Recent Posts

Sabtu, 4 Oktober 2008

Rayaku 2008

Hai..sekejapnya cuti. Hari ini sudah 4 Oktober, raya ke-4. Aku sudah pun berada di rumah di Sarikei. Penat perjalanan balik dari kampung tidak terasa sangat. Mungkin ada tenaga tambahan dari sumber-sumber eksotik setahun sekali seperti lemang, nasi impit, ketupat, rendang dan macam-macam lagi sejak hari raya pertama lagi agaknya... :)

Rasa berat pula hendak meninggalkan rumah di kampung setelah bercuti sempena hari raya ini. Tetapi, mahu tidak mahu, tugas dan tanggungjawab perlu dilaksanakan. Ahh..dalam fikiranku cuma tinggal beberapa minggu sahaja sebelum aku akan pulang kembali ke kampung halaman sempena cuti persekolahan hujung tahun nanti. Ha, pada masa itu, cutilah sepuas-puasnya. Jangan pula kata bosan pula sebab cuti terlalu lama!

Aidilfitri 2008 merupakan hari lebaran pertama ku sebagai seorang perantau. Tahun lepas aku tidak berkesempatan untuk pulang kerana sebab-sebab tertentu. Tahun ini, Alhamdulillah, berkat rezeki yang dikurniakan Allah, akhirnya aku pulang juga ke kampung. Agak meriah. Walaupun diselubungi berbagai-bagai isu seperti kenaikan harga barangan dan bahan bakar (walaupun kerajaan dah turunkan seposen dua) tetapi tidaklah menghambarkan suasana. Syukur rasanya dapat bersama-sama dengan ahli keluarga dan sanak saudara terdekat yang lama tidak berjumpa. Dapat juga diabadikan dalam foto sebagai kenangan.

Tetapi tidaklah segalanya indah-indah belaka, namun tak perlulah nyatakan di sini. Buat spoil mood raya saja nanti. Tetapi tidaklah ada hal yang besar, semua 'under control'.
Saya letakkan beberapa gambar pilihan saja suka-suka. ;)

Anak saudara, Mohd Andrian Hakim (panggil Chubby je sebab badan dia hantap yang amat)
















Chuby dengan mak dia.

0 pendapat: