Prosedur untuk diikuti apabila berdepan dengan situasi di mana anda di tahan oleh pegawai polis beruniform semasa memandu.
- Berhentikan kenderaan dan turunkan cermin
- Sebelum pegawai polis meminta dokumen pengenalan diri dan lesen, terlebih dahulu minta kad kuasa pegawai itu sebagai bukti.
- Jika anda berpuas hati dengan identiti polis tersebut, sila tanya adakah anda disaman, dan jika ya, atas kesalahan apa.
- Serahkan lesen dan kad pengenalan dan tunggu untuk ambil saman
Situasi di mana anggota polis meminta anda mengikut mereka ke balai polis
- Tanya adakah anda telah di tahan dan atas kesalahan apa.
- Jika anda tidak ditahan, anda berhak untuk beredar.
Situasi di mana anda mungkin diberhentikan oleh polis berpakaian preman
- Jangan berhenti kerana polis berpakaian biasa tidak ada kuasa untuk memberhentikan anda
- pergi ke balai polis yang berhampiran dan buat laporan. (Langkah yang sama untuk pejalan kaki)
Situasi di mana anggota polis datang ke rumah anda
- Jangan benarkan mereka masuk sebelum memeriksa kad kuasa mereka.
- Jika anda tidak berpuas hati, hubungi balai polis yang berhampiran dan pastikan anggota tersebut memang dihantar ke rumah anda.
- Anda tidak perlu membenarkan mereka masuk ke dalam rumah jika mereka tidak mempunyai waran geledah
- Jangan ikut mereka jika anda tidak di tahan.
Situasi di mana individu yang mendakwa dirinya anggota polis berpakaian preman datang ke rumah anda.
- Jangan benarkan mereka masuk kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian
- Laporkan kejadian di balai polis yang berhampiran
0 pendapat:
Catat Ulasan