Recent Posts

Sabtu, 9 Mei 2009

Kene kompaun kereta tidak ada hon

Ceritanya, pada hari ini, 9 Mei 2009 bersamaan hari Sabtu, lebih kurang jam 6.00 petang, aku masa itu nak keluar ke bandar kejap sebab nak membeli tapis, berus ngan benda-benda rumah. Keluar dari jalan besar tak sampai 1 minit di depan tu ada sekatan polis pulak. Sebuah kereta peronda dengan 3 anggota trafik dan kon polis di tengah jalan.

Biasanya aku tak kisah dengan sekatan-sekatan polis ni. Buat apa nak larikan diri, takut atau apa-apa, selagi kita yakin kita tak buat salah, dan kereta kita pun rasa ok. Memang selama ini ada sekatan jalanraya, selalunya dibuat di depan perpustakaan awam. Memang aku biasa lalu siap angkat-angkat tangan lagi pada polis yang buat bodo je orang angkat tangan ke tak. Takpe lah..bukan nak harap balas, cuma nak 'mesra polis' sedikit, maklumlah, masing-masing penjawat awam, lebih-lebih lagi dengan reputasi polis di mata masyarakat sekarang yang pada pendapat aku, 'tah ape-ape'.

Sambung balik, tiba masa aku lalu anggota polis tadi, dia pun tahan lah aku. Selalunya aku tak kena tahan, tapi kali ini kena pulak. Nampaknya kebarangkalian aku kene tahan untuk pemeriksaan mengena kali ini. Nampak muda polisnya, mungkin muda dari aku. Mula-mula periksa lesen, periksa cukai jalan, periksa lampu brek belakang, semua ok aku pun konfiden la. Tiba-tiba dia tekan hon kereta, memang tak ada bunyi lah. Memang dah lama kereta tak ada hon sebab rosak. Tak terpikir langsung nak perbaiki, lupa saja. Lagipun aku bukan jenis suka hon-hon ni. Dia pun mula la ceramah.. hon ni blah blah blah..aku pun ya ya ya. Tapi sebenarnya aku pun tak tau HON TAK ADA ni satu KESALAHAN. Ye la, asyik-asyik pasal tali pinggang keledar, lampu brek, signal, dan lain-lain, kali ini terkena pulak hon.

Sehari sebelum kena kompaun ni, aku ada tanya cikgu sekolah aku pasal hon rosak ni. Macamana nak buat, kena periksa bahagian mana dan lain-lain. Cikgu sekolah aku ni pun tak pun beritahu yang kena buat hon cepat2 sebab ianya kesalahan.

Seumur hidup aku sejak berlesen kenderaan motor ni, baru kali kedua aku kene kompaun dengan polis. Pertama kali, lama dah. Masa tu naik moto, parking sekejap di tepi Maybank dekat Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh sebab ada hal sedikit. Bukanlah menghalang lalulintas pun. Tiba-tiba nak balik, nampaklah surat kompaun dalam raga motor. Dan yang ini kedua sejak 11 tahun aku berlesen ni.

pada polis yang mengkompaun aku tu, sekurang-kurangnya beri la peluang, terangkan kesalahan, lepaskanlah, pasti aku terus pergi baik hon aku, silap-silap haribulan aku letak air hon, atau hon kepala bapak lori balak baru kau tau. Nanti kalau ada sekatan jalanraya lagi, aku akan hon puas-puas pada polis tu, tanda yang aku dah ada hon! hehehe. Jangan lepas tu aku kena saman lagi pasal kesalahan 'hon pada polis' pulak sudahlah.




Jalan raya depan rumah aku, Jalan Meranti, memang selalu kereta-kereta yang dah diubahsuai test power. Bingit telinga gak. Kejarlah kereta-kereta macam tu, yang memang terbukti diubahsuai. Samanlah.. buat lah kerja sedikit. Mulut je manis.... chit..

MAKLUMAT TERRBARUU..Update 11/5/09
(Dari sumber dalaman..)

Polis cari makan. Sasaran? kenderaan yang menghala dari atau ke Bintangor dan Sibu melalui jambatan Sg. Nyelong yang baru disiapkan. Oleh kerana aku jenis tak banyak cakap, lagipun status seorang pejawat awam, anggota itu pun berlagak sebagai seorang 'profesional' dalam menjalankan tugas (faham-faham lah, atau memang profesional? tak taulah apa tindakan dia dalam situasi yang sama pada pemandu lain?)

1 pendapat:

cian gler kena saman xde hon.. sib bek xkna saman sbb psg lgu agogowww....hihi