaku di seberang laut, di negara Uncle Sam, ya.. negara Amerika yang maju tu. Ada pula kes yang seakan-akan serupa tapi tak sama. Tontonlah sendiri. Aneh?



Hehehe... orang Amerika pun teruja dan takjub dengan kejadian ini. Sampai heboh satu Amerika, ditayang oleh CNN pula tu. Kejadian tu berlaku pula dalam sebuah kedai barang cenderahati yang baru saja hendak dibuka. Hmm.. lepas ni popular lah kedai tu. Memang satu 'promosi' yang hebat! ;)

Penyapu berdiri versi sendiri...hahahahah!


Lawak jer...

Pagi tadi dalam kelas, ada seorang pelajar Cina bertanya pada saya fasal sejadah berdiri tu.

0 pendapat: