Recent Posts

Selasa, 20 Mei 2008

Kubah Masjid Berpindah / Terbang dengan sendirinya..

Keajaiban bukan hal yang mustahil. Sebuah peristiwa telah terjadi di Desa Kailolo, Pulau Haruku Maluku Tengah, kubah masjid dengan berat ribuan kilo berpindah dan melayang tanpa bantuan apa-apa peralatan. Kejadian ini berlaku pada tahun 2003, melepasi Masjid Nahdatul Sahapori. Berbantukan keyakinan dan doa pada yang Maha Mencipta, kubah yang beratnya ribuan kilo ini melayang-layang seperti secebis kapas. Kedengaran orang ramai melaungkan kalimah Lailahalillah, dan kalimah Allahuakbar ketika kubah ini melayang-layang ke tempatnya. Video ini dirakam secara amatur, yang mana kelihatan kubah ini ditutupi dengan kain putih.

Desa ini merupakan sebuah perkampungan nelayan di mana penduduknya masih kuat memegang tradisi budaya dan agama yang mendalam.





Anak Perak : Itulah yang dilapor dan dilihat pada mulanya, tapi selepas itu, memelihat komentar-komentar penonton, ternyata ini semua hanyalah hoax semata. bukanlah mahu menafikan kebesaran yang maha kuasa, tapi apa yang berlaku memerlukan kita berfikir secara rasional terlebih dahulu dengan mengkaji sejauh mana kebenaran sesuatu cerita tersebut, bukan secara membabi buta menerima sahaja apa yang dihebahkan, termasuk dalam berita TV seperti video pertama.

Walau apapun, nampak jelas pada video kedua kubah menara ini ditarik dengan menggunakan tali. Namun, tali yang sekecil itu mampukah menanggung beban kubah menara yang...mungkin agak berat? Di sini ternyata bantuan dan berkat doa serta keyakinan kepada Allah memungkinkan kubah ini dinaikkan ke atas tempatnya, walaupun dengan cara yang sukar. Tak begitu?

0 pendapat: