Recent Posts

Isnin, 14 April 2008

Chegu Nasyor dengan Anak muridnya

PART I

Che'gu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan dipadang sekolah. Seperti biasa, Che'gu Nasyor akan menyuruh murid2nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid2 baringdan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Che'gu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba2 memberhentikan kakinya. Lalu Che'gu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Man Tapah.

"Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah"
"Oh Che'gu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Che'gu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.

PART II

Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che'gu Nasyor telah bertanya kpd murid2nya.

Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?

Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Tapah lalu Che'gu Nasyor pun berkata,

Che'gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?

Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. janganPergi mana-mana.



PART III

Che'gu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...


Che'gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?

Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek di dapur.

Che'gu : Mana tepungnya??

Man : Tepong kan ke dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke hape??



PART IV

Seperti biasa, Che'gu Nasyor nie mengajar pelajar di Sekolah Agama. Che'gu Nasyor mengajar budak tahun satu.Pada hari tersebut, beliau mengajar bab "cara berwudhuk"

Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.

Che'gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?

Tiba2 seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Tapah

Man : Ada Che'gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?

Che'gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?

Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!

Che'gu : Allahhuakbarr!!!

Anak Perak : Kalau teman ler dah lame kene makan penampor dah Man Tapah ni..haha

Reactions:

0 pendapat: