This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Recent Posts

Rabu, 30 April 2008

Rusuhan larian Olimpik Korea

Penyokong-penyokong China yang terdiri daripada leboh kurang 10 000 pelajar universiti yang tinggal di Korea Selatan telah mengadakan rusuhan sempena larian obor olimpik 2008 yang melibatkan polis dan orang awam korea. Mereka terdiri daripada penyokong pro-China yang menentang isu Tibet dan telah menyerang penyokong-penyokong kemerdekaan Tibet. Saksikanlah video di bawah.



Sekumpulan pelajar China menyerbu masuk ke dalam hotel penginapan penyokong tibet, mungkin rakyat tibet sendiri dan diberitakan bertindak memukul penyolong tersebut. Polis yang cuba mengawal keadaan dan cuba melindungi penyokong tibet tersebut dilaporkan juga dipukul. Kelakuan penyokong tibet yang menunjukkan bendera tibet menaikkan lagi kemarahan penyokong china. Video di bawah..

Selasa, 29 April 2008

Harga beras naik

Hari ni, saja-sajalah telefon mak di kampung, bertanyakan khabar. Alhamdulillah, dia sihat walafiat. Tapi hari ini, suaranya ada sedikit berbeza. Demam ke? Tanpa perlu ditanya, seperti tau-tau aje, mak pun ceritalah perihal barang-barang keperluan yang naik mendadak.

Terkejutlah dengar bunyinya. Dia kata lagi, dahulu harga beras yang beratnya 15KG tu, paling murah la adelah dalam RM27 ringgit. Tadi katanya, masa dia beli beras, harga dah sampai RM37 ringgit! kenaikan RM10 ringgit! masyaAllah...

Ini belum lagi dengan kenaikan harga barang-barang keperluan yang lain-lain lagi. Semakin lama semakin meningkat. Bagi mak yang setiap bulan hanya dapat pencen bulanan balu pesara kerajaan pangkat rendah, apalah sangat RM200 yang diterima setiap bulan. Beli barang-barang keperluan, bayar bil air, elektrik, telefon rumah (tu pun pakai prepaid), cukai pintu dan tanah, cukupkah?

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, sekarang sudah masanya saya menanggung mak saya pula. Walaupun bekerja jauh di perantauan, saya tidak lupa. Saya faham keadaannya, setiap bulan saya ada memberikan kepadanya elaun saraan. Hidup tidaklah sesenang mana, tapi tidaklah pula merana.

Itu kisah mak yang berada di kampung. Terfikir pulak saya, bagaimana keadaan keluarga kakak-kakak dan anak-anak mereka? Pekerjaan suami tidak sebaik mana, macamana pula mereka hendak menyara keluarga dengan kenaikan kos barang yang, tak keterlaluan katakan, semakin menggila?

Bagaimana pula dengan keluarga-keluarga miskin yang lain?

Isnin, 28 April 2008

Ranking Pengeluaran / Penggunaan Minyak Dunia termasuk Malaysia

TanggaPengeluaran Minyak Dunia
Tangga
Negara
Pengeluaran Minyak
(tong/sehari)
Tarikh Maklumat
1
Dunia
78,900,000 2005 est.
2
Arab Saudi 11,000,000 2007 est.
3
Russia
9,870,000 2007
4
Amerika Syarikat 8,322,000 2005 est.
5
Iran 4,150,000 2006 est.
6
Mexico
3,784,000 2005 est.
7
China 3,730,000 2007 est.
8
Kanada 3,092,000 2005
9
Norway 2,978,000 2005 est.
10
Kesatuan Eropah 2,868,000 2004
11
Venezuela 2,802,000 2006 est.
12
Kuwait 2,669,000 2005 est.
13
Emiriah Arab Bersatu 2,540,000 2006 est.
14
Nigeria 2,440,000 2006 est.
15
Iraq 2,110,000 2007 est.
16
Algeria 2,090,000 2005 est.
17
United Kingdom 1,861,000 2005 est.
18
Libya 1,720,000 2006 est.
19
Brazil 1,590,000 2006 est.
20
Kazakhtan 1,338,000 2005 est.
21
Angola 1,260,000 2005 est.
22
Qatar
1,111,000 2005 est.
23
Indonesia 1,070,000 2006 est.
24
Azerbaijan 934,700 2007 est.
25
India 834,600 2005 est.
26
Argentina 801,700 2005 est.
27
Malaysia 751,800 2005 est.
28
Oman 740,000 2006 est.
29
Mesir 688,100 2005 est.
30
Australia 572,400 2005 est.
31
Colombia 539,000 2005 est.
32
Equador 538,000 2005
33
Yaman 402,000 2005 est.
34
Sudan 397,000 2006 est.
35
Equitorial Guinea 396,100 2005 est.
36
Syria 380,000 2007 est.
37
Denmark 342,000 2006 est.
38
Vietnam 319,500 2007
39
Thailand 310,900 2005 est.
40
Gabon 266,000 2005 est.
41
Republik Kongo 235,900 NA
42
Demokratik Republik Kongo 235,900 2005
43
Brunei Darul Salam
219,300 2006
44
Afrika Selatan 200,000 2006 est.
45
Turkemenistan 196,000 2007 est.
46
Bahrain 184,000 2007 est.
47
Chad 176,700 2005 est.
48
Itali 164,800 2005 est.
49
Jerman
141,700 2005
50
Jepun 125,000 2006
51
Uzbekistan 124,900 2005
52
Romania 122,700 2005 est.
53
Trinidan dan Tobago 120,000 2007 est.
54
Peru 110,700 2005 est.
55
Timor Leste 94,420 2005
56
Ukraine 90,400 2006
57
Cameroon 82,670 2005 est.
58
Tunisia 76,900 2005 est.
59
Belanda 76,000 2006
60
Mauritius 75,000 2006 est.
61
Perancis 73,180 2005 est.
62
Pakistan 68,220 2005 est.
63
Cote d`Ivoire 57,700 2005 est.
64
Cuba 50,850 2006 est.
65
Papua New Guinea 50,000 January 2006 est.
66
Turki 45,460 2005 est.
67
Hungary 42,180 2005 est.
68
Bolivia 41,570 2007 est.
69
Belarus 33,700 2005 est.
70
Poland 32,800 2005 est.
71
Sepanyol 29,350 2005 est.
72
Uruguay 27,830 2007 est.
73
Croatia 27,190 2005 est.
74
New Zealand 25,880 2006 est.
75
Filipina 24,310 2005 est.
76
Austria 23,320 2005
77
Guatemala 20,100 2006 est.
78
Republik Czech 18,030 2005
79
Virgin Island 17,620 2005 est.
80
Korea Selatan 17,050 2005
81
Chili 15,100 2006 est.
82
Serbia 14,660 2003
83
Lithuania 13,160 2005 est.
84
Slovakia 12,840 2005 est.
85
Singapura 9,836 2005 est.
86
Portugal 9,500 2006 est.
87
Surinam 9,461 2005 est.
88
Belgium 9,000 2006
89
Finland 8,951 2005 est.
90
Myanmar 7,700 2006 est.
91
ALbania 7,006 2005 est.
92
Estonia 6,930 2005 est.
93
Bangladesh 6,746 2005
94
Greece 5,687 2005 est.
95
Maghribi 3,746 2005 est.
96
Bulagaria 3,661 2005 est.
97
Switzerland 3,202 2005 est.
98
Belize 2,413 2006
99
Aruba 2,356 2005
100
Sweden 2,350 2005 est.
101
Georgia 1,979 2005
102
Kirgistan 1,965 2005
103
Puerto Rico 1,354 2005 est.
104
Barbados 1,002 2005
105
Ghana 700 2007 est.
106
Taiwan 406 2006 est.
107
cyprus 300 2005 est.
108
Tajikistan 282 2005 est.
109
Zambia 150 2005 est.
110
Korea Utara 141 2005 est.
111
Israel 100 2006 est.
112
Madagaskar 92 2005 est.
113
Republik Dominica 12 2004
114
Habsyah
7 2005 est.
115
Slovenia 5 2005 est.
116
Sierra Leon 1 2005 est.
Est : Jangkaan

Tangga Penggunaan Minyak Dunia

Tangga
Negara
Penggunaan Minyak
(tong/sehari)
Tarikh Maklumat
1
Dunia 80,290,000 2005 est.
2
Amerika Syarikat 20,800,000 2005 est.
3
Kesatuan Eropah 14,580,000 2004
4
China 6,930,000 2007 est.
5
Jepun 5,353,000 2005
6
Russia 2,916,000 2006
7
Jerman 2,618,000 2005
8
India 2,438,000 2005 est.
9
Kanada 2,290,000 2005
10
Korea Selatan 2,130,000 2006
11
Brazil 2,100,000 2006 est.
12
Mexico 2,078,000 2005 est.
13
Arab Saudi 2,000,000 2005
14
Perancis 1,999,000 2005 est.
15
United Kingdom 1,820,000 2005 est.
16
Itali 1,732,000 2005 est.
17
Iran 1,630,000 2006 est.
18
Sepanyol 1,600,000 2005 est.
19
Indonesia
1,100,000 2006 est.
20
Belanda 1,011,000 2006
21
Thailand 929,000 2005 est.
22
Australia 903,200 2005 est.
23
Taiwan 816,700 2006 est.
24
Singapura 802,000 2005 est.
25
Turki 660,800 2005 est.
26
Mesir 635,000 2005 est.
27
Venezuela 599,000 2006 est.
28
Belgium 591,000 2006 est.
29
Afrika Selatan
519,000 2006 est.
30
Malaysia 501,000 2005 est.
31
Argentina 480,000 2005 est.
32
Poland 462,700 2005 est.


Malaysia di tangga ke-27 menurut ranking yang dikeluarkan oleh CIA dengan mengeluarkan sebanyak 751,800 tong minyak sehari. Harga minyak mentah dunia (sehingga 28 April 2008) ialah $118.65 setong.

Tukaran RM berbanding Dollar $ Amerika RM3.1572 = $1.0000

Untung sehari sebanyak US$89,201,070.00 atau RM 281,875,381.20 atau kasarnya dalam RM280 juta sehari.

Sebulan (kiraan 30 hari sebulan) dapat RM8400 juta, bersamaan dengan RM 8.4 billion.

Setahun dapatlah lebih kurang RM100.8 billion. (belum tolak cukai, dan lain-lain belanja)
____________________________________________________________________

Penggunaan minyak di Malaysia ialah 501,000 tong sehari.

Anggaran : 159 liter= 35 gelen= 1 tong minyak.

Harga petrol Malaysia RM1.92 seliter, jadi satu tong lebih kurang harganya RM 305.28
Harga pasaran minyak mentah sekarang RM 374.93



Sabsidi kerajaan RM 69.65 setong, yakni sabsidi setiap liter hanyalah RM 0.44.
Sabsidi kerajaan setahun = RM12.6 billion.
______________________________________________________________

Malaysia
Pengeluaran = 751,800
Penggunaan = 501,000
Baki = 250,800 x RM 374.93 x 30 hari x 12 bulan = RM33,8 billion

Untung - sabsidi
RM33.8 billion - RM12.6 billion = Ada la lagi dalam RM21.2 billion.
Tu tak campur lagi dengan untung RM 100.8 billion tu.
______________________________________________________________
Info : Malaysia ada lagi lebih kurang 4.8 billion tong simpanan minyak, yang dijangka dapat bertahan kurang 20 tahun (info 1996) * Menjelang 2016 abis la..tapi report kata Malaysia akan jadi pengimport minyak menjelang 2009!
______________________________________________________________
Kaya lagi le gamaknya Malaysia ni...hasil khazanah yang melimpah ruah!
ni baru minyak, belum lagi gas asli, dikatakan ada 68 trillion cubic/feet (info 1996) LNG lagi! Eloklah kenderaan di Malaysia pakai gas asli, murah dan selamat..kan kan? macam teksi kat KL la.

Samat...samat...hehe

Samat baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, terpaksa dia menumpang di rumah bapa mertuanya...

Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak Samat duduk di rumahnya... cepat sangat barang-barang dapur habis. Samat betul-betul 'menghabiskan borehhh...'

Kebaikan Samat pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu... Waktu maghrib seronok depan tv tengok roda impian... lepas tu sambung tengok berita... lepas tu makan... lepas tu tidur.. esok bangun pukul 8... pergi kedai kopi... bersembang, sampai tengahari.

Balik makan, kemudian tidur... petang pergi kedai kopi lagi... main dam, berborak mengalahkan orang politik.Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea... macam mana nak kenakan si Samat ni.. Bengang betul dia... dah lah tak kerja...melantak kuat pulak tu...

Suatu hari dia dapat idea... nak kenakan Samat.. "Samat, mari kita main dam haji..." katanya kepada Samat... "Boleh juga..." kata Samat tanpa mengesyaki sesuatu.

Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Samat... Dia hulur, Samat makan, hulur lagi... Samat makan lagi... hulur lagi makan lagi, dan lagi... dan lagi...

"Eh ko ni Samat... kuat betul makan laa... agak-agak laa..." katanya tersenyum..

"Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni... mentang-mentang aku kuat makan.." fikirnya dalam hati... tapi tak apa...

Mereka bermain set kedua... bapa mertuanya hulur... dia tak makan... hulur lagi, tak makan juga... kena tangkap... tak macam set pertama... dia dah bijak sikit...

Bila tak makan, mestilah kena tangkap...(sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini...) kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji...

Apa lagi....

"Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke...?"

Merah padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena....

Selepas dari itu, Samat tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim... tak tinggal sembahyang lagi... sekarang ni ada kat Mekah kerjakan umrah... Nak pergi haji belum sampai seru... katanya laa...

Moral cerita : Jangan malu nak menegur kesilapan orang lain, jika untuk kebaikan...

Nota: Hehhehehhee.. pedih mater.."

Budin...budin....

Seorang pemuda baru saja baru sahaja pulang kerumah. Ia sendirian di biliknya melepas lelah sambil menatap langit yang membiru. Kesibukan menyelenggarakan ceramah keislaman di masjid betul2 meletihkan. Suasana hening dan damai kerana di flat kediamannya kerana ramai penghuni masih belum balik dari kerja Dari balik dinding sayup-sayup terdengar perbualan jirannya seorang Ibu tua dengan anaknya.

Anak : Ibu..

Ibu : Hmmm ?

Anak : BU !

Ibu : APA ?

Anak : Mmm, anu ... tadi saya ke masjid dengar ceramah.. Ibu dengarlah ni !

Ibu : IYA ! Ibu dengar. Cakap ajalah. Kan ibu tengah sibuk memasuk kan benang kejarum ni. Susah pulak rasanya. Agaknya mata ibu sudah nak rabun...

Anak : Bu !

Ibu : Apa dia ? cakap ajelah, Yang ?

Anak : Tadi, di masjid seorang ustaz bercerita soal jilbab.Katanya pakai jilbab itu wajib. Ibu, Mulai sekarang saya mau pakai jilbab. Boleh tak Bu.. ?

Ibu : Jangan ...

Pemuda dari balik dinding makin menajamkan perhatian pendengarannya.

Anak : Tapi tu perintah Allah. Kalau tidak patuh kita berdosa, Bu.Boleh ya, saya mau pakai jilbab ?

Ibu : Kan ibu kata JANGAN ...

Anak : Tapi bu.. bukan lebih baik saya memakai jilbab kerana kerana kita orang islam dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan harga diri saya.. betul tak bu...? Bolehlah bu..

Ibu : TIDAK !

Anak : Kenapa ? Atau ibu terpengaruh sama cerita bohong pasal memakai jilbab? Kata Ustaz, jilbab itu bukan budaya Arab. Itu Syariat Islam.Islam yang sebenar bukan adat. Dari dulu memang diwajibkan demikian, bukan trend baru-baru ini aja.

Ibu : Iya, iya Ibu faham tu. Tapi ibu kata JANGAN !

Anak : Jadi Ibu melarang saya nih... Bu, mau tak mau saya tetapakan pakai jilbab. Terserah Ibu nak kata apa. Tak perlu taat pada orang tua,kalau orang tua itu menyuruh maksiat pada perintah Allah.

Ibu : Kamu tak faham-faham lagi ke?. Ibu kata jangan, jangan, JANGAN !!!

Anak : WALAU APAPUN JADI BESOK SAYA TETAP PAKAI JILBAB. MUKTAMAD!

Ibu : JANGAN !

Anak : JILBAB !

Ibu : JANGAN !

Anak : JILBAB !!

Ibu : J A N G A N !!!

Anak : J I L B A A A A A A B !!!!

Pemuda tadi sudah tidak dapat menahan keinginannya. Ia terus keluar bilik untuk bertemu ibu dan anak itu untuk membela si anak agar si ibu bersetuju dengan kemahuan si anak. Tangannya sudah terangkat di depan pintu untuk mengetuk .... namun terdengar lagi kata-kata dari si ibu ...

Ibu : KAMU NI BUDIN, IBU KATA JANGAN.. JANGANLAH! KAMU KAN LAKI-LAKI.....

Pemuda, Si jiran sebelah pun berlalu ..dengan langkah yang longlai, begitu juga dengan pembaca artikel ini.... sorrylah kadang kala kita perlu juga bahan humor!

Ahad, 27 April 2008

lawak lagi..

1."TIKET"

Chot ingin pergi menonton wayang bersama isterinya.Tiba di kaunter tiket,Chot telah membeli dua tiket.Tidak lama kemudian,Chot datang semula ke kaunter tiket tadi untuk membeli dua lagi tiket.Kali ini penjual tiket itu membuka sedikit cermin dan bertanya,"bukankah encik dah beli dua tiket tadi,kenapa nak beli lagi?"Lantas Chot menjawab,"memang betul encik!tapi tadi ada sorang mamat yang berdiri kat depan pintu masuk panggung tu,asyik koyakkan tiket saya aje.

2."SEMUT"

Ketika sedang memeriksa seorang pesakit,Dr.Razali menerima panggilan telefon daripada seorang suri rumah.Suaranya kedengaran begitu mencemaskan.
Suri rumah : Doktor! Doktor! Tolong saya! Anak saya termakan semut.
Dr.Razali : Puan tidak perlu risau.Lagipun semut tidak berbahaya.
Suri rumah : Tapiiii?Saya dah sembur semut tu dengan racun serangga doktor.
Dr.Razali : Apa??? Alamak, cepat bawa dia ke hospital!!!


3."PENCURI"

Suatu malam yang sunyi dua orang pencuri telah memecah masuk ke dalam sebuah rumah yang dimiliki oleh sepasang suami isteri yang kaya raya.Sebaik sahaja mereka berjaya masuk ke dalam rumah tersebut,salah seorang pencuri bertanya pada kawannya,"Eh,bagaimana kalau tuan rumah ni terbangun dan sempat menelefon polis.Tentu kita akan ditangkap dan ditahan di dalam lokap."jawab kawannya yang seorang lagi ,"{la apa yang engkau nak susahkan .Apa kata kita telefon polis dahulu.Tentu tuan rumah ni yang kena tangkap,bukannya kita."?????


4."AMBIL GAMBAR"

Leman baru lepas menangkap gambar untuk dibuat pasport.Sebaik sahaja mengambil gambar dikedai berhampiran,dia segera menunggu bas untuk ke jabatan imigresen.Sambil itu,Leman memegang gambarnya.Bila bas sampai,Leman terus menaiki bas tersebut.Dalam keadaan penumpang yang agak sesak,tiba-tiba bas itu membrek secara mengejut.
Lantas gambar Leman terjatuh di bawah tempat duduk seorang penumpang wanita yang sangat cantik.Leman tertunduk-tunduk untuk mencari gambar tersebut.Bila Leman ternampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk wanita itu,lantas Leman berkata,"Dik,boleh tak tolong angkat sikit kain yang adik pakai tu? Saya nak ambil gambar...........

Lesen "P"


Ini kisah yang diceritakan oleh kawan aku daripada Kedah, namanya Naspie (BNS).
Dia kata cerita ini benar-benar berlaku. Kisahnya begini ...

Seorang pakcik tua yang baru saja lulus lesen menunggang motosikal. Jadi, mengikut undang-undang, stiker berhuruf "P" hendaklah digantung pada motosikal sekiranya seseorang baru dapat lesen motor. Pak cik tu tunggang motosikal.

Adala police road block ...

Polis : "P" mana pakcik?

Pak Cik : P Aloq Staq (loghat Kedah).

Polis : Pak cik nak bergurau pulak. "P" mana pak cik?

Pak Cik : Aku nak p Aloq Staq. (Dah mula naik anging).

Polis : Amboi, main-main pulak pakcik (tersengih). Pak Cik, "P" mana?

Pak Cik : Aku habaq Aloq Staq hangpa tak percaya. Apa hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi aloq staq. Hangpa jadi polis pun hangpa jangan nak perleceh aku tau (marah).

Polis : Pi pi pi pi lah .... nyusah aje

Pak Cik : kan mudah camtu ....

Anak Perak : Pakcik dalam gambaq ni hanyalah cadangan untuk hiasan sahaja...takde kaitan dengan cerita ini..kecuali bab P tu nooo...hehehehehe

Dust is my bed..



Farshi Turab (Debu adalah katilku)

Debu adalah katilku
Memelukku
Menyelubungiku
Pepasir di sekelilingku
Memautku erat..
Dari segenap arah
Dan pusara membilang cerita..
dari kegelapan masa gelapku
dan cahaya takdir
dan kepuasanku...untuk bertemu Allah.
dan kepuasanku...hanya untuk bertemu Allah

Ulang Intro

Dimanakah ketulusan saudara?
Mereka meninggalkan ketulusannya..
Dimanakah kemesraan sahabat?
Mereka lari
Dengan persahabatannya
Dimanakah wang dan kekayaan
Daku tinggalkannya…
Dan dimanakah nama dan kemasyhuran
Dan pingat-pingat kebesaran…

Inilah sudahnya..
Debu akhirnya katilku.

Ulang Intro

Yang tersayang mengucapkan selamat
Pada yang tersayang
Dan merintih tangis
Deruan air mata kering sudah

Alam yang luas seakan mengecil
Mengecilkan ruangku
Pusara ku, jasad ku, menjadi dataran dan langitku

Inilah sudahnya
Debu adalah katilku

Ketakutkan dan kegerunan menyelubungi
Dan kesedihan adalah biasa bagi ku
Mengharapkan ketenteraman yang berkekalan dari-Mu
Yang mana aku bersumpah, akan menjadi sesuatu yang terbaik
Dengan rendah diri tulus dan ikhlas
Kepada yang Maha Esa..
Engkahlah harapanku
Mengharapkan pada Mu Illahi, firdausi yang kekal abadi.

Dengan rendah diri tulus dan ikhlas
Kepada yang Maha Esa..
Engkahlah harapanku
Mengharapkan pada Mu Illahi, firdausi yang kekal abadi.

Dengan rendah diri tulus dan ikhlas
Kepada yang Maha Esa..
Engkahlah harapanku
Mengharapkan pada Mu Illahi, firdausi yang kekal abadi.

Muaturun dalam format 3gp (Format handphone)

Muaturun dalam format mp3

Sabtu, 26 April 2008

AMALAN MINUM AIR PANAS

Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda.

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.

Secara logik..., mungkin ada kebenarannya. . Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS.

Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan!!!!

Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca.

Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.

Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG
tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...

**Jadilah teman yang setia dan teruskan menghantar artikel ini kepada teman-teman yang anda sayangi..... !!!!

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapunsemua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akanberhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian imana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak
forward this buletin...may ALLAH SWT bless you.
Saling berpesan2lah sesama kita........ .

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!

Assalam Mu'alaikum !

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

" Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan"


Khamis, 24 April 2008

This is because the whole world uses the language as an IT language

This is because the whole world uses the language as an information and/or technology language. How dangerous it will be if we try to use Bahasa, especially in school. See example below:-


Hardware = barangkeras

Software = baranglembut

Joystick = batang gembira

Plug and Play = cucuk dan main

Port = lubang

Server = pelayan

Client = pelanggan


Try to translate this:

ENGLISH:

That server gives a plug and play service to the client using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client.


Now in BAHASA:

Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu akan dimasukkan ke dalam lubang pelanggan.


Now you know...WHY.. .

Kenapa selalu pelajar melayu perempuan dirasuk ?

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku di asrama puteri.

Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india.


Di mana salahnya.... ....

Kita ikuti perbualan antara seorang bomoh melayu yang mengubati gadis melayu yang terasuk itu dan syaitan yang mengganggu.
Kes histeria di sebuah sekolah kat Bandar Seri Begawan.

Misteri di Asrama Puteri terjawab !


Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar-legar di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu.


Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang.

Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik.
Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir-hampir pengsan dibuatnya. Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu.

Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu.
Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

Bomoh : "Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah ? Jawab !!! Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam".


Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab.


Ketua Jin : "Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat" "Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik. Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK...""

(lagu Jamal Abdillah / Mawi).


""Aduhai... muahahaha... ""