Recent Posts

Isnin, 14 April 2008

Lawak terperam dalam emel...haha

SUAMI KELUAR MASUK DISKO


Seorang ibu muda sedang mengadu pada temannya, "Aku terpaksa minta cerai dari suamiku."
"Kenapa..?"tanya temannya kehairanan. "Habis, hampir setiap malam kerjanya keluar masuk
disko," jawab si ibu muda. "OOOOhh, jadi suamimu itu kaki disko lah yer.. ?" tanya temannya lagi. "Bukan begitu..,sebenarnya dia ke sana mencari aku !" jawab si ibu muda.

BINI DAPAT TAHU

Seorang lelaki bercerita pada seorang temannya. "Dulu aku ada segalanya. Wang, rumah besar, kereta - malah, aku juga ada wanita yang cantik. Sekarang dalam sekelip mata, semuanya dah
hilang" "Oh kesiannya. Apa yang berlaku? Kau diisytihar bankrap ke?" tanya si teman penuh simpati. "Ahh.. tak lah. Bini aku dapat tau...."

TIDAK PERNAH BERI SUMBANGAN

Di sebuah kampung, seorang penghulu mendapati salah seorang penduduk kampungnya yang bernama Lamin tidak pernah membayar tuntutan bulanan kampung Lamin memang terkenal dan merupakan salah seorang yang terkaya di situ. Penghulu mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya.

Tok Penghulu: Selamat pagi Encik Lamin.

En Lamin: Selamat pagi, ada apa pagi-pagi datang ke mari Tok...?

Tok Penghulu: Begini, saya telah mendapati bahawa hanya Encik Lamin seorang sahaja yang tidak pernah menyumbang untuk kampung kita. Encik Lamin ni kan seorang yang kaya dan berjaya, saya raya tiada masalahnya untuk sumbangan yang begitu kecil bagi kemajuan
kampung ini.

En Lamin: Adakah tok tahu ibu saya sedang sakit dan memerlukan banyak wang untuk mengubatinya?

Tok Penghulu: Waduh, kalau begitu...saya tak tau plak..

En Lamin: Tok tau tak saudara saya seorang veteran perang yang kudung serta buta dan memerlukan biaya perubatan?

Tok Penghulu: Kalau begitu, saya minta maaf.

(sebelum tok penghulu selesai meminta maaf, En. Lamin memotong dan menambah)

En Lamin: Tok tau tak suami kakak saya sudah meninggal dan dia meninggalkan isteri dan 3 anaknya tanpa harta dan warisan?

Tok Penghulu: (sekali lagi tok penghulu cuba untuk meminta maaf).

En Lamin: Jadi, pendek kata mereka pun tak pernah saya bagi sumbangan.

Inikan pula nak bagi sumbangan untuk tok.

SAKSI SERBA TAHU

Di sebuah mahkamah, satu kes sedang di dengar dengan menghadirkan seorang saksi utama
seorang ibu tua. Peguamcara mendapat giliran pertama untuk bertanya beberapa soalan kepada saksi.

Peguamcara : Makcik Fatima, makcik kenal siapa saya?

Makcik Fatima : Ya, saya tahu benar siapa kamu, malah sejak kecil lagi. Kamu suka berbohong dan mengata di bekalang kawan-kawan kamu. Aku juga tahu kamu ada menyimpan perempuan simpanan di luar dan aku berasa amat kasihan dengan isterimu. Selain itu kamu suka bercakap besar, yang sama sekali tidak berasas dan benar. Peguamcara tersebut terpegun lain yang di tanya .. lain pula jawapan yang diterima.Untuk mengatasi kekejutannya, ia bertanya dengan
selambanya.

Peguamcara : Makcik Fatima pasti juga mengenali Tuan Hadi, peguambela?

Makcik Fatima : Oh ya, tentu saja. Bahkan ibunya dulu sering meninggalkannya bersamaku waktu dia masih kecil. Tak jauh beza dengan kamu, Hadi juga mengecewakan. Dia pemalas, suka
menggoda perempuan dan hidupnya seolah-olah tanpa tujuan..

Habis sahaja Makcik Fatima berbicara, hakim memanggil peguamcara dan peguambela untuk menghampirinya. ..

"Jika kamu berdua menanyakan kepadanya adakah ia kenal denganku.., kamu berdua akan aku masukkan ke dalam penjara kerana menghina mahkamah..., " kata hakim.

"INGAT SAYA BERSENANG LENANG DI SINI?"

Seorang isteri sangat sedih kerana akhir-akhir ini suaminya sering pulang malam dan dalam keadaan mabuk. Suatu hari dia memarahi suaminya "Oh, abang selalu bersenang lenang di luar dan meninggalkan saya di rumah!"

Akhirnya si suami memutuskan untuk mengajaknya ke bar. Sesampainya di sana, si suami memesan minuman keras seperti biasa dan memesankan satu gelas untuk isterinya. Ketika si isteri cuba meminumnya, dia terus memuntahkannya kembali.

"Minuman apa ini? Isshhhh.. tak sedap langsung...! " rengus si isteri.
"Tulah, jadi jangan anggap saya bersenang lenang di sini..."

HUKUMAN MATI

Seorang warden penjara cuba untuk menghiburkan tahanan penjara yang akan menjalani hukuman mati di atas kerusi elektrik, gilirannya akan tiba sebentar nanti. "Jangan takut. Daya voltannya sangat tinggi, lagi pun semuanya terjadi dalam masa yang sangat singkat," warden berkata

Kebetulan pula dari kejauhan terdengar laungan kesakitan yang amat luar biasa kuatnya dan perpanjangan. "Saya pergi ke sana sebentar untuk melihat," katanya.

Tidak lama kemudian, warden tersebut kembali. Dengan selamba dia berkata, "Tak ada masaalah yang berlaku, cuma masalah teknikal sahaja. Sekarang elektrik terputus, jadi mereka gunakan LILIN sebagai gantinya, itu sajaaaaa..."


MENANG LOTERI RM3 JUTA

Seorang lelaki bergelar suami pulang ke rumah dan memanggil isterinya secara tiba-tiba.
Suami: Sayang, cepat kemaskan beg awak!
Isteri: Kenapa?
Suami: Abang baru menang loteri 3 juta ringgit.
Isteri: Wah, bagusnya! Abang nak saya kemaskan beg untuk bercuti ke
mana? Kita hendak naik kapal mewah atau bercuti keluar negara bang?
Suami: Suka hati awaklah. Saya tak peduli ke mana awak hendak pergi.
Yang penting, awak seorang yang keluar dari rumah ini!

"SINI TAK BOLEH BERENANG"

Seorang wanita berjalan di sebuah kawasan dusun. Tiba-tiba dia bertemu sebuah kolam. Lalu dia segera menanggalkan pakaian dan bersedia untuk terjun. Tiba-tiba pemilik dusun itu muncul dan menjerit dari tempat persembunyiannya,

"Dilarang berenang! Saudari tidak dibenarkan berenang di dalam kolam ini!"

Wanita tersebut tergesa-gesa mengambil pakaiannya. "Kenapa tak melarang saya sejak tadi, sebelum saya menanggalkan pakaian?" soal wanita tersebut. "Memanglah disini tak dibenarkan berenang, tetapi saudari tak dilarang untuk menanggalkan pakaian," jawab pemilik dusun
dengan selamba.

TIDAK SUKA PERANG

Pada suatu pagi, seorang guru sejarah bercadang mahu mengajar mengenai peperangan berlaku. Guru tersebut bertanyakan kepada para pelajarnya sama ada mereka menggemari peperangan atau mahukan keamanan. Kesemua pelajar bersetuju bahawa mereka lebih
sukakan keamanan.

"Ada sesiapa diantara kamu yang bole memberikan sebab kenapa kamu bencikan peperangan?" tanya guru tersebut.

Seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bangun. Guru itu memandang pelajarnya dengan penuh minat untuk mengetahui jawapan pelajar tersebut.

"Saya bencikan perang, sebab peperangan akan membentuk sejarah. Sedangkan saya tidak sukakan mata pelajaran sejarah" jawab pelajar itu.

MAKCIK DARI KAMPUNG

Pada suatu hari, seorang Makcik Minah datang ke Kuala Lumpur untuk kali pertama untuk berjumpa anaknya yang menetap di situ dan berkahwin dengan orang kaya setelah mencanangkan kepada orang-orang kampung. Dia turut membawa rakannya Bibah. Oleh kerana hari telah lewat malam, dia 'check-in' di sebuah hotel mewah semata-mata mahu menunjuk kepada Bibah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Makcik
Minah. Makcik Minah dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Makcik Minah melihat ke sekeliling. Beliau tiba-tiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut.

"Eksekius mi. Cik jangan ingat makcik datang dari kampung, tak tahu duduk di hotel. Sudah bayar ratus-ratus, cik bagi saya bilik ini pula. Kecil, tak ada TV, tak ada almari, apa pun tak ada.
Katil nak tidur pun tak ada. Hei jangan nak tipu orang la," Makcik Minah memaki hamun
pelayan tersebut kononnya untuk menutup malu pada Bibah.

Lalu pelayan itu pun menjawab, "Sabar makcik, ini baru lif.."

PUKUL BERAPA BUKA?

Pada suatu tengah malam telefon di rumah seorang pustakawan berdering.
"Pukul berapa perpustakaan akan dibuka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya.
"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelefon saya di tengah malam buta ni?" tanya pustakawan tadi. "Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada
kecewa.

"Tidak, perpustakaan hanya akan dibuka pada pukul 9!" pustakawan itu menjawab dengan nada yang tinggi. "Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?"

"Siapa kata saya mahu masuk?" kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU KELUAR!"


UBAT SAKIT KEPALA

Seorang bos masuk ke pejabat dalam keadaan sakit kepala. Seorang pekerja memerhati keadaannya, lalu bertanya, "Kenapa bos? Nampak macam sakit sahaja?"
"Yalah Semaun, kepala aku ni sakit sangat!" kata bos.
"Dua hari lepas saya pun sakit kepala juga bos. Tapi bila balik, isteri saya bawa ke katil, peluk dan mencium saya. Lepas itu kami bercumbuan.
Habis saja kami bercumbu, sakit kepala terus hilang. Saya rasa bos pun patut buat macam tu juga," terang Semaun.
"Betul ke? Kalau macam tu, mari kita jumpa isteri engkau sekarang!!!"

PAK PANDIR KE KEBUN

Seperti biasa Pak Pandir hendak pergi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah. "Hati-hati ya bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.

Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.

Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya, "Kenapa Bang?" Pak Pandir pun menjawab, "Sejak bila la kerajaan tak bagi kita memotong getah. Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda 'DILARANG MEMOTONG'."

DAGING YANG BOLEH TERBANG DAN BERENANG SAHAJA

Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim. Doktor: "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang" Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja.

Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi ke rumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang. Mendengar itu, Doktor merasa tenang kerana menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Doktor langsung bergegas menuju
ke kolam renang di mana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang? Salim
berada di dalam air melatih kambing berenang!!!

PENUMPANG DEGIL YANG BODOH

Seorang gadis manis berpakaian seksi dan berambut perang selamba duduk di kelas pertama sebuah kapal terbang yang akan berlepas ke Labuan. Seorang pramugari menghampirinya, lalu menyapa, "Cik, tiket cik untuk kelas ekonomi, tempat duduk cik di belakang sana." Eh, awak siapa nak paksa saya duduk sana, duduk sini, gadis secantik saya tak layak duduk di sana, nanti orang tak nampak saya, faham tak??" herdik gadis seksi dalam suara meninggi sambil berdiri.

Kecewa dengan sikap penumpang itu, pramugari itu memberitahu ketuanya.
"Cik kena pindah ke kelas ekonomi juga kerana tempat duduk ini untuk penumpang lain," pujuk ketua pramugari. "Awak ni lagi satu. Takkan sana nak duduk di belakang. Tengok
oranglah!!!" katanya.

Ketua pramugari tiada pilihan, terpaksa memberitahu kapten yang kemudian membisikkan sesuatu ke telinga gadis tersebut. Beberapa ketika kemudian, gadis itu bangun dan menuju ke kerusinya yang betul. "Apa kapten bisikkan pada gadis itu?" tanya pramugari hairan bagaimana
begitu mudah masalah dapat diselesaikan. "Saya beritahu dia, kelas pertama tak mendarat di
Labuan," jawab kapten.

KENCING MASAM LEBIH TERUK

Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu, Kelantan, seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama.

Lelaki muda menyapa, "Pok cik ni sakit gapo?" "Kecing manih. Lamo doh."
Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya orang muda di sebelahnya,

"Tu bakpo pulok?"
"Kecemase"
"Oohh rupanya kecing mase lebih teruk dari kecing manih."

TUNGGU SAMPAI KERETA LALU

Razi dan Khairul, dua orang anggota polis yang baru bertugas membuat rondaan di suatu kawasan yang agak terpencil. Sedang seronok berborak tentang kerja, tiba-tiba mereka terlihat ada seorang budak lelaki menangis di tepi jalan. Lalu mereka memberhentikan kereta berdekatan dengan budak tadi.

"Fasal apa adik menangis", tanya Razi.

"Bagitaulah kalau-kalau abang boleh tolong," pujuk Khairul pula.
Sambil teresak-esak budak tu berkata, "Tadi sebelum saya keluar mak dah pesan. Kalau nak melintas jalan tunggu kereta lalu dulu. Masalahnya dari tadi sampai sekarang tiada sebuah kereta pun yang lalu. Motor buruk ada laa."

Mendengar penjelasan budak tadi, Razi dan Khairul hanya menggelengkan kepala. Tidak tahu apa yang perlu dijelaskan.

UFO MENDARAT DI BUMI

Kelihatan dua makhluk asing sedang bersiap sedia untuk mendarat ke bumi.

"Kau dah siap barang-barang untuk kita pergi ke bumi?" tanya komander pada rakannya.
"Sudah tuan. Semua sudah siap. Tunggu mendarat sahaja," jawab seorang lagi.
"Ok bagus. Cuma tinggal satu lagi yang kita perlu bereskan sebelum mendarat," balas komander makhluk asing itu.
"Apa dia tuan?"
"Kita kena turun menyerupai makhluk bumi. Takkan kita nak turun dengan rupa kita yang sebegini. Nanti makhluk bumi itu mesti tangkap dan bunuh kita," jawab komander itu.
"Tapi tuan, macam mana kita nak menyerupai diaorang padahal kita tak pernah nampak diaorang?" tanya sorang tu lagi. "Ah, yang tu kau jangan bimbang. Kita mendarat secara senyap, kemudian kita sembunyi di satu sudut. Kita tunggu makhluk diaorang keluar dan menukar rupa menyerupai dioranglah" jelas komander.

"Wah, bagus cadangan tuan, amat bernas sekali usul itu."
Mereka pun terus mendarat ke satu kawasan tanaman padi. Dengan senyap-senyap, mereka keluar dari kapal angkasa dan sembunyi di belakang semak. Tidak lama kemudian, mereka pun ternampak dua makhluk bumi di hujung sawah. Dengan menggunakan teknologi terkini,
mereka pun menyerupai dua makhluk bumi. Mereka keluar dari tempat persembunyian dan
berjalan ke arah dua penduduk bumi yang sedang bekerja. Kerana bentuk tubuh badan mereka yang sama, penduduk bumi itu tidak sedikitpun merasa hairan dengan kehadiran mereka Mereka bersuara kononnya bertanya arah jalan, tetapi tidak dilayan. Tiba-tiba mereka
terdengar bunyi riuh di belakang. Mereka pun toleh dan nampak sekumpulan makhluk bumi yang lain sedang berlari ke arah mereka. Sementara itu, makhluk bumi yang dua tadi terus menghilangkan diri.

"Cepat! Cepat! Jangan bagi dia lari!!!" seorang daripada makhluk bumi itu berteriak pada rakan-rakannya. Kedua-dua makhluk asing ini tercegat. Mereka tidak tahu apa yang telah terjadi. "Haa, dapat juga! Kalau kamu suma nak tahu, inilah dua ekor kerbau liar yang selalu makan padi aku. Ok, kita bawa ke kampung. Kita sembelih dua ekor kerbau ini," Pak Salleh memberitahu orang-orang kampung sambil mengikat leher kedua dua makhluk asing yang sedang kebingungan itu.

KONFLIK SUAMI DAN ISTERI

Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya menggangu jiran tetangga. "Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau," terdengar pekikan si Wahid. Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid
terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya.
Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengebumian suaminya dengan baik. Seminggu selepas
itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan
ugutan suaminya dahulu. "Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?" tanya jirannya. "Tidak!" jawab Minah. "Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia
mengadap kebawah!"


sEnYuMaN iTu sATu sEdEkAH..
sEnTiAsA TErsEnYUm..iTu bERmAsaaLaH. ..

Reactions:

0 pendapat: