Recent Posts

Ahad, 27 April 2008

lawak lagi..

1."TIKET"

Chot ingin pergi menonton wayang bersama isterinya.Tiba di kaunter tiket,Chot telah membeli dua tiket.Tidak lama kemudian,Chot datang semula ke kaunter tiket tadi untuk membeli dua lagi tiket.Kali ini penjual tiket itu membuka sedikit cermin dan bertanya,"bukankah encik dah beli dua tiket tadi,kenapa nak beli lagi?"Lantas Chot menjawab,"memang betul encik!tapi tadi ada sorang mamat yang berdiri kat depan pintu masuk panggung tu,asyik koyakkan tiket saya aje.

2."SEMUT"

Ketika sedang memeriksa seorang pesakit,Dr.Razali menerima panggilan telefon daripada seorang suri rumah.Suaranya kedengaran begitu mencemaskan.
Suri rumah : Doktor! Doktor! Tolong saya! Anak saya termakan semut.
Dr.Razali : Puan tidak perlu risau.Lagipun semut tidak berbahaya.
Suri rumah : Tapiiii?Saya dah sembur semut tu dengan racun serangga doktor.
Dr.Razali : Apa??? Alamak, cepat bawa dia ke hospital!!!


3."PENCURI"

Suatu malam yang sunyi dua orang pencuri telah memecah masuk ke dalam sebuah rumah yang dimiliki oleh sepasang suami isteri yang kaya raya.Sebaik sahaja mereka berjaya masuk ke dalam rumah tersebut,salah seorang pencuri bertanya pada kawannya,"Eh,bagaimana kalau tuan rumah ni terbangun dan sempat menelefon polis.Tentu kita akan ditangkap dan ditahan di dalam lokap."jawab kawannya yang seorang lagi ,"{la apa yang engkau nak susahkan .Apa kata kita telefon polis dahulu.Tentu tuan rumah ni yang kena tangkap,bukannya kita."?????


4."AMBIL GAMBAR"

Leman baru lepas menangkap gambar untuk dibuat pasport.Sebaik sahaja mengambil gambar dikedai berhampiran,dia segera menunggu bas untuk ke jabatan imigresen.Sambil itu,Leman memegang gambarnya.Bila bas sampai,Leman terus menaiki bas tersebut.Dalam keadaan penumpang yang agak sesak,tiba-tiba bas itu membrek secara mengejut.
Lantas gambar Leman terjatuh di bawah tempat duduk seorang penumpang wanita yang sangat cantik.Leman tertunduk-tunduk untuk mencari gambar tersebut.Bila Leman ternampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk wanita itu,lantas Leman berkata,"Dik,boleh tak tolong angkat sikit kain yang adik pakai tu? Saya nak ambil gambar...........

0 pendapat: