Recent Posts

Rabu, 8 Oktober 2008

Utara: Penduduk cari 'pembersih' tebing sungai

TELUK INTAN: Kira-kira 250 penduduk Kampung Sungai Rubana dekat sini, gempar selepas semak di tebing sungai sepanjang lebih 400 meter 'dibersihkan' dalam satu malam saja.

Lebih pelik, tiada sebarang jentera digunakan dan sisa semak yang dibersihkan juga hilang.

Ketua Kampung Sungai Rubana, Shaharuddin Shaari, berkata sebelum kejadian ganjil itu tiada agensi yang memaklumkan sungai berkenaan akan dibersihkan dan tujuan pembersihannya.

“Kalau ada kontrak kerja pembersihan, saya biasanya tahu terlebih dulu.

"Lagipun, sungai ini hanya 'dibersihkan' sebahagian saja, iaitu di pertengahan kampung dan yang selebihnya tidak terusik dari hilir hingga ke hulu sungai.

"Tiada sebarang tanda kehadiran jentera ataupun mesin. Penduduk kampung pun terkejut kawasan sungai ini tiba-tiba bersih.

"Kalau nak bersihkan sungai, sudah tentu sehingga ke muara sungai, bukannya sebahagian saja.

"Selain itu, timbul persoalan mana pergi semua semak dan juga tumbuh-tumbuhan liar di atas sungai ini,” kata Shaharuddin ketika ditemui semalam.

Penduduk, Osman Lamsah, 58, berkata beliau sekeluarga mendengar bunyi seperti guruh dan rumahnya bergegar kira-kira 3 pagi, pada hari raya pertama.

“Kami sekeluarga terkejut apabila kedengaran bunyi seperti guruh dari arah belakang rumah disusuli dengan rumah bergegar seolah-olah terangkat, kira-kira jam 3 pagi.

"Kami sekeluarga hanya mampu berdoa saja sambil berharap tiada sekarang kejadian tidak diingini berlaku dan terus tidur,” katanya.

Osman berkata, kejadian aneh itu menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan penduduk kampung berkenaan sehingga nelayan kecil dan kaki pancing takut turun ke sungai.

Katanya, ada yang berpendapat ada sesuatu yang menghuni di sungai berkenaan sehingga menyebabkan kejadian aneh berkenaan.

Anak Perak : Apa kebende nye tu yeop? Kene panggil squad Monster Quest History Channel nyiasat tuu.. ;)

0 pendapat: