Recent Posts

Khamis, 10 April 2008

Renungkan lah...

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal
kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk
apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang
pertama
sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok
batu
tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul
paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
dimana
pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu
persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada
bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau
telah
melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang
di
tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti
sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika
marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau
boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,
tak
kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu,
namun
lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka
fizikal.


Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa
dan
menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar,
berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan
berlubang/kesalahan
di dinding hati kawan2/anda semua.

Manusia tidak dapat lari dari kesilapan. kan? Semoga persahabatan kita
semua akan terus berkekalan.

0 pendapat: