Recent Posts

Khamis, 1 Mei 2008

Mengapa tak boleh makan babi?

Bob : Beritahu saya, kenapa orang muslim sangat-sangat pentingkan perkataan halal dan haram, apakah maksudnya?

Yunus : Yang dibenarkan itulah dinamakan halal, dan yang tidak dibenarkan dinamakan haram dan kitab al-quran yang menggariskan antara dua perkataan itu.

Bob : Boleh berikan contoh?

Yunus : Ya, Islam melarang makan apa-apa jenis darah. Anda akan bersetuju dengan saya, mengikut analisis kimia pada darah menunjukkan isipadu asid urik yang banyak, dimana asid ini berbahaya kepada kesihatan manusia.

Bob : Ya, anda betul tentang ketoksikan asid urik. Ia merupakan sejenis bahan buangan dari manusia setelah di uraikan oleh dari darah. 98% asid urik diekstrak dari darah dan dibuang melalui air kencing.

Yunus : Sekarang saya rasa anda akan menghargai cara-cara tertentu penyembelihan haiwan dalam Islam.

Bob : Apa maksud anda?

Yunus : Penyembelih, semasa menyembelih binatang, sambil menyebut nama tuhan membuat pemotongan pada salur darah utama, dan tidak menyentuh lain-lain urat dan organ.

Bob : Oh begitu, jadi penyebab kematian binatang ialah kehilangan darah yang banyak, bukannya kecederaan organ-organ utama.

Yunus : Ya. Jika organ-organ utama, seperti jantung, hati atau otak dirosakkan, memang betul haiwan akan mati dengan cepat, tetapi darah akan terkumpul dalamnya, dan dalam salur-salur darah dan akan menepukan daging. Ini akan menyebabkan daging dicemari asid urik dan sangat beracun, Cuma sekarang baru pakar pemakanan menyedarinya.

Bob : Sekali lagi, saya hairan mengapa Islam melarang makan daging babi atau apa-apa produk darinya?

Yunus : Sebenarnya, bukan Al-Quran sahaja yang melarang makan babi, tetapi dalam kitab Bible juga terdapat ayat yang melarangnya, iaitu pada Leviticus, surah 11, ayat 8 yang menyebut “ dari daging (babi) adalah dilarang bagi kamu memakannya, dan dari bangkainya dilarang kamu menyentuhnya, kerana ia tidak bersih untukmu”. Lagipun, babi tidak boleh disembelih di lehernya, kerana ia tidak mempunyai leher! Alasan orang Islam, jika babi boleh disembelih maka ia boleh dimakan, tetapi Tuhan telah menciptakannya tanpa leher. Saya rasa anda juga tahu kesan sampingan memakan babi dalam apa-apa bentuk sekalipun.

Bob: Pakar perubatan mendapati terdapat risiko beberapa jenis panyakit yang didapati pada babi yang menjadi hos kepada banyak sekali parasit dan penyakit.

Yunus: Ya. Selain itu, pada hal asid urik yang kita bincangkan tadi, penting dinyatakan di sini yang sistem bio-kimia babi hanya mengekstrak hanya 2% daripada jumlah asid urik dalam badan, manakala 98% lagi masih tinggal. (senarai makanan tinggi dengan asid urik)

0 pendapat: