Recent Posts

Selasa, 19 Mei 2009

Jangan hidupkan pendingin hawa kereta dengan cepat setelah memasuki kereta

Sila sebarkan

Jangan hidupkan pendingin hawa kereta dengan cepat setelah memasuki kereta

Setelah masuk ke dalam kereta, anda perlu terlebih dahulu membuka tingkap tanpa menghidupkan aircond anda terlebih dahulu (terutama ketika hari panas atau kereta diletakkan dibawah cahaya matahari yang terik) Menurut kajian, kebanyakan papan muka (dashboard) kereta, sofa, pewangi kereta dan sebagainya merembeskan benzene, iaitu sejenis bahan kimia karsinogen yang didapati mampu menyebabkan kanser (bau seolah-olah plastik terbakar)

Selain itu, ia juga boleh menjejaskan tulang, menyebabkan penyakit anemia yang mengurangkan pengeluaran sel darah putih. Pendedahan yang berpanjangan mungkin akan menyebabkan leukimia dan keguguran.

paras benzene yang boleh diterima manusia dalam ialah 50mg kaki persegi. Kereta yang diletakkan di kawasan redup atau dalam bangunan dengan tingkap tertutup mengandungi sekitar 400 - 800mg benseze. Jika diletakkan di luar atau di bawah pancaran cahaya matahari, pasar benzene ini mencecah sekitar 2000 - 4000mg, 40 kali dari paras yang dibenarkan dan penumpang dan pemandu kereta tidak dapat mengelak dari menyedut toksin ini.

Adalah disyorkan supaya anda membuka tingkap untuk membenarkan udara luar memasuki ke dalam kereta anda. Benzene ialah toksik yang menjejaskan buah pinggang dan hati dan untuk mengeluarkan dari badan amatlah sukar.

Reactions:

0 pendapat: