PHILADELPHIA 7 Mei - Stesen televisyen MTFX-TV di sini telah mengesan dan merakamkan insiden keganasan polis ke atas orang awam dalam satu pemeriksaan jalan raya berhubung laporan rompakan, kelmarin.
Kejadian berlaku selepas seorang rakan setugas mereka, Sarjan Stephen Lichzbinski, ditembak mati dalam satu kes rompakan dua hari sebelum itu.
Rakaman itu yang diambil di udara dari sebuah helikopter menunjukkan enam orang anggota polis sedang membelasah tiga orang lelaki selepas menahan sebuah kereta yang mereka naiki.
Rakaman televisyen itu menunjukkan tiga kereta peronda polis telah menahan sebuah kereta kelmarin, sebelum 12 anggota polis berkenaan mengepung kereta tersebut dan enam daripada anggota polis itu kemudian menarik keluar tiga orang mangsa dari dalam kereta yang mereka naiki sebelum memaksa dua daripada mereka meniarap ke tanah.
Dua mangsa itu kemudian disepak berulang kali oleh anggota-anggota polis tersebut, manakala seorang lagi ditumbuk serta dipukul dengan belantan oleh beberapa anggota polis yang lain.
"Insiden itu kelihatan ganas kerana kekerasan yang digunakan. Namun kami tidak mahu membuat penilaian secara terburu-buru," kata Pesuruhjaya Polis, Charles Ramsey.
Polis menjelaskan bahawa kesemua pegawai polis tersebut bertindakbalas ekoran laporan tembakan di kawasan berdekatan tetapi punca keganasan itu tidak jelas.
"Emosi anggota-anggota polis yang lain terganggu sejak Sarjan Liczbinski mati ditembak pada Sabtu lalu," kata Ramsey.
Lichzbinski adalah anggota polis yang ketiga terbunuh semasa bertugas di negeri Pennsylvania sejak dua tahun lalu.
- AP" Utusan Malaysia Online.
Video
1 pendapat:
Itulah polis yang cekap. Tahan, tarik mereka keluar dan henyak sebelum digari. Tidak ada masa nak berindak slow sehingga membahayakan diri sendiri. Dengan cara itu baru penjenayah tahu betapa tingginya langit dan rendahnya bumi. Jutaan penduduk Pennsylvania. berapa ratus agaknya yang kena belasah seumpama itu, faham apa maksud saya? Apakah polis menghambat orang sesuka hati tanpa sebab? Apakah polis diambil dari wad sakit otak? atau pun polis itu dibeli dari kilang robotik lantas mereka bebas dari tekanan emosi dan zero perasaan? Adalah lebih baik sekiranya ada peluang atau sebab untuk melepaskan tembakan, pastikan kepala penjenayah disasarkan supaya otaknya bersepai..
Lainlah kalau yang dibelasah terdiri dari wanita, anak anak atau orang tua atau orang yang terbukti tidak melakukan apa apa kesalahan atau provokasi.
Masyarakat yang kurang ajar mesti ditangani oleh polis secara kurang ajar juga, lainlah kalau polis Usop Aslam ..
Catat Ulasan