Recent Posts

Selasa, 8 Julai 2008

Pengendali blog turut sebar fitnah - Abdullah

KUALA LUMPUR 7 Julai - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pengendali blog turut bertanggungjawab menyebarkan cerita-cerita pembohongan sehingga menyebabkan suasana politik negara diselubungi fitnah.

Sehubungan itu, Abdullah mengingatkan mereka agar berhenti berbuat demikian.

''Mereka (pengendali blog) juga bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Tindakan terbaik mereka adalah berhenti (daripada menyebarkan fitnah)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan ahli-ahli politik yang saling menuduh sekarang ekoran penyebaran fitnah yang berleluasa di negara ini.

Terdahulu, beliau bersama Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono merasmikan pelancaran Kumpulan Tokoh- Tokoh Terkemuka (EPG) Malaysia dan Indonesia di sini hari ini.

Bagaimanapun, Abdullah tidak menjelaskan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap pengendali blog yang menyebarkan fitnah.

''Kebenaran akan terserlah. Apabila kebenaran muncul, semua fitnah tersebut akan berhenti,'' kata Perdana Menteri.

Anak Perak : Ye ke...termasuk blog saye ke? ngn blog menteri2..blog wakil2 rakyat...blog BN pun kot..hehe

0 pendapat: