Recent Posts

Rabu, 11 November 2009

Fasal broadband Malaysia ni...

Dua langkah lonjak IT

DALAM usaha menyediakan komponen teknologi utama kepada rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menekankan dua langkah:

# Terus mengukuhkan infrastruktur komunikasi negara yang canggih menghubungkan 1.2 juta isi rumah dan premis perniagaan menggunakan gentian optik.

Jaringan jalur lebar berkelajuan tinggi itu akan membolehkan mereka disambungkan dengan Internet berkelajuan tinggi antara 10 megabait sesaat hingga 1 gigabait sesaat.

# Merancang mewujudkan sebuah pusat praktikal teknologi maklumat (IT) mirip model pusat perisian Infosys ternama di Bangalore, India. Melalui pusat ini, siswazah lepasan IT dapat mengikuti latihan kemahiran tinggi sebelum menceburi bidang pekerjaan dengan gaji lumayan.

PUTRAJAYA 10 Nov. – Malaysia sedang merancang untuk mewujudkan sebuah pusat praktikal teknologi maklumat (IT) mirip model pusat perisian Infosys ternama di Bangalore, India.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, menerusi pusat berkenaan, para siswazah lepasan IT akan mengikuti kemahiran tinggi di situ sebelum menceburi bidang pekerjaan dengan gaji lumayan.

“Pusat yang sedang kita rancang ini seakan-akan mirip model Infosys di Bangalore.

“Para siswazah (IT) kita pergi mengikuti latihan praktikal di pusat ini sebelum terjun ke dunia pekerjaan dengan gaji lumayan.

“Kita akan mulakan dengan mendirikannya di satu lokasi yang akan dikenal pasti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Pengasas Infosys Technology Ltd, N.R. Narayana Murthy yang juga anggota IAP MSC Malaysia memulakan syarikatnya di India pada 1981 dengan modal RM865 (AS$250) dan menukarkannya menjadi sebuah syarikat teknologi maklumat dan perundingan berbilion-bilion dolar.

Infosys di bawah Murthy merupakan satu kisah kejayaan klasik India dengan pendapatan tahunan bagi tahun kewangan 2007 melebihi RM10.72 bilion (AS$3.1 bilion) dan permodalan pasaran sebanyak RM103.8 bilion (AS$30 bilion), menjadikannya salah sebuah syarikat IT terbesar di India.

Syarikat-syarikat IT India berupaya mewujudkan 11.3 juta pekerjaan setahun dan ini sukar ditandingi, malah oleh satu lagi kuasa ekonomi saingannya, China sekalipun.

Bangalore, ibu negeri Karnataka dirujuk sebagai Lembah Silikon India dan merupakan 35 peratus daripada eksport perisian India.

Sumber : Utusan Malaysia Online

Anak Perak : Berita baik.. kita tunggu dan lihat.

0 pendapat: