Selasa, 26 Julai 2011
Rabu, 6 Julai 2011
Jumaat, 1 Julai 2011
Sukses
Nampaknya untuk pos blog melalui smartphone android aku telah berjaya. Lepas ni boleh lah hantar pos on the fly.
Posted via Blogaway for Android
Rabu, 1 Jun 2011
Tun Razak atau Wild Asses (Keldai Liar)??? Astro patut minta maaf...
Saya tak puas hati, kemudian klik info plus, untuk lihat sinopsis dokumentari. Sinopsisnya betul, menceritakan tentang Tun Abdul Razak. Tetapi tajuknya masih sama.
Adakah ini sengaja atau tidak disengajakan? Diharap pihak ASTRO lebih teliti dalam hal-hal ini. Mungkin ada kesilapan teknikal di pihak ASTRO, tapi agak tidak selesa melihat tajuk dan paparan yang begitu berlainan. Seolah Tun Razak = Wild Asses???
Bukan sekali ini sahaja. Seingat saya dah dua kali dah info tajuk dan paparan yang disiarkan berlainan sekali.
Gambar sebagai bukti
Ahad, 8 Mei 2011
Lama betul tak berblog
Ahad, 21 Februari 2010
Transformasi baru
Rabu, 17 Februari 2010
Nak jadi GC kena ikut option, ni alasan nak mintak tukar ni...
SAYA seorang guru yang telah mengajar Bahasa Inggeris selama hampir 25 tahun memohon untuk Guru Cemerlang DGA34 Bahasa Inggeris. Permohonan saya ditolak walau pun telah berjaya di dalam mendidik murid-murid sama ada dalam bidang kurikulum atau ko-kurikulum.
Saya pernah menjadi Jurulatih Pusat dan melatih Jurulatih Negeri untuk ETeMs kohort keempat. Pengalaman mengajar Bahasa Inggeris daripada Tahun 1 sehingga Tingkatan 5. Juga mengajar di sekolah menengah selama 19 tahun dan kini berkhidmat di sekolah rendah. Rasanya satu pengalaman yang jarang dirasai oleh mana-mana guru di Malaysia.
Saya juga diberi tanggung jawab untuk melatih public speaking, story telling, choral speaking dan pernah menjadi penguji untuk ujian lisan Bahasa Inggeris SPM. (HEBAT GURU NI)
Apabila bersemuka dengan pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan ingin tahu mengapa saya tidak layak sedangkan Guru Besar pun sudi untuk memberikan penilaian yang bagus, jawapannya ialah saya bukan guru opsyen Bahasa Inggeris! (aaaa????)Saya adalah guru opsyen Matematik yang pada tahun pertama mengajar sudah diminta mengajar Bahasa Inggeris kerana berkelulusan Malaysia Certificate of Education (MCE) dari sebuah sekolah elit di Kuala Lumpur.
Semasa rakan-rakannya sudah menjawat jawatan Guru Besar, saya tetap ingin menjadi guru biasa dan terus mengajar. Timbul keinginan saya untuk mendapat GC DGA34. Maka saya pun memohon GC DGA34 setelah hampir 10 tahun menjadi penyandang DGA32.
Saya berharap dapatlah kiranya pihak yang berkenaan pandanglah guru-guru yang senasib dengan saya. Iktiraflah mereka sebagai guru Bahasa Inggeris juga walau pun mereka bukan opsyen berkenaan dan tidak pernah menyertai kursus conversion kerana memikirkan ia tidak perlu.
Peluang untuk memohon dan menjadi Guru Cemerlang Matematik ibarat jauh panggang dari api. Pengalaman mengajar Matematik adalah jauh lebih sedikit dibandingkan dengan mengajar Bahasa Inggeris. Tiada sumbangan luar yang boleh diiktiraf di dalam bidang ini kerana tenaga saya sentiasa diperlukan untuk mengajar Bahasa Inggeris walau di sekolah mana saya bertugas.
Saya akur dan seronok dapat mencurahkan ilmu Bahasa Inggeris kepada anak murid. Pengiktirafan murid yang jarang memanggil cikgu tetapi teacher memang menyeronokkan, ditambah pula di kampung, emak ayah pun memanggil teacher juga.
Namun teacher ini juga berharap mendapat pengiktirafan daripada pihak-pihak yang lebih arif agar ‘teacher’ ini lebih bersemangat untuk menjadi teacher sehingga pencen.
TEACHER, Maran, Pahang
Sumber : Utusan Online @ 17 Februari 2010
Anak Perak : Sekarang ramai guru-guru baru mengajar subjek yang bukan opsyen mereka kerana tidak ada penawaran subjek di sekolah berkenaan. Saya salah seorang daripada mereka. Opsyen major IT, minor Sains tetapi sekarang mengajar Sejarah dan KH. (mostly Sejarah lah) Mujurlah saya ada mengajar subjek minor saya iaitu Sains, itu pun tak banyak cuma satu kelas sahaja.
Terus terang dalam hati saya, saya ingin sangat mengajar opsyen major saya. Tetapi apa boleh buat, 1st posting ke sekolah yang memang tak ada subjek IT! Sedangkan pihak kementerian dah tau major saya. Takut jadi macam hal di atas, sudah bertahun-tahun mengajar subjek lain, boleh dikatakan sudah pakar, tetapi permohonan GC ditolak mentah-mentah kerana bukan opsyen!!! Senang betul kementerian buat keputusan. Tak nampak yang lain, yang penting OPSYEN!!! Kalau bukan opsyen, mengajarlah sampai 40 tahun pun masih tak dapat naik pangkat.
Boleh ke mintak tukar dengan alasan tidak mengajar matapelajaran opsyen?
heheehhehehe
nanti kementerian dalih lain pula....
Rabu, 27 Januari 2010
Peruntukkan pendidikan susut dengan mendadak
haih...
UPDATE
Kementerian Pelajaran terima bantuan tambahan RM700j
CEBU 27 Jan. - Kementerian Pelajaran dijangka menerima bantuan tambahan sebanyak kira-kira RM700 juta bagi membolehkan bantuan untuk pendidikan yang dikurangkan pada Bajet 2010 lalu, diteruskan semula.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah itu adalah perkiraan kasar yang dibuat kementerian beliau selepas Kabinet hari ini bersetuju meluluskan usul menimbangkan semula pemberian bantuan itu.
Beliau pada mesyuarat Kabinet itu diwakili oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menjalankan tugas sebagai Menteri Pelajaran.
"Kita akan berunding dengan Kementerian Kewangan berapa bantuan yang disediakan semula itu supaya mana-mana bantuan yang terpaksa kita kurangkan sebelum ini boleh dilaksanakan seperti biasa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas tamat salah satu sesi perbincangan yang dihadiri beliau di sini, sempena Persidangan Majlis Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara (SEAMEC) Ke-45.
Pada pembentangan Bajet 2010 lalu, kerajaan terpaksa mengurangkan bantuan tahunan bagi sekolah-sekolah berbanding tahun sebelum ini kerana defisit yang didepani negara.
Pengurangan bantuan itu mencakupi enam perkara iaitu skim bantuan tuisyen, bantuan pakaian sekolah beruniform, bantuan makanan asrama dan rancangan makanan tambahan.
Turut dikurangkan ialah bantuan elaun murid berkeperluan khas dan sukan serta kokurikulum.
Menurut Muhyiddin, keputusan memberikan semula bantuan bagi pendidikan itu menunjukkan kerajaan sangat prihatin dengan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa dan pelajar.
Dalam masa yang sama, beliau melahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan kerana memberi perhatian sewajarnya kepada perkara tersebut.
"Harapan saya isu bantuan kepada pendidikan selepas ini tdak lagi berbangkit di kalangan ibu bapa dan para pelajar pula tidak menjadikannya alasan untuk meneruskan pembelajaran dengan sempurna," katanya.
Sumber : Utusan Online, 28 Januari 2010
Hummmm....
Ahad, 10 Januari 2010
Jumaat, 8 Januari 2010
Keganasan bukan penyelesaian
selalu menegakkan (kebenaran) Karena Allah, menjadi saksi dengan adil.
dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu
untuk berlaku tidak adil. berlaku adillah, Karena adil itu lebih dekat kepada takwa.
dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan " Al-Maidah;Ayat 8.
Rabu, 6 Januari 2010
Sekadar menyampaikan. ……
Assalamualaikum,
Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.
Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau ‘pegang’ betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.
Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan ‘menjaga’ bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.
1. Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang[1].
2. Segala puji[2] bagi Allah, Tuhan semesta alam[3].
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. Yang menguasai[4] di hari Pembalasan[5].
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah[6], dan Hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan[7].
6. Tunjukilah[8] kami jalan yang lurus,
7. (yaitu) jalan orang-orang yang Telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.[9]
Kedua,
Surah Al-Ikhlas . Surah ini, katanya, surah tauhid.Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.
1. Katakanlah: "Dia-lah Allah, yang Maha Esa.
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,
4. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia."
Ketiga, surah Al-Kafirun , kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.
1. Katakanlah: "Hai orang-orang kafir,
2. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
3. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang Aku sembah.
4. Dan Aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
5. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang Aku sembah.
6. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku."
Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar ‘untukmu agamamu, untukku agamaku’.
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.
Pertama, kekuatan minda
Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.
Kedua, kekuatan hati
Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik..
Ketiga, kuat fizikal
Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.
Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.
Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan..
Iqra’…..!
Take a break……. .meditate. ..3 minutes & calm your mind…
Recite 3x :
1. Katakanlah (wahai Muhammad); ” (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. “Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. ‘Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. “Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya”.
Setelah baca , kongsikan artikel ini kepada seberapa banyak rakan-rakan anda.
Wassalam .
Sumber : www.isuhangat.net
Anak Perak : Dalam keadaan sekarang ini, eloklah seluruh umat Islam bersatu dalam mempertahankan agama. Gerakan dalam diam golongan-golongan anti -Islam dalam negara nampaknya sudah semakin memuncak dan semakin menonjol. Kuatkan iman dan tauhid, tekadkan di dalam hati walau apa pun cubaan dan tindakan daripada mereka, InsyaAllah, orang muslim akan tetap bertahan, dan InsyaAllah, akan semakin kuat. Isu-isu yang berlaku sekarang ini sudah tentu akan menguatkan lagi kesepakatan dan kesepaduan seluruh masyarakat Muslim di Malaysia yang tercinta ini.
Percayalah, dengan kekuatan iman dan tauhid kepada Allah yang maha besar, tidak ada satupun perkara, walaupun nampak agak keterlaluan dan besar sekali dapat menggugat kepercayaan dan agama yang kita anuti sekian lama. Percayalah janji-janji Allah dan firmannya. Pegang teguh pada sabda-sabda baginda Rasulullah. Janganlah kita sebagai muslim terbawa-bawa sentimen yang boleh menjadi tindakan tidak elok yang diluar jangka, sebab inilah yang dinanti-nantikan oleh golongan anti Islam ini.
Percayalah, dengan isu-isu sebegini, umat Muslim akan menjadi lebih kuat dan bersatu. Teruskanlah. Inilah peluang yang terbaik untuk kita untuk berdakwah dan menyampaikan ajaran yang benar tentang Islam. Pada masa yang sama, kukuhkan iman dan ilmu. Allah sentiasa bersama-sama orang yang benar!
Ahad, 3 Januari 2010
Kenapa baru sekarang?
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sekeras-kerasnya membantah keputusan mahkamah tinggi membenarkan Herald menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan-penerbitannya. Kami menggesa agar kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri memfailkan rayuan serta-merta agar keputusan itu dikaji semula dan melarang mana-mana agama selain Islam menggunakan kalimah Allah.
Negara telah menikmati suasana kebebasan beragama selama mana Islam telah menjadi agama rasminya dan semua kaum di negara ini harus menghargainya dengan tidak mencuba menggugatnya dengan bertindak secara bodoh membangkitkan perkara-perkara remeh seperti ini.
PPIM bimbang keputusan ini bakal mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara ini akibat daripada sentimen agama umat Islam yang sensitif dengan perkara yang menyentuh soal kepercayaan mereka dan kebimbangan mereka akan nasib keturunan mereka jika perkara ini berterusan. PPIM merasa hairan mengapa kini baru ditimbulkan soal merujuk tuhan agama Kristian sebagai Allah yang mana selama ini tuhan yang mereka sembah itu hanya dirujuk di dalam kitab suci mereka sebagai Lord sahaja.
Umat Islam mengenal Allah beserta dengan sifatnya sekali dengan ketauhidan yang meliputi ketauhidan rububiah, uluhiah dan asma' wa sifat. Kita percaya Allah yang bercirikan ahadiah dan samadiah. Bagaimana mungkin pihak lain merujuk Allah sewenang-wenangnya tanpa melihat semula akan sifat dan ciri-ciri Allah yang sediakala itu? Apakah sifat Allah yang mereka percaya itu? Al-Quran ada menjelaskan bahawa orang Yahudi mempercayai Uzair itu anak Allah dan orang Nasrani pula percaya bahawa Al-Maseh itu anak Allah. Ini jelas bertentangan dengan Allah yang diimani oleh umat Islam.
PPIM percaya pihak Herald mempunyai agenda tertentu apabila mereka menggunakan kalimah Allah dan sudah tentulah bukan sesuatu yang baik untuk semua pihak termasuk penganut agama Kristian sekali kerana tiada siapa yang akan beruntung jika satu rusuhan agama berlaku hanya kerana akibat perkara yang amat remeh dan tidak merugikan sesiapa jika ianya tidak dibangkitkan.
PPIM menyeru semua umat Islam bersama bangkit sebagai satu suara yang kuat menentang sekeras-kerasnya keputusan Hakim Lau Bee Lan ini. [END]
Anak Perak : Apa lagi yang tidak puas hati. Mengapa baru sekarang? Janganlah cuba menanguk di air yang keruh. sarang tebuan tak payah la nak jolok-jolok.Janganlah nak dibandingkan penggunaan kalimah Allah di negara lain seperti di Mesir. Ini di Malaysia, sudah tentu budaya serta masyarakat jauh berbeza. Walaupun saya rasa, isu sebegini berkemungkinan besar ada political mileage oleh pihak tertentu. Sekadar mengikut pegalaman, berdasarkan kes-kes sebelumnya yang dihakimi oleh Mahkamah Tinggi, selalunya keputusan oleh mahkamah tinggi akan di'reverse' balik oleh mahkamah persekutuan atau rayuan. Tak tahu pula samada ini kebetulan. tapi itulah hakikatnya. Bukan nak mempersoalkan, tetapi cuma sekadar pendapat mengikut pemerhatian. apa-apa pun ini hanya pendapat peribadi sahaja.
Ahad, 6 Disember 2009
Lama tak kemaskini
Bukan tak boleh nak online pakai celcom, boleh, tetapi kena tahan lah menunggu. Kalau tidak ada 3G, ia akan automatik bertukar kepada perkhidmatan yang sedia ada, Edge, nasib baik la juga ada Edge, kalau pakai GPRS lagi la perlahan.
Kenapa celcom tak luaskan lagi liputan untuk 3G di seluruh semenanjung Malaysia? Sedangkan Maxis pun ada 3G di sini, apatah lagi kalau Celcom.
Masa saya post ni pun dekat kafe siber, tapi bosanlah, bising dengan budak-budak main game.. grrr.....
Jumaat, 20 November 2009
SKMM Siasat 71 kes salahguna internet
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata daripada jumlah itu, lapan kes telah dikenakan tindakan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana kandungan yang menghina seseorang.
"Seorang telah mengaku bersalah dan didenda sebanyak RM10,000 dan mahkamah telah mengenakan syarat-syarat tertentu yang lain, manakala tujuh tertuduh lagi sedang menunggu perbicaraan," katanya semasa menjawab soalan Matulidi Jusoh (BN-Dungun) pada persidangan Dewan Rakyat di sini pada Khamis.
Rais berkata tujuh kes pula terbabit dengan menyebarkan kandungan menghina Islam, termasuk satu kes di mana suspek yang telah pun dikenal pasti, melarikan diri bagi mengelak daripada dikenakan tindakan.
"SKMM sedang berusaha untuk mengesan suspek tersebut," katanya.
Rais berkata kementerian juga telah mengambil tindakan menurut Seksyen 263 akta tersebut terhadap tujuh laman web yang menghina Islam iaitu www.syurga-islam.blogspot.com, www.faithfreedom.org dan manatuhanallah.wordpress.com.
Laman web lain ialah adibahahmad.blogspot.com, surind.blogspot.com, tokbatinsenoi.blogspot.com dan www.malaysia-today.net/2008/content/view/1252.
Beliau berkata selain mendakwa mereka yang terbabit di bawah undang-undang, Seksyen 263 akta tersebut turut membenarkan SKMM dan pihak berkuasa lain untuk memberikan notis bertulis kepada pemberi perkhidmatan internet untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam mencegah pelakuan atau cubaan pelakuan sesuatu kesalahan.
Semasa menjawab soalan Hamim Samuri (BN-Ledang) mengenai keberkesanan Pusat Jalur Lebar (PJK), Rais berkata sehingga kini terdapat 85 buah PJK beroperasi di seluruh negara dan tambahan sebanyak 89 PJK sedang dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun ini.
"Pertengahan tahun depan, penembusan jalur lebar akan jadi lebih hebat dan dijangka kelajuan daripada 4mbps meningkat kepada 10mbps akan kita capai, jadi PJK ini akan dilengkapkan dengan kemudahan sekurang-kurangnya bagi mencapai tahap kelajuan 4mbps," katanya.
Rabu, 18 November 2009
Komen seorang guru tentang isu hina agama di Sarawak.
Mohon membaca sehingga nota terakhir komen saya, dan saya minta maaf jika anda tersinggung, tetapi sebagai kawan yang telah mengenali di antara satu sama lain selama 4 tahun di Universiti, anda pasti tahu dan kenal saya secara peribadi. Ini adalah maklumbalas saya terhadap komen anda terhadap Isu Kontroversi ...
[ quote author = http://bloganakperak.blogspot.com/ ]
* Saya ada tempel berita ini ke ruangan forum di engkabang.net (Forum berkongsi pendapat guru-guru seluruh Sarawak)
[ / quote ]
Terima kasih kerana memperkenalkan engkabang.net dalam blog Cikgu Anuar... Memang benar ianya menjadi tempat di mana guru-guru di Sarawak yang terpisah dengan bentuk geografinya dapat berhubung dan bertukar-tukar maklumat.
[ quote author = http://bloganakperak.blogspot.com/ ]
Selepas beberapa jam disiarkan, topik berkenaan nampaknya telah dipadamkan oleh admin forum tersebut. Atas alasan apa saya tidak tahu. Salahkah berkongsi pendapat secara terbuka? Mengapa perlu dipadamkan? Tidak mahu orang mengetahui hal itu?
[ / quote ]
Cikgu Anuar, tidak salah kita berkongsi pendapat, tetapi kena juga fikirkan kesannya, memang mudah untuk membuka sesuatu post dan meletakkan isu yang sensetif, tetapi dapat tak kita kawal jika terjadi apa-apa masalah berpunca daripada isu itu? Pembaca post anda terdiri daripada guru pelbagai agama dan latarbelakang, malah ibubapa pun boleh membaca post tersebut. Sanggup tak Cikgu Anuar bertanggungjawab jika timbul sesuatu kesan negatif daripada post yang anda hantar itu? Para admin terdiri daripada guru-guru yang lebih berpengalaman, faham situasi yang bakal timbul, dan tindakan mereka memadamkan post tersebut, pada pandangan saya, memang satu tindakan yang bijak, cuma saya tidak faham kenapa Cikgu Anuar tidak puas hati sampai bawa isu itu ke blog anda. Semua orang telah mengetahui isu tersebut, jadi kenapa pula kata tidak mahu orang mengetahui hal tersebut, bukankah ianya tersiar dalam suratkhabar dan berita. Mungkin anda yang ketinggalan. Dan masa mendaftar dulu jadi member di engkabang.net ada tak baca Rules-nya tak?
[ quote author = Forum Rules and Guidelines > Rules (Don't) ]
Rules No.9.. No posts of an overtly political or religious nature OR posts promoting advocacy of particular personal, medical, egal, religious, political, or non-profit causes.
- The forums are intended for offering mutual personal support. Debating controversial subjects should be taken elsewhere.
Rules No.12.. If it shouldn't be viewed by minors, then it shouldn't be posted to the forums or chat rooms.
- This is a public, family-friendly, school forum. In addition, if something would not be considered "safe" (to a teacher or student), then it shouldn't be posted.
[ / quote ]
Dua peraturan dalam Engkabang.net telah menjelaskan post yang bagaimana boleh di post dalam engkabang.net.. Tidak ke masa ambil kursus Pentadbiran Sistem Komputer dan Rangkaian Komputer,dengan En.Zahar dulu,perkara berkaitan etika dalam rangkaian perlu diajar agar menjaga sensitivity semua pengguna. Itulah yang diaplikasi di sini.
[ quote author = http://bloganakperak.blogspot.com/ ]
Rasional lah sedikit. Ini bukan fitnah, ini kesalahan yang kita sebagai guru-guru, tak kisah lah agama apa sekalipun, perlu perbetulkan.
[ / quote ]
Cikgu Anuar, berfikirlah secara rasional komen saya diatas, dan untuk makluman, isu tersebut dalam perhatian pihak wajib. Malah telah dilaporkan dalam suratkhabar, jadi kenapa perlu dibincangkan perkara yang masih dalam siasatan? Semua pihak sedia maklum isu tersebut dan menunggu tindakan pihak yang berkenaan. Kenapa anda seorang saja yang terlampau berminat dengan isu tersebut. Banyak lagi perkara yang berkenaan pendidikan kita boleh kongsikan bersama...
[ quote author = http://bloganakperak.blogspot.com/ ]
Nampak sangatlah admin berpihak kepada golongan mana. Pembela atau penghina?
[ / quote ]
Satu tuduhan yang pasti melukakan hati setiap mereka yang membaca komen di blog anda. Apa yang anda dapat dengan mengeluarkan kenyataan begini? Bagi saya tindakan dan tuduhan kamu itu menampakkan ketidak-matangan sebagai seorang guru. Sebagai guru kita patut berfikir sebelum membuat sebarang kenyataan.. Fikirlah sendiri. Maaflah kalau anda tersinggung, tetapi setiap kata-kata saya ini lahir dari hati saya sebagai seorang kawan, apatah lagi kita berada di tempat orang, dan tidak mahu apa-apa yang tidak elok timpa ke atas seorang kawan yang saya kenali... Mohon edit semula post tersebut di blog anda, jika anda masih anggap saya sebagai kawan.
Jawapan Anak Perak
1. Terjadi di negara 1Malaysia
2. Melibatkan pelajar-pelajar sekolah di Malaysia, khususnya di Sarawak. Saya tidak menengahkan isu di luar persekitaran.
3. Ada kaitan dengan kita semua sebagai pendidik.
4. Saya dah beritahu, bukan untuk mencetuskan kontroversi murahan atau polemik, tetapi apa pandangan dan tindakan kita sebagai pendidik supaya isu sebegini tidak terjadi lagi.
5. Jangan salah faham. Tiada sesiapa pun yang suka apabila soal agama dan keturunan mereka dihina melainkan dia atheis.
6. Mengapa kita yang sudah lama hidup berbilang bangsa dan agama, perkara sedemikian masih terjadi? Terutamanya di Sarawak, yang dianggap model sebuah masyarakat berbilang bangsa dan agama yang hidup aman damai?
7. "agar menjaga sensitivity semua pengguna" mengapa tidak difikirkan sensitiviti sebelum ini? Sudah jelak menjaga sensitiviti semua sedangkan sensitiviti orang lain pada kami tidak dipedulikan.
8. "This is a public, family-friendly, school forum. In addition, if something would not be considered "safe" (to a teacher or student), then it shouldn't be posted." Apa-apa perkara yang melibatkan secara langsung dengan profesion perguruan, sekolah, jabatan pelajaran dan guru-guru saya rasa perlu diketengahkan.
9. " Malah telah dilaporkan dalam suratkhabar, jadi kenapa perlu dibincangkan perkara yang masih dalam siasatan? " Banyak posting lain oleh guru-guru yang ditempel dalam ruangan forum masih lagi berada di dalam siasatan. Tidak ada masalah pun? Boleh dibincang dan diberi pendapat oleh guru-guru kita yang berfikiran terbuka? Tidak perlu ada double standard.
10. Penghina agama tetap penghina agama. Anda tidak perlu mempertahankan golongan ini. Janganlah nanti persepsi saya terhadap anda berubah. Agama kami telah diserang di setiap sisi serata dunia, janganlah terbawa-bawa pula masuk ke dalam negara. Perbuatan yang tidak baik, hasilnya tidak baik juga. Toleransi ada hadnya.
11. "Satu tuduhan yang pasti melukakan hati setiap mereka yang membaca komen di blog anda" Hati kami sudah berdarah sejak sekian lama. Tidak siapa tahu. Melalui blog saya berhak meluahkan perasaan dan pendapat saya tentang sesuatu isu. Siapa makan cili dia terasa pedasnya. Lagipun pendapat dan komen saya tidak menghina mana-mana agama. Siapa mulakan dahulu?
12. Memang sudah menjadi kebiasaan saya menempel berita-berita di akhbar-akhbar ke dalam blog saya dan memberi pendapat. Saya bukan hanya menempel isu tersebut sahaja. Apa masalahnya?
13. "menampakkan ketidak-matangan sebagai seorang guru" Cuba baca surat khabar yang lepas-lepas ulasan beberapa orang profesional tentang hal ini. Adakah mereka tidak matang?
14. 'Kenapa anda seorang saja yang terlampau berminat dengan isu tersebut" Mana anda tahu saya seorang sahaja yang TERLAMPAU berminat? Anda dah periksa inbox saya kah? Dan saya ingin bertanya kepada anda. Mengapa anda terlampau berminat untuk menghantar mesej ini kepada saya? Andalah orang yang pertama hantar mesej sebegini kepada saya.
15. Berani kerana benar, walaupun yang benar itu sangat pahit. Saya tidak sanggup dipijak kepala oleh golongan-golongan ini. Negara ada undang-undang. Biarlah undang-undang yang menentukan. Sehingga kini tidak ada apa-apa yang berlaku. Penolong kanan 1 saya, yang beragama kristian, selalu melawat blog saya, selalu melawat engkabang.net dan selalu juga kami berinteraksi dalam FB, kami tidak ada apa-apa masalah. Yang penting, dia hormati dan faham pendapat saya, dan saya harap anda juga begitu. Perhubungan saya dengan guru-guru yang lain pun tidak ada masalah. Kenapa saya perlu risau?
16. Jikalau ada beberapa orang pelajar di Malaysia menghantar video yang menunjukkan perbuatan menghina-hina ajaran agama anda, apa perasaan anda? Tindakan saya memberi pendapat dan komen di dalam blog peribadi saya pun telah dikondem oleh anda. Itu baru pendapat peribadi..
17. Percayalah. Komen anda akan membuat saya lebih yakin lagi dengan apa yang saya telah lakukan.
18. Terima kasih memberi pendapat. Saya hargainya.
Jumaat, 13 November 2009
Budak bersin 12,000 kali sehari
Lauren mula bersin tanpa henti sejak dua minggu lalu akibat diserang selesema dan menyebabkan dia tidak dapat pergi ke sekolah malah sukar menjamah makanan.
Namun, Lauren tidak bersin semasa dia tidur pada waktu malam dan keadaan aneh tersebut turut membingungkan doktor-doktor yang belum tahu puncanya.
Dalam satu wawancara menerusi program Today Show di stesen televisyen NBC kelmarin, dia turut bersin pada siaran bual bicara pagi itu.
"Saya tidak boleh berhenti (bersin)," kata Lauren dalam temu ramah lima minit itu.
Ibunya, Lynn Johnson berkata, anaknya telah banyak bertemu dengan ramai pakar perubatan untuk menjalani diagnosis dan sudah mencuba 11 jenis rawatan yang berbeza.
Seorang pakar percaya dia menderita sindrom yang dikenali bersin mesingan merujuk kepada seseorang yang bersin tanpa henti. - Agensi
Sumber : Kosmo.com.my