Antioksida dapat menolong badan melindungi diri sendiri daripada molekul-molekul radikal yang boleh merosakkan sel tubuh. Antioksida di dalam teh yang dinamakan flavonoid boleh melakukannya.
Samada dihidangkan sejuk atau panas, teh yang dihasilkan dari daun teh yang asli bukan sekadar memberi satu citarasa yang sedap dan segar, bahkan dapat memberi kesihatan tubuh yang baik. Sepertimana buah-buahan dan sayuran, teh mempunyai antioksida semulajadi yang dipanggil flavonoid. Penyelidik mendapati yang antioksida ini dapat melindungi tubuh badan dari molekul-molekul radikal. Molekul radikal ini yang mana dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh badan boleh merosakkan sel. Kerosakan sel yang kronik hasil daripada radikal-radikal ini merupakan salah satu faktor penyumbang kepada peningkatan masalah-masalah kesihatan seperti penyakit jantung atau kanser. Secara purata, pengambilan secawan teh hijau atau hitam adalah mengandungi 150-200mg flavonoid.
Kini, potensi faedah daripada teh telah menjadi fokus kajian banyak saintis dari seluruh dunia. Persatuan Dietetik Amerika dalam kertas kerja berkaitan makanan berguna, telah memasukkan teh hijau dan hitam sebagai salah satu makanan yang berguna. Berdasarkan fakta saintifik terkini, kertas kerja itu menyatakan faedah meminum teh hijau atau hitam dapat mengurangkan risiko penyakit jantung koronari, termasuk juga gastrik, penyakit salur esofagus dan kanser kulit.
Teh dan flavonoid telah meningkatkan daya tahan imun tubuh manusia dan melindungi gigi dari bakteria yang menghuni pada plak, kebanyakkannya semasa molekul radikal dikeluarkan semasa senaman secara intensif dan semasa pembakaran kalori ketika aktiviti sehari-hari.
Pada masa kajian ini menunjukkan hasil yang memberangsangkan, lebih banyak lagi kajian perlu disiapkan sebelum membuat sebarang rumusan tentang sumbangan antioksida teh ini kepada kesihatan manusia.
* Walaupun teh secara semulajadinya kaya dengan antioksida, namun, ianya bukanlah sebagai pengganti buah-buahan dan sayuran yang lebih banyak lagi memberi sumber antioksida dan vitamin serta mineral yang penting. Sila rujuk pakar untuk mengetahui diet yang seimbang dan baik untuk anda.
- Medical Benefit of Drinking Hot Tea
- Benefit of Green Tea
- Drinking tea maybe benefited, but evidence still limited.
0 pendapat:
Catat Ulasan