This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Recent Posts

Jumaat, 20 November 2009

SKMM Siasat 71 kes salahguna internet

KUALA LUMPUR Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang menyiasat 71 kes penyalahgunaan internet bagi menyebarkan kandungan lucah, palsu serta menghina Islam.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata daripada jumlah itu, lapan kes telah dikenakan tindakan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana kandungan yang menghina seseorang.

"Seorang telah mengaku bersalah dan didenda sebanyak RM10,000 dan mahkamah telah mengenakan syarat-syarat tertentu yang lain, manakala tujuh tertuduh lagi sedang menunggu perbicaraan," katanya semasa menjawab soalan Matulidi Jusoh (BN-Dungun) pada persidangan Dewan Rakyat di sini pada Khamis.

Rais berkata tujuh kes pula terbabit dengan menyebarkan kandungan menghina Islam, termasuk satu kes di mana suspek yang telah pun dikenal pasti, melarikan diri bagi mengelak daripada dikenakan tindakan.

"SKMM sedang berusaha untuk mengesan suspek tersebut," katanya.

Rais berkata kementerian juga telah mengambil tindakan menurut Seksyen 263 akta tersebut terhadap tujuh laman web yang menghina Islam iaitu www.syurga-islam.blogspot.com, www.faithfreedom.org dan manatuhanallah.wordpress.com.

Laman web lain ialah adibahahmad.blogspot.com, surind.blogspot.com, tokbatinsenoi.blogspot.com dan www.malaysia-today.net/2008/content/view/1252.

Beliau berkata selain mendakwa mereka yang terbabit di bawah undang-undang, Seksyen 263 akta tersebut turut membenarkan SKMM dan pihak berkuasa lain untuk memberikan notis bertulis kepada pemberi perkhidmatan internet untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam mencegah pelakuan atau cubaan pelakuan sesuatu kesalahan.

Semasa menjawab soalan Hamim Samuri (BN-Ledang) mengenai keberkesanan Pusat Jalur Lebar (PJK), Rais berkata sehingga kini terdapat 85 buah PJK beroperasi di seluruh negara dan tambahan sebanyak 89 PJK sedang dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun ini.

"Pertengahan tahun depan, penembusan jalur lebar akan jadi lebih hebat dan dijangka kelajuan daripada 4mbps meningkat kepada 10mbps akan kita capai, jadi PJK ini akan dilengkapkan dengan kemudahan sekurang-kurangnya bagi mencapai tahap kelajuan 4mbps," katanya.

Rabu, 18 November 2009

Komen seorang guru tentang isu hina agama di Sarawak.

Salam sejahtera Cikgu Anuar, apa khabar anda. Belum terlambat lagi saya mengucapkan selamat bercuti rasanya. Tujuan saya menghantar PM kepada anda untuk memberikan pandangan peribadi saya terhadap komen anda terhadap engkabang.net. dalam blog anda. Kali pertama saya melawati blog anda, yang ada di muka depannya adalah gambar konvo anda. Dan sekarang, nampaknya blog anda telah berkembang dengan pelbagai isu dan ulasan anda sendiri. Tahniah.

Mohon membaca sehingga nota terakhir komen saya, dan saya minta maaf jika anda tersinggung, tetapi sebagai kawan yang telah mengenali di antara satu sama lain selama 4 tahun di Universiti, anda pasti tahu dan kenal saya secara peribadi. Ini adalah maklumbalas saya terhadap komen anda terhadap Isu Kontroversi ...

[ quote author = http://bloganakperak.blogspot.com/ ]
* Saya ada tempel berita ini ke ruangan forum di engkabang.net (Forum berkongsi pendapat guru-guru seluruh Sarawak)
[ / quote ]

Terima kasih kerana memperkenalkan engkabang.net dalam blog Cikgu Anuar... Memang benar ianya menjadi tempat di mana guru-guru di Sarawak yang terpisah dengan bentuk geografinya dapat berhubung dan bertukar-tukar maklumat.

[ quote author = http://bloganakperak.blogspot.com/ ]
Selepas beberapa jam disiarkan, topik berkenaan nampaknya telah dipadamkan oleh admin forum tersebut. Atas alasan apa saya tidak tahu. Salahkah berkongsi pendapat secara terbuka? Mengapa perlu dipadamkan? Tidak mahu orang mengetahui hal itu?
[ / quote ]

Cikgu Anuar, tidak salah kita berkongsi pendapat, tetapi kena juga fikirkan kesannya, memang mudah untuk membuka sesuatu post dan meletakkan isu yang sensetif, tetapi dapat tak kita kawal jika terjadi apa-apa masalah berpunca daripada isu itu? Pembaca post anda terdiri daripada guru pelbagai agama dan latarbelakang, malah ibubapa pun boleh membaca post tersebut. Sanggup tak Cikgu Anuar bertanggungjawab jika timbul sesuatu kesan negatif daripada post yang anda hantar itu? Para admin terdiri daripada guru-guru yang lebih berpengalaman, faham situasi yang bakal timbul, dan tindakan mereka memadamkan post tersebut, pada pandangan saya, memang satu tindakan yang bijak, cuma saya tidak faham kenapa Cikgu Anuar tidak puas hati sampai bawa isu itu ke blog anda. Semua orang telah mengetahui isu tersebut, jadi kenapa pula kata tidak mahu orang mengetahui hal tersebut, bukankah ianya tersiar dalam suratkhabar dan berita. Mungkin anda yang ketinggalan. Dan masa mendaftar dulu jadi member di engkabang.net ada tak baca Rules-nya tak?


[ quote author = Forum Rules and Guidelines > Rules (Don't) ]

Rules No.9.. No posts of an overtly political or religious nature OR posts promoting advocacy of particular personal, medical, egal, religious, political, or non-profit causes.
- The forums are intended for offering mutual personal support. Debating controversial subjects should be taken elsewhere.


Rules No.12.. If it shouldn't be viewed by minors, then it shouldn't be posted to the forums or chat rooms.
- This is a public, family-friendly, school forum. In addition, if something would not be considered "safe" (to a teacher or student), then it shouldn't be posted.
[ / quote ]

Dua peraturan dalam Engkabang.net telah menjelaskan post yang bagaimana boleh di post dalam engkabang.net.. Tidak ke masa ambil kursus Pentadbiran Sistem Komputer dan Rangkaian Komputer,dengan En.Zahar dulu,perkara berkaitan etika dalam rangkaian perlu diajar agar menjaga sensitivity semua pengguna. Itulah yang diaplikasi di sini.

[ quote author = http://bloganakperak.blogspot.com/ ]
Rasional lah sedikit. Ini bukan fitnah, ini kesalahan yang kita sebagai guru-guru, tak kisah lah agama apa sekalipun, perlu perbetulkan.
[ / quote ]

Cikgu Anuar, berfikirlah secara rasional komen saya diatas, dan untuk makluman, isu tersebut dalam perhatian pihak wajib. Malah telah dilaporkan dalam suratkhabar, jadi kenapa perlu dibincangkan perkara yang masih dalam siasatan? Semua pihak sedia maklum isu tersebut dan menunggu tindakan pihak yang berkenaan. Kenapa anda seorang saja yang terlampau berminat dengan isu tersebut. Banyak lagi perkara yang berkenaan pendidikan kita boleh kongsikan bersama...


[ quote author = http://bloganakperak.blogspot.com/ ]
Nampak sangatlah admin berpihak kepada golongan mana. Pembela atau penghina?
[ / quote ]

Satu tuduhan yang pasti melukakan hati setiap mereka yang membaca komen di blog anda. Apa yang anda dapat dengan mengeluarkan kenyataan begini? Bagi saya tindakan dan tuduhan kamu itu menampakkan ketidak-matangan sebagai seorang guru. Sebagai guru kita patut berfikir sebelum membuat sebarang kenyataan.. Fikirlah sendiri. Maaflah kalau anda tersinggung, tetapi setiap kata-kata saya ini lahir dari hati saya sebagai seorang kawan, apatah lagi kita berada di tempat orang, dan tidak mahu apa-apa yang tidak elok timpa ke atas seorang kawan yang saya kenali... Mohon edit semula post tersebut di blog anda, jika anda masih anggap saya sebagai kawan.

Jawapan Anak Perak

1. Terjadi di negara 1Malaysia

2. Melibatkan pelajar-pelajar sekolah di Malaysia, khususnya di Sarawak. Saya tidak menengahkan isu di luar persekitaran.

3. Ada kaitan dengan kita semua sebagai pendidik.

4. Saya dah beritahu, bukan untuk mencetuskan kontroversi murahan atau polemik, tetapi apa pandangan dan tindakan kita sebagai pendidik supaya isu sebegini tidak terjadi lagi.

5. Jangan salah faham. Tiada sesiapa pun yang suka apabila soal agama dan keturunan mereka dihina melainkan dia atheis.

6. Mengapa kita yang sudah lama hidup berbilang bangsa dan agama, perkara sedemikian masih terjadi? Terutamanya di Sarawak, yang dianggap model sebuah masyarakat berbilang bangsa dan agama yang hidup aman damai?

7. "agar menjaga sensitivity semua pengguna" mengapa tidak difikirkan sensitiviti sebelum ini? Sudah jelak menjaga sensitiviti semua sedangkan sensitiviti orang lain pada kami tidak dipedulikan.

8. "This is a public, family-friendly, school forum. In addition, if something would not be considered "safe" (to a teacher or student), then it shouldn't be posted." Apa-apa perkara yang melibatkan secara langsung dengan profesion perguruan, sekolah, jabatan pelajaran dan guru-guru saya rasa perlu diketengahkan.

9. " Malah telah dilaporkan dalam suratkhabar, jadi kenapa perlu dibincangkan perkara yang masih dalam siasatan? " Banyak posting lain oleh guru-guru yang ditempel dalam ruangan forum masih lagi berada di dalam siasatan. Tidak ada masalah pun? Boleh dibincang dan diberi pendapat oleh guru-guru kita yang berfikiran terbuka? Tidak perlu ada double standard.

10. Penghina agama tetap penghina agama. Anda tidak perlu mempertahankan golongan ini. Janganlah nanti persepsi saya terhadap anda berubah. Agama kami telah diserang di setiap sisi serata dunia, janganlah terbawa-bawa pula masuk ke dalam negara. Perbuatan yang tidak baik, hasilnya tidak baik juga. Toleransi ada hadnya.

11. "Satu tuduhan yang pasti melukakan hati setiap mereka yang membaca komen di blog anda" Hati kami sudah berdarah sejak sekian lama. Tidak siapa tahu. Melalui blog saya berhak meluahkan perasaan dan pendapat saya tentang sesuatu isu. Siapa makan cili dia terasa pedasnya. Lagipun pendapat dan komen saya tidak menghina mana-mana agama. Siapa mulakan dahulu?

12. Memang sudah menjadi kebiasaan saya menempel berita-berita di akhbar-akhbar ke dalam blog saya dan memberi pendapat. Saya bukan hanya menempel isu tersebut sahaja. Apa masalahnya?

13. "menampakkan ketidak-matangan sebagai seorang guru" Cuba baca surat khabar yang lepas-lepas ulasan beberapa orang profesional tentang hal ini. Adakah mereka tidak matang?

14. 'Kenapa anda seorang saja yang terlampau berminat dengan isu tersebut" Mana anda tahu saya seorang sahaja yang TERLAMPAU berminat? Anda dah periksa inbox saya kah? Dan saya ingin bertanya kepada anda. Mengapa anda terlampau berminat untuk menghantar mesej ini kepada saya? Andalah orang yang pertama hantar mesej sebegini kepada saya.

15. Berani kerana benar, walaupun yang benar itu sangat pahit. Saya tidak sanggup dipijak kepala oleh golongan-golongan ini. Negara ada undang-undang. Biarlah undang-undang yang menentukan. Sehingga kini tidak ada apa-apa yang berlaku. Penolong kanan 1 saya, yang beragama kristian, selalu melawat blog saya, selalu melawat engkabang.net dan selalu juga kami berinteraksi dalam FB, kami tidak ada apa-apa masalah. Yang penting, dia hormati dan faham pendapat saya, dan saya harap anda juga begitu. Perhubungan saya dengan guru-guru yang lain pun tidak ada masalah. Kenapa saya perlu risau?

16. Jikalau ada beberapa orang pelajar di Malaysia menghantar video yang menunjukkan perbuatan menghina-hina ajaran agama anda, apa perasaan anda? Tindakan saya memberi pendapat dan komen di dalam blog peribadi saya pun telah dikondem oleh anda. Itu baru pendapat peribadi..

17. Percayalah. Komen anda akan membuat saya lebih yakin lagi dengan apa yang saya telah lakukan.

18. Terima kasih memberi pendapat. Saya hargainya.


Jumaat, 13 November 2009

Budak bersin 12,000 kali sehari

RICHMOND - Seorang budak perempuan di Virginia, Amerika Syarikat (AS), Lauren Johnson, 12, bersin sehingga 20 kali seminit atau 12,000 kali sehari, lapor sebuah akhbar semalam.

Lauren mula bersin tanpa henti sejak dua minggu lalu akibat diserang selesema dan menyebabkan dia tidak dapat pergi ke sekolah malah sukar menjamah makanan.

Namun, Lauren tidak bersin semasa dia tidur pada waktu malam dan keadaan aneh tersebut turut membingungkan doktor-doktor yang belum tahu puncanya.



Dalam satu wawancara menerusi program Today Show di stesen televisyen NBC kelmarin, dia turut bersin pada siaran bual bicara pagi itu.

"Saya tidak boleh berhenti (bersin)," kata Lauren dalam temu ramah lima minit itu.

Ibunya, Lynn Johnson berkata, anaknya telah banyak bertemu dengan ramai pakar perubatan untuk menjalani diagnosis dan sudah mencuba 11 jenis rawatan yang berbeza.

Seorang pakar percaya dia menderita sindrom yang dikenali bersin mesingan merujuk kepada seseorang yang bersin tanpa henti. - Agensi

Sumber : Kosmo.com.my

Khamis, 12 November 2009

Bolehlahh...

Rabu, 11 November 2009

Fasal broadband Malaysia ni...

Dua langkah lonjak IT

DALAM usaha menyediakan komponen teknologi utama kepada rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menekankan dua langkah:

# Terus mengukuhkan infrastruktur komunikasi negara yang canggih menghubungkan 1.2 juta isi rumah dan premis perniagaan menggunakan gentian optik.

Jaringan jalur lebar berkelajuan tinggi itu akan membolehkan mereka disambungkan dengan Internet berkelajuan tinggi antara 10 megabait sesaat hingga 1 gigabait sesaat.

# Merancang mewujudkan sebuah pusat praktikal teknologi maklumat (IT) mirip model pusat perisian Infosys ternama di Bangalore, India. Melalui pusat ini, siswazah lepasan IT dapat mengikuti latihan kemahiran tinggi sebelum menceburi bidang pekerjaan dengan gaji lumayan.

PUTRAJAYA 10 Nov. – Malaysia sedang merancang untuk mewujudkan sebuah pusat praktikal teknologi maklumat (IT) mirip model pusat perisian Infosys ternama di Bangalore, India.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, menerusi pusat berkenaan, para siswazah lepasan IT akan mengikuti kemahiran tinggi di situ sebelum menceburi bidang pekerjaan dengan gaji lumayan.

“Pusat yang sedang kita rancang ini seakan-akan mirip model Infosys di Bangalore.

“Para siswazah (IT) kita pergi mengikuti latihan praktikal di pusat ini sebelum terjun ke dunia pekerjaan dengan gaji lumayan.

“Kita akan mulakan dengan mendirikannya di satu lokasi yang akan dikenal pasti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Pengasas Infosys Technology Ltd, N.R. Narayana Murthy yang juga anggota IAP MSC Malaysia memulakan syarikatnya di India pada 1981 dengan modal RM865 (AS$250) dan menukarkannya menjadi sebuah syarikat teknologi maklumat dan perundingan berbilion-bilion dolar.

Infosys di bawah Murthy merupakan satu kisah kejayaan klasik India dengan pendapatan tahunan bagi tahun kewangan 2007 melebihi RM10.72 bilion (AS$3.1 bilion) dan permodalan pasaran sebanyak RM103.8 bilion (AS$30 bilion), menjadikannya salah sebuah syarikat IT terbesar di India.

Syarikat-syarikat IT India berupaya mewujudkan 11.3 juta pekerjaan setahun dan ini sukar ditandingi, malah oleh satu lagi kuasa ekonomi saingannya, China sekalipun.

Bangalore, ibu negeri Karnataka dirujuk sebagai Lembah Silikon India dan merupakan 35 peratus daripada eksport perisian India.

Sumber : Utusan Malaysia Online

Anak Perak : Berita baik.. kita tunggu dan lihat.

Sabtu, 7 November 2009

Kelajuan Celcom 3G Broadband terkini..zzzzzzzz


Pelik betul dengan Celcom 3G ni.

Laju la pula.. Subsribe package 384kbps, tiba-tiba dapat speed sampai 1.38Mbps (DL) (Server Malaysialah)

Tapi kalau laju pagi-pagi dinihari tak guna juga. Tapi tak hairanlah laju pada waktu ini sebab orang semua tengah tidur.

Server Washington DC 650kbps (DL).
Server Los Angeles 680Kbps (DL)
Server UK (London) 220Kbps (DL)
Server Jepun (Tokyo) 770Kbps (DL)
Server Hong Kong 1.03Mbps (DL) Aik...lajunya Hong kong?
Server Sydney Australia 550Kbps (DL)

Kalau online siang-siang remang, speed nak sampai 10kbps pun susah, local server lak tu. Pelik-pelik.


Alahai la Celcom. Uprade la sikit supaya boleh tampung pengguna yang semakin bertambah ni. Mereka ni bayar, bukan langgan free saja. Selesaikanlah masalah tengkuk botol (bottleneck..hehehe) ni. Broadkanlah lagi bandwith tu. Sedangkan Penang Bridge lagi dibroadkan, apatah lagi Celcom Broadband.

Ingat!!!

Internet surfer didahulukan, kelajuan diutamakan

Itu KPI anda ok? Nanti saya repot kat PM nanti.

Isnin, 2 November 2009

Siapa yang sesat?


Pelajar ajuk cara 'bersolat jemaah' dalam gereja

KUCHING: Sekumpulan pelajar sebuah sekolah menengah di Betong, Sarawak, merakamkan perbuatan mereka meniru cara umat Islam bersolat jemaah termasuk melaungkan azan di dalam sebuah gereja dan dipaparkan dalam laman web You Tube.

Dalam rakaman dua minit 13 saat itu, sekurang-kurangnya lapan remaja termasuk dua perempuan berusia 12 hingga 15 tahun dilihat ketawa dan menjerit ketika empat rakan mereka melakukan 'solat jemaah'.

Empat remaja lelaki kelihatan berdiri di ruang hadapan gereja atau altar sambil meniru cara solat jemaah dengan seorang daripada mereka melakonkan watak imam.

Ketika itu, laungan seperti azan jelas kedengaran dipercayai dilakukan rakan lain, manakala kumpulan remaja berkenaan 'bersolat' dengan mengangkat takbir beberapa kali, sujud, duduk antara dua sujud sebelum duduk tahyat akhir.

Kumpulan remaja yang melakonkan watak jemaah turut berbaring beberapa kali dan menggayakan tarian 'shufle' serta berguling. Seorang daripada remaja berkenaan turut dilihat mengajuk cara pondan bersolat sebelum remaja yang merakam berkata "ada pondan ke dalam masjid".

Mereka memakai pakaian baju T dan seluar jeans dengan seorang daripada mereka memakai baju sekolah yang tertera nama dan logo Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Augustine, Betong.
ANTARA aksi yang dilakukan sekumpulan pelajar yang menghina cara orang Islam menunaikan solat di dalam sebuah gereja di Betong.

Perbuatan dipercayai dilakukan di sebuah gereja sekitar Betong, kira-kira 350 kilometer dari sini dengan tiada individu dewasa kelihatan berada dalam rumah ibadat berkenaan.

Pada penghujung rakaman, seorang remaja lelaki turut berkata "no more muslim, muslim is ajaran sesat". Rakaman berkenaan dihantar ke sebuah laman web oleh seorang penghantar bernama 'Harisha2012' pada 20 Oktober lalu.

Sementara itu, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Daud Abdul Rahman, berkata perbuatan itu dilakukan sekumpulan pelajar nakal dan meminta umat Islam tidak cepat melatah.

Katanya, Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) sudah dimaklumkan mengenai perbuatan kumpulan remaja berkenaan dengan siasatan dilakukan beberapa pegawai Jais.

"Sebagai umat Islam, memang kita tidak gembira, namun saya harap ia tidak menjejaskan hubungan antara kaum di negara ini. Ia dilakukan sekumpulan kecil budak nakal dan ia tidak mencerminkan keadaan sebenar hubungan kaum dan agama yang sememangnya baik sejak dulu lagi," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas termasuk merujuknya kepada pemimpin di kawasan berkenaan bagi memastikan ia tidak berulang.

"Setakat ini tiada laporan rasmi dibuat mana-mana pihak, namun saya akan meminta pegawai Jais membuat laporan agar siasatan lebih terperinci dilakukan," katanya.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sarawak, Datuk Dr Julaihi Bujang, berkata pihaknya sudah memaklumkan kejadian kepada polis dengan tindakan tegas akan diambil terhadap kumpulan pelajar berkenaan.

Berita Harian Online @ 2 November 2009


ANTARA aksi yang dilakukan sekumpulan pelajar yang menghina cara orang Islam menunaikan solat di dalam sebuah gereja di Betong.

Anak Perak : Kadang-kadang aku rasa pelik dan hairan dengan sikap sesetengah orang bukan Islam ni. Dari dahulu lagi memang suka menghina, mencaci, mengajuk-ajuk dan buat perkara yang tidak baik tentang ritual, praktikal, lafazan agama Islam.

Sedangkan kami rasa kami tidaklah membuat perkara yang sama kepada agama lain. Kami telah diajar supaya menghormati agama lain. Aku rasa tidak kedapatan perkara-perkara yang dibuat oleh orang Islam hina agama lain.

Kami tidak bakar Bible? kami tidak hina Jesus, kami tidak menghina-hina ritual dan kepercayaan orang Kristian, kami tidak menghina simbol salib.

Apa masalah dengan kalian wahai orang bukan Islam??

Bagaimana pula agama anda? Tidakkah agama anda menyuruh hormati budaya dan agama orang lain juga?

Kalau anda sendiri boleh menari-nari, membuat bising, menjerit-jerit dan berkata lucah di dalam rumah suci anda, kami faham, apatah lagi hina agama lain? Sedangkan dalam rumah ibadah anda sekalipun boleh diperlakukan sedemikian. Bagaimana hendak hormat agama lain kalau agama sendiri pun tak dihormati?

Tak bodoh ke?


Kalau perkara sepertimana dalam artikel di atas berlaku di negara lain, ada kemungkinan saya memahaminya kerana mungkin orang bukan Islam kurang faham tentang apa itu ajaran Islam yang SEBENARNYA. Yang membuat saya rasa marah, meluat, benci, sakit hati (dan banyak lagi) perkara itu berlaku di negara sendiri, yang mana kita sudah berpuluh-puluh tahun hidup di dalam kepelbagaian masyarakat yang berbilang bangsa, etnik dan agama.

Walau apapun alasan diberikan, memang orang Islam harus 'melatah' dalam perkara melibatkan hal seperti ini. Hanya berdiam diri dan membiarkan saja agama dimain-mainkan oleh orang lain bukanlah satu pilihan.

Kami tidak akan sesekali membalas apa yang anda buat kepada kami. Bukan ajaran agama kami untuk menghina, memaki dan mempermain-mainkan agama lain.

Teruskanlah menghina dan mempermainkan agama suci kami.

Sudah sah sekarang, siapa yang benar, siapa yang sesat, siapa yang takut bayang-bayang sendiri, siapa mengikut ajaran syaitan, siapa mengikut ajaran tuhan yang satu.

Sengaja saya selitkan di sini. Saya ada tanya seorang pelajar kristian di sekolah, siapa tuhan mereka? Jesus? bukankah Jesus dipanggil anak tuhan? Tapi mereka anggap Jesus tuhan? Mana satu tuhan ni? Mereka pun ting tong juga. Malas saya nak teruskan sebab nak hormati agama mereka. Dalam ajaran kami mempercayai Nabi Isa A.S sebagai pesuruh Tuhan yang mesti kami percayai. Tidak lebih hanya sebagai seorang pesuruh Tuhan, menyebarkan perkara yang benar dari tuhan.

Mungkin mereka masih budak-budak sebaya dengan pelajar-pelajar saya di sekolah. Saya faham. Kefahaman mereka terhadap agama mereka sendiri pun masih kurang, apatah lagi tentang menghormati agama lain. Tetapi laksana api, kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan.

* Saya ada tempel berita ini ke ruangan forum di engkabang.net (Forum berkongsi pendapat guru-guru seluruh Sarawak) Selepas beberapa jam disiarkan, topik berkenaan nampaknya telah dipadamkan oleh admin forum tersebut. Atas alasan apa saya tidak tahu. Salahkah berkongsi pendapat secara terbuka? Mengapa perlu dipadamkan? Tidak mahu orang mengetahui hal itu? Rasional lah sedikit. Ini bukan fitnah, ini kesalahan yang kita sebagai guru-guru, tak kisah lah agama apa sekalipun, perlu perbetulkan.