Pelajar ajuk cara 'bersolat jemaah' dalam gereja
KUCHING: Sekumpulan pelajar sebuah sekolah menengah di Betong, Sarawak, merakamkan perbuatan mereka meniru cara umat Islam bersolat jemaah termasuk melaungkan azan di dalam sebuah gereja dan dipaparkan dalam laman web You Tube.
Dalam rakaman dua minit 13 saat itu, sekurang-kurangnya lapan remaja termasuk dua perempuan berusia 12 hingga 15 tahun dilihat ketawa dan menjerit ketika empat rakan mereka melakukan 'solat jemaah'.
Empat remaja lelaki kelihatan berdiri di ruang hadapan gereja atau altar sambil meniru cara solat jemaah dengan seorang daripada mereka melakonkan watak imam.
Ketika itu, laungan seperti azan jelas kedengaran dipercayai dilakukan rakan lain, manakala kumpulan remaja berkenaan 'bersolat' dengan mengangkat takbir beberapa kali, sujud, duduk antara dua sujud sebelum duduk tahyat akhir.
Kumpulan remaja yang melakonkan watak jemaah turut berbaring beberapa kali dan menggayakan tarian 'shufle' serta berguling. Seorang daripada remaja berkenaan turut dilihat mengajuk cara pondan bersolat sebelum remaja yang merakam berkata "ada pondan ke dalam masjid".
Mereka memakai pakaian baju T dan seluar jeans dengan seorang daripada mereka memakai baju sekolah yang tertera nama dan logo Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Augustine, Betong.
ANTARA aksi yang dilakukan sekumpulan pelajar yang menghina cara orang Islam menunaikan solat di dalam sebuah gereja di Betong.
Perbuatan dipercayai dilakukan di sebuah gereja sekitar Betong, kira-kira 350 kilometer dari sini dengan tiada individu dewasa kelihatan berada dalam rumah ibadat berkenaan.
Pada penghujung rakaman, seorang remaja lelaki turut berkata "no more muslim, muslim is ajaran sesat". Rakaman berkenaan dihantar ke sebuah laman web oleh seorang penghantar bernama 'Harisha2012' pada 20 Oktober lalu.
Sementara itu, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Daud Abdul Rahman, berkata perbuatan itu dilakukan sekumpulan pelajar nakal dan meminta umat Islam tidak cepat melatah.
Katanya, Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) sudah dimaklumkan mengenai perbuatan kumpulan remaja berkenaan dengan siasatan dilakukan beberapa pegawai Jais.
"Sebagai umat Islam, memang kita tidak gembira, namun saya harap ia tidak menjejaskan hubungan antara kaum di negara ini. Ia dilakukan sekumpulan kecil budak nakal dan ia tidak mencerminkan keadaan sebenar hubungan kaum dan agama yang sememangnya baik sejak dulu lagi," katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas termasuk merujuknya kepada pemimpin di kawasan berkenaan bagi memastikan ia tidak berulang.
"Setakat ini tiada laporan rasmi dibuat mana-mana pihak, namun saya akan meminta pegawai Jais membuat laporan agar siasatan lebih terperinci dilakukan," katanya.
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sarawak, Datuk Dr Julaihi Bujang, berkata pihaknya sudah memaklumkan kejadian kepada polis dengan tindakan tegas akan diambil terhadap kumpulan pelajar berkenaan.
Berita Harian Online @ 2 November 2009
ANTARA aksi yang dilakukan sekumpulan pelajar yang menghina cara orang Islam menunaikan solat di dalam sebuah gereja di Betong.
Anak Perak : Kadang-kadang aku rasa pelik dan hairan dengan sikap sesetengah orang bukan Islam ni. Dari dahulu lagi memang suka menghina, mencaci, mengajuk-ajuk dan buat perkara yang tidak baik tentang ritual, praktikal, lafazan agama Islam.
Sedangkan kami rasa kami tidaklah membuat perkara yang sama kepada agama lain. Kami telah diajar supaya menghormati agama lain. Aku rasa tidak kedapatan perkara-perkara yang dibuat oleh orang Islam hina agama lain.
Kami tidak bakar Bible? kami tidak hina Jesus, kami tidak menghina-hina ritual dan kepercayaan orang Kristian, kami tidak menghina simbol salib.
Apa masalah dengan kalian wahai orang bukan Islam??
Bagaimana pula agama anda? Tidakkah agama anda menyuruh hormati budaya dan agama orang lain juga?
Kalau anda sendiri boleh menari-nari, membuat bising, menjerit-jerit dan berkata lucah di dalam rumah suci anda, kami faham, apatah lagi hina agama lain? Sedangkan dalam rumah ibadah anda sekalipun boleh diperlakukan sedemikian. Bagaimana hendak hormat agama lain kalau agama sendiri pun tak dihormati?
Tak bodoh ke?
Kalau perkara sepertimana dalam artikel di atas berlaku di negara lain, ada kemungkinan saya memahaminya kerana mungkin orang bukan Islam kurang faham tentang apa itu ajaran Islam yang SEBENARNYA. Yang membuat saya rasa marah, meluat, benci, sakit hati (dan banyak lagi) perkara itu berlaku di negara sendiri, yang mana kita sudah berpuluh-puluh tahun hidup di dalam kepelbagaian masyarakat yang berbilang bangsa, etnik dan agama.
Walau apapun alasan diberikan, memang orang Islam harus 'melatah' dalam perkara melibatkan hal seperti ini. Hanya berdiam diri dan membiarkan saja agama dimain-mainkan oleh orang lain bukanlah satu pilihan.
Kami tidak akan sesekali membalas apa yang anda buat kepada kami. Bukan ajaran agama kami untuk menghina, memaki dan mempermain-mainkan agama lain.
Teruskanlah menghina dan mempermainkan agama suci kami.
Sudah sah sekarang, siapa yang benar, siapa yang sesat, siapa yang takut bayang-bayang sendiri, siapa mengikut ajaran syaitan, siapa mengikut ajaran tuhan yang satu.
Sengaja saya selitkan di sini. Saya ada tanya seorang pelajar kristian di sekolah, siapa tuhan mereka? Jesus? bukankah Jesus dipanggil anak tuhan? Tapi mereka anggap Jesus tuhan? Mana satu tuhan ni? Mereka pun ting tong juga. Malas saya nak teruskan sebab nak hormati agama mereka. Dalam ajaran kami mempercayai Nabi Isa A.S sebagai pesuruh Tuhan yang mesti kami percayai. Tidak lebih hanya sebagai seorang pesuruh Tuhan, menyebarkan perkara yang benar dari tuhan.
Mungkin mereka masih budak-budak sebaya dengan pelajar-pelajar saya di sekolah. Saya faham. Kefahaman mereka terhadap agama mereka sendiri pun masih kurang, apatah lagi tentang menghormati agama lain. Tetapi laksana api, kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan.
* Saya ada tempel berita ini ke ruangan forum di engkabang.net (Forum berkongsi pendapat guru-guru seluruh Sarawak) Selepas beberapa jam disiarkan, topik berkenaan nampaknya telah dipadamkan oleh admin forum tersebut. Atas alasan apa saya tidak tahu. Salahkah berkongsi pendapat secara terbuka? Mengapa perlu dipadamkan? Tidak mahu orang mengetahui hal itu? Rasional lah sedikit. Ini bukan fitnah, ini kesalahan yang kita sebagai guru-guru, tak kisah lah agama apa sekalipun, perlu perbetulkan.
3 pendapat:
Salam....
saya setuju dengan pandangan anda mungkin budak-budak nie masih tak boleh fikir secara matang...nak dimarah pun seperti...cakap pada bayang sendiri...
budak2 nie just nak hapykan diri sendiri diaorang tahu nak seronok tanpa fikirkan kesannya pada masa akan datang....betul kata anta tu....
mungkin disebabkan budak2 nie tidak pernah untuk mengenali agama dia sendiri oleh sebab itu ia hanya tahu mempersendakan agama kita yang suci ini...
apa yang penting disini...cara yang lebih baik adalah kita sama2 berdoa padaNYA moga membuka pintu hati budak2 nie...macam sape tu...yusuff islam....mudah2an ALLAH bukakan pintu hati budak2 nie untuk mendampingi agama kita. apabila kita mendalami ilmu suci ini...hati kita hanya bergantung kepadaNYA dalam segala hal...dengan keyakinan diri DIA lah yang yahu apa akan jadi pada hari ini,esok,lusa dan masa akan datang...sama2 kita doakan moga bidak2 ini akan terbuka pintu hatinya untuk mengenali ilmu suci kita amin...ya Rabal alamin...
alhamdulillah.....ini adalah dugaan kita umat islam dalam mempertahankan ilmu suci ALLAH. di zaman nabi adalah dugaan yang paling mencabar...apa yang penting kita kena kuatkan iman kita...untuk menghadapi dugaan ini...apa yang terpenting sekali ialah kita sepatutnya menegur...anak muda kita sekarang yang semakin lupa akan dunia tidak akan tahan lama...akan digulungkan pada bila-bila masa sahaja....kita dahulukan dengan menegur saudara yang terdekat....sama2lah kita mempertahankan kesucian nilai islam...
sya sedih skali tngk video cam ni dipaparkan kat youtube...satu dunia tngk....harapan agar ornag yng sebarkan ni dia ambil tindakan bukannya budak 2 mentah tu
nak perbetul sedikit. Siapa yang merakam? siapa yang melakukan aksi itu? dan seterusnya, siapa pula yang menghantarnya ke youtube? Takkanlah mangsa jadi pemangsa? adakah logik orang yang melaporkan kejadian curi ditahan dan disoalsiasat sedangkan orang yang mencuri dilepaskan?? Dunia sekarang semua dah terbalik!
Catat Ulasan