Recent Posts

Rabu, 14 Mei 2008

Luahan hati anak perak

Sejak dua tiga menjak ni, hati terasa sangat rindu. Rindukan keluarga, ibu tercinta dan kampung halaman. Betapa di dalam sanubari ini begitu teringin sekali untuk pulang ke pangkuan keluarga, bukan pulang sementara, atau brcuti, tetapi pulang untuk kembali memberi khidmat kepada tanah kandung tempat tumpah darah dan lahirnya insan yang bernama aku ke dunia ini.

Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang. Walau segunung menimbun manapun emas yang diperolehi, tidaklah dapat dibandingkan dengan batu yang menimpa negeri sendiri, walaupun nampak sakit, namun nikmatnya hanya yang mengerti tahu. Terasa di dalam sanubari ini, betapa ruginya aku sebagai seorang anak negeri kesayanganku tidak dapat memberikan khidmat bakti kepada negeriku sendiri. Tetapi, itulah hakikatnya yang harus diterima. Sebagai seorang penjawat awam yang mana sebelum tandatangannya, terpampang ikrar "yang menurut perintah", perintah harus diturut. Meskipun khidmatku diperlukan di sini, padaku tiada yang lebih menggembirakan hati selain dapat mencurah bakti di bumi sendiri.

Tanah tumpah, ibu kandung, saudara mara, semuanya di negeri sendiri. Bilakah waktu itu akan tiba, hanya Allah yang mengetahui. Biarlah apa orang lain nak kata, lidah sendiri yang berbelit, namun aku harap satu hari nanti aku dapat memenuhi impianku ini.

Kepada negeriku Perak, aku amat merinduimu. Aku ingin menjadi salah seorang yang dapat berkhidmat kepadamu. Dengan pimpinan baru yang segar dan berjiwa rakyat, aku amat-amat terharu dengan apa yang berlaku. Ingin ku menjadi sebahagian daripada aspirasi terkini. Doakanlah semuanya berjaya menjadi kenyataan..

Reactions:

3 pendapat:

seorang lagi anak perak, juga berada di perantauan, demi menimba ilmu. silalah bertandang ke http://xinnira.blogspot.com/
diskusi isu kemasyarakatan, agama, sosial, dan politik

Salam...kdg2 apa yang kita impiankan...realitinya berbeza..sya pernah mengalami..walau apa pun berlaku kpg halaman tetap di hati!!

2011 masih di sini hehehehe