Recent Posts

Khamis, 1 Mei 2008

38 Kesilapan Menjawab Soalan Peperiksaan


Hindari kesilapan-kesilapan berikut:

1. Tidak benar-benar memahami kehendak sebenar soalan.

2. Kurang teliti membaca dan memahami arahan, kehendak soalan dan jawapan yang dituliskan.

3. Gagal menguasai aspek-aspek penilaian dan penafsiran soalan.

4. Jawapan yang diberikan tidak terancang dan tidak tersusun dengan kemas.


5. Jawapan yang diberikan bersifat umum dan tidak relevan dengan kehendak soalan.

6. Tidak menghayati jawapan yang ditulis dan mengabaikan kronologi.

7. Tidak mempersembahkan jawapan dalam bentuk format yang teratur dan betul.

8. Tidak menulis jawapan dengan terang dan kemas.

9. Idea yang dikemukakan tidak bernas atau tidak matang.

10. Idea atau hujahan berada pada tahap yang mendatar, cetek dan kurang kritikal.

11. Gagal menyesuaikan pengetahuan am yang ada dengan kehendak soalan dan terlalu terikat dengan nota yang diberikan oleh guru.

12. Tidak menyatakan huraian dan penjelasan terperinci bagi fakta yang dikemukakan.

13. Gagal menyertakan contoh-contoh yang sesuai.

14. Kurang memberikan contoh, ilustrasi dan gambaran bagi menjelaskan atau mengukuhkan hujah jawapan.

15. Rajah-rajah yang dilakarkan tidak mempunyai label yang mencukupi atau mempunyai label yang salah.

16. Penguasaan dan penggunaan bahasa yang lemah. Mesej sebenar calon tidak kesampaian.

17. Penggunaan bahasa dan istilah yang salah atau tidak tepat.

18. Penggunaan istilah-istilah lama atau istilah Inggeris.

19. Kesalahan menyatakan konsep atau menyatakan konsep yang salah.

20. Huraian yang diberikan tidak spesifik tetapi terlalu umum.

21. Jawapan tidak mempunyai struktur seperti pengenalan, isi dan rumusan.

22. Huraian yang berlebih-lebihan pada isi tertentu sehingga jawapan menjadi terlalu hambar.

23. Tiada fokus dalam jawapan tetapi menghuraikan sesuatu tanpa arah.

24. Ayat yang digunakan panjang-panjang dan berbelit-belit.

25. Susunan ayat janggal dan tidak lancar.

26. Mengulangi fakta-fakta yang sama (dengan harapan untuk mendapat markah kali kedua).

27. Gagal mengaitkan hubungan antara fakta-fakta yang dikemukakan.

28. Menggunakan bahasa daerah.

29. Kelemahan penggunaan tanda baca.

30. Kurang mahir dalam pemerengganan. Semua isi dimuatkan dalam satu perenggan.

31. Kesilapan ejaan sehingga bunyi berbeza dan nama berubah.

32. Penggunaan ejaan lama dan salah.

33. Penggunaan formula tanpa dijelaskan simbol-simbol, penggunaan formula yang salah (atau kurang sesuai) dan pengiraan formula yang salah.

34. Kurang dalil atau pengukuh hujah (seperti kata-kata tokoh sejarah) atau memberikan dalil yang salah.

35. Kurang mahir memilih soalan yang mudah, payah atau soalan bersifat 'perangkap'.

36. Membuat rayuan-rayuan belas kasihan kepada Pemeriksa. Ini sebenarnya akan hanya membuka pekung di dada dan menunjukkan bahawa calon memang tidak bersedia.

37. Gagal mengatur masa dengan bijak sehingga gagal menjawab cukup soalan.

38. Terkeluar tajuk. Tidak menjawab apa yang soalan minta

0 pendapat: