Recent Posts

Rabu, 1 Jun 2011

Tun Razak atau Wild Asses (Keldai Liar)??? Astro patut minta maaf...

Waktu makan tengah hari 30 Mei 2011, macam biasa saya kalau makan mesti tengok tv. Dah jadi kebiasaan agaknya. Ambil remote, buka tv, seperti biasa juga saya ke saluran kegemaran saya, cari cerita yang best dari saluran 550 - 555. Tertarik dengan dokumentari pada saluran 553 iaitu National Graphic, melihatkan paparan gambar Tun Abdul Razak, saya pun tekan butang info. Anehnya, kenapa pula tajuk pada info tidak sama dengan siaran yang sedang ditayangkan? Mungkin ini iklan rasa saya. Tapi, Bukan iklan. Dokumentari Tun Abdul Razak memang sedang ditayangkan, cuma yang tak sedap dilihat tajuk infonya, menyatakan yang sekarang dokumentari yang sedang ditayangkan ialah tentang keldai liar (Wild Asses).

Saya tak puas hati, kemudian klik info plus, untuk lihat sinopsis dokumentari. Sinopsisnya betul, menceritakan tentang Tun Abdul Razak. Tetapi tajuknya masih sama.

Adakah ini sengaja atau tidak disengajakan? Diharap pihak ASTRO lebih teliti dalam hal-hal ini. Mungkin ada kesilapan teknikal di pihak ASTRO, tapi agak tidak selesa melihat tajuk dan paparan yang begitu berlainan. Seolah Tun Razak = Wild Asses???

Bukan sekali ini sahaja. Seingat saya dah dua kali dah info tajuk dan paparan yang disiarkan berlainan sekali.

Gambar sebagai bukti

Reactions:

0 pendapat: