Recent Posts

Khamis, 24 April 2008

Kenapa selalu pelajar melayu perempuan dirasuk ?

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku di asrama puteri.

Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india.


Di mana salahnya.... ....

Kita ikuti perbualan antara seorang bomoh melayu yang mengubati gadis melayu yang terasuk itu dan syaitan yang mengganggu.
Kes histeria di sebuah sekolah kat Bandar Seri Begawan.

Misteri di Asrama Puteri terjawab !


Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar-legar di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu.


Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang.

Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik.
Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir-hampir pengsan dibuatnya. Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu.

Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu.
Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

Bomoh : "Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah ? Jawab !!! Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam".


Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab.


Ketua Jin : "Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat" "Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik. Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK...""

(lagu Jamal Abdillah / Mawi).


""Aduhai... muahahaha... ""

Reactions:

0 pendapat: