Dah lama saya tak post apa-apa di sini sejak balik bercuti di kampung. Maklumlah, di kampung tidak ada perkhidmatan 3G broadband. Nak kata kampung, tak lah berapa kampung, di pekan lah juga. Pekan Sungai Siput (U), terkenal juga kawasan ini, lebih-lebih lagi terkenang zaman darurat, pengganas komunis dahulu.
Bukan tak boleh nak online pakai celcom, boleh, tetapi kena tahan lah menunggu. Kalau tidak ada 3G, ia akan automatik bertukar kepada perkhidmatan yang sedia ada, Edge, nasib baik la juga ada Edge, kalau pakai GPRS lagi la perlahan.
Kenapa celcom tak luaskan lagi liputan untuk 3G di seluruh semenanjung Malaysia? Sedangkan Maxis pun ada 3G di sini, apatah lagi kalau Celcom.
Masa saya post ni pun dekat kafe siber, tapi bosanlah, bising dengan budak-budak main game.. grrr.....
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
Setahun yang lalu
0 pendapat:
Catat Ulasan