Recent Posts

Jumaat, 11 April 2008

BALANG DAN MAYONIS

Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.

Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab "ya!". Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf.

Sekali lagi dia bertanyaakan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantasmenjawab "ya..."

Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir

dan bola golf. Seperti tadi dia bertanya lagi kepadapara pelajarnya samaada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yangpenuh persoalan,

rata-rata pelajarnya menjawab "Ya.."

Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannyamengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya kedalam balang yangtelah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil danpasir tersebut. Air kopimengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para
pelajar mula ketawa dantersenyum meihat tindakan profesor tersebut.

"Sekarang..." profesor mula bersuara apabila riuhrendah dan gelak ketawapelajarnya berkurangan. "Saya mahu anda semuamenganggap balang ini sebagaikehidupan anda...

Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan,keluarga anda, anak-anak,kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda - Jikaanda kehilangansegalanya dan hanya perkara penting ini yang masihanda ada, hidup andamasih penuh.

Batu kerikil halus ini pula mewakiliperkara-perkara lainseperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala

pasir pula mewakiliperkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil."

"Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu...""... anda tidak akan
mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Inisama juga sepertikehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenagauntuk perkara-perkarakecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkarayang sebenarnya lebihpenting untuk diri anda." "Ambil perhatian untuk
perkara yang kritikal untukkebahagiaan anda.Luangkan masa gembira untuk anak-anak.

Sentiasa melakukanpemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makanmalam, yang pasti,anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atauurusan lain. Sila ambil
berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yangbenar-benar penting.

Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir..."

Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan danbertanya apakah pula yang
diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum.

"Saya gembira ada yangbertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kirabagaimana penuh pun kehidupananda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopibersama rakan-rakan..."

Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakanterlalu penuh dan tampak
sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari sepertitidak mencukupi,
ingatlah kisah "Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ini..."

*forwarded

Reactions:

0 pendapat: