This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Recent Posts

Sabtu, 28 Februari 2009

Perkara yang perlu dilakukan apabila dihentikan oleh Polis

Prosedur untuk diikuti apabila berdepan dengan situasi di mana anda di tahan oleh pegawai polis beruniform semasa memandu.

  1. Berhentikan kenderaan dan turunkan cermin
  2. Sebelum pegawai polis meminta dokumen pengenalan diri dan lesen, terlebih dahulu minta kad kuasa pegawai itu sebagai bukti.
  3. Jika anda berpuas hati dengan identiti polis tersebut, sila tanya adakah anda disaman, dan jika ya, atas kesalahan apa.
  4. Serahkan lesen dan kad pengenalan dan tunggu untuk ambil saman

Situasi di mana anggota polis meminta anda mengikut mereka ke balai polis
  1. Tanya adakah anda telah di tahan dan atas kesalahan apa.
  2. Jika anda tidak ditahan, anda berhak untuk beredar.

Situasi di mana anda mungkin diberhentikan oleh polis berpakaian preman
  1. Jangan berhenti kerana polis berpakaian biasa tidak ada kuasa untuk memberhentikan anda
  2. pergi ke balai polis yang berhampiran dan buat laporan. (Langkah yang sama untuk pejalan kaki)

Situasi di mana anggota polis datang ke rumah anda
  1. Jangan benarkan mereka masuk sebelum memeriksa kad kuasa mereka.
  2. Jika anda tidak berpuas hati, hubungi balai polis yang berhampiran dan pastikan anggota tersebut memang dihantar ke rumah anda.
  3. Anda tidak perlu membenarkan mereka masuk ke dalam rumah jika mereka tidak mempunyai waran geledah
  4. Jangan ikut mereka jika anda tidak di tahan.

Situasi di mana individu yang mendakwa dirinya anggota polis berpakaian preman datang ke rumah anda.
  1. Jangan benarkan mereka masuk kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian
  2. Laporkan kejadian di balai polis yang berhampiran

Selasa, 24 Februari 2009

Sabarlah Cikgu..


Bahan Rencah Oleh : Anak_Pejuang

Di Waktu Pagi

Pergi ke sekolah setiap pagi, menaiki bas 2 kali sebelum sampai ke sekolah. Hendak masuk menuju ke sekolah perlu berjalan kaki lagi 1 kilometer. Kadang-kadang kerjanya adalah membuka pagar sekolah (kerana ada tugasan yang diberi sebegitu - maklumlah sekolah pun di kawasan pedalaman). Sabarlah cikgu..

Semasa Sesi Pengajaran

Sebelum memulakan pengajaran, cikgu membaca doa bersama anak murid. Diminta agar diterangkan hati, dimudahkan faham apa yang diajar dan dipelajari. Cikgu meminta anak murid agar mengutip sampah, mengemaskan kerusi dan meja agar dapat belajar dengan selesa. Begitulah setiap hari mulutnya tidak pernah diam menasihati agar sampah yang dijumpai bersepah di luar bilik darjah dan sekolah agar dibuang di dalam tong sampah. Sabarlah cikgu...

Cikgu menanda kedatangan pelajar di Buku Daftar Kehadiran Murid, ada beberapa nama yang sudah acapkali tidak hadir. Cikgu bukan tidak peduli tentang itu semua, lalu ditanya rakannya sekelas. Dijawab mereka "si polan tu pergi CC (Cyber Cafe), swimming pool, kadang-kadang tak naik kelas dia duduk kat pondok perhentian bas". Cikgu pun menyusul ke perhentian bas sambil memujuk anak murid agar naik ke kelas. Sabarlah cikgu...

Cikgu mengajar di hadapan, anak murid bermain-main di belakang. Ada yang tidur, ada yang berbual-bual. Bila ditanya "mana kerja rumah". Dijawab pula "Lupa cikgu" (padahal di rumah begnya tidak pernah diperiksa dijadikan pekasam sahaja) Ibu dan ayah pula terlalu sibuk bekerja. Samada anak ke sekolah atau tidak, itu belakang kira. Yang penting sudah nampak pergi ke sekolah. Cikgu pun meneruskan pengajarannya, diberikan penjelasan dan diulang-ulang lagi apa yang telah diajar agar dapat melekat terus di hati anak muridnya. Cikgu pun bertanya, "faham tak ? Kalau tak faham silalah bertanya, nanti cikgu ulang lagi". Anak murid pun menjawab "faham cikgu". Tidak lama kemudian cikgu pun menyoal dari apa yang telah dipelajari, kerana beranggapan anak muridnya sudah faham apa yang diajar. Kemudian ramailah anak murid yang berdiri dan menjadi 'patung' kerana tidak dapat menjawab soalan cikgu. Hanya beberapa kerat yang membuka mulut untuk menjawab soalan. Sabarlah cikgu...

Lalu cikgu pun ingin membuat ulangkaji dengan anak muridnya lagi. Semalam cikgu dah beritahu supaya menelaah apa yang telah diajar. Hari ini cikgu ingin menyoal pula. Tetapi tidak ramai yang ingin menjawab. Bila ditanya mengapa tidak dapat menjawab soalan. Mereka menjawab "tak tahu, lupa, jaga adik". Sabarlah cikgu..

Bukan cikgu tidak tahu, ada anak murid nakal dan pernah didenda kerana kenakalannya yang diulang berkali-kali. Cikgu bukan denda kerana suka mendenda. Tetapi kerana kasih dan sayangnya kepada anak murid. Itupun dimulakan dengan nasihat untuk dia memikirkan kembali baik dan buruknya perbuatan yang telah dilakukan dan masa hadapannya. Diberikan teguran agar membekas dalam hati. Dan dihukum sesuai dengan kesalahannya. Dan ada juga cikgu menegur kesalahan anak murid agar tidak membuat bising di dalam kelas. Semasa hendak membuka pintu kereta, kereta cikgu telah dicalar balarkan, tayar dipancitkan. Kengkadang cikgu pun ditunggu diluar untuk dipukul. Sabarlah cikgu...

Sesudah Habis Mengajar

Sebelah petangnya, apabila anak murid sudah pulang ke rumah. Cikgu masih lagi di sekolah, terkadang ada kelas tambahan untuk anak muridnya. Terkadang ada kerja untuk menyiapkan alat bantu mengajar supaya anak murid mudah faham. Terkadang tertidur sebentar kerana kelelahan.

Di rumah, kerja cikgu belum selesai lagi. Perlu menyiapkan buku persediaan mengajar, perlu memikirkan pula aktiviti tahunan yang telah diagihkan untuk disempurnakan. Kertas kerjanya, soalan bulanannya, persatuan yang dinaunginya. Cikgu pun ada suami, ada isteri, ada anak-anak untuk dibesarkan, dididik, diberi makan, dikenalkan dengan kehidupan. Setiap kali melihat buku anak murid, akan terbayang wajah mereka satu persatu. Ya, cikgu pun mendoakan juga agar anak muridnya berjaya dan menjadi orang yang berguna. Sabarlah cikgu...

Cikgu pun tidak kisah.. semasa di luar sekolah, ketika bersiar-siar. Bukan tidak pernah terserempak dengan anak muridnya. Ada yang menyapa memberi salam dan senyuman - AlhamduliLlah baguslah, ada juga yang sembunyi-sembunyi (mungkin segan kerana berpakaian menjolok mata atau telah melakukan sesuatu yang ia rasa tidak kena), ada juga yang berlalu seolah-olah cikgu tidak wujud di depan matanya (mungkin tidak nampak gamaknya). Cikgu pun tidaklah terasa sangat sebenarnya.. Sabarlah cikgu...

Cikgu pun pernah mengajar anak muridnya agar tahu mengucapkan terima kasih. Apabila cikgu hendak memberikan buku kepada anak murid, ia tidak melepaskan buku tersebut kecuali setelah anak murid mengucapkan 'terima kasih cikgu'..

Sekadar berkongsi antara kehidupan cikgu yang tidak didedahkan, cubalah berkongsi pengalaman dengan mereka. Agar tahu perasaan dan susah payahnya di dalam mendidik anak bangsa. Kepada ustaz, ustazah, cikgu, guru dan pensyarah yang pernah mendidik diri ini... Terima kasihku ucapkan...

Sumber : Jarum Emas

Datok Temenggung

Datok Temenggung oleh Dato' M.Daud Kilau

Seribut tunduklah padi
dicupak
Datok temenggung 2x

wahai adikku sebunga bangsa
hormatlah pada ibu dan ayah
pakai nasihat simpan di dada
itulah suluh di hari muka 2x

tekun belajar setiap hari
jangan kau malas nanti kau rugi
tiang agama kau tuntuti
supaya senang di akhir nanti 2x

akhir sekali abang berkata
nasihat abang jangan kau lupa
pada negara jangan DERHAKA
agar hidupmu aman sentosa 2x

Download di sini (Klik kanan, save target as (untuk IE) atau save link as (untuk Firefox)

Suspek tidak puas hati kena tegur buat bising dalam kelas

KOTA BHARU: Seorang pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas dekat sini, cedera diserang 10 pelajar yang tidak berpuas hati terhadap tindakannya menegur seorang daripada mereka kerana bising dalam kelas selepas waktu persekolahan, petang kelmarin.

Serangan terhadap pelajar Tingkatan Empat, Ahmad Shafie Ihsanul Kamil, 16, berlaku kira-kira jam 3 petang, ketika dia bersama seorang rakannya berjalan pulang pada hari terakhirnya di SMK Tanjong Mas kerana diterima masuk ke Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas, mulai semalam.

“Ketika melalui belakang Masjid Taman Uda Murni, kami disekat 10 pelajar yang menaiki dua motosikal dan lima basikal.

“Seorang daripada mereka yang juga pelajar sekelas menendang belakang menyebabkan saya tersungkur.

“Rakan saya cuba menghalang serangan itu, tetapi dilarang kumpulan pelajar itu,” katanya di sini, semalam.

Ahmad Shafie berkata, ketika dia cuba bangun, pelajar sekelasnya menumbuk dan menendangnya sehingga terjatuh, diikuti pelajar lain menendang mukanya beberapa kali.

Katanya, kumpulan itu melarikan diri meninggalkannya cedera di tangan dan lutut apabila seorang wanita datang memarahi mereka.

Bapa mangsa, Ihsanul Kamil Che Haron, 56, berkata beliau menghantar anaknya mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) apabila mendapati anaknya cedera dengan seluarnya terkoyak.

“Saya terkejut melihat anak bongsu daripada lima beradik itu pulang dengan seluar koyak dan pipi lebam, manakala lututnya berdarah,” katanya yang membawa Ahmad Shafie membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

Ihsanul Kamil terkilan dengan kejadian yang menimpa anaknya dan meminta pengurusan sekolah menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pelajar terbabit.

“Awal Januari lalu, seorang pelajar di sekolah sama turut diserang sehingga cedera dan tidak hadir ke sekolah selama seminggu, namun kejadian itu tidak dilaporkan,” katanya.

Katanya, beliau dimaklumkan pengurusan SMK Tanjong Mas mengaturkan perjumpaan antara ibu bapa pelajar yang menyerang anaknya bersama Pejabat Pendidikan Daerah Bharu hari ini.

Sementara, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata walaupun 10 pelajar didakwa memukul mangsa dalam kejadian itu, siasatan polis mengenal pasti hanya empat pelajar terbabit dalam serangan itu.

Katanya, polis belum membuat sebarang tangkapan.

Berita Harian

Ahad, 22 Februari 2009

Kami sedang memerhatikan anda?


Apalah maksud banner
" Kami Sedang Memerhatikan Anda... We Are Watching You"
pada header atas laman web Barisan Nasional Perak ?

Sekali baca kita akan rasa selalunya pernyataan di atas merujuk kepada sesuatu situasi yang dalam keadaan berbentuk amaran, cemas, kritikal, dan memerlukan perhatian rapi (selalunya dalam aspek keselamatan) keadaan yang tidak menyenangkan sehingga perlu ada seseorang yang akan memerhatikan kita melakukan sesuatu. Adakah dengan membuat sesuatu yang tidak selaras dengan hasrat BN akan membawa kepada satu keadaan yang tidak menyenangkan? Dengan kata lain, satu ugutan?

Ugutan apa?

Ataupun maksudnya Barisan Nasional akan selalu memerhatikan rakyat, yakni akan menolong rakyat jika ada sesuatu masalah. Dalam erti kata lain, BN ialah sebuah parti yang prihatin atas kebajikan rakyat.

Anda nilailah sendiri apakah maksud "anda sedang diperhatikan" di atas.

Sabtu, 21 Februari 2009

Mengapa kaki ponteng bosan berada di sekolah?


Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

BERMULA dengan ponteng sekolah. Kemudian secara berkumpulan terlibat dengan gejala merokok. Tidak cukup dengan itu, pelajar yang ponteng ini juga terdorong untuk melakukan jenayah kecil seperti curi motosikal, penagihan dadah dan paling membimbangkan kes jenayah rogol dan sebagainya.

Walaupun gerakan 'memburu' kaki ponteng ini dilakukan secara rutin oleh pelbagai agensi penguatkuasaan termasuklah daripada Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS), kehadiran mereka kini mudah dihidu golongan kaki ponteng kerana keterampilan penguat kuasa itu yang senang dikenali.

Kebimbangan ibu bapa terhadap pelajar yang ponteng sekolah ini bertambah apabila kelmarin, 14 pelajar di Rembau, ditahan pihak polis kerana ponteng dan berpeleseran tanpa arah.

Jangan tidak percaya, suatu hari nanti kaki ponteng ini akan menubuhkan kumpulan samseng sendiri serta menjadi perancang dalam kes ugut, buli dan samun serta menjadikan pelajar sekolah yang tidak berdosa sebagai mangsa mereka.

Perkara ini tidak boleh dipandang ringan walaupun JPNS menyatakan ia sesuatu yang serius dan wajar diberi perhatian oleh semua pentadbir sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Soalnya, dasar yang dibuat oleh kerajaan melalui Kementerian Pelajaran terhadap keseriusan gejala ponteng ini hendaklah dilaksanakan dengan berkesan supaya permasalahan sosial yang lebih teruk seperti maksiat dan samseng remaja tidak berleluasa.

Dalam aspek ini juga, pihak kerajaan perlu melihat faktor modal insan yang lebih berkesan. Adakah nilai yang kita bawa itu mencukupi untuk pelajar ini merasa seronok di sekolah atau pun banyak sebab mengapa mereka bertindak untuk ponteng sekolah.

Skop ini harus dilihat secara positif kerana aspek pendidikan hari ini perlu membentuk satu perubahan yang boleh menarik minat pelajar untuk hadir ke sekolah dalam apa cara sekali pun.

Ia sama ada kaedah pembelajaran yang lebih menyeronokkan mahupun penyampaian yang tidak terlalu tertekan.

Hari ini, pelajar datang ke sekolah - guru bertugas akan memberi ucapan penuh ketegasan, tetapi kadang kala disertai dengan tengkingan, nasihat dengan sinis dan celoteh yang terlalu lama - membosankan, tidak ceria dan pelajar akhirnya tertekan.

Dalam bilik darjah - suasana panas, tegang, pembelajaran yang membosankan - terlalu ikut 'kata buku', guru yang terlalu garang, kurang latihan praktikal dan ini juga melemahkan semangat pelajar untuk terus kekal dalam bilik darjah.

Selepas sekolah - pelajar pula menerima pengaruh akibat persekitaran sekolah yang begitu hampir dengan proses urbanisasi dan terpikat dengan video, kafe siber dan pusat membeli belah.

Di rumah - ada pelajar tidak diberikan kasih sayang, pembelajaran terabai, ibu bapa sibuk dengan aktiviti atau bekerja, tidak ambil peduli, cepat marah, pendedahan gajet elektronik, kurang pendidikan agama dan paling malang pengaruh video lucah.

Hakikatnya, sindrom ponteng sekolah ini sudah kembali mencabar undang-undang, kecuali mereka benar-benar tidak hadir ke sekolah disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan seperti sakit.

Untuk itu, kita harus 'menjinakkan' kembali pelajar ini supaya mereka kembali menjadikan pembelajaran ini sebagai satu tanggungjawab bukan kerana terpaksa sehingga mengakibatkan mereka memilih jalan untuk ponteng seolah.

Jadi langkah berikut amat perlu diberi perhatian:

  • Menjalinkan perasaan sayang antara pelajar - konsep sayang bermakna mengambil berat, ambil tahu dan mendengar masalah, idea, pandangan mereka secara positif bukan secara sinis.
  • Menimbulkan kesedaran terhadap keberuntungan diri sendiri - sihat, lengkap anggota badan berbanding mereka yang berhadapan kecacatan (golongan yang sentiasa insaf dan mahu mencorak kehidupan secara positif)
  • Menghayati kurniaan Tuhan pada bakat yang ada dalam diri pelajar - contohnya mereka boleh berdebat, berpidato, menyanyi, mengarang, bersukan, berekreasi, keagamaan, berpersatuan - galakkan dan jangan disekat.
  • Sentiasa meminta mereka merenung kelemahan dan menyesali perbuatan. Ini perlu dibangkitkan dengan motivasi dan perubahan sikap selain mengimbangi kaedah pembentukan modal insan yang berjaya.
  • Hendaklah membawa pelajar ini melihat wawasan masa hadapan untuk memajukan diri, keluarga serta orang yang disayangi - caranya dengan membawa mereka melihat dunia luar seperti rumah anak yatim, warga emas, hospital, gotong-royong di rumah keluarga miskin dan sebagainya.
  • Melahirkan insan peka dalam setiap kehidupan.
Jika semua aspek ini dapat diaplikasikan di sekolah dengan mengetepikan sikap kerenggangan antara guru dan pelajar, kita optimis minat pelajar untuk terus berada di sekolah dan menjadikan sekolah sebagai 'rumah kedua' akan berjaya.

Maka, pemantapan disiplin pelajar tidak boleh dibuat dengan kegarangan, tetapi perlu digerakkan dengan kelembutan kerana tidak mungkin 'api disimbah dengan minyak' dan biarlah 'api itu disimbah dengan air yang jernih'.

Gerakan memburu kaki ponteng perlu dibuat dengan pendekatan yang lebih harmoni, penuh kesedaran dan keinsafan supaya pelajar yang terbabit menjadi lebih yakin bahawa di sekolah mereka tetap diperlukan, di rumah pula mereka tetap disayangi keluarga.

Utusan Malaysia 21 Februari 2009

Jumaat, 20 Februari 2009

HELANG LEBUHRAYA POLIS






Minda: Penuhi hak ibu bapa

Susunan Hashim Ahmad

INGATLAH betapa besarnya kasih sayang ibu bapa kepada kita. Mereka memberi perhatian amat serius mengenai tempat tinggal, makan minum, pendidikan serta penjagaan kita pada setiap masa.

Mereka sering bimbang ketika kita sakit hingga pekerjaan lain ditinggalkan demi merawat kita.

Wang yang mereka cari dengan susah payah rela dikeluarkan tanpa berfikir panjang. Mereka bekerja keras siang malam demi memberi nafkah kepada kita.

Dengan beringat jasa mereka, kita akan mengetahui kadar penderitaan pada waktu mereka membimbing diri kita hingga beranjak dewasa.


Allah s.w.t memerintahkan agar manusia berbakti kepada ibu bapa.

Firman Allah bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil.” ” (Surah Al Israa’: Ayat 23 dan 24)

Allah juga berfirman bermaksud: “Dan sembahlah Allah dan janganlah menyekutukan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, tetangga dekat, tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang sombong dan membanggakan dirinya.”

(Surah An Nisaa’: Ayat 36)

Ayat di atas menunjukkan bahawa berbakti kepada ibu bapa menduduki peringkat kedua selepas mentauhidkan (mengesakan) Allah dalam beribadah.

Sebab itu tidak mungkin terjadi bagi seorang yang mengaku bertauhid kepada Allah, tetapi ia derhaka kepada kedua-dua orang tuanya.

Allah yang Mencipta dan Memberikan rezeki. Maka Allah sajalah berhak diibadahi.

Ibu bapa adalah sebab adanya anak. Maka kedua-duanya berhak diperlakukan dengan baik.

Oleh itu menjadi kewajipan bagi seorang anak untuk beribadah kepada Allah kemudian diiringi dengan berbakti kepada kedua-dua orang tuanya.

Andai kelak kita menjadi ibu bapa, tidakkah kita akan kecewa dan bersedih hati apabila anak kita berkata kasar kepada kita - ibu bapa yang membesarkannya.

Lalu, apakah kita sampai hati melakukannya terhadap ibu bapa kita saat ini? Merekalah yang selalu berusaha meredakan tangis kita ketika kecil.

Ingatlah bahawa doa orang tua terutama ibu adalah doa mustajab. Maka janganlah sekali-kali kita menyakiti hati mereka meskipun kita dalam pihak yang benar.

Sesungguhnya hak ibu bapa kita atas diri kita lebih besar dan berlipat ganda banyaknya sehingga apapun kita lakukan dan sebesar manapun penderitaan kita rasakan ketika kita membantu mereka, hal itu tidak akan dapat membalas jasanya.

Ketika Abdullah bin Umar melihat seseorang menggendong ibunya untuk tawaf di Kaabah dan ke mana saja si ibu inginkan, orang itu bertanya: “Wahai Abdullah bin Umar, dengan perbuatanku ini apakah aku sudah membalas jasa ibuku?”

Jawab Abdullah bin Umar: “Belum, setitis pun engkau belum dapat membalas kebaikan kedua-dua orang tuamu.”

Tidakkah kita ingin diluaskan rezeki dan dipanjangkan umur oleh Allah? Sabda Rasulullah s.a.w: “Barang siapa yang suka diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menyambung tali silaturahim.” (Hadis Riwayat: Bukhari, Muslim, Abu Dawud)

Sesungguhnya ibu bapa keluarga terdekat kita. Mereka mempunyai hak yang lebih untuk kita dahulukan dalam masalah silaturahim.

Merekalah selalu berada di sisi kita baik ketika bahagia mahupun duka, berkorban dan selalu menolong kita lebih daripada teman kita.

Lalu masih enggankah kita membalas segala pengorbanan mereka?

Berbuat baik kepada ibu bapa adalah sebuah keharusan, bahkan harus didahulukan daripada fardu kifayah serta amalan sunnah lainnya - didahulukan daripada jihad dan hijrah di jalan Allah.

Pun harus didahulukan daripada berbuat baik kepada isteri dan anak. Taatilah mereka dan janganlah kita menentang kedua-duanya sedikit pun kecuali apabila mereka memerintah kita supaya berbuat maksiat.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Tidak ada ketaatan bagi makhluk apabila pada saat yang sama bermaksiat kepada Sang Pencipta.” (Hadis Riwayat: Ahmad)

Firman Allah bermaksud: “Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua orang tuanya; ibunya mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusunya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada-Ku tempat kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuannya mengenai itu, maka janganlah kamu mentaati keduanya dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku beritahukan kepadamu apa yang kamu kerjakan.” (Surah Luqman: 14-15)

Ingatlah bahawa seburuk manapun ibu bapa kita, kita tetap tidak akan dapat membalas semua jasa mereka.

Yang perlu kita lakukan hanyalah tidak mentaati ibu bapa ketika mereka menyuruh kita untuk bermaksiat.

Tidakkah kita ingin menikmati kebenaran dan keindahan Islam bersama mereka? Tidakkah kita inginkan kebaikan dan keselamatan bagi mereka sebagaimana mereka selalu ingin kebaikan dan keselamatan bagi kita?

Tidakkah kita ingin agar Allah mempertemukan kita di jannah-Nya?

Justeru, bersabarlah dalam membimbing dan berdakwah pada mereka sebagaimana mereka selalu sabar dalam membimbing dan mengajar kita dahulu.

Ingatlah bahawa satu doa mustajab adalah doa daripada seorang anak yang soleh untuk orang tuanya.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila manusia mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan orang tuanya.” (Hadis Riwayat: Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah pasti mengangkat darjat bagi hamba-Nya yang soleh ke syurga.” Maka ia bertanya: “Ya Allah, bagaimana itu boleh terjadi?’ Allah menjawab: “Berkat istigfar anakmu untukmu.” (Hadis Riwayat: Ahmad)

Diriwayatkan daripada Umar bin Khattab berkata: “Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Kelak akan datang kepada kamu sekalian seseorang bernama Uwais bin Amir, anak muda yang belum tumbuh janggutnya, keturunan Yaman dari kabilah Qarn. Pada tubuhnya terkena penyakit kusta, namun penyakit itu sembuh daripadanya kecuali tersisa seukuran wang dirham. Dia mempunyai ibu yang dia sangat berbakti kepadanya. Apabila dia berdoa kepada Allah nescaya dikabulkan, maka jika engkau bertemu dengannya dan memungkinkan minta padanya memohonkan ampun untukmu maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat: Muslim dan Ahmad)

Menyedari hakikat ini, janganlah kita enggan untuk berdoa demi kebaikan orang tua kita. Sekeras apapun usaha kita lakukan, apabila Allah tidak berkehendak, nescaya tidak akan terjadi.

Hanya Allahlah yang mampu memberi petunjuk dan membukakan pintu hati kedua orang tua kita.

Mintalah pada-Nya kerana tidak ada yang tidak mungkin bagi-Nya. Bermohonlah terus pada-Nya dan janganlah bosan meskipun kita tidak tahu bila doa kita akan dikabulkan.

Seandainya Allah tidak berkehendak untuk memberi mereka petunjuk hingga ajal menjemput mereka, ingatlah bahawa Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya.

Janganlah berhenti berdoa kerana sesungguhnya doa anak soleh untuk ibu bapanya tidaklah terputus amalannya meskipun mereka sudah meninggal.

Semoga Allah menyelamatkan kita dan keluarga kita daripada api neraka serta mengumpulkan kita dalam jannah-Nya.

Pelajar ‘bom’ kereta guru

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
am@hmetro.com.my

ALOR STAR: Ketegasan seorang guru disiplin di sebuah sekolah di Ayer Hitam, dekat sini, mendisiplinkan pelajar bermasalah dibalas dengan kenderaan miliknya dilontarkan bom petrol, malam kelmarin.

Bom petrol itu dilontarkan pada kereta guru berkenaan sebagai amaran berikutan tindakannya merotan pelajar yang melanggar peraturan ketika sesi persekolahan.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, guru terbabit sedang menonton televisyen bersama keluarga di rumahnya di Kampung Teluk Tui, Jerlun, dekat sini, sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan di hadapan rumah.

Menurut sumber, guru berusia 40-an itu meluru keluar dari rumahnya sebelum melihat Proton Wiranya disambar api pada tayar belakang di bahagian kiri.



“Mangsa terkejut dengan kejadian itu dan tergamam seketika sebaik melihat api menyambar kenderaannya.

“Bagaimanapun, jeritan isterinya yang menyusul di belakangnya beberapa minit kemudian kembali menyedarkannya.

“Dia segera mengambil sebaldi air dan memadamkan kebakaran itu,” katanya di sini, semalam.

Sumber itu berkata, guru terbabit sempat mendengar bunyi motosikal memecut meninggalkan rumahnya sejurus mendengar letupan itu, namun tidak dapat mengecam sesiapa atau nombor platnya kerana keadaan terlalu gelap.

“Mungkin perbuatan itu dilakukan pelajar yang tidak berpuas hati dengan tindakannya merotan mereka yang bermasalah.

“Malah, ketegasannya dalam mendisiplinkan pelajar juga disalahertikan pelajar yang berfikiran negatif,” katanya.

Guru terbabit membuat laporan di Balai Polis Ayer Hitam, dekat sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu.

“Siasatan sudah dimulakan sebaik kita menerima laporan dan kes ini kini disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Anak Perak : jangan pula salahkan guru jika sesuatu berlaku pada anak anda.

Ahad, 15 Februari 2009

Kenapa paderi meninggalkan gereja untuk ke masjid

Ahad, 8 Februari 2009

Trend enggan bawa buku teks jadi budaya

Kebanyakan pelajar kelas corot sandang beg kosong

KUALA LUMPUR: Pelajar sekolah menengah kini berdepan trend membimbangkan, keengganan mereka membawa buku teks ke sekolah yang boleh mengundang permasalahan jangka panjang terutama dalam melahirkan masyarakat berilmu.

Trend yang membimbangkan itu diakui guru, ibu bapa serta di pihak Kementerian Pelajaran iaitu Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran.

Keengganan membawa buku bukan saja menyukarkan pembelajaran di sekolah malah buku itu juga tidak digunakan untuk rujukan di rumah.

Bagaimanapun, majoriti pelajar tidak menganggap perbuatan mereka itu satu kesalahan dan memberi pelbagai alasan termasuk malas, beg berat serta tidak sukakan guru yang mengajar subjek tertentu.

Kalangan guru dan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) menganggapnya sudah menjadi satu budaya biasa di kebanyakan sekolah. Guru pula takut mendenda murid kerana bimbang ia boleh menyemai rasa benci kepada pembelajaran, selain takut dicederakan.

"Tidak membawa buku teks menjadi budaya biasa di kalangan pelajar. Malah lebih mengejutkan apabila ditanya mengapa tidak membawa buku, tanpa rasa bersalah mereka dengan selambanya menjawab, malas," kata seorang guru, Lieza Umar (bukan nama sebenar) yang mengajar di sebuah sekolah menengah di Selangor.

Malah, kata Lieza, kebanyakan pelajar, khususnya pelajar lelaki kelas corot bukan saja tidak membawa buku teks tapi datang ke sekolah dengan beg kosong tanpa buku tulis dan buku latihan.

"Ketika mula-mula mengajar dulu, saya terkejut apabila mendapati ramai pelajar memikul beg kosong sehinggakan saya terpaksa menyediakan kertas untuk mereka catat apa yang diajar.

"Tapi biasanya kertas itu akan bertukar menjadi sampah apabila saya melangkah keluar dari kelas," katanya kesal.

Lieza turut mendakwa ada segelintir pelajar yang hanya membawa buku teks subjek tertentu disebabkan takut dengan guru yang mengajar tapi ada juga yang memberi alasan tidak membawa buku sebab tidak suka guru berkenaan.

"Atas alasan tidak sukakan guru tertentu, mereka tidak bawa buku dan ada juga yang ponteng kelas hanya kerana alasan itu. Lebih mengecewakan, kami sebaliknya dipersalahkan ibu bapa jika memarahi anak mereka kerana tidak membawa buku teks. Saya juga sudah tidak berani memarahi pelajar kerana takut dicederakan.

"Pernah saya memarahi seorang pelajar lelaki dan minta dia keluarkan buku modul, tapi dia hanya memandang tajam ke arah saya membuatkan saya berasa gerun," katanya.

Seorang lagi guru, Tina Musa (bukan nama sebenar), yang berpengalaman mengajar di dua sekolah menengah di bandar Melaka, pula mendakwa perbuatan tidak membawa buku teks berlaku di sekolah bandar atau desa.

"Perkara ini bukan kes terpencil. Saya akui ia memang berlaku dan kebanyakan yang terbabit adalah pelajar lelaki menengah atas yang belajar di kelas tercorot," katanya.

Tina berkata, kesalahan itu dikategorikan sebagai masalah disiplin tapi disebabkan terikat dengan peraturan yang tidak membenarkan pelajar didenda, gejala itu sukar dibendung.

Sementara itu, beberapa pelajar yang ditemui berkata: Malaslah nak bawa buku teks. Beg berat sangat dan bahu pun sakit. Kalau bawa pun, bukannya digunakan sebab cikgu selalunya mengajar tanpa merujuk buku teks."

Mereka juga dikatakan mengikut jejak ramai rakan lain serta pelajar lebih 'senior,' yang lebih suka meninggalkan buku teks di rumah manakala kelompok lain, khususnya di sekolah satu sesi, lebih suka meletakkan buku teks di bawah meja masing-masing.

Bagi mereka, perbuatan membawa buku teks itu cuma satu bebanan, bukan kemestian biarpun menyedari ia satu kesalahan. Tidak hairanlah, biarpun dimarahi, diberi amaran serta didenda guru supaya membayar 20 hingga 30 sen bagi setiap kesalahan, ia terbukti tidak menghalang mereka mengulangi perbuatan itu.

Seorang pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah di ibu negara yang identitinya tidak boleh didedahkan, mendakwa perbuatannya tidak membawa buku teks bukannya sesuatu yang asing.

Biarpun menyedari perbuatan itu salah, beliau mendakwa tindakannya itu turut dilakukan ramai pelajar yang lain.

"Bukan saya seorang, tetapi ramai rakan lain berbuat demikian. Buat apa nak bawa buku kalau guru pun jarang menggunakannya kerana lebih banyak mengajar menggunakan buku rujukan dan menulis di papan hitam," katanya yang mengakui tidak membawa buku teks sejak bermulanya sesi persekolahan, awal tahun ini.

Ditanya sama ada beliau menyedari perbuatannya itu satu kesalahan, pelajar itu mengakui pernah dimarahi guru beberapa kali. Namun amaran tinggal amaran.

"Cikgu memang marah. Tapi bukan selalu cikgu periksa kami bawa atau tidak buku teks."

Beliau yang belajar di kelas tercorot mendakwa tindakannya dan rakan-rakan itu bukan satu masalah besar kerana mereka masih boleh berkongsi buku teks di sekolah.

Seorang lagi pelajar yang mengakui lebih selesa meninggalkan buku teks di bawah meja, berkata beliau memilih tidak membawa pulang buku teks selepas sering sakit bahu dan terpengaruh dengan pelajar 'senior' di tingkatan empat dan lima yang turut melakukan perbuatan itu.

"Setiap subjek mempunyai lebih daripada satu buku teks. Ini tidak termasuk buku nota, tulis dan buku kerja. Bagi subjek Bahasa Melayu misalnya, kami perlu membawa dua buku teks iaitu Pemahaman Umum, Tatabahasa, buku Komsas serta dua buku lain.

"Bagi subjek Sains pula, perlu bawa tiga buku teks, buku latihan, buku nota, buku rampaian praktikal atau makmal. Bayangkanlah itu baru dua subjek, kalau dicampur dengan buku Matematik dan subjek lain, ia memang menjadikan beg berat," katanya.


Oleh Nurul Adlina Kamaludin, Rohaniza Idris dan Siti Nur Almizan Aripin
bminggu@bharian.com.my


Anak Perak : Inilah yang dikatakan sudah besar kepala. Seingat saya semasa di bangku persekolahan dahulu, niat untuk tidak membawa buku teks dengan sengaja itu langsung tidak terlintas di fikiran memikirkan denda dan hukuman yang bakal diterima. Dahulu guru-guru memang tegas sepanjang masa, membuatkan saya gerun untuk melakukan kesalahan. Disebabkan guru-guru yang tegas itulah kami tiada masalah tidak membawa buku teks, dan lain-lain.Kadang-kadang bila mengajar saya ceritakan pengalaman saya kepada pelajar-pelajar, supaya mereka ingat yang saya marah jika tidak membawa buku bukan saja suka-suka, tetapi sebagai pengajaran.

Bagi yang tidak membawa buku teks pula, apabila tiba waktu kelas yang seterusnya, maka berselerakanlah mereka mencari buku teks dari kelas-kelas menyebelah. Budaya pinjam-meminjam ini juga telah lama berlaku. Walau sudah diingatkan, masih ada segelintir pelajar melakukannya.

Amat sedih melihat guru yang gagal mengambil tindakan kepada pelajar-pelajar ini dengan alasan takut dibenci pelajar dan takut dicederakan. Saya selalu bertanya kepada pelajar saya, jika saya memarahi dan menghukum anda atas satu kesalahan yang anda mengaku lakukan, adakah anda suka saya memarahi anda atau mendiamkan sahaja? Kalau guru marahkan anda maknanya dia prihatin kepada anda, dan jika tidak maknanya sebaliknya.

Apabila guru tidak mempunyai autoriti yang sepatutnya di dalam kelas, maka sudah semestinya proses PnP akan terganggu. Tetapi kadang-kadang guru-guru merasa bosan dan lama-kelamaan tidak mengambil tahu langsung, atau buat seperti pelajar tersebut tidak wujud di dalam kelas.

Peranan ibu-bapa amatlah penting. Tetapi ada sesetengah ibu-bapa pada zaman sekarang tidak langsung mengambil tahu hal pelajaran anak-anak di sekolah, tentang latihannya, buku teksnya kerja amalinya, jadual waktunya dan sebagainya. Yang tahu hanya hantar ke sekolah, ambil, dan beri duit jika diminta anaknya. Apatah lagi mahu menyemak buku teks Dan lebih TERUK lagi ada ibu-bapa yang menyerang sekolah jika anak-anak mereka telah didenda dan dihukum atas kesalahan yang dilakukan.

Alasan pelajar dalam artikel di atas iaitu guru tidak menggunakan buku teks ketika mengajar. Di sini peranan guru amat penting, pada setiap masa memberitahu pelajar buku yang perlu dan tidak perlu dibawa supaya tidak timbul masalah pelajar tidak membawa buku dengan alasan tidak diberitahu.

Tidak pernah lagi seingat saya apabila bertanya kenapa pelajar saya tidak membawa buku teks, jawapannya malas, kerana sudah tentu jawapan itu akan mengakibatkan apa yang berlaku selepas itu sudah tentunya bukanlah sesuatu yang elok. Ingat, para guru perlu tahu 'Siapakah bos'.

Sabtu, 7 Februari 2009

Konvoi Di Raja Turut Terkena Gas Pemedih Mata



Kanister gas mendarat betul-betul di sebelah jalan tempat kereta yang membawa Raja Muda berhenti kerana perhimpunan rakyat. Kedengaran beberapa lagi tembakan gas dilepaskan oleh FRU pada konvoi yang terhenti sehinggakan polis trafik yang mengiring turut terkena gas yang memedihkan mata dan tekak itu.

Anak Perak : Saya dah merasa dah kena penangan gas pemedih mata, bukan mata je pedih, tekak terasa perit dan batuk. Masa itu saya dalam perjalanan pulang dari Stesen LRT Pasar Budaya hendak ke Perhentian Bas Pudu. Ingat lagi perhimpunan BERSIH?

Video Perhimpunan Rakyat di Kuala Kangsar

Ehsan : Malaysiakini.com

Anak Perak : Masih teringat seorang pembaca berita dari TV1 pada siaran langsung upacara angkat sumpah "menteri besar baru" yang dengan yakinnya berkata keadaan terkawal dan hanya 2, diulang HANYA 2 tembakan gas pemedih mata dilepaskan. Pada zaman moden sekarang di mana maklumat dapat disampaikan dalam masa beberapa saat sahaja di seluruh dunia, di bantu pula dengan teknologi multimedia digital yang secara amnya mudah diperolehi oleh sesiapa sahaja, masih ada juga pihak yang mengaku mereka sebagai 'media arus perdana, suara rakyat' masih cuba menyembunyikan fakta sebenar. Kalau begini, sudah tentu hilanglah kepercayaan rakyat kepada media-media arus perdana ini sebagai satu sumber utama penyampaian maklumat yang benar, dan seterusnya akan mula menukar dan mencari sumber-sumber dari media alternatif yang sememangnya lebih tepat dan dipercayai. Dan jangan pula menyalahkan rakyat sendiri kerana tidak menyokong media arus perdana ini.

Saya faham bahawasanya anggota keselamatan yang terbabit yakni Polis hanya mengikut arahan ketua. Namun, gunakanlah budi bicara yang dianjurkan. Janganlah bertindak dengan ganas. Saya tidak menyokong sebarang keganasan oleh mana-mana pihak sama ada penganjur atau polis. Cuma apa yang dipaparkan di atas sudah semestinya membuka mata rakyat dan memberikan satu lagi markah bonus kepada pihak pakatan rakyat sesudah drama politik yang telah berlaku beberapa hari sudah.

Firman Allah
" Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan
yang demikian dengan kejam bengis?. Oleh itu, takutilah kamu
akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku." Asy Syu`ara, 130 - 131.

Ingatlah, anda berkhidmat untuk rakyat, bukan untuk pemimpin.

Jumaat, 6 Februari 2009

Perak tanah tumpah darahku

Pada petang 6 Februari 2009, lebih kurang jam 4 petang, Perak telahpun mempunyai Menteri Besar yang baru. Datuk Dr. Zambry Abd Kadir yang telah dicalonkan sebulat suara oleh Umno yang diketuai oleh DS Najib selaku Pengerusi Umno Perak akan memulakan 'tugas' berkuatkuasa tarikh angkat sumpah pada hari itu. Suasana di luar istana Iskandariah yang menjadi tempat majlis angkat sumpah hari ini telah menjadi medan perhimpunan rakyat yang membantah cara perlantikan dan pertukaran kuasa dari kerajaan PR ke BN dengan alasan yang pada pendapat sesetengah pihak tidak munasabah, mengarut, penuh dengan konspirasi dan tipu helah.

Telah dilaporkan dalam media massa bagaimana pihak berkuasa terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan himpunan rakyat yang telah menghalang kenderaan VIP termasuk konvoi Raja Muda Perak, Dr. Nazrin ke upacara angkat sumpah itu. Adalah dapat diselami sendiri oleh saya, salah seorang rakyat Perak bahawasanya ada sesuatu yang tidak kena tentang keseluruhan drama politik yang berlaku di Perak ini. Banyak persoalan dan keliruan yang berlegar-legar di kepala tentang apa yang telah berlaku dengan pantas sekali dalam tempoh 2 hingga 3 hari ini, semuanya bermula dengan campurtangan DS Najib dalam percaturan di negeri Perak.

Bermula dengan 'kehilangan' 2 ADUN PKR Changkat Jering dan Behrang (yang telah didakwa atas kesalahan rasuah), perletakan jawatan DS Tajol Rosli, kisah Datuk Nasaruddin dan keluarnya ADUN Jelapang dari DAP telah menggugat kedudukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DS Ir.Nizar sehingga perlunya beliau setelah mengambil kira semua aspek, memohon PS Sultan untuk membubarkan ADUN bagi membolehkan satu pilihanraya negeri yang adil yang ditentukan oleh rakyat. Namun, keputusan yang dibuat pihak istana tidaklah seperti yang dijangkakan, walaupun pada pendapat saya, tidak mungkin PS Sultan akan membubarkan DUN kerana sebab-sebab tertentu.

Tidak pernah selama ini, satu keputusan oleh PS Sultan telah diingkar, dicemuh, dan dihina oleh sebilangan rakyatnya sendiri. Komen-komen di laman-laman web yang pada mulanya meminta PS Sultan memikirkan sewajarnya untuk membubarkan DUN untuk memberi laluan pilihanraya yang baru yang lebih 'segar' mengikut keadaan semasa, tetapi keputusan telah dibuat, DS Ir.Nizar diminta melepas jawatan secara sukarela atau secara automatik telah memarakkan kemarahan sebilangan rakyat. Pada pendapat saya, majoriti rakyat Perak mungkin tidak menyetujui peralihan kuasa ini dan mahukan pilihanraya semula. Lebih adil, lebih berwibawa, berintegriti. Biarlah rakyat menentukan, bukannya individu tertentu. Bukankah makna demokrasi itu sendiri ialah kekuasaan rakyat, bukannya kekuasaan pemimpin? Oleh kerana kita tinggal di negara Malaysia yang aman damai ini, saya percaya mungkin majoriti rakyat Perak tidak menunjukkan protes secara fizikal, tetapi lebih kepada protes secara senyap.

Adalah diyakini juga oleh sebilangan rakyat Perak, jika dilihat dari rekod PRK yang lalu yang mana keputusannya tidak menyebelahi BN, adalah salah satu faktor yang kerajaan BN sersungguh-sungguh tidak setuju dengan apa-apa keputusan supaya diadakan pilihanraya sekali lagi. Adalah diyakini juga, jika diadakan pilihanraya, Pakatan Rakyat MUNGKIN akan memperoleh lebih banyak lagi kerusi daripada sekarang, dan majoriti 2 /3 adalah sesuatu yang tidak mustahil diperolehi Pakatan Rakyat. Ini membimbangkan BN. Pihak Pakatan Rakyat sangat yakin dengan keputusannya membubarkan DUN kerana percaya majoriti rakyat masih bersamanya.

Drama politik Perak masih belum berakhir. Dengan hanya agihan kerusi DUN yang tipis, BN dan PR masing-masing 28 kerusi, dan wakil BEBAS (bebas dengan menyokong BN?) sebanyak 3 kerusi sudah cukup meyakinkan PS Sultan setelah membuat perjumpaan dengan DS Najib dan orang-orangnya bahawa DS Ir.Nizar hilang majoriti DUN. Tetapi keputusan DS Ir. Nizar tidak berganjak dari jawatannya menunjukkan beliau mempunyai alasan tersendiri dengan nasihat dari pelbagai pihak dalam menyatakan kebenarannya dalam hal ini. Perkara 2 ADUN PKR yang keluar parti dan arahan kekosongan kerusi oleh Speaker telah difailkan di mahkamah. Ada juga tindakan untuk menyaman PS Sultan dan kerajaan baru yang didakwa telah menyalahi perlembagaan.

Adakah Perak sekarang mempunyai 2 kerajaan?

Apakah kesudahannya?

Bagaimana dengan kedudukan MB Baru dan MB Lama?

Diharap semua rakyat Perak bersabar. Pasti ada hikmah di sebalik segala perkara yang berlaku di Perak. Ingatlah, firman Allah :

"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya
akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!.
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah,
nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!" Az Zilzal, 7 - 8.

Yakinlah dengan kehendak Allah. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik. Janganlah kita menghina dan mencerca Sultan atas keputusan yang diambil baginda. Fikirkanlah secara rasional dan sedalamnya, apa yang tersirat. Jika diteliti, keputusan PS Sultan ini tidak harus dilihat dalam konteks keadaan semasa, perlu dilihat dalam suatu jangkamasa yang panjang. Apapun, kelebihan kini adalah di tangan PR dan ianya perlu diterjemahkan pada pilihanraya akan datang. Ingatlah...

"Dan sesungguhnya orang-orang kafir yang sebelum mereka telah melancarkan
rancangan jahat. Oleh itu, (janganlah engkau bimbang kerana) bagi Allah
jualah kuasa menggagalkan segala jenis rancangan jahat. Dia mengetahui
apa yang diusahakan oleh tiap-tiap diri dan orang-orang yang kafir
akan mengetahui bagi siapakah balasan (yang baik dan yang buruk)
pada hari akhirat kelak." Ar Ra'd. 42.

Dan ingatlah pesanan PS Sultan kepada DS Ir. Nizar...

" kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. "

Khamis, 5 Februari 2009

KENYATAAN MEDIA PEJABAT D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN

“Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 4 Februari (semalam) memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga memohon menghadap Baginda atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak dan telah diberi perkenan menghadap Baginda pada pagi 5 Februari 2009.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan.

Setelah menemui sendiri semua 31 ahli Dewan Negeri.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK itu dianggap telah dikosongkan.

Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.” — Bernama.

Anak Perak : 2 bekas wakil DUN dari PKR dan satu dari DAP yang menang atas kapasiti mewakili BEKAS parti masing-masing pada PRU umum lalu kini menjadi DUN Bebas dengan sokongan penuh pada BN. Apa ertinya bebas jika masih berkiblatkan satu-satu parti? alangkah kecewanya rakyat Perak yang mengundi ketiga-tiga orang ini pada PRU yang lepas. Apabila wakil BN berpaling tadah, maka akan dicanang sebagai tidak tahan berjuang, tidak bermoral, tidak beretika, dan lain-lain perkara yang tidak elok dalam slot media yang diulang tayang berkali-kali dengan ditemuramah oleh berbagai pihak. Tetapi, jika sebaliknya, mereka akan dianggap hero.

Kita mengharapkan satu lagi pilihanraya DUN yang baru, atau setidak-tidaknya mengadakan PRK bagi 3 kerusi wakil DUN yang keluar parti. Namun, Paduka Seri Sultan telah membuat kenyataan rasmi seperti di atas yang mana saya percaya tidak ramai yang setuju. Bermula dengan ADUN yang 'melompat-lompat", "perletakan jawatan" bekas MB, DS Tajol Rosli sehingga pengambilalihan jawatan Pengerusi UMNO Perak oleh DS Najib, kehilangan 2 ADUN PKR dan keluarnya wakil DAP DUN Jelapang. Namun baginda telah membuat keputusan. Titah dijunjung dan semestinya PS Sultan telah berfikir semasak-masaknya dengan mengambil kira kepentingan rakyat.

Saya masih menunggu,
  • Bagaimana dengan pertuduhan rasuah yang dihadapi oleh 2 ADUN PKR yang menjadi ADUN Bebas itu pula?
  • Adakah mereka akan terus didakwa atas nama keadilan dan integriti dalam memerangi rasuah?
  • Adakah dakwaan mereka akan 'digugurkan'?
  • Jika digugurkan, adakah itu bermaksud segala dakwaan rasuah semasa mereka menjadi EXCO Perak adalah "sandiwara politik"?
Banyak perkara yang besar akan berlaku pada tahun ini. Tunggu dan lihat.

Rabu, 4 Februari 2009

DUN PERAK DIBUBARKAN

DUN PERAK DIBUBARKAN

Bersedia untuk menghadapi pilihan raya negeri akan datang. Tunaikan tanggungjawab walau di mana sekalipun anak-anak Perak berada untuk memilih kerajaan yang adil, berwibawa, telus, beramanah dan berhemah!

* Belum pasti dibuburkan. Semoga Ke Bawah Duli Tuanku membuat keputusan yang tepat demi Negeri Perak yang tercinta.

Ahad, 1 Februari 2009

Video PM Turki tinggalkan sidang Davos kerana Gaza (Terjamahan)