Recent Posts

Jumaat, 4 Julai 2008

Negara Di Dalam Krisis Yang Membimbangkan dan Tiada Siapa, Tiada Sesiapa Yang Tahu Bagaimana Untuk Mengatasinya!

Tiada Polisi Yang Koheren

Siapakah yang akan menyangka, dalam tempoh empat tahun, seorang yang dipercayai berdaya tahan, dinamik dan berdedikasi, sekarang ini berdepan dengan keadaan yang penuh kelam kabut, huru-hara, pada masa negara memerlukan seorang pemimpin yang baik dan mengamalkan pentadbiran yang cekap.

Tindakan yang mengejutkan oleh pentadbiran Abdullah Badawi bagi menghadapi kenaikan harga minyak dunia hanyalah satu daripada faktor kecil dan ianya menunjukkan kegagalan pihak kerajaan untuk memformulasikan satu polisi jangkamasa panjang sebagai satu cara menghadapi cabaran ini sejak beberapa tahun dahulu.

Mungkin sesetengah daripada pengkritik menuduh saya terlalu kasar pada Abdullah Badawi kerana adalah tidak mungkin beliau dapat meramalkan kenaikan mendadak harga minyak. Kini beliau sedang sedaya upaya berusaha untuk menanganinya.

Ini merupakan penipuan yang besar dan satu cubaan tidak bijak untuk menyembunyikan kegagalan dan ketidakcekapan pentadbiran Abdullah Badawi.

Sehingga ke hari ini, pentadbiran Abdullah Badawi masih belum lagi merumuskan Polisi Tenaga yang bersepadu dan koheren untuk berdepan dengan cabaran apabila satu hari nanti Malaysia menjadi pengimport minyak (net-importer). Tidak ada satu polisi dan strategi untuk menghadapi keadaan global dan krisis kewangan dunia dan kesannya kepada Malaysia.

Saya ingin pembaca menyingkap kembali artikel-artikel yang saya tulis di antara awal tahun 2003 dan akhir 2004

1) Peak Oil: The Impending Energy Disaster (June 2003)
2) The Strategic Implications of the 1999 Washington Agreement (March 2004)
3) Horrendous Facts Leaders Need To Know About the US Economy (Nov. 2004)

Artikel ini boleh dilihat pada bahagian “Malaysia Updates” pada laman web ini.

Artikel pertama ialah satu Ringkasan Strategik yang saya sediakan untuk Perdana Menteri terdahulu, semasa saya menjadi Setiausaha Politiknya. Dua artikel selepasnya disiapkan selepas persaraan saya, dan diserahkan kepada Tun Dr. Mahathir dan disebarkan kepada rakan-rakan yang menjadi strategi ahli politik mereka.

Adalah jelas dalam tempoh empat hingga lima tahun ini, penurunan sumber tenaga dan matawang dollar merupakan faktor kritikal yang memerlukan perhatian utama dan salah satu keperluan negara untuk menghadapi kesan-kesan yang tidak dapat dielakkan akibat dari pasca-perang teluk kedua.

Saya kenalpasti lapan isu-isu kritikal dan merumuskannya seperti berikut:

  • Isu yang paling utama yang mengkehendaki jawapan dari soalan yang kritikal perlu dijawab ialah bilakah pengeluaran minyak sampai ke puncaknya? Persoalan yang biasa kita dengar ialah, bilakah kita akan kehabisan minyak? Ini dua isu berlainan.
  • Selepas pengeluaran puncak merosot. Kemajuan dan kesejahteraan dunia pada masa sekarang ialah hasil daripada apa yang kita nampak sebagai sumber tenaga petroleum yang begitu banyak dan murah. Sumber tenaga ini masih lagi menjadi penjana utama kepada industri, pertanian moden, pengangkutan dan boleh menjadi kesan walaupun pada negara-negara miskin.
  • Selepas mencapai pengeluaran puncak, dunia perlu mengurangkan pergantungan kepada tenaga ini atau cuba mencari sumber gantian lain yang effisien dan ekonomik. Bagaimanapun, sumber minyak bukan-konvensional tidak boleh menggantikan minyak konvensional ketika ekonomi dunia dan infrastrukturnya menyediakan bekalan mintak konvensional yang murah.
  • Setiap negara perlu membuat perubahan/pelarasan struktural yang besar.
  • Akan ada satu peningkatan dalam ketegangan antarabangsa dan krisis, di mana negara-negara akan bersaing untuk mendapatkan minyak, yang lama kelamaan menjadi lebih mahal untuk diekstrak.
  • Matawang dollar Amerika akan mengalami tekanan yang hebat dan keagungan matawang ini sebagai matawang simpanan dunia akan terjejas, dan mungkin akan runtuh.
  • Sistem kewangan dunia akan hancur kerana kenaikan harga minyak yang tidak dapat dinafikan.
  • Malaysia harus menubuhkan Pasukan Bertindak Khas dengan segera menangani masalah yang besar ini dan merumuskan polisi tenaga yang baru.

Akan tetapi, amaran dan desakan saya tentang masalah ini tidak dipedulikan oleh pentadbiran Abdullah Badawi yang mempunyai strategis-strategis polisinya sendiri iaitu “budak tingkat empat”, satu pasukan yang tidak berpengalaman, tidak matang dan hanya bersandarkan kelayakan semata-mata dari universiti tersohor, rakan-rakan kepada Khairy Jamaluddin, menantu Perdana Menteri. Bermotivasikan sikap gila kuasa dan peluang untuk meratah khazanah negara, semua jentera kerajaan telah diperkudakan hanya semata-mata memenuhi cita-cita mereka yang tamak.

Satu peluang untuk mengelakkan krisis telah disia-siakan dan kitalah yang akan menerima padah daripada sikap tamak mereka itu tadi!

Tiada Pasukan Bertindak Khas ditubuhkan untuk merumuskan polisi tenaga yang baru
Adalah menyedihkan apabila saya membaca akhbar New Straits Times pada 6 Jun 2008 yang mana presiden dan ketua pegawai eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican memberitahu:

“ Kita sedang mengurangkan pengeluaran minyak. Kita telah mengeluarkan 5 atau 10 juta tong… Hari-hari dimana kita boleh mengeluarkan sehingga 100 juta tong telah berlalu. Apabila kita teruskan mengali minyak dari telaga simpanan minyak yang kecil, ianya amat mahal. Tambahan pula, syarikat minyak negara kini sedang mengali dengan lebih dalam dan dalam dan kosnya amat besar”

Tan Sri Hassan Merican dalam kata-katanya di atas, menggambarkan krisis puncak pengeluaran minyak.

Dalam artikel ketiga pada akhir 2004, saya telah memberi amaran pada pentadbiran Abdullah Badawi :

Jumlah wang yang disalurkan kepada ekonomi Amerika adalah sangat tinggi dan sangat cepat. Ini menunjukkan bahawasanya terdapat sesuatu perubahan drastik yang sedang atau akan berlaku. Pengalaman yang lepas menunjukkan suntikan kecairan matawang ialah untuk menangguhkan krisis kejatuhan matawang dan untuk menjana semula pemulihan kejatuhan itu tadi "

Pada pilihanraya pasca November lalu, pertimbangan dari hal itu tadi telah menyedarkan negara-negara di dunia untuk menilai kembali realiti keadaan sekarang yang mana keadaannya adalah sangat membimbangkan.

Matawang euro telah meningkat berbanding dolar Amerika. Negara-negara pengeluar minyak utama telah mula mempelbagaikan pegangan dollar mereka. Peningkatan harga minyak, antara lain juga untuk mengimbangi kejatuhan nilai dollar. Oleh sebab itu, penggabungan faktor-faktor penting yang menunjukkan ada sesuatu perkara yang besar dan tidak baik akan berlaku.

Semua ini adalah jelas pada tahun 2003 dan 2004 tetapi kerajaan Malaysia tidak berbuat apa-apa untuk menyelamatkan rakyatnya. Nakhodanya telah tidur di dalam jaga. Menantunya yang diheboh-heboh mempunyai ijazah pertama dari universiti British tidak berguna sesen pun apabila dia dan rakan-rakannya yang tamak dan gila kuasa tidak dapat melihat apa yang berada di depan mata!

Gabenor Bank Negara pun dengan berani menyatakan pada Mac lalu dan dipetik dari New Straits Times iaitu:

Kita telah menjalankan beberapa simulasi yang mengandungi pelbagai pakej yang mana boleh diimplimentasikan pada masa jika ada kelembapan ekonomi yang mana kita tidak nampak lagi akan berlaku pada masa terdekat ini.

Pasti dia berada di dunia lain!

Adakah kita sedar kita dalam satu situasi yang rapuh?

Saya tidak nampak orang lain yang berkemampuan, mahir, berpengalaman dan yang paling penting, mempunyai keyakinan untuk menghadapi seterusnya menyelesaikan isu ini kalau bukan mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini bukanlah seruan saya untuk mengembalikan Tun sebagai PM. Ini hanyalah satu pemerhatian saya iaitu kita sekarang berada di laluan yang penuh berliku. Kepada penyokong-penyokong setia Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, biarlah saya berterus terang.

Mereka tidak mempunyai kemahiran, pengalaman dan pengetahuan dalam mengurus ekonomi negara. Mereka tidak pun mempunyai sumber tenaga profesional yang mencukupi untuk mengisi jawatan di dalam kabinet jika mereka gagal memujuk pemimpin-pemimpin Barisan Nasional untuk melompat parti. Kepada mereka yang mengharapkan kerajaan Pakatan Rakyat dapat menyelesaikan isu-isu yang kompleks ini pasti akan kecewa.

Keadaan pakatan, sehingga Jun 2008 adalah dalam keadaan huru-hara. Dalam pandangan saya, tidaklah menjadi hal sama ada Anwar Ibrahim berjaya dalam mengambil alih pentadbiran Abdullah Badawi atau Abdullah dalam satu cara yang lain terselamat dalam krisis dalaman UMNO. Tetapi yang penting di sini, Malaysia sedang menuju kejatuhan, kehancuran dan kegagalan yang amat teruk!

Mungkin masanya telah tiba untuk memilih pemimpin yang mampu membawa negara ke landasan yang betul – pemimpin yang dihormati lawan dan kawan, mampu menyatukan agama dan pelbagai bangsa, yang dipilih secara terus oleh rakyat dan yang mampu dan sanggup melakukan apa yang perlu dilakukan tanpa kepentingan peribadi dan perasaan takut.

Saya tidak berani untuk meramalkan kesan-kesannya jika kita gagal untuk memilih pemimpin seperti itu. Adalah pasti, ianya pasti lebih teruk dari perpecahan wilayah Yugoslavia!

Terjemahan : Anak Perak

Artikel Asal di The Country Is In Deep Trouble and No One, Absolutely No One, Knows How to Handle the Growing Crisis oleh Matthias Chang

Copyright ©2008 FutureFastForward.com – All Rights Reserved

0 pendapat: