This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Recent Posts

Isnin, 14 September 2009

Fasal Tambang Murah

Masa untuk 'menyembelih'.... hehehehe

Sabtu, 12 September 2009

Barang Naik



Naik....Naik....Naik....Naik....Naik....Naik....Naik....Naik....Naik....Naik....Naik....Naik....Naik....Naik....
Naik....Naik....Naik....Naik....Naik....Naik....Naik....Naik....Naik....Naik....Naik....Naik....Naik....Naik....

Video Iklan-Iklan Lama zaman 80 dan 90 an...nostaligia betul!


Iklan Pencuci cap Trojan. Gelak guling-guling lama tak tengok...


Malaysian idol. walaupun tak berapa nak lama, still one of the favourite ad.

nak tengok lagi? klik sini Nostalgia betul...lama betul tak tengok iklan-iklan sebegini.... ;) Atau search je kat Youtube iklan lama malaysia. ;)

Jumaat, 11 September 2009

Video Penerangan Tuduhan Malaysia Curi Budaya Indonesia


Bahagian 1 : Penerangan dari KRU


Bahagian 2 : Laporan wartawan Indonesia dari KL


Bahagian 3 : Forum


Bahagian 4 : Forum


Bahagian 5 : Forum


Bahagian 6 : Forum


Bahagian 7 : Kesimpulan Forum

Khamis, 10 September 2009

Kaji dasar naik tingkatan empat

SAYA merujuk kepada tulisan Lukman Moidin yang disiarkan dalam ruangan ini pada 21 Ogos 2009. Ia antara lain menyentuh mengenai sistem pendidikan sekarang yang memberikan kenaikan pelajar ke tingkatan empat sekali pun gagal dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Saya bukanlah seorang guru tetapi bapa kepada lima orang anak. Saya menghormati dasar pendidikan yang meletakkan syarat semua pelajar sekolah mendapat pendidikan secara formal sehingga ke tingkatan lima. Setelah dasar berjalan sekian lama, saya melihat ia mempunyai banyak kekurangan berbanding kelebihan dalam jangka panjang.

Saya telah membuat kajian mengenai pencapaian keputusan peperiksaan PMR di sebuah sekolah. Apa yang mendukacitakan, pelajar-pelajar yang hanya lulus satu daripada tujuh atau lapan mata pelajaran turut layak naik ke tingkatan empat.

Sedar atau tidak, pendidikan kini sedang berhadapan dengan lambakan kuantiti pelajar di sekolah-sekolah tetapi kurang daripada segi kualiti. Pelajar-pelajar yang tidak berminat untuk bersekolah seolah-olah terpaksa pergi ke sekolah.

Sekiranya pelajar-pelajar ini tidak lagi berminat untuk ke sekolah, persoalan yang timbul ialah bagaimana untuk mereka menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru?

Pelbagai kaedah pengajaran telah dilakukan untuk menarik minat mereka untuk belajar, tetapi semuanya tidak berkesan. Mengikut pepatah, seseorang boleh membawa kuda ke sungai, tetapi tidak boleh memaksa kuda itu minum air.

Tidak dinafikan terdapat pelajar yang menunjukkan perubahan yang positif apabila berada di tingkatan empat disebabkan tahap kematangan yang semakin meningkat.

Bagaimanapun, bilangan ini adalah kecil berbanding mereka yang bermasalah kerana tiada matlamat yang jelas untuk masa depan mereka.

Bagi guru-guru pula, mereka terpaksa berhadapan dengan kekangan masa untuk mengajar. Ini disebabkan sebahagian besar masa terpaksa diperuntukkan untuk mendisiplinkan pelajar-pelajar yang bermasalah.

Sekolah seolah-olah telah menjadi tempat sebagai nursery kepada pelajar-pelajar ini. Seterusnya pelajar yang bermasalah ini akan menjadi seperti ‘barah’ yang boleh menjangkiti pelajar-pelajar yang ‘sihat’ pada asalnya.

Kebiasaannya mereka hanya akan sedar untuk belajar menjelang saat-saat akhir peperiksaan SPM, sayangnya ia sudah terlewat.

Apabila pelajar-pelajar ini kecundang dalam peperiksaan SPM, mereka akan berhadapan dengan masalah untuk melanjutkan pengajian, mahu pun untuk mendapatkan pekerjaan.

Lebih malang lagi, terdapat golongan ini yang terlalu memilih pekerjaan dan menggelarkan diri mereka sebagai penganggur terhormat. Keadaan ini boleh mendedahkan diri mereka kepada gejala sosial seperti lepak, merempit dan juga jenayah.

Pada pandangan saya, tidak ada ruginya kita menoleh ke belakang. Saya masih ingat pada tahun 1979, ketika saya masuk ke tingkatan tiga. Syarat lulus peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) adalah ketat untuk naik ke tingkatan empat.

Walaupun saya bukannya dari sekolah yang ternama, saya melihat rakan-rakan saya termasuk yang kelas ‘hujung’, sejak dari awal tingkatan tiga lagi telah merasakan tekanan dan melihat kepentingan untuk lulus peperiksaan SRP.

Ini disebabkan kita tidak mahu mengulangi tingkatan tiga sekiranya gagal SRP. Seharusnya kualiti pendidikan seperti ini sekurang-kurangnya dikekalkan pada masa kini.

SRP merupakan tapisan penting untuk memisahkan mereka yang benar-benar mahu belajar.

Mereka yang lulus SRP dapat belajar dengan selesa di tingkatan empat dan seterusnya dapat membuat persediaan lebih awal untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengalaman terhadap tekanan untuk menghadapi SRP adalah amat penting bagi persediaan mental dan menyediakan strategi awal pembelajaran untuk menghadapi SPM.

Saya berpendapat, sistem SRP merupakan satu kaedah ‘kawalan kualiti’. Sistem seperti ini perlu diwujudkan kembali bukan sahaja untuk menyediakan pelajar-pelajar kepada persekitaran pembelajaran yang lebih mencabar di masa hadapan, malah mendorong para pelajar ini agar lebih memahami nilai kepentingan pendidikan untuk masa depan.

Kita membelanjakan jutaan Ringgit untuk menampung kos pelajar-pelajar yang tidak minat belajar supaya terus berada di sekolah untuk tingkatan empat dan lima.

Mengapa tidak diadakan satu sistem di mana pelajar-pelajar ini diberi pilihan sama ada untuk mengulangi tingkatan tiga atau mengambil bidang vokasional atau diberi latihan bagi persiapan di sektor pekerjaan yang bersesuaian dengan kemahiran mereka.

Negara kita kehilangan aliran keluar berbilion Ringgit tukaran wang asing berikutan kita mempunyai hampir tiga juta pekerja asing. Kita berkemampuan menyediakan pekerja mahir daripada kalangan rakyat tempatan.

Oleh yang demikian, saya merayu kepada pembuat dasar, agar dasar pendidikan yang sedia ada perlu dikaji semula demi untuk masa depan negara bagi mencapai matlamat 1Malaysia di mana rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.


MOHD. SHARUJI
Kuala Lumpur

Sumber : Ruang Forum Utusan Malaysia Online

Anak Perak : Ada benarnya, tetapi dasar kerajaan sekarang mewajibkan pendidikan dari tahun 1 hingga tingkatan 5. Tapi, ini lah jadinya.

Selasa, 8 September 2009

IndoneSIAL?


Ada apa dengan Indonesia sekarang ni? Apa masalahnya? Alah, woi orang-orang IndoneSIAL yang berkenaan, tak payah lah nak provoke-provoke kami. Kami tak hingin pun dengan provokasi anda. Buang masa je layan perangai buruk + bodoh + ntah apa-apa lagi dengan anda-anda semua. Macam lahhh kami ni terjejas teruk dengan perangai mangkuk jebeng kau orang tu. Dah la datang merempat kat sini, banyak juga yang merompak, menyamun, pecah rumah. (tapi bagus gak PDRM kasi tembak kepala je para-para SIALAN ni.)

Tapi sabar tu sabar lah juga kan. Ada juga tahapnya.

Erm... Berita TV3 masih tayang iklan Visit IndoneSIAL lagi ke? Baik hentikanlah saja. Melampau sangat bangsa-bangsa sial yang tak sedar diri ni.

Ops..melalut lak aku....hahaha

Aku tak ada kawan orang Indon. So pada orang-orang Indon, janganlah marah. Siapa mulakan provokasi ni kan?

Tapi pada indonesian yang berkecuali, cintakan keamanan, tak mengikut perasaan, berpegang teguh ajaran agama, saya tidak sekali-kali mengutuk anda ok? kita kan serumpun. Cuma sakit hati jugalah baca dan tengok berita provokasi sesetengah bangsa 'kurang hajor' anda tu.

Sabar...sabar..puasa... PEACE!

Ahad, 6 September 2009

Topeng Mulut, H1N1 dan Bazar Ramadhan

Baru balik dari kampung minggu lepas. Petangnya pergilah ronda-ronda sekitar pekan Sarikei hendak membeli juadah berbuka. Terkejut pula lihat jalan biasa bazar ramadhan pekan Sarikei belakang pasaraya Everise lengang! Agaknya dah berpindah. Apalagi, aku berbuka puasa pada hari pertama di Sarikei di KFC. Sahurnya, masak sendiri. Tak sedap pun belasah aja lah....

Esoknya aku pun tanya kawan seperguruan di sekolah, di mana menghilangnya bazar ramadhan di Sarikei? Rupa-rupanya memang betul lah dah dipindahkan. Kawasan baru di sebelah medan selera Kg Seberang. Tapi tempat tu memang luas, baru diturap dengan tar. Jadi tak timbul soal kesesakkan dan nak letak kereta pun mudah. Tapi, dengar kkhabarnya ramai yang tidak setuju dengan kawasan baru. Mereka lebih suka di kawasan lama, lebih ramai orang dan strategik kerana terletak di tengah-tengah bandar Sarikei. Tapi aku rasa dari segi keselesaan pengunjung, lebih baik lagi di kawasan baru.

Jadi petang tu aku pun turun padang dalam pukul 4.30 petang. Memang tak berapa nak ramai orangnya. Masih awal agaknya. Entahlah. Tapi nak parking senang, tak ada kesesakkan. Aku pun turun la mencari-cari juadah berbuka dengan memakai penutup mulut dan hidung. Di tengah-tengah kekecohan pandemik H1N1 ni, sebagai langkah berjaga-jaga. tapi yang menghairankan, sambil tengok makanan-makanan yang sodap-sodap, mata melilau juga kalau-kalau ada juga orang lain yang pakai penutup macam aku. Tak ada langsung! Aku rasa aku sorang je yang pakai penutup mulut di Sarikei ni...LOL. Tapi aku tak segan atau malu-malu. Buat apa nak malu kan. Terus saja lah pusing-pusing. Tak ada reaksi orang ramai dan penjual-penjual makanan di bazar apabila tengok aku pakai penutup mulut macam doktor nak bedah pesakit. Biasa aja. Tak lah dilayan macam makhluk asing atau cuba-cuba nak larikan diri.

Hari ini dah masuk hari ke-3 aku ke bazar ramadhan. macam biasa, pakai penutup mulut. Tapi lah, aku rasa, pakai penutup mulut ni bukan sahaja nak hindarkan dari terkena selsema tu, tapi dapat juga ia menapis udara yang tercemar dengan partikel -partikel asap dan bendasing lain dari masuk ke saluran pernafasan kita. Terus terang katakan, lebih selesa bernafas guna topeng mulut dalam keadaan bersesak-sesak dengan orang ramai, ditambah pula dengan asap dari ikan bakar dan ayam golek yang berkepul-kepul tu. hehehe...

Sampai artikel ni ditulis, jumlah kematian akibat penangan H1N1 ialah 73 orang. Mangsa terakhir, seorang wanita berusia 25 tahun yang sudah demam, sesak nafas selama 5 hari dari Betong, Sarawak. Dimasukkan ke Hospital Sibu dan meninggal dunia. Tak jauh ehh Betong, Sarikei dan Sibu?

Selasa, 1 September 2009

Celcom Berukband


CELCOM SUCK!!!!!!!!!
BERUKBAND BODOH!!

MAKAN DUIT HARAM JE!!