Recent Posts

Jumaat, 9 Mei 2008

Gambar imej satelit kawasan yang dilanda Taufan Nargis

8 Mei 2008 - Taufan yang melanda selatan Myanmar pada 2 dan 3 Mei lalu meninggalkan banjir yang besar yang memusnahkan kawasan tersebut, sepertimana yang dipaparkan pada gambar yang diambil oleh Satelit Terra kepunyaan NASA.

Pada April 2008, (gambar di atas), kawasan yang sama telah diambil dengan sungai dan jeram dipaparkan dengan jelas di atas hamparan daratan yang berwarna hijau di mana terletaknya kawasan pertanian dan peternakan.

Kawasan delta Irrawady, yang terletak di muara sungai Irrawady dipaparkan dengan warna biru tua, adalah kawasan di mana taufan Nargis melanda.

Taufan yang membawa angin selaju 241 hingga 267 km sejam itu telah menghentam sepanjang pesisir pantai sehingga ke pantai barat, melanda dan memusnahkan kawasan pertanian dengan teruk sekali.

Pada gambar 5 mei lalu, banjir telah menenggelamkan bandar terbesar, Yangon yang terletak berdekatan muara Sungai Irrawady, dan lumpur telah mengalir keluar sehingga ke Teluk Martaban.

Walaupun kesan banjir sukar dilihat pada gambar satelit, terutama sekali lumpur, satelit Terra telah menggunakan kombinasi dan teknik infra-merah untuk menunjukkan di mana kawasan yang digenangi air.

Sehingga kini, dianggarkan seramai 100,000 orang telah mati dalam taufan yang terdahsyat pada tahun ini.

Oleh : Christine Dell'Amore

Terjemahan : Anak Perak

Gambar ikhsan NASA/MODIS Rapid Response Team
Artikel sebenar di http://news.nationalgeographic.com/

0 pendapat: