Recent Posts

Jumaat, 2 Mei 2008

Elak pakai gelang untuk perubatan


Terlihat baru-baru ini dalam televisyen iklan tentang satu produk kesihatan berupa gelang yang boleh dipakai oleh orang lelaki dan perempuan, untuk tujuan kesihatan. Teringat pula satu soalan yang ditanya oleh seorang pembaca sebuah surat khabar tak berapa lama dahulu tentang hukumnya memakai gelang ini dalam Islam. Berikut adalah jawapannya.

FIKRAH DR.SALAM

Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Abdul Salam Muhammad Shukri sedia membantu umat Islam yang berhadapan kemusykilan agama. Hantarkan masalah lengkap dengan nama, alamat penuh dan nombor telefon kepada:

Pengarang Rencana, Harian Metro, 31, Balai Berita Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.
E-mel: fikrah@hmetro.com.my

Elak pakai gelang untuk perubatan

SEKARANG ramai lelaki yang memakai gelang tangan atas maksud perubatan. Saya ingin mendapatkan pandangan Dr apakah hukumnya kita memakai gelang berkenaan?

Ini kerana ada pendapat mengatakannya haram walaupun atas tujuan perubatan kerana banyak cara lagi yang boleh digunakan untuk perubatan?

AZMAN
Terengganu.


AKSESORI seperti cincin, rantai, gelang dan anting-anting termasuk dalam barangan perhiasan yang biasa dipakai wanita. Bagi lelaki Islam membenarkan pemakaian cincin daripada perak. Memakai perhiasan lain tidak dibenarkan bertujuan menjaga sifat lelaki dan membezakan antara wanita dan lelaki dalam berhias.

Berhias cantik adalah satu sifat wanita. Bagi lelaki, mereka perlu bekerja kuat dan memakai perhiasan lebih mengganggu kerjayanya.

Dengan itu memakai perhiasan seperti gelang dan sebagainya tidak dibenarkan bagi lelaki secara umum. Ia adalah berhias secara berlebih-lebihan dan menyerupai sifat wanita.

Bagaimanapun, Islam tidak begitu rigid apabila membenarkan pemakaian sutera bagi lelaki dalam kes-kes tertentu seperti mereka yang menghadapi masalah kulit.

Begitu juga dengan pemakaian gelang yang tertentu apabila terbukti mengandungi ubatan terutama yang menghadapi masalah kesihatan.

Pada pandangan saya pula, mengharapkan pemakaian gelang sahaja dalam memelihara kesihatan tidak memadai sebagai alasan bagi lelaki untuk memakainya. Ada banyak cara lain yang lebih sesuai seperti senaman dan sebagainya.

Di samping itu kita perlu sedar bahawa ajaran Islam yang inginkan umatnya tidak terpengaruh dengan perkara-perkara khurafat. Ini jelas apabila Rasulullah melarang pemakaian gelang kerana dikhuatiri terjerumus dalam khurafat dan tahyul.

Ahmad meriwayatkan: "Bahawasanya Nabi s.a.w telah melihat seorang lelaki di tangannya ada gelang daripada tembaga, Nabi s.a.w bertanya: "Apakah ini?" Orang itu menjawab: "Ia daripada al-wahinah (iaitu, penyakit yang kena pada tangan)." Sabda Nabi saw: "Tanggalkannya segera, sesungguhnya dia tidak menambahkan kepadamu melainkan kelemahan. Sesungguhnya jika kamu mati dan gelang itu ada padamu, kamu tidak akan berjaya selama-lamanya." (Ahmad).

(Untuk lebih lanjut lihat, http://soaljawab.wordpress.com/2007/12/08/hukum-lelaki-pakai-gelang-untuk-perubatan/).

Anak Perak : Jika terbukti secara saintifik pula bagaimana? Sila klik link ini tentang maklumat serba sedikit gelang-gelang ini.

Magnetic Bracelet reduce the pain of osteoathritis

Artikel e-Dymium, Gelang Terapi Kesihatan


0 pendapat: