This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Recent Posts

Ahad, 29 Jun 2008

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.

Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki
isteri yang tak sehebat mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.. amin..!

Untuk isteri.... renungkanlah. ...


Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita
membangunkan keturunan yang soleh..

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.

Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan
taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana
memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!

Justeru itu wahai para suami dan isteri,

Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semuliaRasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

Ahad, 22 Jun 2008

Tips mengisi minyak


ISI PETROL PADA AWAL PAGI ATAU APABILA SUHU TANAH MASIH SEJUK

Semua stesen minyak menyimpan bekalan minyak di dalam tangki bawah tanah. Lagi sejuk suhu tanah, lagi padatlah minyak itu. Apabila suhu meningkat, petrol mengembang, jadi mengisi minyak pada waktu tengahari atau petang, seliter petrol yang anda isi itu tidaklah seliter dalam amaun sebenar. Dalam perniagaan petroleum, faktor tarikan graviti dan suhu adalah amat penting. Peningkatan suhu sebanyak 1 oC memberi kesan yang besar pada perniagaan.


ISI MINYAK APABILA TANGKI MINYAK KERETA ANDA SEPARUH PENUH

Sebab? Lebih banyak petrol di dalam tangki, maka kurang udara yang memenuhi tangki. Petrol meluwap dengan pantas. Tangki simpanan petroleum mempunyai ruangan bumbung terapung dalaman. Bumbung ini bertindak sebagai zon antara permukaan petrol dan ruang atmosfera, jadi ia meminimakan pemeluwapan.

APABILA ISI MINYAK, JANGAN TEKAN PENUH

Pada hos pengisi minyak itu terdapat 3 laras kelajuan mengisi minyak, perlahan, pertengahan dan laju. Mengisi dalam mod perlahan dapat meminimakan wap yang terhasil, jadi mengisi dalam mod ini amat digalakkan. Jika anda mengisi dalam mod laju,mungkin sesetengah petrol yang diisi dalam tangki akan menjadi wap. Wap ini akan disedut masuk kembali ke dalam tangki simpanan, jadi anda tidak mendapat nilai sebenar minyak itu.


JIKA ADA LORI TANGKI MINYAK SEDANG MENGISI MINYAK KE DALAM TANGKI SIMPANAN, JANGAN ISI MINYAK

Apabila proses mengisi semula minyak dari lori tangki ini ke dalam tangki penyimpanan, petrol dalam tangki penyimpanan bawah tanah itu mungkin telah dikacau menyebabkan mendapan-mendapan bawah tangki minyak simpana itu masuk dalam kereta anda.

Rabu, 11 Jun 2008

Silinder gas

Ramai kat luar sana yang tak tahu. Saya tahu pun dari stokist gas sebab ada insiden yang berlaku.


Selinder gas yang dah expired tidak selamat diguna dan boleh menyebabkan accident. So hati-hati bila menerima selinder gas dari penjual gas.

Di sini caranya bagaimana memeriksa selinder gas LPG :

Di salah satu sisi selinder gas expiry date akan dikodkan secara alpha-numerical seperti berikut;

A , B , C atau D diikuti dua digit, contohnya D06.

Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun -

  • A utk March ( Suku pertama ),
  • B utk June (Suku kedua ),
  • C utk Sept ( Suku ketiga ), &
  • D utk December ( Suku keempat ).


2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan

Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006.

Kongsi message ini dengan rakan-rakan anda. Ia mungkin dapat menimbulkan kesedaran dan menyelamatkan nyawa.
..

Jangan simpan duit !!

"Aku tak baca detail sangat... tapi sejak jadi unit trust consultant ni... aku tahu satu teori yg disebut RULE 72. Org ekonomi tahu benda ni.

Kalau nak tahu half value the money... guna rule ni bahagikan dengan inflasi rate. Skrg ni inflasi 4% >, 72/4 = 18. Meaning to say... dlm masa 18 tahun lagi value duit RM100 skrg akan jadi RM 50 18 tahun akan dtg.

Oleh itu, saving kita hendaklah cari yg dapat bagi return per year lebih besar drpd interest rate. Kalau saving dlm tbg haji 4.75% dgn interest rate 4%, dalam masa 18 tahun akan dtg, secara teori kita akan hanya ada keuntungan 0.75% shj.

OLEH itu juga simpan didalam instrumen yg bolh bagi return yg besar dan selamat."

"pasal financial planning tu, kau kata duit boleh simpan sampai 2nd & 3rd generation. Aku ragu2 sikit sbb apa yg aku tahu, pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi)

Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor di Havard dan Oxford, org2 kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930's. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk "FUTURE FASTFOWARD".

Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribupejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan. Dia kata kat aku, org Malaysia yang paling byk simpan duit emas dalam akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr M dan Pak Lah memang well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis.

Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank. Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal "money creation" oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters yang sebenarnya tak betul tu). Sekarang, ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis spt Herald, Weekly Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di access via internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis. Aku kemudian buat research sikit2 pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-

1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir berdekatannya)

2. emas dan perak

Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencana internet mengenai sejarah dan asal usul bank)

Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC "THE DEATH OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di masa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era "haus kerana tidak ada air" dan "bergelap kerana tiada minyak" menurut kata penganalisis dunia).

Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, "Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear?" Dia jawab, "no comment. You kena tanya menteri." Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US. Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak.

Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. 'I don't keep money," macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti. Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al- Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa untuk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar Amerika).

Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-

MD IMF, Rodrigo de Rato, "We believe such a large imbalance of growing indebtedness by the US is a risk not only for the US economy, but for the world economy.

Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas "over time there is only one direction for the dollar to go - lower".

Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : "we view them as TIME BOMBS both for the parties that deal in them and the economic system."

Paul Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, "we have a 75% chance of a crisis within 5 years".

Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskan pemikiran sahaja. Apa pun kau fikir pasal maklumat aku ni, terpulang lah. Wallahualam

Regards,
Saiful Ngatmi

Anak Perak via email.

Isnin, 9 Jun 2008

Guru pelatih tak patut harap gaji lumayan

SEBAGAI orang lama dalam profesion perguruan, saya melihat 'kebanjiran' permohonan untuk memasuki institut pendidikan guru (IPG) pada masa ini mengundang kebimbangan mengenai kualiti guru yang bakal dilahirkan nanti hasil lambakan itu.

Ia kerana kekangan pengangguran masa kini adalah menjadi salah satu puncanya sehinggakan pelajar mendapat 10A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) turut bersaing memasuki IPG.

Kerjaya guru terlalu berbeza dengan segala kerjaya lain dan ia membabitkan kombinasi emosi, tenaga, suara, kreativiti, keberanian, keyakinan, sikap dan pengorbanan yang maksimum agar lahir murid cemerlang, berketerampilan dan berakhlak mulia.

Jadi, semua ciri untuk menjadi guru ini perlu diteliti ketika calon ditemuduga tanpa pilih kasih kepada pencapaian akademik semata-mata.

Apabila saya membaca keluhan seorang guru pelatih IPG yang mempersoalkan pengiktirafan ijazah keluaran IPG dan dia bimbang menjadi guru bergaji bertaraf SPM, terus terpacul pada benak fikiran saya apakah sikap sedemikian patut ada pada seorang guru pelatih?

Belum apa-apa lagi sudah 'mendendangkan lagu' gaji yang tinggi. Tidak terfikirkah calon guru ini betapa bertuahnya dia berbanding ratusan ribu lepasan SPM yang gagal memasuki IPG? Sepatutnya sebagai guru pelatih, tanamkan fikiran positif dan bertekad untuk menjadi guru cemerlang tanpa memikirkan lagi persoalan mengenai ganjaran bakal diperoleh.

Lupakan sementara soal gaji. Tumpukan kepada pengajian anda di IPG serta sediakan bekalan perlu untuk latihan mengajar di sekolah nanti.

Saya kadang-kadang terkilan melihat kerenah guru pelatih ketika ke sekolah untuk latihan mengajar. Sebahagian mereka tidak menunjukkan kecemerlangan diri sebagai guru pelatih. Ia kerana ketika era saya sebagai guru pelatih, ketika latihan mengajar di sekolah kami menjadi amat popular kepada pelajar dan berkotak hadiah saya bawa balik pada hari terakhir saya di sekolah tempat saya berpraktikum.

Hari ini, sebilangan guru pelatih yang mengikuti latihan mengajar di sekolah seperti tidak disedari akan kehadiran mereka. Persediaan mereka untuk mengajar adalah sambil lewa dan tidak kreatif tanpa bahan bantuan mengajar (BBM) kecuali 'cakap' serta 'kapur' dan hanya apabila ada pensyarah membuat pemantauan, barulah kelam-kabut menyediakan bahan berkenaan.

Ini semua menyebabkan 'era emas' guru pelatih semakin hilang lantaran mereka tidak lagi diminati murid. Malah, yang lebih tidak elok dipandang mata, ada guru pelatih berani tidur di perpustakaan pada waktu persekolahan, datang lewat, tidak menulis ringkasan mengajar, tidak mahu membabitkan diri dalam aktiviti bukan akademik sekolah dan ada yang berani ponteng mengajar dengan pelbagai alasan.

Ini semua adalah cabaran perlu dihadapi penemuduga dalam memilih calon guru sesuai dan layak untuk bergelar sebagai seorang guru. Walaupun semua ini nampak sukar, banyak kaedah boleh digunakan untuk memilih calon guru terbaik.

Saya sendiri pernah menghantar cadangan melalui e-mel kaedah pemilihan guru pelatih kepada Bahagian Pendidikan Guru dan berharap ia dapat dilaksanakan.

Harapan saya pada sesi pengambilan calon guru yang bakal diadakan tidak lama lagi, elemen berkesan digunakan agar IPG tidak tersalah pilih calon guru yang tidak berminat untuk menjadi pendidik.

IRMAZ DINI,
Pendang, Kedah

Dipetik dari Berita Harian Online. Ruangan Surat.

Anak Perak : Ajenyer benor....

Sabtu, 7 Jun 2008

Kenaikan harga minyak-Respon Menteri KDNHEP

Oleh mdlutfi

Salam,


Ada beberapa perkara yang saya nak komen terhadap ulasan yang diberikan oleh Shahrir Samad Menteri KDNHEP yang mempertahankan tindakan kabinet yang menaikkan harga petrol dan diesel dalam Buletin Utama TV3 malam tadi:

Antara hujah beliau yang menyatakan bahawa 'RAKYAT TAK AKAN TERBEBAN DENGAN KENAIKKAN HARGA MINYAK INI' adalah:

1) Rakyat tak terbeban kerana subsidi telah dipulangkan dalam bentuk wang pos RM 150 setahun bg motor di bawah 250 cc dan RM 625 setahun bagi kereta bawah 2.0 cc. (Ingat yg boleh dapat hanya semasa renew roadtax kalo dah renew tahun ni kena la tunggu sampai tahun depan)

Komen:

Ok mari kita buat kiraan skit berapa sebenarnya subsidi yang dipulangkan.

i) Motor bawah 250cc:

Subsidi setahun : RM 150
Subsidi sebulan : RM 150/12= RM 12.5 sebulan
Harga petrol skrg: RM 2.70 per liter

1 tank penuh petrol (EX5 class) lebih kurang bersamaan 4 liter, dan
boleh digunakan untuk pergi kerja lebih kurang untuk 3 hari (jarak
rumah ke tempat kerja lebih kurang 20 km-saya).

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja
selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 2.7*4 liter*20 hari / 3 hari
= RM 72 sebulan tolak RM 12.5 (subsidi)
= RM 59.50

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja
sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 1.92*4 liter*20 hari / 3 hari
= RM 51.20

Kenaikan yang ditanggung sebulan =RM 59.50 - RM 51.20= RM 8.30 sebulan
@ 16% sebulan.


ii) Kereta di bawah 2.0 cc

Subsidi setahun : RM 625
Subsidi sebulan : RM 625/12= RM 52.08 sebulan
Harga petrol skrg: RM 2.70 per liter

1 tank penuh petrol (Kancil 660c) lebih kurang bersamaan 30 liter, dan
boleh digunakan untuk pergi kerja lebih kurang untuk 5 hari. (jarak
rumah ke tempat kerja lebih kurang 15km-isteri)

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja
selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 2.7*30 liter*20 hari / 5 hari
= RM 324 sebulan tolak RM 52.08 (subsidi)
= RM 271.92

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja
sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 1.92*30 liter*20 hari / 5 hari
= RM 178.32

Kenaikan yang ditanggung sebulan =RM 271.92 - RM 230.4 =
RM 41.52 sebulan @ 18% sebulan.

Pengiraan di atas hanya mengandaikan penggunaan petrol bulanan untuk pergi dan balik kerja sahaja.

Tetapi harus diingat semakin banyak kita gunakan petrol maka makin banyak lagilah jumlah kenaikkan yang akan kita rasai. Ini kerana semakin banyak kita gunakan petrol semakin banyak perbezaan kerana jumlah subsidi bulanan adalah tetap. Maknanya makin jauh tempat kerja
seseorang, makin banyak liter petrol yang akan digunakan dan makin banyak lagilah peratus kanaikkan harga yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Contoh jika jarak rumah ke tempat kerja ialah 30km (ambil andaian menaiki Kancil 660 tadi) maka:

1 tank penuh petrol (Kancil 660c) lebih kurang bersamaan 30 liter.
Oleh kerana jarak sudah meningkat 1 kali ganda maka 30 liter minyak
tadi hanya boleh digunakan 2.5 hari sahaja

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja
selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 2.7*30 liter*20 hari / 2.5 hari
= RM 648 sebulan tolak RM 52.08 (subsidi)
= RM 595.92

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja
sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 1.92*30 liter*20 hari / 2.5 hari
= RM 460.80

Kenaikan yang ditanggung sebulan =RM 595.92 - RM 460.80 =
RM 135.12 sebulan @ 29% sebulan.


Sebenarnya yang untung atas penstrukturan semula subsidi ini adalah golongan penggunaan yang dekat jarak rumahnya dengan tempat kerja atau golongan yang membuat perjalanan bagi jarak yang dekat.

Masalahnya bukan semua golongan yang berpendapatan rendah membuat perjalanan dekat khususnya mereka yang tinggal di kawasan bandar. Sebagai contoh di Klang, kebanyakkan pekerja-pekerja berpendapatan rendah yang berkerja di Klang tidak tinggal di Klang kerana tidak mampu menyewa rumah di Klang. Kebanyakan mereka tinggal kawasan kampung seperti Banting, Kuala selangor, Ijok dll. Jadi penstrukturan semula subsidi ini akan membebankan golongan ini.

2) Teori domino ( kenaikan harga barang lain disebabkan kenaikan harga petrol) tidak akan berlaku kerana baranga lain khususnya barangan asasi seprti tepung, gula, beras dah mendapat subsidi khusus untuk barang tersebut.

Komen:

Skrip lama diulang balik, dari Shafie Afdal dan menteri sebelumnya sampailah Shahrir Samad semua kata harga barang lain tak akan naik, tapi realitinya lepas tu SEMUA BARANG NAIK ATAS ALASAN KOS PENGHANTARAN MENINGKAT. Menteri Berdegar-degar kat dalam media kata KITA AKAN PANTAU...tapi last-last pemantauan ntah ke mana, tindakan ntah ke mana...yang sengsara rakyat marhaen sebab SEMUA BARANG NAIK HARGA.

3) Rakyat perlu bersama-sama membantu kerajaan bagi menghadapi kenaikkan harga minyak dunia.

Komen:

Dari dulu kini dan selamanya... rakyat kena berkorban demi negara sedangkan menteri-menteri yang buata keputusan tidak pernah ambil langkah untuk berkorban demi rakyat. Apa salahnya dalam menghadapi kenaikkan harga minyak ni para menteri buat keputusan bahawa elaun
bagi wakil rakyat dipotong 20% ke, elaun wakil rakyat akan dikenakan cukai ke, tubuhkan satu tabung khas yang mana dananya diperolehi oleh potongan elaun wakil rakyat bagi menangani kenaikkan harga minyak ke dll lagi

Ini tidak hanya rakyat disusruh berkorban sedangkan menteri dan wakil rakyat khususnya BN dapat elaun itu, dapat elaun ini, kereta free, minyak free, makan free, minum free, claim san, claim sini, tak cukup dengan itu siap rembat lagi duit rakyat san dan sini. Macam mana diorang suruh kita berkorban sedangkan diorang selaku pemimpin tak menunjukkan yang diaorang nak berkorban sama.

4) Last sekali, ubah gaya hidup rakyat ( ni bukan Sharir Samad kata tapi orang FOMCA kata)

Nak ubah macam mana sebab semua barang naik, bukan barang kehendak je naik tapi barang asasi pun naik gak. Takkan la sampai nak makan ubi kayu balik je kot, pastu pakai baju dari kain guni??

Saya rasa la yang kena ubah gaya hidup ialah para menteri dan wakil rakyat khususnya BN, bukan rakyat marhaean biasa yang semakin lama semakin ditindas, semakin lama semakin lapar, semakin lama semakin merempat kat bumi sendiri ini.

Kesimpulan:

SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN KEPADA KITA RAKYAT MALAYSIA INI PARA
PEMIMPIN YANG BERTAQWA DAN SELAYAKNYA UNTUK MENTADBIR NEGARA INI, DAN SEMOGA PEMIMPIN YANG ZALIM DAN KHIANAT DIHAPUSKAN DARIPADA NEGARA KITA
INI.