Recent Posts

Rabu, 15 Oktober 2008

Persatuan Airsoft Malaysia? Macam menarik je...

Oleh Azrul Affandi Sobry
azr@bharian.com.my


PEMAIN airsoft menggunakan peralatan yang menyerupai tentera sebenar.

Persatuan usaha iktiraf sukan ekstrem guna senjata simulasi

JIKA disenaraikan semua jenis sukan lasak yang popular di negara ini, pastinya ‘paintball’ akan tersenarai sebagai antara sukan lasak paling digemari terutama oleh mereka yang sukakan aksi peperangan dan mahukan cabaran.

Apa tidaknya, sukan bersenjata yang semakin mendapat tempat di kalangan semua lapisan masyarakat itu memerlukan bukan saja keberanian, malah juga kepantasan, kepekaan, kecekalan, daya tahan diri yang kuat serta kekuatan mental dan fizikal untuk berdepan situasi seakan bertempur di medan perang.

Tidak cukup dengan itu, peminat ‘paintball’ juga tidak dapat lari daripada sagu hati utama permainan itu iaitu parut lebam akibat dibedil oleh peluru bebola, tambahan pula jika ia mengenai anggota badan yang terdedah.

Namun, meskipun semua gambaran itu menunjukkan sukan itu cukup lasak, sebenarnya mungkin ramai yang tidak tahu bahawa ia belum cukup ekstrem jika dibandingkan dengan satu lagi permainan seumpamanya, ‘airsoft’.

Permainan ‘airsoft’ yang sangat popular di negara matahari terbit, Jepun sebenarnya bukanlah sukan baru, malah sudah dimainkan di kebanyakan negara termasuk Malaysia sebelum ‘paintball’, namun atas beberapa sebab, ia tidak terlalu dihebahkan dan dimainkan secara tersembunyi.
KETEPATAN dalam teknik tembak tepat menjadi satu kelebihan dalam airsoft.

Semuanya kerana permainan itu boleh dikategorikan sebagai 100 peratus menyamai situasi sebenar peperangan, menggunakan peralatan yang seakan sama seperti digunakan tentera, malah lapangan permainannya juga mirip keadaan sebenar.

Melihat kepada senjata simulasi yang digunakannya saja membuatkan hati menjadi begitu teruja, apa lagi bila memegangnya kerana jika sesiapa saja biasa mengendalikan senjata sebenar, amat sukar menemui perbezaan pada senjata yang digunakan dalam sukan ini.

Sebut saja apa jenis senjata api yang ada di dunia, sama ada pistol atau senapang, tak kira moden atau klasik, replika senjata simulasi yang digunakan dalam ‘airsoft’ ada semuanya, malah senjata yang baru dalam pembikinan dan belum digunakan di mana-mana sudah ada dijadikan senjata simulasi dalam sukan itu.

Menjadikan ‘airsoft’ lebih ekstrem ialah kaedah permainannya menyerupai situasi sebenar suasana peperangan apabila ia bukan dimainkan di lapangan biasa, rekaan manusia seperti ‘paintball’ tetapi menggunakan kawasan hutan atau rumah terbengkalai sebagai medan perangnya.


ZAMRI menunjukkan antara koleksi senjata simulasi yang digunakan dalam airsoft.

Tak cukup dengan itu, apa saja peralatan digunakan tentera dalam peperangan merangkumi pakaian, kasut, pelindung mata, topi keselamatan, jaket, alat perhubungan serta alat keselamatan lain turut ditiru sepenuhnya dalam sukan lasak ini.

Pendek kata, jika melihat pasukan pemain ‘airsoft’ dalam pakaian lengkap dan bersenjata di tangan, sesiapa saja akan terpedaya dan menyangkakan bahawa ada operasi latihan tentera sedang berlaku di kawasan itu kerana tidak ada yang satu pun membezakan mereka.

Malah, untuk menghidupkan suasana peperangan sebenar, kebanyakan peminat sukan itu di seluruh dunia kerap memilih untuk bermain situasi peperangan yang pernah berlaku seperti memilih senario di Vietnam atau tragedi ‘Black Hawk Down’, sekali gus menjadikan segala-galanya lebih ekstrem.

Cuma, sebagai langkah keselamatan dan mengelakkan daripada senjata ‘airsoft’ disalahgunakan untuk tujuan tidak sihat seperti melakukan jenayah dan sebagainya, ia ditanda dengan warna terang di hujung larasnya sekali gus membezakannya dengan senjata api sebenar.

Tidak keterlaluan jika dikatakan semua gambaran itu jelas menunjukkan betapa sukan itu cukup ekstrem dan sangat sesuai bagi mereka yang pernah berangan menjadi askar atau selama ini hanya mampu melayan permainan video untuk merasai debaran peperangan.

Kerana itu juga, sangat sukar bagi sukan ini mendapat lampu hijau dimainkan secara sah di negara ini, meskipun realitinya sudah ramai peminat yang bergerak secara ‘senyap-senyap’ melayan minat mereka menjadi tentera pada hujung minggu.

Menyedari betapa permainan ini perlu diperjuangkan dan diberi tempat di negara ini, Persatuan Airsoft Malaysia (MASOC) berusaha keras membentangkan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri serta cuba mendapatkan restu Pesuruhjaya Sukan bagi mengiktirafnya sebagai sejenis sukan.

Presidennya, Mohd Zamri Muhammad, berkata setakat ini cadangan mereka untuk mendaftarkan permainan itu secara sah sudah mendapat sokongan banyak pihak beberapa Menteri Kabinet.

“Cuma yang menjadi halangan kini ialah kami masih menunggu kelulusan penuh daripada Pendaftar Pertubuhan dan Pesuruhjaya Sukan yang bakal membolehkan sukan ini nanti dimainkan secara sah, namun berlandaskan peraturan ditetapkan.

“Kami optimis dengan mendaftarkan sukan ini dan memantapkannya melalui MASOC, ia bakal meminimumkan penyalahgunaan senjata simulasi yang selama ini kerap berlaku akibat tiada pihak yang bertanggungjawab mengawal kemasukan senjata itu di negara ini.

“Sekurang-kurangnya apabila MASOC diberi keizinan menjual senjata itu dengan beberapa mekanisme kawalan, ia akan dapat menggugat pemasaran senjata itu secara seludup kerana kami yakin boleh menjualnya dengan harga lebih murah. Apabila murah, siapa lagi nak beli daripada penyeludup?” katanya.

Bagi merealisasikan hasrat itu, MASOC sudah menggariskan beberapa cadangan untuk memastikan kelulusan yang diberi akan disusuli langkah kawalan menyeluruh dengan melaksanakan sistem kawalan pangkalan data pemain, mendaftarkan semua lapangan permainan dan semua pembekalan senjata akan disertai sijil serta permit khas untuk membawa dan menggunakannya di tempat tertentu saja.

“Mungkin kami akan meletakkan cip keselamatan di setiap senjata dan ia akan menjadi mekanisme paling berkesan mengawal pergerakan senjata itu nanti. Semua langkah keselamatan dan pemantauan ini penting untuk memastikan tidak berlaku sebarang penyalahgunaan senjata.

“MASOC akan berperanan sebagai badan pentadbir dan kawalan. Semua permohonan pembelian senjata simulasi akan diteliti bersama polis dan Kementerian Dalam Negeri,” katanya.

Diperkenal pelajar menuntut di Jepun

DICETUSKAN atas kegilaan sesetengah warga Jepun yang mahukan sukan lasak berkonsep peperangan sebenar, selain merasai pengalaman mengendalikan senjata berskala tepat dengan senjata sebenar, airsoft akhirnya merebak ke seluruh dunia hingga kini menjadi antara sukan lasak utama di United Kingdom dan kebanyakan negara Eropah. Di Malaysia, permainan itu pada awalnya dibawa masuk oleh pelajar yang menuntut di Jepun yang membeli peralatan dari sana bagi meneruskan hobi masa lapang itu di negara ini.

Namun, difahamkan pada ketika itu, pistol atau senapang airsoft belum diklasifikasikan sebagai menyerupai senjata bahaya kerana ia dianggap sebagai bahan permainan saja menjadikan proses membawa masuk ke negara ini menjadi lebih mudah berbanding sekarang.

Malah, pada awal kemunculannya iaitu sekitar 1988 hingga 1989, airsoft hanya menggunakan senjata yang diperbuat daripada plastik tetapi kini ia diperhebatkan dengan penggunaan bahan yang hampir sama dengan senjata sebenar, menjadikan berat serta bentuknya lebih tepat.

Kini, selepas 20 tahun permainan itu diperkenalkan, ia sudah mendapat tempat di hati semua lapisan usia, malah di negara ini, peminat airsoft terdiri di kalangan remaja 18 tahun ke atas hingga mereka yang berusia hampir 60 tahun.

Berdasarkan data yang dikumpulkan oleh MASOC, pemain airsoft di seluruh dunia kini hampir empat juta orang dan seramai lebih 20,000 peminat itu ada di negara ini serta menjadikannya sebagai aktiviti ekstrem hujung minggu di tanah persendirian dan kawasan perumahan terbengkalai.

Angka seramai itu di negara ini diperoleh berdasarkan rekod syarikat pengeluar senjata simulasi itu di luar negara yang membekalkannya kepada pembeli di negara ini, meskipun hakikatnya ia sangat sukar untuk dibawa masuk ke sini.

Menyedari begitu ramai peminatnya dan mereka sentiasa berusaha untuk mendapatkan senjata simulasi terkini terutama dari Thailand dan Hong Kong, MASOC berusaha untuk menjadi pembekal tunggal yang dapat mengawal kaedah membawa masuk senjata simulasi yang selama ini berlaku secara tidak sah oleh orang perseorangan.

Di negara ini, sukan itu begitu popular dimainkan dengan pelbagai variasi permainan seperti pertempuran jarak dekat, pemusnahan pengganas, pembebasan tawanan, penaklukan bendera atau kawasan, menjejak penembak tepat dan yang paling mendapat sambutan di seluruh dunia ialah lakonan semula situasi sebenar peperangan.

MASOC juga dalam perancangan untuk melakonkan semula kisah tragedi Bukit Kepong dalam permainan akan datang bagi merasai pengalaman sebenar salah satu peperangan yang pernah tercetus di negara ini satu ketika dulu.

Berita Harian Online

Airsoft Safety


Etiket Airsoft Electric Gun (AEG) (MESTI TONTON!!) Sebenarnya nak mengendalikan senjata airsoft ni amat sukar dan seseorang mestilah mempunyai disiplin yang tinggi macam seorang anggota tentera.


Permainan Airsoft Electric Gun (AEG) di Indonesia

Anak Perak : Menarik juga..teringat masa main paintball dulu, 1st time pun dapat nombor dua, not bad! tapi memang mencabar dan menarik. Harapnya airsoft ini dibenarkan di Malaysia, walaupun mungkin banyak alasan yang akan diberi oleh pihak berkuasa, dah jika dibenarkan pun, syarat-syarat yang bakal dikenakan semestinya ketat. Lihat sahaja betapa serupanya senjata airsoft dengan senjata sebenar dari segi saiz, rupa dan berat? Lihat saja aksesori lengkap seorang pemain airsoft? Memang sama macam seorang tentera. Kalau permainan paintball pun syaratnya sudah cukup ketat, apatah lagi airsoft ini! Kepada Malaysia Airsoft Assosiation, teruskan usaha. Manalah tahu saya ahli anda nanti? hehehehe..niat dah ade tu.

Saya yakin ramai orang di Malaysia dah ada pelbagai senjata airsoft ni, cuma biasalah, sembunyi-sembunyi. Kalau ikutkan undang-undang salah ni. Teringat pula satu rampasan senjata oleh pihak berkuasa ke atas senjata-senjata replika menyerupai senjata sebenar di Sibu tidak lama dahulu. Pasti itu senjata airsoft. Kantoi la pulak.. :)

11 pendapat:

Macam mana nk daftar masuk MASOC?
Aku ada airsoft/bb gun yg manual je..
Model yg sempat aku collect
M16A2,MP5A6,AK47,Beretta..

i like what you wrote, damn i hope MASOC will quickly legalise it one day. cant wait to play. is there a way to register as a MASOC member yet?

sy dah mempunyai 27 rifle dan 32 pistol serta 3 sniper...

company nie akan antar dengan selamat airsoft yg kita nak...

guys!! buy airsoft gun and more at airsoft-uncompany.c0m
they separate airsoft part into small part and they will make the airsoft gun pass customs by write down kids tools and metal
it more safe!! lower price and high quality!!
i already have 17 rifle, 32 pistol and 3 sniper rifle!!! it safe!! quality you can choose by see the different of price at airsoft-uncompany.c0m

saya pergi ke laman web uncompany.com tapi tak boleh

salam...kpd anak perak sumer..sori ganggu...nak tanyer brader Tanpa Nama 2.brapa harga 1 gun 2...ingat nak collect gak...minat sgt mende ni..

Usaha MASOC ni dah GAGAL. Sekarang yg nampak begitu aggresif dan nampak lebih mempunyai harapan ialah Airsoft Malaysia Team. Dahsyat dorang ni, siap buat pameran airsoft di Hari Belia putrajaya, siap PM tandatangan poster dorang lagi...

Harap2 usaha mereka akan tercapai,airsoft ni hanya sukan saja dan ianya mengajar kita mendisiplinkan diri,menguatkan mental/fizikal dan macam2 lagilah perkara positif yang akan secara tidak langsung tertanam dalam diri seseorang.Mungkin airsoft weapon ni pernah disalah gunakan tapi itu tidak bermakna kerajaan malaysia terus mengharamkannya 100% di negara ini.Jika dibandingkan sukan ini dengan merempit di jalan raya mana yng paling banyak meragut nyawa,berapa peratus orang mati eksiden motor jika dibandingkan dengan sukan airsoft.Saya rasa motosikal lebih merbahaya daripada airsoft weapon,tapi bukanlah saya membuat cadangan supaya motosikal diharamkan di Malaysia.Itu cuma satu perbandingan sahaja,jadi fikir2 kan lah apa yang terbaik kepada anak muda kita.

Sungguh bertepatan kata2 anda!!!

Malangnya AMT yg diharap-harapkan mengutamakan bisnes berbanding sukan itu sendiri. Harapan untuk diiktiraf sebagai sukan hancur.

Aksesori bleh masuk x? Mag, scope, battery ke? Kalau tulis kat parcel tu airsoft atau aeg sangkut x?